Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Contoh Karangan Kitar Semula

i) PENDAHULUAN

Kitar semula ialah proses menghasilkan sesuatu produk yang baru atau
boleh dikategorikan sebagai inovasi, hasil danpada bahan-bahan yang
tidak lagi digunakan, Antara bahan yang boleh dikitar semula
ialah tin kosong, plastik, kertas, dan tayar-tayar lama. Bagi menggalakkan
rakyat mengamalkan kitar semula, pelbagat program telah diaturkan untuk
membuka mata masyarakat tentang kebalkan kitar semula. Malangnya,
program-program sebegini kurang mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat.

ii) ISI 1: MENANGANI MASALAH KEKURANGAN TAPAK PELUPUSAN


SAMPAH

Banyak kebaikan yang bakal diperoleh menerusi amalan kitar semula. Kitar
semula dapat menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah di
negara kita. Negara kita kini dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan
sampah. Ini kerana, saban hari kuantiti sampah di Malaysia semakin
meningkat. Menurut kajian, rakyat Malaysia membuang sebanyak 36,699
tan sampah setiap hari. Ini bermakna, setiap rakyat Malaysia membuang
sebanyak 1.17kg sisa pepejal secara purata. Jika ini tidak ditangani, tidak
mustahil kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan pusat pelupusan
sampah suatu hari nanti.
iii) ISI 2: MEMBERIKAN KEUNTUNGAN

Selain itu, amalan kitar semula juga boleh memberikan keuntungan kepada
orang ramai. Kebanyakan penduduk berpendapatan rendah boleh
mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada
bahan yang tidak lagi digunakan. Sebagai contoh, surat khabar boleh
diinovasikan sebagai sebuah bakul yang cantik dan menarik. Berbagai-
bagai kraf tangan lain juga boleh dihasilkan daripada surat khabar
mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan
boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan. Ini sekaligus dapat
menambah pendapatan mereka menerusi produk-produk tersebut.

iv) ISI 3: MENGURANGKAN MASALAH KESAN RUMAH HIJAU

Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui


amalan kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang barang danpada
bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding
menghasilkan barang barang baharu daripada barang terbuang. Gas-gas
yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida, sulphur oksida, dan
metana marupakan punca kesan rumah hijau sekaligus menjurus kepada
pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan
ketika menghasilkan sesuatu barang.

v) ISI 4: MENGURANGKAN BAHAN MENTAH BAHARU

Seterusnya kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah


baharu. Kebanyakan bahan mentah diperoleh danpada sumber hutan.
Misalnya, kertas diperbuat danpada pokok dan tayar-tayar kenderaan
diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam
kalangan masyarakat, negara kita bakal ketandusan sumber hutan. Ini
mengakibatkan habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga
berkemungkinan besar akan pupus. Haiwan-haiwan tersebut juga boleh
membahayakan nyawa manusia kerana mereka akan berkeliaran di
kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

vi) PENUTUP

Tuntasnya, amalan kitar semula membawa begitu banyak kebaikan kepada


manusia haiwan dan alam sekitar. Semua pihak harus bekerjasama bagi
menjayakan amalan kitar semula yang telah terbukti memberikan banyak
kebaikan kepada kita semua. Amalan ini penting bagi kelestarian generasi
akan datang.

You might also like