Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Sinopsis

Haiqal yang merupakan watak utama di


dalam novel Silir Daksina ini, telah menerima
sebuah manuskrip lama yang mengandungi
hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal kini
menetap di Kuala Terengganu bersama Umi
dan Walid iaitu ayah tirinya serta adik tirinya.
Teruja dengan manuskrip tersebut, Haiqal
tekad untuk menjejaki bapa kandungnya di
Batu Pahat, Johor walaupun ayahnya telah
meninggal dunia. Umi melarang Haiqal untuk
ke Batu Pahat Johor kerana hubungannya
bersama ayah kandung Haiqal tidak bahagia.
Umi telah membawa Haiqal ke Kuala
terengganu dan meninggalkan suaminya
Abdullah Bin Kayan tinggal kesepian di Johor.
Walaubagaimanapun, Haiqal telah membuat
keputusan untuk ke Batu Pahat, Johor.
Setibanya Haiqal di Kampung Seri Purnama,
dia disambut mesra oleh penduduk kampung.
Dia mendapati ayah kandungnya merupakan
seorang yang sangat disegani oleh penduduk
kampung dan sedikit sebanyak membantu
Haiqal untuk mengetahui cerita mengenai
ayahnya. Seorang penggiat aktiviti
kebudayaan yang mencintai sastera dan telah
memperkenalkan tarian zapin kepada
penduduk kampung. Ayah Haiqal juga
seorang guru yang aktif menulis sehingga
mewujudkan aksaara di kampungnya Haiqal
telah membuat persembahan zapin
D’Purnama dan berpasangan dengan See
Hwa. Dia terharu kerana umi, walid dan adik
tirinya hadir memberi sokongan dan
penduduk kampung juga berasa terharu
kerana terkenang arwah Abdullah Kayan.
Dendam uminya terhadap Abdullah Kayan
lebur dan telah menziarahi kuburnya untuk
mengaku kesilapan memisahkan anaknya
daripada bapanya. Setelah menetap beberapa
bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal
melanjutkan pelajaran dalam bidang
keguruan di sebuah universiti di Sarawak
Tema Novel Silir Diksina mengetengahkan
tema pengorbanan dalam memperjuangkan
kebudayaan dan kesusasteraan.
Persoalan 1)
Persoalan seorang anak yang ingin menjejaki
kehidupan ayah kandungnya yang telah
meninggal dunia Haiqal yang berusaha untuk
menjejaki sejarah kehidupan ayah
kandungnya selepas mendapat kiriman
manuskrip yang dikirim oleh Ong See Hwa
2) Persoalan kasih sayang ibu dan bapa
terhadap anak-anak Abduillah Kayan merindui
anaknya setelah dipisahkan oleh bekas
isterinya sehingga menghasilkan manuskrip
kepada anaknya. Umi datang ke Kampung Seri
Purnama untuk melihat persembahan zapin
oleh Haiqal

3) Persoalan masyarakat yang bekerjasama


walaupun berbeza kaum dan agama Haiqal,
Tauke Lim dan penduduk kampung yang lain
bekerjasama menjayakan persembahan zapin
4) Persoalan kegigihan dalam kehidupan
Tauke Lim yang datang ke Kampung Seri
Purnama gigih bekerja menoreh getah
diwaktu pagi dan menjual pinang di waktu
petang untuk menampung kehidupan
keluarganya yang susah
5) Persoalan semangat setia kawan dalam
persahabatan Haiqal menenangkan Ratna
yang menangis dan bersedih setelah
mendapat keputusan SPM yang tidak begitu
cemerlang

Watak dan Perwatakan


1) Haiqal Watak utama dan merupakan anak
kandung kepada Umi dan Abdullah Kayan
Merupakan seorang remaja yang mempunyai
bakat dalam bidang seni kerana memenangi
pertandingan mendeklamasikan puisi dan
menulis sajak Seorang yang taat pada
perintah agama apabila menunaikan solat
Subuh sebaik tiba di stesen bas Batu Pahat
Seorang yang penyayang kerana umi, walid
dan adik tirinya turun ke Batu Pahat Johor
untuk melihat dia mempersembahkan tarian
zapin
2) Umi/ Rafiqah Ibu kepada Haiqal dan telah
bercerai dengan bapa kandung Haiqal,
Abdullah Kayan Mengusahakan kedai batik di
Pasar Payang, Kuala Terengganu Seorang
yang ego dengan perasaanya kerana tidak
suka atau menghargai bakat seni bekas
suaminya Seorang yang penyayang sehingga
tidak membenarkan ayah kandung Haiqal
untuk menjaga anaknya itu
3) Abdullah Kayan/ Cikgu Zam/ Amirulnizam
Bapa kandung Haiqal merupakan seorang
guru yang aktif dalam menggiatkan seni
budaya di Kampung Seri Purnama, Batu
Pahat, Johor. Seorang yang terlalu mencintai
sastera sehingga sanggup berpisah daripada
isterinya berbanding bidang sastera. Seorang
yang penyayang kerana merindui anak
kandungnya Haiqal
4) Ong See Hwa/ Ai Ling Anak kepada Tauke
Lim Seorang yang fasih berbahasa Melayu
walaupun berbangsa Cina Seorang yang
pandai mendeklamasikan puisi kerana pernah
memenangi pertandingan mendeklamasikan
sajak semasa di sekolah rendah Seorang yang
pandai memasak kerana gemar memasak
makanan yang pedas
5) Tauke Lim/ Tauke Ong Bapa kepada See
Hwa dan melakukan dua kerja iaitu menoreh
getah di waktu pagi dan menjual pisang dan
pinang pada waktu petang Seorang yang jujur
dan amanah kerana menguruskan harta
peninggalan ayah Haiqal dengan baik Seorang
yang murah hati kerana suka membelanja
rakan di warung setelah menerima bantuan
daripada mereka
Binaan Plot :
Peristiwa dalam novel ini disusun secara
kronologi.

Pengenalan atau Eksposisi :


Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia
ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan.
Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima
manuskrip daripada See Hwa yang
merupakan hasil tulisan arwah ayahnya.
Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika,
uminya telah memberitahu bahawa walid itu
bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya
meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut
umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah
ayahnya kerana dia sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui
bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia
juga beranggapan bahawa memberi
penghormatan yang paling akhir kepada
ayahnya juga penting.
Perkembangan :
Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam
manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau
Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung
Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas
sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping
itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti
sastera dan budaya. Cikgu Zam telah
menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama
semula yang telah terkubur. Balai raya di
kampung itu menjadi meriah dengan latihan
zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam
juga mempunyai bakat dalam bidang
penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di
kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan
padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji
Salleh, dan orang-orang kampung yang lain.
Kegiatan sastera dan budaya yang
digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah
mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri
dan berjaya mengharumkan nama kampung.
Cikgu Zam juga bercadang untuk
menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun
demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan
kosong kerana anaknya, Aiman tiada di
sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu
lalu menumpahkan kasih dan sayangnya
terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling
diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu
Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah
mengidap penyakit tetapi penyakit yang
ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir
hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis
manuskrip dan manuskrip itu diserahkan
kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada
anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia,
manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling
kepada Haiqal yang berada di Kuala
Terengganu.

Perumitan :

Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya.


Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di
Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu
Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa
uminya tidak akan membenarkan dia ke sana.
Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak
diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu
dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di
Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk
memberitahu uminya tentang hasratnya
untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah
bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna,
akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan
hasratnya itu kepada uminya.
Puncak atau Klimaks :

Haiqal telah berbincang dengan umi dan


walid selepas dia selesai menunaikan solat
maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya
untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di
Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal
tidak membenarkan Haigal ke kampung
arwah ayahnya. Haigal dan uminya bergaduh
tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya
mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan
memberikan wang kepadanya sekiranya dia
ke kampung arwah ayahnya itu.Walid
memahami perasaan Haiqal dan merestukan
pemergian Haigal. Walid akan menampung
perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di
Johor kelak
Latar
Latar Tempat
Kuala Terengganu – Rumah Umi dan Walid
Kampung Seri Purnama –
Rumah ayah kandung Haiqal Balai Raya
Kampung Seri Purnama – Tempat simpanan
album, novel, bahan sastera yang
menunjukkan kegiatan ayah Haiqal dalam
bidang sastera dan budaya Gerai Makan milik
ratna – Haiqal dan ratna berbual-bual di gerai
makan tersebut sambil menikmati makanan
yang disediakan Rumah Tauke Ong – Haiqal
ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa
supaya berpasangan dengannya untuk menari
Zapin. Pusara Abdullah Bin Kayan – Haiqal
telah membacakan yasin dan berdoa agar
ayahnya ditempatkan di sisi orang yang baik-
baik Stesen Bas Batu Pahat – Haiqal tiba di
stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk
ke kampung ayah kandungnya. Latar Masa
Pagi – Tauke Lim dan isteri menoreh getah
Petang – Peristiwa di mana Haiqal teringat
akan peristiwa dia hampir terlanggar seorang
budak kecil Malam – Cik Zam berbual-bual
semasa tamat latihan zapin Usia enam bulan
– umi memberitahu Haiqal bahawa walid
bukan ayah kandungnya Lapan belas tahun –
Tauke Lim menetap di kampung Seri Purnama
Latar Masyarakat Masyarakat peniaga –
Tauke Lim yang berniaga pisang dan pinang di
pekan Masyarakat yang cinta akan sastera
dan seni budaya bangsa – Pak Cik bakar, Haji
Salim dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam
seni tarian zapin bagi memperkasa seni
warisan Melayu. Masyarakat yang
berpendidikan – See Hwa belajar di kolej
manakala Haiqal belajar di tingkatan enam
Masyarakat yang berbilang kaum – Kampung
Seri Purnama mempunyai penduduk yang
tersiri daripada Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji
Salim, Tauke Lim dan See Hwa Masyarakat
yang penyayang – Cikgu Zam amat
menyayangi dan merindui anaknya Haiqal
yang tinggal jauh setelah bercerai dengan
isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan
sayang pada anaknya dalam manuskrip 7)
Gaya Bahasa Diksi: Badai yang telah melanda
jiwaku Bahasa asing: Inggeris (persepsi, teori)
Arab (Ustazah, Alhamdulillah) Indonesia
(Sore, Omong kosong) Peribahasa: Alah bisa
tegal biasa Simpulan bahasa: mereka berdua
berdiri di gigi pantai Simile: hatinya bagai
ditarik-tarik Personafikasi: Pantai Batu buruk
pastinya tersenyum Sinkope: Cikgu tak menari
malam ini? Tanya Tauke Lim 8) Nilai Nilai
Setiakawan Haiqal dan Ratna berkawan rapat
Nilai Tanggungjawab Tauke Ong tidak mahu
membeli kereta baharu kerana ingin
menggunakan wang tersebut untuk
membesarkan anak-anaknya Nilai Kasih
Sayang Haiqal amat sayang akan ayahnya
Nilai Budi Bahasa Ai Ling dan Ratna melayan
Haiqal dengan baik semasa baru berkenalan
9) Pengajaran 1. Kita seharusnya mempunyai
sifat cinta akan seni dan budaya bangsa –
Abdullah Kayan yang memulihara tarian zapin
2. Kita hendaklah menghargai persahabatan –
Haiqal dan Ratna yang saling menghargai
antara satu sama lain 3. Kita hendaklah tabah
melaksanakan sesuatu kerja – Abdullah tabah
dan berusaha untuk menghidupkan kembali
tarian zapin

You might also like