12608_ap s.12 hirwan - done

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BAHAU

DALAM NEGERI SEMBILAN


KES NO. NE-82D-06-10/2019

PENDAKWA RAYA
LAWAN
1. MOHD HIRWAN BIN MONOMIAH (No.K.P:830601-05-5377)
2. AZZUDIN BIN RAMLI (NP.K.P: 781104-14-5349)

ALASAN PENGHAKIMAN

PENDAHULUAN

1. Pada 18 Oktober 2019, OKT1 Mohd Hirwan Bin Monomiah


(No.K.P:830601-05-5377) dan Azzudin Bin Ramli (NP.K.P: 781104-
14-5349) OKT2, dalam kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 12
(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua OKT tidak mengaku
salah dan pohon dibicarakan.

2. Walau bagaimanapun, pada 4 Februari 2020 OKT 2 Azzudin Bin


Ramli telah mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan dan
Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman denda RM 3500 gagal
bayar 9 bulan penjara. Kes perbicaraan diteruskan terhadap OKT1.

3. Pada 18 Disember 2020, setelah mendengar keseluruhan kes,


Mahkamah mendapati OKT 1 gagal menimbulkan keraguan
munasabah. OKT 1 didenda RM4300 gagal bayar 10 bulan penjara.

4. Pihak pembelaan tidak berpuas hati dan alasan penghakiman ini


disediakan atas rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

1
PERTUDUHAN

“Bahawa Kamu Bersama-Sama Pada 15/10/2019 Jam Lebih Kurang 2.00


Pagi Bertempat Di Hadapan Rumah Alamat 135 Jalan Felda Serting Hilir
1, Felda Serting Hilir 1, Bandar Seri Jempol, Dalam Daerah Jempol, Di
Negeri Sembilan, Ada Di Dalam Milik Kamu Dadah Berbahaya Iaitu
Bahan Dadah Berbahaya Mengandungi Sejumlah 0.054 Gram (Berat
Bersih) Methamphetamine. Oleh Itu Kamu Telah Melakukan Suatu
Kesalahan Di Bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 Yang
Boleh Dihukum Di Bawah Seksyen 12(3) Akta Yang Sama Dan
Dibacakan Bersama Di Bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”

KES PENDAKWAAN

A. Fakta kes

5. Pada 15 Oktober 2019 jam lebih 2.00 pagi sepasukan anggota polis
yang diketuai oleh SI Idris (SP1) telah menjalankan serbuan di
hadapan sebuah rumah No 135 jalan Felda Serting Hilir 1 yang
merupakan rumah OKT2.

6. Serbuan tersebut dianggotai oleh enam orang anggota serbuan


yang diketuai oleh SP1. SP1 dan pasukan serbuan telah pergi ke
tempat serbuan dengan menaiki dua buah kenderaan pasukan dan
sebuah motorsikal serta kesemuanya berpakaian preman.

7. Pasukan serbuan tiba di kawasan tempat serbuan iaitu di rumah


OKT2 pada jam lebih kurang 1.50 pagi dan SP1 bersama Koperal
Masdon (SP4) dan anggota serbuan lain telah menjalankan

2
pemerhatian selama lebih kurang 10 minit pada jarak 10 hingga 15
meter. Penglihatan semasa pemerhatian adalah jelas diterangi
lampu jalan.

8. Pada jam 2.00 pagi, SP1 mendapati kedua-dua OKT dalam


keadaan mencurigakan yang mana OKT1 duduk di atas sebuah
kerusi manakala OKT2 duduk di sebuah kerusi panjang mengiring
antara satu sama lain sambil berbual dan menghisap roko di
hadapan rumah OKT2.

9. SP1 mengetuai serbuan dalam keadaan berlari anak dan serbuan


dibuat dari arah hadapan bertentangan rumah OKT2. Kedua-dua
OKT diberkas ketika cuba bangun dan tidak sempat lari walaupun
berlaku sedikit pergelutan.

10. Kemudian SP1 melakukan pmeriksaan fizikal ke atas kedua-dua


OKT dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Seterusnya, SP1
menjalankan pemeriksaan di tempat kedua-dua OKT duduk dan
menjumpai tiga paket plastik yang mana dua daripadanya
mengandungi barang salah di atas meja dihadapan kedua-dua OKT
tersebut duduk.

11. Di atas meja tersebut, SP1 telah menjumpai sebuah beg warna-
warni (P5). Di dalamnya mengandungi 1 paket plastik lutsinar
(P11A) dan didalamnya mengandungi 1 paket plastik lutsinar kecil
(P11B) yang disyaki mengandungi syabu, satu beg dompet hitam
(P6), kad pengenalan OKT 1 (P7), kad kuasa OKT 1 (P8) dan lesen
memandu PDRM OKT1 (P9).

3
12. Turut dijumpai di atas meja tersebut adalah satu beg hijau putih
(P12) yang didalamnya mengandungi 1 paket plastik lutsinar yang
mengandungi dadah disyaki syabu(P13). Kedua-dua OKT dalam
keadaan gelisah semasa P11A dan P 11B serta P13 dijumpai dan
ditunjukkan kepada mereka. Tiada bantahan daripada OKT1 dan
OKT2 semasa barang kes diperiksa dan ditemui.

13. Semasa pemeriksaan ini dijalankan, semua anggota serbuan


termasuk SP4 dan kedua-dua OKT nampak dengan pencahayaan
yang jelas tanpa halangan penglihatan. Disamping itu, SP4 dan
anggota serbuan lain mengawal kedua-dua OKT sepanjang proses
pemeriksaan ini.

14. Kemudian SP1 telah merampas P5,P6,P7,P8,P9, P11A-B, P12 dan


P13 dan telah dibawa nersama OKT1 dan OKT2 ke IPD Jempol
untuk tindakan lanjut. SP4 mengesahkan sepanjang perjalanan ke
IPD Jempol P11A-B dan P13 sentiasa dalam dalam jagaan SP1.

15. Setibanya di IPD Jempol, kedua-dua OKT dibawa ke pejabat


standby narkotik. SP1 telah menimbang berat kasar P11A, P11B
dan P13 serta membuat penandaan pada semua barang kes yang
telah dirampas. Kesemuanya disaksikan oleh semua anggota
serbuan dan kedua-dua OKT.

16. Seterusnya, SP1 telah membuat borang geledah (P20) yang


kemudiannya ditandatangani oleh kedua-dua OKT. Setelah selesai
satu laporan polis Repot Ayer Hitam 1311/2019 (P1) telah dibuat
oleh SP1. Borang serah menyerah (P21) ditandatangani diantara
SP1 dan pegawai penyiasat kes Inspektor Sophian Bin Sian (SP5)
pada 15.10.2019 jam lebih kurang 7.00 pagi.
4
17. Selesai proses serah menyerah, SP5 telah membuat penandaan
pada barang kes dan telah dimasukkan ke dalam sampul surat Polis
Diraja Malaysia (PDRM) bertanda “SS” (P10) P11A-B, P13 dan P10
di simpan di dalam almari besi berkunci di dalam biliknya.

18. Pada 16 Oktober 2019, SP5 telah keluarkan sampul P10 untuk
dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (“Jabatan Kimia”) beserta
Borang Pol. 31 (P14).

19. SP2 mengesahkan pada 16.10.2019 pada jam lebih kurang 2.51
petang telah menerima P10 P14 dalam keadaan baik dan
sempurna. SP2 kemudiannya telah menyediakan resit kimia (P15).

20. SP2 telah jalankan analisa dan mendapati P11A-B mengandungi


0.05 gram methamphetamine. Manakala P13 mengandungi 0.004
gram methamphetamine. Jenis dadah berbahaya
Methamphatamine ditakrifkan sebagaimana Jadual Pertama Akta
Dadah Berbahaya 1952.

21. Bahan baki analisa telah dimasukkan ke dalam peket plastik


berasingan yang disediakan oleh SP2 dan ditandakan sebagai “SS
(a)” (P17). Pada setiap masa material, P11A-B, P13 dan P17 telah
disimpan di dalam almari berkunci di bawah jagaan SP2 sahaja.

22. SP2 telah menyediakan satu laporan kimia bertarikh 26.11.2019


bernombor makmal unik, 19-FR-B-24217 (P18). Pada 3.12.2019
jam lebih kurang 3.15 petang, SP2 telah menyerahkan semula
P11A-B, P13, P17 dan P18 kepada SP5. Setibanya di Pejabat SP5,
ianyan telah disimpan di dalam almari berkunci milik SP5.

5
23. Pada 9 Januari 2020 jam lebih kurang 11.30 pagi, SP5
mengesahkan telah mendaftarkan kesemua barang kes di Stor
Barang Kes, IPD Jempol.

B. Beban Pembuktian Pendakwaan

24. Beban pembuktian diakhir kes pendakwaan adalah beban prima


facie dan rujukan dibawah Seksyen 173(f) KTJ terpakai.

25. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP V


MOHD RADZI BIN ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457 muka surat 467,
telah menjelaskan prinsip pertimbangan ‘maximum evaluation’
dalam memutuskan suatu kes prima facie. Mahkamah Persekutuan
turut menggariskan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh
Mahkamah bicara di akhir kes pendakwaan;

For the guidance of the courts below, we summarise as follows


the steps that should be taken by a trial court at the close of the
prosecution’s case:
(i) the close of the prosecution’s case, subject the evidence
led by the prosecution in its totality to a maximum
evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each
of the prosecution’s witnesses. Take into account all
reasonable inferences that may be drawn from that
evidence. If the evidence admits of two or more
inferences, then draw the inference that is most
favourable to the accused;

6
C. Elemen-elemen Pertuduhan

26. Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v


Muhammad Nasir Bin Shahrudin [1994] 2 MLJ 576 yang
memutuskan bahawa:-
“Possession is not defined in the DDA. However, it is now
firmly established that to constitute possession, it is necessary
to establish that: (a) the person had knowledge of the drugs;
and (b) that the person had some form of control or custody of
the drugs. To prove either of these two requirements, the
prosecution may either adduce direct evidence or it may rely
on the relevant presumptions under s 37 of the DDA.”

27. Berdasarkan nas di atas, pihak pendakwaan perlulah membuktikan


elemen-elemen berikut bagi membuktikan milikan dadah:-

a) OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah


tersebut;

b) OKT mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan


dadah tersebut. Kewujudan pengetahuan dibuktikan
melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut;
dan

c) Dadah tersebut adalah jenis dadah berbahaya seperti yang


disenaraikan di Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya
1952.

7
a) Samada OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah
tersebut.

28. Bagi membuktikan elemen pemilikan di atas, pihak pendakwaan


telah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor
[1956] 1 MLJ 237 yang menyatakan seperti berikut:-

“...there is a physical element and a mental element which


must both be present before possession is made out. The
accused must not only be so situated that he can deal with the
thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket
or have it lying in front of him on a table. It must also be shown
that he had the intention of dealing with it as if it belonged to
him should he see any occasion to do so, in other words, that
he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact
which in the nature of things cannot be proved by direct
evidence. It can only be proved by inference from the
surrounding circumstances. Whether these surrounding
circumstances make out such intention is a question of fact in
each individual case.

...There may be something in the accused’s behaviour that


shows knowledge, or the nature of the thing may be so
obvious that it is possible to say “he must have known what it
was”, or, again in cases under the Dangerous Drugs
Ordinance, there may be a statutory presumption which fills in
the gap in the evidence.”

29. Kedekatan/proximity dadah yang dijumpai dengan OKT adalah


fakta yang relevan. Prinsip ini boleh dilihat melalui kes Public
Prosecutor v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197; [1965] 1 LNS 127,
Raja Azlan Shah:

8
“With regard to the mental element, the learned magistrate
rightly directed his mind that knowledge or consciousness
would depend on the surrounding circumstances. However,
he failed to direct his mind adequately on the facts. He
directed his mind to the circumstances when the respondent
tried to close the door on PW1. But he failed to consider the
other circumstance which, taken together, may well be that the
element of possession was proved. That circumstance is the
physical proximity of the respondent to the exhibit in
question”.

30. Berdasarkan P1, serbuan dibuat pada jam 2.00pagi selepas


pemerhatian selama 10 minit. SP1 mengesahkan hanya OKT1 dan
OKT2 berada di tempat kejadian. Tiada orang lain berada di situ dan
fakta ini disokong SP4.

31. Semasa serbuan, kedua-dua OKT duduk mengiring sebelah


menyebelah antara 1 sama lain seperti dalam gambar tempat
kejadian (P2) tandaan X dan Y. Manakala di depan kedua-dua OKT
terdapat sebuah meja yang mana P5 dan P12 ditemui di dalamnya
mengandungi P11A dan P11B serta P13. Semasa perbicaraan
pihak pembelaan tidak pernah mencabar kedudukan barang kes
ditemui.

32. Kesemua barang kes dijumpai semasa pemeriksaan tempat


kejadian. Pemeriksaan dilakukan dan barang kes ditemui di
hadapan kedua-dua OKT, SP1 telah menunjukkan barang yang
ditemui dan dijelaskan kepada kedua-dua OKT. Pada setiap masa
material kedua-dua OKT tidak membantah penemuan barang kes.

9
33. Proximity kedua-dua OKT dengan barang kes adalah amat hampir.
Mustahil bagi kedua OKT tiada kawalan dan jagaan barang kes.
Tambahan pula hanya OKT1 dan OKT2 berada disitu pada waktu
serbuan jam 2.00 pagi.

34. Selain itu, terdapat barangan peribadi OKT1 di dalam P5 dan secara
inferensnya dapat disimpulkan bahawa P5 adalah di dalam jagaan
dan kawalan OKT.

35. Berdasarkan fakta diatas dan undang-undang matan dapat


disimpulkan bahawa kedua-dua OKT mempunyai jagaan dan
kawalan ke atas barang yang disyaki dadah tersebut. Fakta bahawa
barangan peribadi OKT1 turut dijumpai menguatkan lagi dapatan
ini.

b) Samada OKT mempunyai pengetahuan mengenai


kewujudan dadah tersebut.

36. Dapatan fakta keseluruhan kes ini berdasarkan keterangan yang


diberikan saksi pendakwaan ialah kedua-dua OKT adalah individu
yang berada di hadapan meja di mana barang kes berada. Mustahil
bagi kedua-dua OKT tiada pengetahuan mengenai kandungan beg
P5 dan P12 tersebut.

37. Tiada orang lain ditempat kejadian. Semasa kes pembelaan turut
disahkan oleh OKT1, kedua-dua OKT telah berbual sambil
menghisap rokok hampir 3 jam sebelum serbuan berlaku.

10
38. Di dalam beg P5 turut ditemui sebuah dompet hitam (P6) yang
mengandungi barangan peribadi OKT1. Barangan peribadi yang
dijumpai seperti kad pengenalan dan kad kuasa OKT1.Jelas
menunjukkan dokumen pengenalan penting OKT1 berada dalam
beg yang sama dan dalam jagaan OKT1. Adalah mustahil untuk
OKT1 tiada pengetahuan tentang kandungan barangan dalam
milikannya yang menjadi kegunaan hariannya

39. Seterusnya, Mahkamah turut menilai keterangan mengenai reaksi


kedua-dua OKT semasa ditangkap. Walaupun tiada pergelutan
yang kuat tetapi kedua-duanya terkejut dan cuba bingkas bangun
ketika serbuan dibuat. Fakta ini sedikit sebanyak menjadi penilaian
Mahkamah mengenai pengetahuan kedua-dua OKT mengenai
dadah yang ditemui.

40. Walaupun SP1 dan SP4 disoal balas mengenai tindak balas biasa
bagi orang yang diserbu pada tengah malam, tetapi Mahkamah
berpuas hati dengan jawapan saksi pendakwaan bahawa rekasi
kedua-dua OKT adalah mencurigakan tambahan pula waktu dan
tempat kejadian adalah mencurigakan.

41. Kedua-dua OKT juga faham dengan penjelasan oleh SP1


berkenaan barang kes yang ditemui dan pemakluman jumlah berat
barang kes, kedua-duanya tiada bantahan dan menurunkan
tandatangan ke atas borang bongkar P20.

42. Secara alternatifnya, sekiranya fakta-fakta yang diberikan


Mahkamah di atas adalah tidak mencukupi bagi membuktikan
pengetahuan, Mahkamah turut boleh menyandarkan alasan bagi
elemen kedua ini kepada anggapan Seksyen 37(d) ADB.
11
43. Disebabkan elemen kawalan atau jagaan serta pengetahuan
terhadap dadah tersebut telah dipenuhi, Mahkamah ini berpuas hati
bahawa adalah wajar untuk Mahkamah ini menggunapakai
anggapan statutori di bawah Seksyen 37(d) ADB 1952. Seksyen
37(d) ADB 1952 yang dirujuk adalah seperti berikut:-

“any person who is found to have had in his custody or under his
control anything whatsoever containing any dangerous drug
shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in
possession of such drug and shall, until the contrary is proved,
be deemed to have known the nature of such drug.”

44. Dalam mencapai dapatan ini, Mahkamah ini turut merujuk kepada
kes Isidro Leonardo Quito Cruz v PP(2013) 2 MLJ 1, di mana
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:-

“A person who is found to be in control and custody of dangerous


drugs is deemed to be in possession if the presumption under
s37(d) of the DDA is invoked and to have known the nature of
such drug.”

c) Dadah tersebut adalah jenis dadah berbahaya seperti yang


disenaraikan di Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya
1952.

45. Perkara ini ada dinyatakan dalam kes Mahkamah Agong


Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492, di mana Mahkamah telah
memutuskan bahawa:-

"As a rule, a chemist in drug cases does not give any opinion
as to ownership, control or possession of the substance sent

12
for analysis, but he merely reports the result of the chemical
examination of the substance. The only reason for sending the
exhibits to the chemist is to determine their identity and to
confirm what other witnesses have suspected.
….… We are therefore of the view, that is this type of cases
where the opinion of the chemist is confined only to the
elementary nature and identity of substance, the court is
entitled to accept the opinion of the expert on its face
value, unless it is inherently incredible or the defence
calls evidence in rebuttal by another expert to contradict
the opinion. So long as some credible evidence is given
by the chemist to support his opinion, there is no
necessity for him to go into details of what he did in the
laboratory, step by step…"

46. Selain itu, dalam kes Mahkamah Agung Ng Yin Kwok dan lain-lain
v PP [1989] 3 MLJ 166 Hashim Yeop A Sani memutuskan bahawa:

“It was correct for the learned judge to accept the evidence of
the chemist because it was clear from the notes of
proceedings that the chemist was a qualified and experienced
chemist and the instructions given to him by the police were
clear and his findings were specific.”

47. Ahli Kimia SP2 dan di dalam laporan kimia P18, mengesahkan
barang kes P11B dan P13 telah dianalisa dan hasil analisa dapati
bahan kristal jernih tersebut mengandungi Methamphetamine
masing-masing dengan berat bersih P11 B : 0.05 gram; dan P13 :
0.004 gram.

13
48. Keterangan SP2 dan P18 turut mengesahkan Methamphetamine
adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya
1952. Perkara ini juga tidak pernah dipertikaikan oleh pihak
peguambela. Oleh itu, elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak
Pendakwaan.

C. Seksyen 34 Kanun Keseksaan

49. OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama dalam pemilikan


barang kes dadah yang telah dirampas dalam serbuan yang dibuat
oleh SP1.

50. Di dalam kes Sabarudin bin Noh & Ors v PP [2005] 4 MLJ 37
Mahkamah menjelaskan;

“Presence is not necessary to constitute participation in every


case. It is sufficient for the accused to have done an act
with some nexus to the offence”

51. Pada setiap waktu material, hanya OKT1 dan OKT2 berada
ditempat kejadian pada jam 2.00 pagi sebagaimana disahkan SP1
dan SP4. Tiada orang lain.

52. Berdasarkan penilaian Mahkamah ini terhadap elemen-elemen


milikan diatas, adalah berlewah untuk mengulanginya lagi. Barang
kes dijumpai dihadapan kedua-dua OKT semasa serbuan
dilakukan. Kedekatan atau proximity barang kes dengan OKT1 dan
OKT2 jelas menunjukkan kedua-dua OKT mempunyai niat bersama
untuk mengawal dan memiliki barang kes berkenaan.

14
D. Isu-isu yang dibangkitkan

i) Rantaian keterangan barang kes

53. Peguambela dalam hujahannya antara lain mengatakan pihak


pendakwaan telah mengemukakan dua versi keterangan di
Mahkamah.

54. Pihak pembelaan merujuk kepada perbezaan yang terdapat pada


borang bongkar P20 yang mana bagi P13, SP1 menyatakan
dengan spesifik di mana dadah tersebut dijumpai. Ini berbeza
dengan P11B yang mana SP1 tidak menyatakan secara spesifik di
mana dadah tersebut dijumpai. Pihak pembelaan mendakwa dalam
situasi ini terdapat dua versi keterangan berhubung dengan
perbezaan yang ada pada borang bongkar yang disediakan oleh
SP1.

55. Berhubung isu ini, Mahkamah ini mendapati isu yang dibangkitkan
oleh pihak pembelaan ini adalah tidak bermerit. Mahkamah telah
menganalisa keseluruhan keterangan SP1 di Mahkamah dan
merujuk kepada borang bongkar P20.

56. Mahkamah merujuk kepada seksyen 64 KTJ.

64. List of all things seized to be made and signed.

A list of all things seized in the course of a search made under


this Chapter and of the places in which they are respectively
found shall be prepared by the officer or other person making
the search and signed by him.

15
57. Mahkamah ini juga merujuk kepada kes San Soo Ha v Public
Prosecutor [1968] 1 MLJ 34. Yang Arif Hakim Raja Azlan Shah
(pada ketika itu) menyatakan: -

The third ground of appeal is that the provisions of section 64


of the Criminal Procedure Code had not been complied with.
In my view, the provisions of the section are to be strictly
followed to the extent it is possible to ensure that the
incriminating articles obtained as a result of the search were
recovered as alleged and leaves no room for doubt and to
exclude the possibility of any concoction or malpractice of any
kind. This section bears some resemblance to section 103 of
the Indian Criminal Procedure Code which is more exhaustive
than ours. Conviction or acquittal of an accused person
invariably depends upon the credibility of witnesses as
assessed by the trial court and never on the question
whether a particular legal procedure has been complied
with. The most that can be said about the failure to comply
with the provision relating to search list is that it may cast
doubt upon the bona fides of the parties conducting the
search and accordingly afford ground for scrutiny; but if
after close scrutiny the court arrives at the conclusion
that the stolen articles were recovered from the
possession of the accused person, it is obviously no
defence to say that the evidence was obtained in an
irregular manner. There is nothing in the law which makes
such evidence inadmissible. (See Bashir Emperor AIR 1932
All 185; Bhattacharjee Emperor AIR 1940 Cal 85). In the
present case the learned president had explored the evidence
and came to the conclusion that the stolen articles were
recovered from the possession of the appellant. I am therefore
unable to see how the failure to prepare a search list by itself
would entitle the appellant to an acquittal.

(Kes Public Prosecutor v. Chin Hock Aun [1989] 1 MLJ 509 telah
menggunapakai kes San Soo Ha (supra))

16
58. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, berkenaan dengan
kegagalan untuk tidak mematuhi seksyen 64 KTJ, ianya hanya akan
menimbulkan keraguan ke atas bona fide SP1 yang telah membuat
tangkapan dan rampasan barang kes. Mahkamah ini hendaklah
meneliti keterangan SP1 secara mendalam.

59. Pada pengamatan Mahkamah ini, adalah didapati bahawa


keterangan SP1 adalah keterangan yang kredibel dan tidak goyah.
SP1 secara jelas menyatakan bahawa semua barang kes P11A-B
dijumpai diatas meja dihadapan kedua-dua OKT. Sungguhpun
melalui P20 tidak dinyatakan secara spesifik tempat P11A-B
dijumpai, namun melalui keterangan SP1, P11A-B sememangnya
dijumpai di dalam beg warna-warni P5. Keterangan ini turut
disokong oleh SP4 dan diteguhkan lagi dengan fakta bahawa OKT1
telah mendatangani borang bongkar P20 tersebut.

60. Selain itu, pembelaan tidak pernah mempersoal tentang niat SP1
dalam menyerbu dan membuat pemeriksaan keatas kedua-dua
OKT. Adalah sesuai untuk dinyatakan disini tiada sebab untuk SP1
memerangkap kedua-dua OKT, tambahan pula jelas melalui
keterangan di Mahkamah bahawa SP1 tidak mengenali atau jumpa
kedua-dua OKT tersebut.

61. Selanjutnya, pihak pembelaan turut berhujah bahawa dadah P11a


dan P11b tidak dicamkan oleh Ahli Kimia SP2. Kegagalan SP2
mengecam P11a dan P11b adalah barang kes yang diterima dan
disahkan seperti dalam laporan kimia SP2 menjadikan rantaian
keterangan kes pendakwan terputus.

17
62. Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan SP2 dan
mendapati hujahan pembelaan adalah tidak berasas. SP2 semasa
dipanggil memberi keterangan secara jelas dan mengecamkan
barang kes P11a dan P11b adalah barang kes yang diterima dan
dianalisa oleh beliau yang merupakan barang kes yang sama untuk
kes ini.

63. Selanjutnya berdasarkan keterangan lisan semua saksi


pendakwaan dan dokumentar, Mahkamah berpuas hati bahawa
rantaian keterangan barang kes adalah sempurna. Barang kes
setelah dirampas dijaga oleh SP1 dan dibawa pulang untuk proses
penandaan dan dokumentasi. Kemudian diserah kepada SP5 untuk
siasatan lanjut dan disimpan di dalam peti besi berkunci.
Seterusnya barang kes dihantar ke Jabatan Kimia untuk di analisa
SP2. SP2 telah menyemak dan mengesahkan barang kes adalah
sama serta disimpan di dalam almari berkunci selepas dianalisa.

ii) Seksyen 114 (g) Akta Keterangan

64. Peguambela selanjutnya berhujah bahawa pendakwaan gagal


memanggil saksi material iaitu OKT2. Hal ini telah membangkitkan
suatu anggapan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dan
menimbulkan keraguan keatas kes pendakwaan.

65. Mahkamah merujuk kepada kes Chua Keem Long v PP [1996] 1


SLR 510 , telah menggariskan sebagaimana berikut:

“…A presumption that evidence not adduced would have been


against the party failing to call need not be drawn in every

18
situation. No such presumption would operate unless the
witness not produced was essential...”

66. Selain itu, Mahkamah berpandangan bahawa tiada keperluan untuk


pendakwaan memanggil semua saksi sebagaimana peruntukan
Seksyen 134 Akta Keterangan, memandangkan semua lompang
yang perlu diisi telah dilakukan oleh pihak Pendakwaan.

67. Mahkamah setelah meneliti keseluruhan keterangan yang


dibentangkan oleh pendakwaan semasa perbicaraan berpuas hati
bahawa setiap intipati pertuduhan telah dibuktikan. Hal ini dapat
dilihat daripada alasan sebelum ini.

KES PEMBELAAN

a. Fakta kes

68. Pembelaan hanya memanggil OKT1 sendiri sebagai saksi tunggal


pembelaan dalam usaha untuk menimbulkan keraguan munasabah
terhadap keseluruhan kes.

69. OKT1 semasa dalam pembelaan telah memberikan versinya pada


hari serbuan 15 Oktober 2019 tersebut. Sekitar jam 10.00pm hingga
11.00pm, OKT1 bercadang ke rumah bapa saudara di Felda Serting
Hilir 1. Dalam perjalanan ke rumah bapa saudaranya, OKT1 melalui
rumah rakannya dan nampak OKT2 dihadapan rumah, lalu OKT1
berhenti singgah di rumah OKT2.

70. Adik OKT2 juga merupakan rakan OKT1 tetapi telah tidur pada
malam berkenaan. OKT1 dan OKT2 telah berborak panjang

19
sehingga lewat malam dan OKT1 telah membatalkan hasratnya
untuk ke rumah bapa saudaranya.

71. Ketika berborak OKT1 mendakwa, OKT2 duduk di kerusi manakala


OKT1 duduk berhadapan di atas lantai. Kedua-dua OKT berborak
kosong sambil menghisap rokok dihadapan rumah OKT2 dalam
keadaan kelam dengan hanya diterangi lampu jalan dihadapan
rumah tersebut.

72. OKT1 ada membawa beg berisi barangan peribadi dan telah letak
beg tersebut di atas meja berhadapan tempat OKT1 duduk. OKT1
juga nampak barang lain di atas meja berkenaan ada satu beg lin,
majalah lama, kotak rokok dan beberapa plastik yang OKT1 tidak
pasti kandungannya.

73. Tiba-tiba beberapa orang lelaki dari tepi rumah telah mengelilingi
OKT1 dan OKT2. OKT1 terkejut dan cuba mengelak tetapi berjaya
di tangkap dan mereka memaklumkan adalah polis.OKT1
mendakwa hanya tahu polis apabila ingin di bawa ke balai.
Kemudian polis telah memeriksa fizikal dan tidak jumpa barang
salah. Kemudian polis mengambil serta memeriksa beg OKT 1
tanpa sebarang amaran.

74. OKT1 mendakwa tidak nampak semasa polis memeriksa begnya


kerana salah seorang polis sedang menyoal OKT1. OKT1 turut
menyatakan didalam beg tersebut hanya mengandungi kad
pengenalan, kad kuasa dan wang tunai.

75. Kemudian kedua-dua OKT dibawa ke balai polis dan diarahkan


untuk tandatangan senarai geledah P20. OKT1 dimaklumkan oleh

20
seorang polis bahawa dadah telah dijumpai dalam beg OKT1 dan
tidak diakuinya. OKT1 tandatangan kerana tiada dinyatakan dadah
dijumpai pada barang peribadinya.

76. Seterusnya, kedua-dua OKT dituduh memiliki dadah jenis


Methamphetamine. OKT 2 telah mengaku dan dijatuhkan hukuman.
OKT1 mendakwa tiada pengetahuan tentang dadah tersebut, sebab
itu minta dibicarakan.

b. Beban Pembuktian

77. Merujuk kepada Seksyen 172(m) KTJ, standard pembuktian yang


diperlukan di akhir perbicaraan kes jenayah, Mahkamah perlu
menilai keseluruhan keterangan dan membuat dapatan bahawa
Pendakwaan telah membuktikan kes melebihi keraguan
munasabah ‘beyond reasonable doubt’.

78. Mahkamah ini sedia maklum bahawa pihak pendakwaan


mempunyai beban pembuktian untuk membuktikan kes melampaui
keraguan yang munasabah seperti keputusan dalam kes
Mahkamah Agung MOHAMAD RADHI BIN YAAKOB V PP [ [1991]
3 MLJ 169, namun tugas pihak pembelaan adalah untuk
menimbulkan keraguan yang munasabah sahaja sebagaimana
prinsip kes BALACHANDRAN V PP [2005] 2 MLJ 30.

c. Isu yang dibangkitkan pembelaan

79. Perkara pertama hujahan peguambela adalah mengenai borang


bongkar P20. Pembelaan sekali lagi cuba menjelaskan bahawa

21
tiada barang salah dijumpai dalam beg P5 milik OKT1 jika merujuk
kepada P20. OKT1 dalam keterangannya menyatakan bahawa
beliau menandatangani P20 kerana terdapat barang peribadi
miliknya yang lain seperti kad pengenalan dan kad kuasa polisnya.

80. Selain itu, OKT1 juga mendakwa bahawa beliau tidak tahu diserbu
oleh anggota polis kerana semua anggota tidak memperkenalkan
diri dan memberi apa-apa amaran. Kedua-dua OKT hanya tahu
mereka ditahan setelah ingin dibawa ke balai.

81. OKT1 dalam pembelaannya mengatakan tidak nampak apa yang


dilakukan oleh SP1 semasa pemeriksaan kerana sedang disoal
siasat oleh anggota serbuan ditambah pula pengcahayaan
persekitaran yang kelam.

d. Dapatan Mahkamah

82. Hujahan pertama pembelaan telah dihujahkan semasa peringkat


pembelaan. Mahkamah telah membincangkan secara panjang
lebar mengenai perkara ini semasa peringkat pendakwaan diatas.
Mahkamah ini tidak berniat mengulanginya lagi.

83. Seterusnya, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa


pembelaan yang cuba diketengahkan oleh OKT1 adalah
merupakan penafian semata-mata. Oleh itu, pihak pembelaan gagal
membuktikan satu keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan
ke atas OKT1.

22
84. Mahkamah telah meneliti keterangan OKT1 semasa kes
pembelaan. OKT1 dalam keterangannya menunjukkan naratif yang
serupa dengan kes pendakwaan seolah-olah mengesahkan
kejadian. OKT1 mengesahkan berada di tempat kejadian pada
waktu yang sama seperti pertuduhan kerana dalam perjalanan ke
rumah pakciknya.

85. OKT1 telah berjumpa dan berborak dengan OKT2 di hadapan


rumah. OKT1 turut meletakkan begnya P5 diatas meja di hadapan
kedua-dua OKT ini berborak. Secara jelas fakta ini juga konsisten
dengan kes pendakwaan.

86. OKT1 hanya menafikan pengetahuan mengenai serbuan dilakukan


oleh pihak polis dan tidak nampak pemeriksaan yang dilakukan oleh
SP1 maka tiada pengetahuan langsung dengan barang salah
sebagaimana pertuduhan.

87. Tiada saksi lain yang dipanggil untuk menyokong penafian OKT1
ini. Mahkamah berpandangan bahawa versi pembelaan adalah
hanya penafian kosong.

88. Rujukan dibuat kepada kes Shah Rehan bin Abdul Rahman v.
Pendakwa Raya [2015] 3 MLJ 337 yang mana menyatakan
bahawa “His Lordship’s view, that the defence is a bare denial and
bare denial can never be a good defence”.

89. Mahkamah lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan oleh


SP1 dan disokong SP4. Keterangan SP1 dan SP4 adalah
keterangan yang kredibel seperti yang telah dibincangkan di atas

23
dan SP1 dan SP4 adalah merupakan saksi-saksi yang tidak
berkepentingan.

90. Mahkamah mendapati OKT1 gagal menimbulkan keraguan


munasabah dan didapati bersalah di atas pertuduhan dan, disabit
dengan kesalahan di bawah seksyen 12(3) ADB 1952. Oleh itu,
sebelum Mahkamah ini menjatuhkan suatu hukuman ke atas OKT,
OKT telah diarahkan untuk memasukkan rayuan mitigasi.

RAYUAN

91. Rayuan mitigasi OKT adalah (seperti di dalam nota keterangan): -

OKT berusia 37 tahun. OKT kini tanggung bapa yang sakit


tenat dan kini berada dalam hospital.OKT kini merupakan
bekas penjawat awam dan sekarang hanya bekerja kampung
untuk menyara keluarganya. Walaubagaimanapun, kini OKT
terpaksa menjaga ayah dan terpaksa tinggalkan kerjanya.
Pohon hukuman ringan atas faktor keluarga beliau.

92. Pihak pendakwaan dalam hujahan pemberatannya pula memohon


(seperti di dalam nota keterangan):-

Pohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. Bicara penuh


telah berjalan sehingga tamat kes pembelaan. Pendakwaan
telah memanggil beberapa orang saksi dan ini mengambil
masa dan kos semua pihak. Semasa kejadian berlaku OKT
merupakan seorang penjawat awam. Perlu diberi perhatian
bahawa OKT perlu tahu perkara yang wajar dan tidak wajar.

24
Pohon hukuman sebagai pengajaran kepada penjawat awam
lain dan orang awam. Pohon budi bicara Mahkamah untuk
bentuk hukuman yang dikenakan kepada OKT. Pohon
hukuman setimpal.

ALASAN-ALASAN PENGHUKUMAN

93. Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah mengambil kira


fakta unik kes tersebut secara individu dan mengaplikasikan budi
bicara Mahkamah dalam memberi hukuman yang adil bagi kes
tersebut berdasarkan prinsip mantap undang-undang. Augustine
Paul JC dalam kes (Zaidon Shariff v PP [1996] 4 CLJ 441);
“..The right to determine the quantum of punishment on a
guilty party is absolutely in the discretion of the trial Court. It
will exercise that power judicially and will not tolerate any
encroachment or even semblance of encroachment by either
the prosecution or the defence in respect of that right (see
New Tuck Shen v. PP [1982] 1 MLJ 27).”

94. Kepentingan awam adalah asas utama yang perlu diambilkira


dalam menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas pesalah. ianya
adalah undang-undang matan (trite law) bahawa kepentingan
awam haruslah diberikan keutamaan seperti yang telah dinyatakan
di dalam kes Rex v Kenneth John Ball (1951) 35 Cr App R 164.

95. Hukuman yang dijatuhkan kepada OKT dapat memberikan


pengajaran, bukan sahaja kepada OKT, malahan kepada orang
awam supaya tidak terjebak dengan kegiatan jenayah seperti kes
najis dadah. Dan, kekerapan jenayah yang berkaitan dengan najis
dadah juga amat tinggi.

25
96. Mahkamah sedar bahawa kes ini telah dijalankan secara bicara
penuh dengan melibatkan beberapa orang saksi yang pastinya
melibatkan masa dan kos semua pihak. Walau bagaimanapun,
Mahkamah turut melihat kepada sumbangan OKT1 ini sebagai
seorang penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan jumlah
dadah yang dijumpai adalah sedikit hanya 0.054 gram.

KESIMPULAN

97. Berdasarkan kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas,


Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman tersebut adalah
setimpal dan wajar dengan kesalahan yang dilakukan

Bertarikh 21 Januari 2021

(KHIR NIZAM BIN JEMARI)


Mahkamah Majistret Bahau

Bagi Pihak Pendakwaan :


TPR Muhammad Amirul Bin Noor Hashimi
Timbalan Pendakwa Raya
Pejabat Timbalan Pendakwa Raya
Negeri Sembilan

Bagi Pihak Tertuduh :


Mohamad Nor Hisam Bin Hussain
Tetuan Norhisam & Associates,
No. 391 Level 2
Jalan Haruan 4/1,
Oakland Commercial Centre,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

26

You might also like