Final Skema Pm3041 Morale Studies 3 1-2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

TERHAD

UNIT PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN


JABATAN TENAGA MANUSIA
PUTRAJAYA
PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1/2024

SUBJEK UMUM

PENDIDIKAN MORAL 3
(PM 3041)
SEMESTER 3
MASA:

DUA JAM
(2 JAM)

SKEMA JAWAPAN
Kertas skema ini mengandungi 19 halaman bercetak termasuk muka depan
TERHAD

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF


ARAHAN : Bahagian ini mengandungi 30 soalan. Calon dikehendaki menjawab
SEMUA soalan daripada bahagian ini.

LA 1 : MASYARAKAT MALAYSIA

1. Antara berikut yang manakah bukan merupakan kaum bumiputra?

A. Melayu.
B. Malanau.
C. Kadazan.
D. Baba dan Nyonya.

2. Kerajaan yang manakah yang terletak di Sungai Mekong dan merupakan


kerajaan Hindu pertama di Asia Tenggara?

A. Kerajaan Funan.
B. Kerajaan Srivijaya.
C. Kerajaan Majapahit.
D. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

3. Apakah faktor-faktor yang mendorong orang Cina berhijrah ke Tanah


Melayu?

A. Masalah keluarga di China.


B. Masalah pengangguran di China.
C. Masalah rasuah dalam negeri di China.
D. Masalah kepadatan penduduk di China.

2
TERHAD
4. Kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu mempunyai kaitan rapat dengan
keperluan buruh di sektor?

A. Perladangan kopi.
B. Perladangan getah.
C. Perladangan kelapa sawit.
D. Perlombongan bijih timah.

5. Kerajaan Melayu yang manakah menghasilkan kayu wangi, gading gajah dan
sumbu badak yang ditukar dengan saudagar Cina untuk kain sutera, kapas
dan tembikar?

A. Kerajaan Funan.
B. Kerajaan Srivijaya.
C. Kerajaan Kedah Tua.
D. Kerajaan Langkasuka.

6. Kerajaan Melayu yang manakah menguasai Tanah Melayu, Selat Sunda dan
Selat Melaka pada abad ke-7?

A. Kerajaan Funan.
B. Kerajaan Srivijaya.
C. Kerajaan Majapahit.
D. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

7. Apakah perayaan yang diraikan oleh masyarakat Melayu sebagai tanda


korban?

A. Gawai.
B. Aidilfitri.
C. Aidiladha.
D. Perayaan Tadau Keamatan.

3
TERHAD

8. Masyarakat Cina di Malaysia mengamalkan adab perkahwinan yang


tersendiri. Apakah dokumen yang ditandatangani oleh pasangan pengantin
sebagai bukti dalam perkahwinan masyarakat Cina?

A. Sepucuk surat perkahwinan tanpa saksi.


B. Dua pucuk surat perkahwinan tanpa saksi.
C. Sepucuk surat perkahwinan di hadapan beberapa orang saksi.
D. Dua pucuk surat perkahwinan di hadapan beberapa orang saksi.

8. Dalam upacara melenggang perut masyarakat Melayu, berapa kali bidan


menggelekkan buah kelapa perlahan-lahan di atas perut hingga ke hujung
kakinya?

A. 5 kali.
B. 6 kali.
C. 7 kali.
D. 8 kali.

10. Masyarakat ini mempercayai anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka
melalui pewarisan nama nenek moyang. Masyarakat manakah amat
mementingkan anak lelaki?

A. Masyarkat Sikh.
B. Masyarakat Iban.
B. Masyarakat Cina.
D. Masyarakat Melayu.

4
TERHAD

11. Penyataan yang manakah benar mengenai perayaan Thaipusam?

A. Perayaan ini diraikan dalam bulan Oktober dan November.


B. Masyarakat India meraikan hari ini sebagai perayaan pelita.
C. Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini.
D. Perayaan ini disambut untuk meraikan tamanya musim menuai padi.

12. Dalam masyarakat Cina siapakah yang bertanggungjawab menjaga wanita


mengandung?

A. Suami.
B. Nenek.
C. Ibu mertua.
D. Ibu kandung.

13. Apakah Jawatankuasa yang mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran


kebangsaan dan memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M)?

A. Jawatankuasa Kabinet 1970.


B. Jawatankuasa Kabinet 1974.
C. Jawatankuasa Kabinet 1977.
D. Jawatankuasa Kabinet 1979.

14. Apakah konsep muafakat yang diamalkan oleh masyarakat Iban?

A. Utai.
B. Basai.
C. Gagamit.
D. Utai Basai Gagamit.

5
TERHAD

15. Apakah yang dinamakan adat ‘mintuhun’ yang diamalkan oleh masyarakat
Kadazan-Dusun?

A. Adat mencukur rambut bayi.


B. Adat membuai bayi di buaian.
C. Adat menjejak kaki bayi ke tanah.
D. Adat memberi manisan kepada bayi.

16. Dalam upacara Vaaikkarisi, sejenis makanan akan dimasukkan ke dalam


mulut mayat sebagai tanda pemberian terakhir. Apakah jenis makanan
tersebut?

A. Beras.
B. Kunyit.
C. Kelapa.
D. Gandum.

17. Antara berikut yang manakah bukan objektif Rukun Negara?

A. Memelihara cara hidup demokratik.


B. Membina masyarakat progresif dengan teknologi.
C. Membentuk masyarakat yang tidak bersifat liberal.
D. Membina perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.

18. Apakah jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
sebagai bahasa pengantar dimana ia dibiayai sendiri?

A. Sekolah Tamil 1950-an.


B. Sekolah Inggeris 1950-an.
C. Sekolah Agama Islam 1950-an.
D. Sekolah Vernakular Melayu 1950-an.

6
TERHAD

19. Apakah prinsip Rukun Negara yang menekankan perkembangan personaliti


dan tingkah laku seseorang rakyat?

A. Keluhuran Perlembagaan.
B. Kepercayan kepada Tuhan.
C. Kesopanan dan Kesusilaan.
D. Kedaulatan undang-undang.

20. Apakah fungsi yang di tugaskan bagi matlamat memulihkan keharmonian


antara kaum?

A. Majlis Gerakan Negara.


B. Majlis Muhibah Negara.
C. Majlis Perpaduan Negara.
D. Majlis Perundingan Negara.

LA 2 : SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALYSIA

21. Manakah antara berikut bukan merupakan fungsi pilihan raya?

A. Mengekalkan pucuk pemimpinan.


B. Memilih calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
C. Menubuhkan sebuah kerajaan yang tidak berdemokrasi.
D. Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan
komuniti politik.

7
TERHAD

22. Seseorang pengundi akan hilang kelayakan sekiranya dia:

I. Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


II. Pada tarikh kelayakan, dia di tahan kerana tidak siuman atau sedang
menjalani hukuman penjara.
III. Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati
atau penjara untuk tempoh 12 bulan dan masih menjalani hukuman
pada tarikh kelayakan.

A. I.
B. I dan II.
C. II dan III.
D. I, II dan III.

23. Bilakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan?

A. 8 Mei 1955.
B. 16 April 1957.
C. 4 September 1957.
D. 21 September 1957.

24. Berapakah wang deposit yang perlu di serahkan kepada pegawai pengurus
bagi kerusi parlimen dan kerusi negeri?

A. RM 800 dan RM 300.


B. RM 2,000 dan RM 1,000.
C. RM 5,000 dan RM 2,000.
D. RM 10,000 dan RM 5,000.

8
TERHAD

25. Terdapat pelbagai kesalahan pilihanraya yang boleh menyebabkan sesuatu


petisyen pilihanraya boleh diambil oleh calon yang bertanding. Manakah
antara berikut bukan satu kesalahan pilihanraya?

A. Calon atau ejen-ejennya didapati layak menyertai pilihan raya.


B. Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya oleh
mana-mana pihak.
C. Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah
menjejaskan pilihan raya.
D. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang
dilakukan oleh calon dan ejen-ejen.

LA 3 : 1MALAYSIA

26. Antara berikut, yang manakah merupakan nilai-nilai murni bagi teras
perpaduan?

I. Rendah hati.
II. Kesederhanaan.
III. Berbudi Bahasa.
IV. Hormat-menghormati.

A. I dan II.
B. III dan IV.
C. I, II dan IV.
D. I, II, III dan IV.

9
TERHAD

27. Apakah slogan bagi Gagasan 1Malaysia?

A. Wawasan 2020.
B. Keluarga Malaysia.
C. Pandang ke Timur.
D. ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

28. ‘1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan


rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai
penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia’.
Siapakah Perdana Menteri yang memperkenalkan konsep 1Malaysia?

A. Tun Dr. Mahathir Mohamad.


B. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
C. Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
D. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak.

29. Di antara berikut yang manakah bukan merupakan nilai-nilai aspirasi dalam
melaksanakan aspek kedua Gagasan 1Malaysia?

A. Integriti.
B. Ketabahan.
C. Budaya Ilmu.
D. Kasih sayang.

30. Apakah asas bagi pelaksanaan 1Malaysia berdasarkan prinsip kenegaraan?

A. Perlembagaan Beraja.
B. Pilihan Raya dan Rukun Negara.
C. Perlembagaan Beraja dan Pilihan Raya.
D. Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

10
TERHAD

BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF


ARAHAN : Bahagian ini mengandungi sepuluh (10) soalan. Calon hanya
dikehendaki menjawab tujuh (7) soalan sahaja.

LA 1 : MASYARAKAT MALAYSIA

SOALAN 1

a) Lengkapkan Jadual 1 di bawah berpandukan pada jawapan berikut:


Bidayuh, Baba & Nyonya, Siam, Melanau dan Bajau.

BUMIPUTRA BUKAN BUMIPUTRA

Melayu India
Kadazan (Dusun) Cina
Murut Sikh
Bidayuh Portugis
Melanau Baba & Nyonya
Bajau Siam

Jadual 1
(5 markah)

b) Adat perkahwinan dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Senaraikan


proses yang penting dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu mengikut
urutan.
(5 markah)
- Merisik
- Meminang
- Majlis pertunangan
- Akad nikah
- Majlis perkahwinan

11
TERHAD
SOALAN 2

Berikut merupakan perayaan utama kaum di Malaysia. Terangkan dengan ringkas


perayaan-perayaan tersebut.

Bil Perayaan Huraian


Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga
berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.
1. Tahun Baru Cina
Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan
hubungan sesama keluarga.
Perayaan ini juga dipanggil perayaan pelita. Diraikan
dalam bulan ‘Kartikai’ yang biasanya jatuh pada
2. Deepavali Oktober atau November. Perayaan ini diraikan
sebagai simbol keterangan yang boleh menghalau
kuasa jahat (kegelapan).
Perayaan ini diraikan oleh sempena memperingati
kemenangan tuhan ‘Lord Muruga’ mengalahkan
3. Thaipusam
kejahatan. Penganut agama Hindu biasanya
membayar nazar pada perayaan ini.
Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 selepas Tahun
4. Chap Goh Mei Baru yang juga merupakan hari terakhir sambutan
Tahun Baru Cina.
Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.
Masyarakat Melayu akan berkorban binatang
5. Aidiladha
ternakan mereka sebagai mengenang keyakinan Nabi
Ibrahim yang teguh kepada tuhan.

(10 Markah)

SOALAN 3

12
TERHAD

a) Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
Nyatakan lima (5) adat resam kaum Cina.

i. Ahli keluarga si mati perlu memakai jubah hitam yang lengkap dengan
topi.
ii. Apabila berlaku kematian, tangisan perlu dilakukan dengan kuat
teruatamnya ahli keluarga si mati.
iii. Pengantin perempuan di larang memakai pakaian pengantin yang
berwarna biru, kelabu dan hitam.
iv. Sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani
dau pucuk surat perkahwinan di hadapan beberapa orang saksi.
v. Pelbagai adat resam dan pantang larang yang di amalkan oleh
masyarakat Cina semasa mengandung untuk memastikan bayi bakal
lahir tidak di timpa kejadian buruk.
(10 Markah)

SOALAN 4

a) Berikan definisi Thirumanam.

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui


perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat.
(2 Markah)

13
TERHAD

b) Beberapa faktor penting diambil kira sebelum upacara perkahwinan kaum


India dilangsungkan. Senaraikan dan terangkan secara ringkas empat (4)
faktor tersebut.

- Mengadakan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah


seperti pakaian dan lain-lain
- Kad undangan disapu dengan air kunyit di bawa ke kuil dalam
jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan
- Mengadakan upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok
yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan
- Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum
hari perkahwinan
(8 Markah)

LA 2 : SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

SOALAN 5

a) Berikan definisi sistem demokrasi.

Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan yang dibentuk hasil


daripada proses pilihanraya
(2 Markah)

14
TERHAD
b) Senarai dan huraikan secara ringkas empat (4) peranan dan tanggungjawab
warganegara dalam kerajaan demokrasi.

- Mengundi – Menunaikan hak warganegara


- Menjaga nama baik negara – Mengawal tindakan dan percakapan
- Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan – Menyertai kempen
yang dijalankan warganegara
- Memberikan pendapat melalui saluran yang betul – Mempraktikkan
kebebasan bersuara
- Mengekalkan amalan berterima kasih – Menghargai sumbangan
kerajaan
(Mana-mana 4 jawapan di atas boleh diterima. Setiap satu jawapan
membawa 2 markah)

(8 Markah)

SOALAN 6

a) Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi semasa


pilihan raya dijalankan, terdapat lima (5) jenis pegawai yang dibenarkan untuk
memasuki tempat mengundi. Senaraikan pegawai-pegawai tersebut.

i. Ahli dan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.


ii. Ketua tempat mengundi dan kakitangannya.
iii. Calon-calon dan wakil calon.
iv. Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi.
v. Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
(10 Markah)

15
TERHAD
SOALAN 7

a) Nyatakan 3 syarat yang perlu dipenuhi bagi seseorang itu layak menjadi
calon dalam mana-mana pilihan raya.
(3 markah)
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.

- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.

- Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.

b) Nyatakan sebab seorang calon dalam pilihanraya akan kehilangan kelayakan


mereka:
- Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.

- Bankrap.

- Memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’.

- Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya.

- Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi

- Hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda

tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.

- Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

(7 markah)

16
TERHAD

SOALAN 8

a) Berikan 5 objektif Rukun Negara.


i. Mencapai perpaduan yang erat dalam masyarakat

ii. Memelihara cara hidup demokratik

iii. Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati

bersama secara adil dan saksama

iv. Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutamanya terhadap

kebudayaan masing-masing

v. Membina masyarakat progresif dengan teknologi

(5 Markah)

b) Berikan 5 prinsip Rukun Negara.

1. Kepercayaan kepada tuhan

2. Kesetiaan kepada raja dan negara

3. Keluruhan perlembagaan

4. Kedaulatan undang-undang

5. Kesopanan dan kesusilaan

(5 Markah)

17
TERHAD

LA 3 : 1MALAYSIA

SOALAN 9

a) Isikan jawapan di dalam petak kosong bagi nilai-nilai aspirasi 1MALAYSIA.


(8 markah)

Budaya
Berprestasi
Tinggi

Inovasi Budaya
Ketepatan

Kebijaksanaa 1MALAYSIA Budaya Ilmu


n

Kesetiaan Integriti

Ketabahan

Rajah 1

b) Berikan 2 aspek utama didalam 1MALAYSIA.

1. Teras-teras perpaduan
2. Nilai – nilai aspirasi
(2 Markah)

18
TERHAD
SOALAN 10

Berikut adalah penyataan tentang Gagasan 1 Malaysia. Tuliskan betul bagi


penyataan yang benar dan tulis salah bagi penyataan yang tidak benar.

NO. PENYATAAN betul / salah


1 Konsep 1 Malaysia diperkenalkan pada tahun 2010. salah

2 Bermewah dan berlebihan merupakan nilai-nilai dalam salah


teras perpaduan.
3 Nilai hormat-menghormati menuntut kita mengeluarkan salah
kata-kata kesat tentang kaum lain.
4 Budaya berprestasi tinggi bertujuan menyiapkan salah
sesuatu kerja sambil lewa dan ‘acuh tak acuh’.
5 ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ betul
merupakan slogan Gagasan 1 Malaysia.
6 Sesebuah negara hanya akan maju dan berjaya apabila betul
rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
Penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial
7 merupakan nilai-nilai aspirasi dalam konsep gagasan 1 salah
Malaysia.
Konsep Gagasan 1 Malaysia merupakan satu gagasan
8 baharu yang dipekenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib betul
bin Abdul Razak.
Rakyat Malaysia perlu menepati waktu dan
9 mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan betul
semuatugas dan kewajipan.
Rasa rendah hati ialah perasaan insaf bahawa kita
10 semua ialah rakyat dalam sebuah negara yang sama betul
dan kita perlu hidup secara harmoni.
(10 Markah)

TAMAT

19

You might also like