Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MINIT MESYUARAT GURU PENASIHAT KELAB BADMINTON BIL.

1/2023
SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI, 71770 SEREMBAN

Tarikh : 21 Mac 2023


Hari : Selasa
Masa : 1:30 petang – 2:00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran Guru : 1. Pn. Yusnira bt Mohd Adnan
2. Pn. Norazidah bt Nasurdin
3. Tn. Hj. Kamal bin Ismail
4. Pn. Farah Wahida bt Kamarudin
5. Pn. Vimala A/P M Ragavan
6. Cik Yuhannis Afishah Nur bt Shahrin
7. Puan Suhaila bt Sukhimee

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru penasihat.
1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti
Kelab Badminton pada tahun ini.
1.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa Kelab Badminton akan menggantikan Kelab Bola
Tampar memandangkan sebahagian murid tidak dapat menguasai kemahiran permainan
bola tampar.
Tindakan : Makluman

2. Perancangan Aktiviti
2.1 Taklimat tentang perancangan aktiviti tahunan Kelab Badminton.
2.2. Penyertaan dan latihan ke peringkat MSSD Seremban 1 tiada pada tahun ini kerana Kelab
Badminton baru ditubuhkan pada tahun ini menggantikan Kelab Bola Tampar.
Tindakan : Makluman

3. Hal-hal lain
3.1. Ahli Kelab Badminton adalah sama dengan ahli Kelab Bola Tampar yang lama.
3.2 SK Pantai akan menghantar Pasukan Bola Tampar Perempuan dan guru-guru kelab
badminton akan diberikan jadual penggiliran latihan bola tampar.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:00 petang.

Disediakan oleh,

.........................................
(Tn. Hj. Kamal bin Ismail)
Setiausaha,
Kelab Bola Tampar,
Sekolah Kebangsaan Pantai.

You might also like