B 4 nota_fkuasa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah 1

FAIL KUASA PUSAT SUMBER PENDIDIKAN SEKOLAH

Apakah Fail Kuasa?


Satu dokumentasi panduan dan rujukan dalam usaha mengurus dan mentadbir
sesebuah Pusat Sumber Sekolah dengan lebih efektif sebagai satu agensi utama
sumber maklumat bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.

Definasi
• Fail Kuasa (Authority File) merupakan satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.

• Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar/polisi dan keputusan-


keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.

• Fail Kuasa harus dirangka secara kolektif oleh guru-guru PSS dan perlu
diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan PSS berkenaan.

Tujuan
1. Panduan dalam menguruskan PSS.

2. Membuat persediaan awal dalam menguruskan PSS.

3. PSS sebagai sumber utama maklumat pembelajaran.

4. Sebagai salah satu langkah galakan dan keyakinan dalam menguruskan PSS.

Tujuan Menyediakan Fail Kuasa PSS


• Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru
Penyelaras PSS.

• Guru baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk Fail
Kuasa yang disediakan.

• Mengelakkan berlakunya percanggahan idea di kalangan AJK dan kakitangan


PSS.

PROSEDUR PENYEDIAKAN FAIL KUASA PSS


• Penyelaras PSS harus bertanggungjawab merangka isi kandungannya
sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Induk PSS.

• Salah satu fungsi utama Jawatankuasa tersebut adalah menentukan


dasar/polisi mengenai peraturan, perlantikan Jawatankuasa Kerja,
pemerolehan bahan dan sebagainya.
Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah 2

PROSEDUR MEMBUAT PINDAAN DALAM FAIL KUASA PSS


• Langkah-langkah membuat pindaan/ tambahan dalam Fail Kuasa PSS:
i. Kaji bahagian yang perlu dibuat pindaan/ tambahan
ii. Penyelaras PSS menyediakan draf pindaan/ tambahan berkenaan
iii. Draf pindaan/ tambahan tersebut hendaklah dibentangkan dalam
Jawatankuasa Induk PSS untuk mendapatkan kelulusan.
iv. Selepas diluluskan, Penyelaras PSS hendaklah memasukkan pindaan/
tambahan tersebut dalam Borang Pindaan dan mendapatkan
tandatangan untuk pengesahan (Pengetua/ Guru Besar).
v. Tarikh berkuatkuasa pindaan/ tambahan tersebut ialah tarikh
mendapat kelulusan (tarikh mesyuarat)

PERINCIAN KANDUNGAN DALAM FAIL KUASA PSS

• Bab 1:
Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan
1.3 Isi Kandungan
1.4 Prosedur Pindaan

• Bab 2:
Maklumat Pusat Sumber Sekolah
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (Pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi dan Peranan PSS

• Bab 3:
Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
3.1 Jawatankuasa Induk PSS (Struktur Organisasi & Senarai Tugas)
3.2 Jawatankuasa Kerja PSS (Struktur Organisasi & Senarai Tugas)
* Senarai nama AJK boleh dimasukkan

• Bab 4:
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
4.1 Badan Pengawas PSS (Struktur Organisasi)
4.2 Kriteria memilih Pengawas PSS (Borang kebenaran & Surat Lantikan)
4.3 Senarai Tugas Pengawas PSS

• Bab 5:
Peraturan Pusat Sumber Sekolah
5.1 Peraturan AM
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat
Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah 3

• Bab 6:
Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Format Rekod Pengggunaan, Pinjaman & Pemulangan
6.3 Rancangan Tahunan PSS
6.4 Laporan PSS ( Bulan & Tahun )
6.5 Manual Presedur Kerja (MPK)
6.6 Fail Meja (FM)
6.7 Rancangan Pembangunan PSS
6.8 Dokumentasi

• Bab 7:
Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
7.1 Dasar Pemilihan Buku Dan Bukan Buku
7.2 Prosedur Koleksi Buku Dan Bukan Buku (Jenis, Nisbah, Bahasa)
7.3 Proses Pemilihan Dan Pemerolehan Bahan / Alat
7.4 Kriteria Pemilihan Dan Pemerolehan Bahan
7.5 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Koleksi PSS

• Bab 8:
Kewangan Pusat Sumber Sekolah
8.1 Punca Kewangan
8.2 Anggaran Perbelanjaan
8.3 Laporan Kewangan
8.4 Prosedur Kewangan

• Bab 9:
Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
9.1 Pengelasan
9.2 Proses Teknik
9.3 Rekod-Rekod Perolehan
9.4 Katalog
9.5 Lokasi Dan Penyusunan

• Bab 10:
Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
10.1 Mesyuarat
10.2 Kursus / Bengkel
10.3 Pertandingan
10.4 Program Perkembangan Staf
10.5 Minggu PSS
10.6 Promosi PSS
10.7 Aktiviti Galak Guna PSS
10.8 Program Bacaan

• Bab 11:
Stok Dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
11.1 Penggunaan Kew 312, 313 & 314
11.2 Penyelenggaraan
11.3 Semakan Stok (Buku, Bahan Bukan Buku, Perabot dan Peralatan)
11.4 Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori
Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah 4

• Bab 12:
Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
12.1 Sistem Sirkulasi
12.2 Kad Keahlian
12.3 Pinjaman Berkelompok

• Bab 13:
Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
13.1 Jenis-jenis Perkhidmatan
13.2 Waktu Perkhidmatan

• Bab 14:
Automasi Pusat Sumber Sekolah
14.1 Sistem Yang Digunakan
14.2 Menu Utama
Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah 5

SENARAI SEMAK
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (SCO)

• Carta Organisasi Pusat Sumber


• Jadual Penggunaan Pusat Sumber
• Jadual Waktu Penggunaan PSS
• Carta Jadual Tugas Pustakawan PSS
• Carta Perancangan (Jadual Ghant)
• Carta Senarai Perkhidmatan PSS
• Carta Peraturan PSS
• Carta Peraturan Bilik Tayang
• Carta Peraturan Bilik BBM
• Carta Peraturan Penggunaan Alatan
• Senarai Tugas AJK PSS
• Pelan PSS ( Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Media, dll )
• Buku Stok Perolehan Bahan
• Buku Stok Perolehan Alatan
• Buku Stok Akhbar
• Buku Stok Majalah
• Buku Stok Perolehan Buku
• Buku Rekod Pinjaman Alatan/Bahan BBM
• Buku Rekod Penggunaan TVP
• Buku Rekod Penggunaan Radio Pendidikan
• Buku Rekod Penggunaan PSS
• Buku Rekod Bancian bacaan
• Buku Rekod Kewangan PSS
• Fail Surat Keluar
• Fail Surat Kementerian
• Fail Surat JPN
• Fail Surat PPD
• Fail Surat PKG
• Fail Surat Am
• Jadual Penggunaan TVP
• Jadual Penggunaan Radio Pendidikan
• Jadual Rancangan TV Pendidikan
• Jadual Rancangan Radio Pendidikan
• Fail Nota Guru TV Pendidikan
• Fail Nota Guru Radio Pendidikan
• Rancangan Tahunan PSS
• Laporan Tahunan PSS

You might also like