Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SOALAN OBJEKTIF

1. Antara yang berikut manakah bukan di kategorikan sebagai kelas makanan utama?
A. Protein
B. Karbohidrat
C. Glikogen
D. Air

2. Antara makanan berikut, yang manakah merupakan sumber protein yang tinggi?
A. Nasi
B. Daging
C. Sawi
D. Tepung

3. Apakah kelas makanan yang mempunyai peranan penting dalam merangsang peristalsis?
A. Pelawas
B. Karbohidrat
C. Protein
D. Lemak

4. Doktor mengesahkan Fikri mempunyai risiko penyakit gigi rapuh. Antara makanan berikut, yang
manakah dapat mengurangkan risiko sakit tersebut?
A. Nasi putih
B. Ikan siakap 3 rasa
C. Ayam goreng kunyit
D. Susu segar

5. Antara berikut merupakan fungsi air dalam badan kecuali


A. Menambah stamina dan tenaga dalam badan
B. Pelarut bahan kimia
C. Medium pengangkutan nutrient dan oksigen
D. Mengawal suhu badan

6. Berapakah banyak air yang perlu diminum oleh manusia dalam tempoh sehari?
A. 5gelas
B. 6 gelas
C. 7 gelas
D. 8 gelas

7. Suatu ujian makanan telah dijalanakan dengan menitis beberapa titis larutan iodin ke dalam
tabung uji berisi 2 ml ampaian kanji 1%. Didapati larutan tersebut berubah warna kepada biru
gelap. Antara berikut, manakah kemungkinan kelas makanan yang diuji?
A. Protein
B. Asid amino
C. Karbohidrat
D. Lemak

8. Soalan berikut adalah berdasarkan pernyataan berikut

Pemakanan yang mengandungi semua


kelas makanan yang diperlukan oleh
tubuh badan dalam kuantiti yang betul

Manakah istilah berikut yang bersesuaian dengan pernyataan di atas?

A. Makanan lengkap
B. Gizi seimbang
C. Susu awal bayi
D. Makanan vegetarian

9. Manakah ujian makanan berikut yang dapat menguji kehadiran protein dalam makanan?
A. Ujian Benedict
B. Ujian Millon
C. Ujian Iodin
D. Ujian alkohon

10. Soalan 10 berdasarkan rajah berikut

Afiq
Ali
Jisim 35 kg 40 kg
Kalori 2450 kcal 3100 kcal
Umur 10 12

Rajah di atas menunjukkan perbandingan jumlah kalori yang diperlukan oleh Ali dan Afiq dalam
sehari. Antara berikut, manakah yang membezakan jumlah kalori diantara mereka berdua?
i. Jantina
ii. Umur
iii. Jisim
iv. Jenis pekerjaan

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. I dan iv

11. Soalan 11 adalah berdasarkan rajah di bawah

Jika Annisa mempunyai jisim badan sebanyak 55 kg dengan ketinggian 1.65 meter. Kirakan BMI
bagi badan Annisa
A. 33.33
B. 5.45
C. 20.20
D. 0.000545

12. Proses pencernaan dibahagi kepada 2 jenis iaitu


A. Fizikal dan kimia
B. Kimia dan bukan kimia
C. Penghadaman dan fizikal
D. Penghadaman dan kimia

13. Berikut merupakan enzim yang wujud dalam tubuh badan kecuali
A. Amilase
B. Protease
C. Lipase
D. Papase

14. Maklumat berikut merupakan makanan-makanan yang terkandung dalam piramid makanan.

Kekacang, sayuran dan buah-buahan,


nasi dan roti, gula dan garam

Manakah antara pilihan jawapan yang disusun dari ‘makan dalam kuantiti banyak’ kepada
‘makan dalam kuantiti sedikit’ ?
A. Nasi dan roti, gula dan garam, kekacang, sayuran dan buah-buahan
B. gula dan garam, kekacang, sayuran dan buah-buahan, Nasi dan roti
C. Nasi dan roti, sayuran dan buah-buahan, gula dan garam
D. Sayuran dan buah-buahan, kekacang, nasi dan roti, gula dan garam

15. Antara berikut yang manakah adalah punca obesiti di kalangan pelajar?
A. pengambilan makanan berlemak secara berlebihan
B. pengambilan pelawas yang berlebihan
C. pengambilan air berlebihan
D. pengambilan vitamin dan mineral berlebihan

16. Antara kelas makanan berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga yang utama?
A. Air
B. Pelawas
C. Vitamin
D. Karbohidrat

17. Apakah fungsi esofagus?


A. menghantar makanan ke paru-paru
B. mencernakan lemak dan protein
C. menghantar makanan dari usus kecil ke usus besar
D. menghantar makanan dari mulut ke perut

18. Soalan 18 berdasarkan gambarajah di bawah

Di usus kecil, 2 jenis enzim dirembeskan oleh usus kecil iaitu


A. maltase dan protease
B. maltase dan lipase
C. lipase dan protease
D. amilase dan lipase

19. Kesan kekurangan iodin dalam badan seseorang akan menyebabkan


A. Riket
B. Goiter
C. Lumpuh
D. Anemia
20. Makanan yang tercerna akan diserap ke dalam aliran darah melalui dinding
A. Usus besar
B. Usus kecil
C. Perut
D. deodenum

JAWAPAN

1. C
2. B
3. A
4. D
5. A
6. D
7. C
8. B
9. B
10. B
11. C
12. A
13. D
14. C
15. A
16. D
17. D
18. A
19. B
20. B

You might also like