Minit Mesy Panitia Mt 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI SERONG

34200 PARIT BUNTAR, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1 2024/2025

Tarikh : 8 Mac 2024


Masa : 11.30 pagi
Tempat : Kelas 6 Amanah
Pengerusi : Pn. Jamaayah binti Hj Nasri

Kehadiran :

1. Pn. Norhazlina binti Norbit Ketua Panitia


2. En. Wan Nazariff bin Wan Raghali
3. Pn. Hjh Hajana binti Aziz
4. En. Aiman Faiz bin Baharuddin
5. Pn. Tavanisha A/P Ravichandran
6. Pn. Nurul Atiqah Binti Raub
7. Pn. Fatrihyah binti Isha
8. Pn. Noorena binti Ab Wahab
9. Pn. Roszana binti Saad

Tiada hadir (bersebab):

En. Mohd Saiful Eza bin Mohamad Nor (Mesyuarat Penataran DSKP)

Turut Hadir :

1. Pn. Hajah Mastura binti Tajul Ariffin Guru Besar


SK Pelabuhan Kelang
2. Pn. Fatrihyah binti Isha Guru Prasekolah
3. Pn. Noorena binti Ab Wahab Guru Prasekolah
4. Pn. Roszana binti Saad Guru Prasekolah

Urus Setia Mesyuarat :

Pn. Tavanisha A/P Ravichandran Setiausaha Panitia


Matematik

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (PN. HAJAH MASTURA BINTI TAJUL ARIFFIN)

1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajjah Mastura Binti Tajul Ariffin , Guru
Besar SK Pelabuhan Kelang dan semua rakan guru kerana dapat meluangkan masa menghadiri
mesyuarat Panitia Matematik Kali-1 bagi sesi 2024/2025.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru Matematik untuk terus cemerlang dalam sesi
persekolahan 2024/2025. Hasil pemantauan dan pencerapan guru Matematik oleh pihak pentadbir,
mereka mahir melaksanakan PdPc menggunakan ABM. Walaupun Matematik merupakan mata
pelajaran yang sukar untuk dikuasai oleh murid, namun guru-

1
guru mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan isi pelajaran. Hal ini sedemikian kerana pada masa
ini aspek KBAT telah dipertingkatkan dalam mata pelajaran Matematik. Penggunaan istilah dan
perkataan yang telah meningkat dalam matapelajaran Matematik jika dibandingkan dengan angka juga
menjadi salah satu isu kerana ini menyebabkan murid-murid hilang minat terhadap mata pelajaran ini.

1.3 PK kokurikulum mengharapkan guru-guru Matematik dapat sama-sama berganding bahu


untuk memastikan peningkatan prestasi murid. Melalui program-program yang di rancang dan
PdP dalam kelas , di harapkan Panitia Matematik dapat bergerak lebih mantap untuk membantu
murid-murid menguasai kemahiran dalam matapelajaran Matematik.

2.0 PENGESAHAH MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil 3/2024 dicadang untuk diterima dan disahkan tanpa pindaan dan disokong
sebulat suara.

3.0 PERKARA –PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PERKARA BAHARU / PEMBENTANGAN LAPORAN / ISU

4.1 ANALISIS PBD 2023/2024

4.1.1 Ketua Panitia membentangkan analisis Data PBD 2023/2024.

4.1.2 Beliau memaklumkan peratus pencapaian murid bagi mata pelajaran Matematik
yang mendapat TP1 dan TP2 kurang daripada 20% dalam sesi akademik
2023/2024.

Tindakan : Makluman semua guru Matematik

2
4.2 ANALISIS UASA 2023/2024

4.2.1 Ketua Panitia membentangkan analisis Data PBD 2023/2024.

4.2.2 Peratus pencapaian murid-murid Tahap 2 bagi mata pelajaran Matematik dalam
UASA adalah sangat rendah dan tidak memuaskan jika dibandingkan dengan PBD
yang dilaksanakan sepanjang tahun.

Tindakan : Makluman semua guru Matematik

4.3 SENARAI SEMAK PANITIA

4.3.1 DSKP akan dkongsikan oleh Ketua Panitia dalam Telegram Panitia Matematik. Guru-guru
Matematik diingatkan agar muatnaik DSKP dan RPT yang berkaitan dalam Google Drive yang telah
disediakan dalam Google Classroom.

4.3.2 Ketua Panitia telah mengagihkan setiap guru Matematik bagi menyediakan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

Tindakan : Semua guru Matematik

3
4.3.3 Ketua Panitia memaklumkan elemen-elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Format RPH bagi mata pelajaran Matematik diselaraskan mengikut templat yang dikongsikan
dalam Google Drive dalam Telegram rasmi sekolah. Sekurang-kurangnya 2 objektif pembelajaran
ditulis mengikut aras pemikiran murid.

4.3.4 Ketua Panitia memaklumkan bahawa satu PLC akan diadakan untuk merungkai DSKP dalam masa
terdekat.

4.3.5 Ketua Panitia membentangkan Jadual pemeriksaan buku latihan iaitu ‘Kami Cakna’ melibatkan
pihak pentadbir serta Ketua Panitia Matematik iaitu pada minggu keempat bulan Mei, Ogos dan
Disember.

4.3.6 Ketua Panitia juga memaklumkan borang untuk mengisi biodata guru-guru Matematik serta senarai
buku teks dan rujukan Matematik akan dikongsikan dalam Telegram rasmi Panitia Matematik.
Semua guru Matematik hendaklah menghantar kepada Ketua Panitia dalam bentuk softcopy setelah
selesai mengisi borang-borang tersebut.

4.3.7 Bilangan latihan murid turut telah ditetapkan iaitu dalam lingkungan 5 hingga 15 soalan dalam
seminggu. Bagi murid tahap 1 pula, penggunaan buku tulis adalah untuk 2 hari dan buku aktiviti
adalah untuk sehari dalam seminggu. Ketetapan ini dbuat untuk menggalakkan murid-

4
murid Tahap 1 untuk menulis atas nasihat dan tunjuk ajar Guru Besar. Ketetapan ini adalah untuk
sementara waktu iaitu sehingga Penggal 1.

4.3.8 Ketua Panitia memaklumkan Rekod Perkembangan Murid (RPM) adalah satu alat pentaksiran yang
mesti ada dengan guru Matematik pada setiap masa. Guru-guru diberi peringatan untuk membuat
pentaksiran dengan telus mengikut Standard Prestasi yang terdapat dalam DSKP. Ketua Panitia
Matematik juga mengingatkan agar RPM dibuat dengan kaedah yang betul. Tahap Penguasaan (TP)
diberi hanya setelah selesai sesuatu Standard Kandungan. Jika belum selesai, setiap Kemahiran
ditanda dengan simbol sahaja dan simbol terpulang kepada masing-masing.

4.3.9 Ketua Panitia kongsikan Jadual penggubal atau pengurus soalan bagi Ujian Pertengahan Sesi
Akademik (UPSA) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) murid-murid Tahap 2 bagi mata
pelajaran Matematik dibentangkan supaya guru-guru dapat membuat persediaan awal.

4.3.10 Jadual Pencerapan dan Pegawai Penilai bagi guru-guru Matematik boleh dirujuk dalam Buku Manual
Pengurusan Sekolah.

4.2.11 Ketua Panitia mengingatkan pemantauan oleh pentadbir akan dilaksanakan sepanjang tahun
merangkumi buku Latihan murid, RPM, suasana kelas dan lain-lain.

Tindakan : Semua guru Matematik

4.4 PROGRAM PENINGKATAN MURID

4.4.1 Congak 5 minit


Program ini dilaksanakan 5 minit PdPc dimulakan pada setiap hari bermula bulan Mac 2024 sehingga
bulan Februari 2025.

Tindakan : Semua guru Matematik

4.4.2 Kuiz Matematik


Kuiz Matematik turut dilaksanakan dalam PdPc Matematik atau mengikut kesesuaian guru dan murid.
Setelah selesai mengajar sesuatu standard pembelajaran, guru mengadakan kuiz dalam bentuk lisan
atau bertulis. Kuiz ini dilaksanakan bermula Mac 2024 sehingga Februari 2025.

Tindakan : Semua guru Matematik

5
4.4.3 BeAM (Bengkel Asas Matematik)
4.4.3.1 Ketua Panitia memaklumkan program ini adalah kesinambungan dari tahun lepas. BeAM ini
dilaksanakan dalam PdPc Matematik mengikut kesesuaian guru dan aras pemikiran murid-
murid. Program ini melibatkan operasi asas Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Cadangan bagi program ini, menggukan buku aktiviti melibatkan soalan-soalan asas yang
mudah sahaja.Tujuan program ini adalah untuk mengenal pasti murid yang lemah yang
bermula bulan April 2024 hingga Februari 2025.

4.4.3.2 Encik Wan Nazariff mencadangkan agar sentiasa berbincang dengan guru pemulihan untuk
mengetahui perkembangan murid-murid yang terlibat dengan pemulihan serta dalam
menentukan pemberian Tahap Penguasaan PBD.

Tindakan : Semua guru Matematik


4.4.5
Perkasa
Program ini adalah sebagai pengukuhan menggunakan buku aktiviti melibatkan soalan yang mencabar
kepada murid-murid cemerlang. Murid-murid cemerlang diberi soalan-soalan mencabar untuk
mempertingkatkan diri masing-masing.

Tindakan : Semua guru Matematik


4.4.6
Senyum Ceria
Ketua Panitia Matematik memberi cadangan kepada guru-guru Matematik untuk memberikan sticker,
cop atau bintang semasa menanda buku tulis dan buku aktiviti murid. Ini akan memberi dorongan
kepada murid untuk lebih cemerlang.

Tindakan : Semua guru Matematik


4.4.7
PROBIS
4.4.7.1 Ketua Panitia memaklumkan Program PROBIS bagi meningkatkan kemahiran sifir
dikalangan murid. Kad sifir diberi kepada murid-murid untuk menghafal sifir dan
mencatatkan dalam kad tersebut.

4.4.7.2 Puan Hajana memaklumkan beliau bercadang untuk menyediakankotak sifir di atas lantai.
Murid akan melengkapkan kotak sifir 100 dengan bmbingan. Menurut seorang guru
Matematik, ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar ke arah didik hibur
(fun learning). Kaedah ini boleh juga di buat atas kertas.

4.4.7.3 Cik Atiqah mencadangkan untuk membuat pengisian membaca sifir secara beramai- ramai di
dewan semasa perhimpunan pagi sebelum naik ke kelas. Kaedah ini sesuai juga dilaksanakan
dalam kelas semasa PdP.
Tindakan : Semua guru Matematik

4.5 PROGRAM PENINGKATAN GURU

4.5.1 Merungkai DSKP


Program untuk merungkai DSKP akan diadakan dalam masa terdekat. Masa dan tarikh akan
dimaklumkan kemudian.
Tindakan : Semua guru Matematik

6
4.5.2 Penyelarasan RPH
Format RPH telah diselaraskan mengikut templat yang diedarkan oleh sekolah.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.5.3 Pemantauan Rekod Penyemakan Latihan/ Buku Murid
Ketua Panitia Matematik akan memantau latihan dan buku murid semasa ke semasa untuk
meningkatkan profesionalisme guru secara tidak langsung.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.5.3
Rekod Perkembangan Murid (RPM)
Ketua Panitia memaklumkan murid perlu sentiasa ditaksir dan rekod perlu disimpan kerana
pentaksiran PBD harus dilaksanakan sepanjang masa.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.5.4
Dialog Prestasi
Ketua Panitia memaklumkan Dialog Prestasi akan dilaksanakan mengikut keperluan.
Tindakan : Semua guru Matematik

4.6 ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS (ABM)

4.6.1 Anggaran perbelanjaan Panitia 2024 adalah sebanyak RM1581.60. Bahagikan


perbelanjaan kepada 2 penggal.
Tindakan : Makluman semua guru Matematik

4.6.2 Ketua Panitia mencadangkan alat penimbang dan silinder penyukat bagi tajuk isi padu cecair perlu
dibeli untuk meningkatkan pemahaman murid dalam PdPc.

4.6.3 Beliau minta pendapat ahli lain bagi keperluan alat bantu mengajar. Guru-guru akan memikirkan
alat keperluan dan akan maklumkan pada Ketua Panitia kemudian.

Tindakan : Semua guru Matematik

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia memohon kerjasama daripada semua guru Matematik untuk mengemaskini papan
kenyataan Panitia Matematik.
Tindakan : Semua guru Matematik

5.2 Guru Pemulihan sedang membuat saringan terhadap murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 untuk
pemilihan murid ke kelas pemulihan. Beliau turut memberi cadangan kepada guru Matematik untuk
murid-murid memahami konsep sifir semata-mata menghafal sifir tanpa memahami konsepnya.

Tindakan :Makluman
6.0 PENUTUP

6.1 Ucapan terima kasih daripada Ketua Panitia atas kehadiran semua guru
termasuk guru-guru Prasekolah serta berkongsi idea dan pendapat dalam mesyuarat hari ini.

6.2 Beliau mengharapkan agar melalui mesyuarat ini, dengan perkongsian idea diharapkan dapat
membantu murid untuk meningkatkan prestasi dalam matapelajaran Matematik.

6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.53 petang.

7
.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

Tava
………………………………………………. ………………………………………
(PN.TAVANISHA A/P RAVICHANDRAN) (PN. NORHAZLINA BINTI NORBIT)
Setiausaha Panitia matematik, Ketua Panitia Matematik,
SK Pelabuhan Kelang. SK Pelabuhan Kelang.

25 Februari 2024

You might also like