Minit Kantin Bil 1 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG BARAT

LORONG SEKOLAH
11600,JELUTONG PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN


BIL 1 / 2024

Tarikh: 6 MAC 2024

Hari: Jumaat

Masa: 1.00 Petang

Kehadiran :
1. En. Mohd Hafiz Bin Abdul Razak
2. Pn. Amalina An Nur Binti Anas
3. Pn. Faizah Binti Rasid Khan
4. Pn. Fadilah Binti Mohd Puad
5. Pn. Shobariah Binti Jusoh

Tempat: Kantin SKJB

1.0 Ucapan alu-aluan


1.1 En. Mohd Hafiz selaku pengerusi Mesyuarat Induk Kantin kali ke 1 bagi
tahun 2023 memberi salam dan mengucapkan terima kasih atas kesudian
semua AJK Kantin meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.
1.2 Mesyuarat Induk Kantin dimukakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

2.0 Perbincangan
2.1 Mengemaskini semula info berkaitan kantin.
2.1.1 Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan dan
pengoperasian kantin hendaklah mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan.
2.1.2 Info yang baru perlu dikemaskini seperti carta organisasi ,maklumat
yang bersesuaian dengan kantin dan bahan yang lama boleh
ditukar.

2.2 Kebersihan kantin / Fizikal Kantin


2.2.1 Guru dan murid yang bertugas perlu memastikan keadaan kantin
dalam keadaan yang bersih. Selain penyediaan
makanan ,kebersihan sekitar kawasan kantin juga perlu dititik
beratkan bagi memastikan kantin sekolah dalam keadaan yang
bersih.
2.2.2 Ajk kantin juga boleh bertugas secara bergilir-gilir melihat keadaan
murid ketika rehat selain dari guru yang bertugas. AJK kantin perlu
melantik 10 orang murid untuk food safety squad.
2.2.3 Guru bertugas di kantin dan pengawas sekolah memantau murid-
murid agar semua terkawal .
2.2.4 En. Mohd Hafiz juga mengingatkan guru agar sentiasa memantau
kebersihan kantin,makanan yang jual dalam keadaan yang bersih
dan selamat.

Tindakan : AJK Kantin dan guru bertugas

2.3 Melengkapkan penilaiaan kendiri setiap bulan


2.3.1 En. Mohd Hafiz mengingatkan bahawa Laporan Penilaian Kendiri
perlulah dilengkapkan setiap bulan oleh Pengusaha Kantin.
Laporan berkenaan akan dipantau dan disahkan oleh Guru Kantin
dan PK HEM setiap bulan pada minggu ketiga dan minggu
keempat setiap bulan menggunakan instrumen yang berlainan.
2.3.2 Selain daripada itu jika ada masalah berhubugan dengan isu
makanan yang kurang memuaskan , guru bolehlah menulis dibuku
laporan kantin yang telah disediakan.

Tindakan : AJK Kantin dan semua guru

3.0 Hal-hal lain


3.1 Memastikan pekerja kantin sentiasa dalam keadaan kemas dan berpakaian
lengkap dengan apron serta kasut bertutup.
3.2 Pekerja kantin juga perlu memakai sarung tangan ketika mengendalikan
makanan
3.3 Guru kantin dan guru bertugas perlu memastikan murid mengangkat dan
meletakkan pinggan yang kotor ditempat yang telah disediakan seperti
didalam besen.
3.4 Memastikan suiz lampu dan kipas dalam keadaan bertutup jika tidak
digunakan.

Tindakan : AJK Kantin dan semua guru

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

………………………… …………………………………..
….
(Amalina An Nur binti Anas ) ( Mohd Hafiz bin Abdul Razak )
Setiausaha Kantin Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Sek. Keb. Jelutong Barat Sek. Keb. Jelutong Barat

You might also like