Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Faktor Baka
• Pengaruh Genetik – kajian dilakukan oleh Johann Gregor Mendel
(1822-1889)
• Ciri-ciri perbezaan individu:
1. Fizikal (kecuali sesetengah kanak-kanak kembar)
Saiz badan, tinggi rendah, berat ringan, bentuk dan warna organ
deria serta kemahiran fizikal yang unik.
2. Mental (kognitif)
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang
berbeza dengan rakan sebaya. Ia boleh dipehatikan daripada prestasi
pelajar dalam sesuatu kelas. Biasanya, ibu bapa yang cergas dan
pintar akan melahirkan anak yang cergas pintar.
3. Emosi
Emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat
pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
BAKA
• Baka ialah ciri-ciri biologi atau gen-gen yang
diwariskan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

• Faktor baka dibawa oleh individu sejak dalam


kandungan hingga lahir

• Kajian membuktikan bahawa ciri-ciri fizikal luaran


seperti warna rambut dan organ deria diwarisi oleh
gen-gen ibu bapa

• Ibu bapa juga mewariskan kebolehan, minat dan


kawalan emosi
• Pertumbuhan dan perkembangan individu
dipengaruhi oleh faktor genetik seperti
saiz badan, ketinggian, rambut dan warna
mata

• Baka boleh menguasai penyuburan fizikal


dan mental

• Baka juga mempengaruhi kemampuan


mental dan fizikal(sama ada pandai atau
tidak)
PERSEKITARAN
(sebelum lahir)
• Kesihatan ibu

• Penyalahgunaan dadah

• Kesan x-ray

• Emosi ibu

• Umur ibu

• Apabila memasuki bulan ke-6 dan ke-7, bayi sudah boleh


mendengar suara-suara seperti degup jantung ibu
PERSEKITARAN (selepas
lahir)

Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap


pendidikan keluarga, rakan sebaya serta
masyarakat menyumbang kepada
pengalaman selepas kelahiran seseorang
individu
PERSEKITARAN
• Teori Ekologi Bronfenbrenner diutarakan
oleh Urie Bronfenbrenner
• Memfokuskan pengaruh sosiobudaya
persekitaran terhadap perkembangan individu
dari lahir hingga dewasa.
• Ia merangkumi 5 sistem ekologi berasaskan
kepada interaksi kanak-kanak dalam keluarga
mereka, dan di antara rakan sebaya serta
orang-orang dewasa yang dekat, termasuk
pengaruh sosiobudaya keluarga dan komuniti
tempatan.
Menurut Teori Ekologi Bronfenbenner
persekitaran individu terdiri daripada 5
lapisan iaitu:

❑ Mikrosistem
❑ Mesosistem
❑ Ekosistem
❑ Makrosistem
❑ Kronosistem
TEORI EKOLOGI BRONFRENNER
Mikrosistem
• Persekitaran yang terdekat dengan dunia
kanak-kanak
• Mewakili hubungan kanak-kanak dengan
ibu bapa, penjaga, adik beradik, jiran,guru
dan rakan-rakan
• E.g: kanak-kanak yang berkelakuan baik
akan disenangi oleh orang dewasa di
sekitarnya
Mesosistem
• Melibatkan interaksi antara ibu bapa dengan
pengasuh,ibu bapa dengan jiran, ibu bapa
dengan sekolah dan bagaiman ia
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

• E.g: penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang


dianjurkan oleh pihak sekolah akan
membantu perkembangan akademik
anak-anak
Ekosistem
• Mewakili organisasi yang tidak melibatkan
kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh
secara langsung ke atas kanak-kanak

• E.g: peraturan tempat kerja ibu yang


terlalu padat mempengaruhi masa ibu
bersama anak-anak di rumah
Makrosistem
• Mewakili norma-norma, nilai dan amalan
masyrakat

• E.g: di sesetengah negara, kaum lelaki lebih


diberi peluang untuk melanjutkan pengajian
serta menjawat jawatan penting

• Justeru, hal ini memberi kesan ke atas


perkembangan sosial dan emosi khususnya
peranan mereka dalam masyarakat
Kronosistem
• Persekitaran yang tidak kekal lama dan
berubah mengikut peredaran masa

• E.g: kehadiran anak baru dalam keluarga


akan membawa perubahan dan memberi
kesan kepada perkembangan
kanak-kanak

You might also like