Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SULIT

Nama Murid : ………………………………………………. Tahun : …………………

BAHASA MELAYU
TAHUN 3

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2024/2025


TAHUN 3
BAHASA MELAYU (BM)

MEI
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 5 bahagian.


2. Jawab semua soalan.
3. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,
hitamkan jawapan yang baru.
4. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.
5. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan jawapan.

SOALAN MARKAH

Bahagian A /10

Bahagian B /10

Bahagian C /10

Bahagian D /10

Bahagian E /10

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Halaman 1 [lihat halaman sebelah…]


BAHAGIAN A
[10 markah]

Tuliskan simpulan bahasa yang betul berdasarkan gambar. [5 markah]


Contoh :

air muka

1.

2.

3.

4.

5.

Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang betul. [5 markah]

1. telinga kuali seseorang yang suka membaca buku

2. ulat buku perempuan yang tidak tahan panas

3. mandi kerbau tahan hati menerima kemarahan

4. puteri lilin hadiah atau pemberian

5. buah tangan mandi yang tidak bersih

Halaman 2 [lihat halaman sebelah…]


BAHAGIAN B
[10 markah]

Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat di dalam petikan di
bawah. [6 markah]

Hanis dan Ahmad suka menunggang basikal di halaman rumah mereka. Pada suatu
hari, Hanis telah terjatuh semasa menunggang basikal. Lutut Hanis luka.
Ayahnya, Encik Aidi mendapati longkang itu perlu ditutup.

Kata Nama Am Kata Nama Khas

1. 1.

2. 2.

3. 3.

Lengkapkan. [4 markah]

1. Empat __________ buku cerita.


biji

buah

2. Se _____________ tembikai merah. ekor

potong

3. Dua _____________ pembaris. batang

bilah

4. Se _____________ kuda.
helai

Halaman 3 [lihat halaman sebelah…]


BAHAGIAN C
[10 markah]

Garisi kata adjektif pancaindera yang paling sesuai.[4 markah]

1. Donut yang (hanyir, manis) itu dibeli oleh Ahmad.

2. Strawberi itu berasa sangat ( cantik, masam).

3. Alia terpaksa menelan ubat yang ( pahit, bersih ) itu supaya dia cepat
sembuh.

4. Ibu menambah garam ke dalam sup kerana kurang ( masin, tawar ).

Bina ayat menggunakan perkataan yang diberi. [6 markah]

1.
menggosok gigi - pagi - sekolah

_____________________________________

_____________________________________

merawat pesakit - hospital


2.

_____________________________________

_____________________________________

menyapu sampah - halaman rumah


3.

_____________________________________

_____________________________________

Halaman 4 [lihat halaman sebelah…]


BAHAGIAN D
[10 markah]

Baca petikan. Kemudian, jawab soalan pemahaman berikut. [10 markah]

Pengusaha makanan di premis makanan perlu memakai pakaian yang sesuai dan
bersih. Amalan ini akan memastikan makanan terhindar daripada bakteria.
Pengusaha makanan perlu memakai apron, sarung tangan dan penutup kepala.

Makanan yang telah dimasak perlu ditutup. Makanan perlu ditutup bagi
mengelakkan makanan dihinggapi lalat. Makanan yang telah tercemar boleh
membawa penyakit seperti taun, cirit-birit, dehidrasi dan demam.

Peralatan memasak mestilah sentiasa dalam keadaan yang bersih. Peralatan


memasak yang bersih dapat menjamin kualiti makanan yang baik. Peralatan
memasak perlu dibersihkan menggunakan sabun dan air yang bersih.

1. Apakah pakaian yang perlu dipakai oleh seorang pengusaha makanan?


Pakaian yang perlu dipakai oleh seorang pengusaha makanan ialah ____________,
______________ dan ______________.

2. Mengapakah pengusaha makanan perlu memakai pakaian yang sesuai dan bersih?
Pengusaha makanan perlu memakai pakaian yang sesuai dan bersih supaya
__________________________________________________________.

3. Nyatakan peralatan yang digunakan ketika memasak.


a) ____________________
b) ____________________
c) ____________________

4. Peralatan memasak dibersihkan menggunakan ___________________________.

5. Pada pendapat kamu, selain pakaian yang bersih, bagaimanakah kita dapat
memastikan makanan terhindar daripada bakteria?
Pada pendapat saya, kita perlu
____________________________________________________________.

Halaman 5 [lihat halaman sebelah…]


BAHAGIAN E
[10 markah]

Tulis karangan berdasarkan maklumat yang diberikan. [10 markah]

ibu bapa saya mengadakan - sambutan hari lahir saya


membantu - membersihkan - menghias rumah - cantik
menggantung belon - berwarna-warni
menyusun - meja dan kerusi - ruang tamu

kawan-kawan datang - menjemput masuk


menyanyi - meniup lilin - makan kek
menikmati makanan - dimasak - ibu
bermain - halaman rumah

kawan-kawan - pulang - buka hadiah


terima kasih - ibu ayah
letih - gembira - meriah

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________
______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT


~ SELAMAT MENJAWAB ~
Halaman 6 [lihat halaman sebelah…]
SKEMA JAWAPAN
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 3
Jawapan lain yang bersesuaian boleh diterima.

BAHAGIAN JAWAPAN MARKAH

Simpulan bahasa
1. puteri lilin
2. buah tangan
3. telinga kuali
4. mandi kerbau
5. ulat buku
A 10
Maksud Simpulan bahasa
1. perempuan yang tidak tahan panas
2. hadiah atau pemberian
3. tahan hati menerima kemarahan
4. mandi yang tidak bersih
5. seseorang yang suka membaca buku

Kata Nama Am
1. longkang
2. basikal
3. rumah

Kata Nama Khas


1. Hanis
B 2. Encik Aidi 10
3. Ahmad

Penjodoh Bilangan
1. buah
2. potong
3. batang
4. ekor

Kata Adjektif Pancaindera


1. manis
2. masam
3. pahit
4. masin
C 10
Bina Ayat
1. Fatin menggosok gigi setiap pagi sebelum ke
sekolah.
2. Doktor Rashid merawat pesakit di hospital.
3. Dahlia menyapu sampah di halaman rumah.
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 3
Jawapan lain yang bersesuaian boleh diterima.

BAHAGIAN JAWAPAN MARKAH

Soalan pemahaman
1. apron, sarung tangan dan penutup kepala.
2. makanan terhindar daripada bakteria.
3. a) kuali
D b) sudip 10
c) sudu
4. sabun dan air bersih
5. - mencuci bahan masakan dengan bersih
- masak makanan dengan sempurna

Karangan
Pada hari Sabtu yang lalu, ibu bapa saya mengadakan
majlis sambutan hari lahir saya yang ke-9. Saya
membantu ibu membersihkan dan menghias rumah
dengan cantik. Ayah pula menggantung belon yang
berwarna- warni pada dinding rumah. Abang pula
menyusun meja dan kerusi di ruang tamu dengan
kemas.
Pada pukul 2.00 petang, kawan-kawan mula
datang. Saya menjemput mereka masuk ke dalam
E rumah. Mereka menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ 10
untuk saya. Saya meniup lilin dengan gembira. Kami
makan kek bersama-sama. Kami juga menikmati
makanan yang dimasak oleh ibu. Kemudian, kami
bermain di halaman rumah.
Pada waktu petang, kawan-kawan pulang ke
rumah. Saya membuka hadiah-hadiah yang diberi oleh
kawan-kawan, ibu dan ayah. Saya mengucapkan terima
kasih kepada ibu dan ayah. Walaupun berasa letih
tetapi saya sangat gembira kerana majlis hari lahir saya
sangat meriah.

You might also like