Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAH

82000 PONTIAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
“Sekolah Jitu Murid Padu”

KERTAS KERJA

SAMBUTAN
HARI GURU 2022
&
NOSTALGIA HARI RAYA
AIDILFITRI 1443H

TEMA:
‘GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA’
‘ANAK KAMPUNG’

Anjuran:
Kelab Bilik Guru dan Staf (KEBIRUS)
SK Rambah

1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru-guru yang
banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang wajib
dijalankan. Bagi aktiviti bulan Mei, sambutan Hari Guru yang dirancang untuk mengeratkan
silaturrahim dalam kalangan guru. Di sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar
sebagai ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk
membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan
Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi
penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan.

SK Rambah melalui Kelab Bilik Guru dan Staf (KEBIRUS) mengambil inisiatif untuk mengadakan
program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah, dalam suasana masih berhari raya untuk
diraikan oleh semua warga sekolah di peringkat guru, staf dan murid sekolah bersama PIBG dan
komuniti. Sambutan Hari Raya dan program Guru Penyayang yang dijalankan agar amalan guru
penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti
sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid.

2.0 LATARBELAKANG
Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri di sambut pada setiap tahun sama ada di
peringkat kebangsaan dan juga peringkat sekolah. Pada tahun ini pihak sekolah melalui
Kelab Bilik Guru akan menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang akan
diadakan pada 16 Mei 2022 serentak dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada
Syawal 1443H.

3.0 MATLAMAT
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa
dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah diamanahkan.
Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa
akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H ini dijalankan adalah sempena menghayati
bulan kebesaran Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan
silaturrahim di antara semua warga sekolah sama ada pihak pentadbir, guru, staf sokongan,
pekerja swasta, komuniti serta murid-murid.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Sambutan Hari Guru


4.1.1 Dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru.
4.1.2 Dapat meraikan guru-guru dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat
sekolah.
4.1.3 Semua guru dapat merasai kemeriahan dan mencatat kenangan terindah
yang penuh meriah melalui kerjasama warga sekolah.
4.2 Sambutan Hari Raya Aidilfitri
4.2.1 Menghayati bulan-bulan kebesaran Islam.
4.2.2 Menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu.
4.2.3 Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan
suasana hari raya dalam semua peringkat.
4.2.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan keakraban dengan semua warga SK
Rambah dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan.

5.0 NAMA PROGRAM

Sambutan Hari Guru 2022 dan Nostalgia Hari Raya Aidilfitri 1443H

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Tarikh: 19 Mei 2022


Hari: Khamis
Masa: 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Dewan SK Rambah

7.0 PENGANJUR
Kelab Bilik Guru dan Staf (KEBIRUS) SK Rambah

8.0 TEMA
Tema Hari Guru 2022: ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’
Tema Nostalgia Hari Raya Aidilfitri 1443H: ‘Anak Kampung’

9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga sekolah dan PIBG SK Rambah

10.0 KEWANGAN

10.1 Anggaran perbelanjaan

BUTIRAN PERINCIAN JUMLAH


PERBELANJAAN (RM)
Sambutan Hari Guru
340.00
 Cenderahati RM20.00 x 17 guru

 Kek/pulut 60.00
 Pertandingan Hadiah dan bahan 200.00

Jamuan Hari Raya Murid dan guru 500.00


JUMLAH KESELURUHAN 1100.00
10.2 Sumber kewangan

SUMBER JUMLAH (RM)


PIBG 1000.00
KEBIRUS 100.00
JUMLAH KESELURUHAN 1100.00

11.0 TENTATIF PROGRAM

Seperti dalam Lampiran A.

12.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2022 DAN


NOSTALGIA HARI RAYA AIDILFITRI 1443H

12.1 Jawatankuasa Pengelola

PENASIHAT: Cg. Haidir bin Abdullah (Guru Besar SK Rambah)


PENGERUSI: Cg. Supiatun bt. Md Halid (PK Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI: Cg. Mohd Wan bin Ab Hamid (PK Kurikulum)
Cg. Jaffri bin Salimin (PK Hal Ehwal Murid)
PENYELARAS: Cg. Riza Azziff bin Azhari (Pengerusi KEBIRUS)
Pn. Norazlina bt. Amir Hamzah (Yang Dipertua PIBG
SK Rambah)
SETIAUSAHA: Cg. Noor Laily bt. Saad
BENDAHARI: Cg. Mohd Azlan bin Senon

12.2 Jawatankuasa Pelaksana

JURUACARA Cg. Syafiq bin Md Yusof


BACAAN DOA Cg. Muhamad Syafiq bin Mohamed Husin
JAMUAN GURU & MURID Cg. Noor Laily bt. Saad
Cg. Shuryani bt. Abu Samah
Pn. Ida Suhana bt. Mohamad Malkan
SIARAYA Cg. Noor Azman bin Mohd Noor
En. Azam Shah bin Onn
BUKU PROGRAM & BACKDROP Cg. Shafidah bt. Safiei
KAWALAN MURID Cg. Mohd Zakaria bin Yusof
Cg. Muhamad Syafiq bin Mohamed Husin
Cg. Mohd Wan bin Ab Hamid
JURUGAMBAR Cg. Noor Akmar bt. Mohd Tarmidi
ACARA DEWAN, SUKANEKA & Cg. Nor Atikah bt. Ahmad
PERSEMBAHAN Cg. Noor Akmar bt. Mohd Tarmidi
Cg. Shafidah bt. Safiei
HADIAH & CENDERAHATI Cg. Alhasanah bt. Md Khalid
Cg. Supiatun bt. Md Halid
PERSIAPAN TEMPAT Cg. Riza Azzif bin Azhari
Cg. Jaffri bin Salimin
En. Abd Malek bin Abdul Ghani
HIASAN PENTAS Cg. Mohd Azlan bin Senon
Cg. Syafiq bin Md Yusof
Pn. Norazlina bt. Amir Hamzah

13.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru 2022 dan Nostalgia Hari Raya Aidilfitri 1443H ini
dapat mencapai objektif terutamanya bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa
kepada warga SK Rambah dan menghayati perayaan di bulan mulia ini dengan semangat
ukhuwwah serta silaturrahim yang terjalin. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan
kerjasama yang erat dan padu dari semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.......................................... ............................................
(NOOR LAILY BT. SAAD) (RIZA AZZIFF BIN AZHARI)
Setiausaha KEBIRUS Pengerusi KEBIRUS
SK Rambah SK Rambah

Disahkan oleh:

..............................................
(SUPIATUN BT. MD HALID)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Rambah

Lampiran A
TENTATIF PROGRAM

SLOT MASA PROGRAM

Majlis Rasmi 7.30 pagi  Perhimpunan Rasmi

- Bacaan Doa
- Nyanyian lagu Rasmi
- Lagu Bangsa Johor
- Lagu Sekolah
- Lagu Negaraku

 Bacaan Perutusan Hari Guru


 Ucapan Wakil Pelajar
 Ucapan Tuan Guru Besar
 Ucapan Yang Dipertua PIBG
 Lafaz Ikrar Guru Malaysia
 Nyanyian Lagu

- Kami Guru Malaysia


- Biarku Menjadi Lilin

 Persembahan Murid
 Acara Potong kek/pulut
 Sesi bergambar dan bertukar hadiah
guru

Sukaneka 9.00 pagi  Acara guru

- Anyam tikar daun kelapa/ ketupat


(bahan: daun kelapa)
- Kupas kulit kentang paling panjang
(bahan: kentang, peeler
- Kutip kacang guna chopstick

 Acara guru & murid

- Musang Berjanggut
- Deko Bakul Buah
Jamuan 10.00 pagi  Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri
bersama murid

Acara Dewan 11.30 pagi  Acara guru & murid (semua)

- Anyam ketupat kertas (bahan: kertas


warna, gam)
Lampiran B

JAWATANKUASA KELAB BILIK GURU DAN STAF (KEBIRUS) SK RAMBAH

PENASIHAT: Cg. Haidir bin Abdullah (Guru Besar SK Rambah)


PENGERUSI: Cg. Riza Azziff bin Azhari
SETIAUSAHA: Cg. Noor Laily bt. Saad
BENDAHARI: Cg. Mohd Azlan bin Senon

BIRO SUKAN: Cg. Syafiq bin Md Yusof


Cg. Jaffri bin Salimin
Cg. Muhamad Syafiq bin Mohamed Husin
BIRO LAWATAN: Cg. Supiatun bt. Md Halid
Cg. Nor Atikah bt. Ahmad
Cg. Noor Azman bin Mohd Noor
BIRO KECERIAAN: Cg. Noor Akmar bt. Mohd Tarmidi
Cg. Shafidah bt. Safiei
En. Azam Shah bin Onn
BIRO KEBAJIKAN: Cg. Mohd Zakaria bin Yusof
En. Abd Malek bin Abdul Ghani
Cg. Mohd Wan bin Ab Hamid
BIRO JAMUAN: Cg. Shuryani bt. Abu Samah
Cg. Alhasanah bt. Md Khalid
Pn. Ida Suhana bt. Mohamad Malkan

YURAN KEBIRUS
Guru
RM20/ bulan

AKP
RM10.00/ bulan

You might also like