Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT TAKLIMAT KEJOHANAN MERENTAS DESA KE-13 2024/25

TARIKH : 23 APRIL 2024 (ISNIN)


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK PERNU
PENGERUSI : PN SARMIYAH BINTI MOHD SARIP (PK HEM)
KEHADIRAN : SILA RUJUK LAMPIRAN

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran kepada semua
guru yang hadir ke Taklimat Kejohanan Merentas Desa kali ke-13 Sesi 2024/25

Tindakan: Makluman

2.0 KEJOHANAN MERENTAS DESA


2.1 En Syafiq memaklumkan tentang jawatankuasa kejohanan yang akan bertugas
semasa kejohanan. Beliau kemudian memaklumkan tentang aktiviti yang akan
dijalankan iaitu seperti berikut:
2.1.1 23 April (Selasa) – Mesyuarat Agung Rumah Sukan dan Latihan Merentas
Desa (dikelolai oleh guru rumah sukan masing-masing)
2.1.2 24 April (Rabu) – Pra Merentas Desa (Mengikut trek sebenar.
2.1.3 26 April (Jumaat) – Kejohanan Merentas Desa
2.2 Beliau kemudian menerangkan tentang jarak dan kategori yang akan
dipertandingkan. Kategori dan jarak larian adalah seperti berikut:
2.2.1 L18 – 5.2 KM
2.2.2 P 18 - 4.2KM
2.2.3 L15 – 4.2KM
2.2.4 P15 – 3.6 KM
2.2.5 L13 – 4.2 KM
2.2.6 P 13 – 3.6 KM
2.2.7 PK (L) – 3.6 KM
2.2.8 PK (P) – 3.6 KM
2.3 En Syafiq memaklumkan AJK Lalu lintas diramaikan pada tahun ini untuk
meningkatkan keselamatan murid sepanjang aktiviti.
2.4 Cikgu Syafiq seterusnya menerangkan tentang senarai AJK yang akan bertugas dan
peta laluan mengikut kategori. (rujuk kertas kerja)
2.5 Beliau memaklumkan murid akan melalui trek sebenar pada hari rabu dan jumaat.
2.6 Seterusnya En Syafiq memaklumkan waktu pulang murid pada hari selasa adalah
pada pukul 2.30 petang dan hari rabu pada pukul 5.00 petang. Manakala pada hari
jumaat waktu pulang adalah pukul 12.00 tengah hari.
2.7 Mata rumah sukan akan diberikan kepada pemenang bermula nombor satu hingga 20
bagi kategori L18, L15, L13, P18, P15 dan P13. Manakala mata pemenenag bagi
murid Pendidikan khas ialah no 1-10.
2.8

Tindakan: Makluman
4.0 PENGISIAN MARKAH PAJSK
4.0 Pk KOKU memaklumkan pengisisan markah PASJK bagi tingkatan 3 lebih awal
daripada murid yang lain. Pihak sekolah menetapkan tarikh akhir pengisian murid
tingkatan 3 pada 25 Januari. Manakala bagi murid tingkatan 1, 2, 4 dan 5 pada 31
Januari 2024
4.1 PK KOKU juga mengingatkan guru-guru tentang kemasukan murid ke IPTA dan
IPTS merangkumi markah PAJSK sebanyak 10 %, 10% daripada unit Hem (Amalan
baik-SSDM) dan 80% daripada akademik (SPM).
4.2 Guru-guru boleh merujuk sebarang masalah berkaitan PAJSK kepada Cikgu Mira
atau PK KOKU.
Tindakan : Guru kelas

5.0 MAJALAH SEKOLAH


5.0 PK Koku seterusnya memaklumkan AJK Majalah sekolah telah menghantar bahan-
bahan cetakan kepada Pihak Bintang Printing. Namun ada beberapa maklumat yang
masih tidak lengkap dan diperlukan daripada guru-guru terutamanya guru kelas. Pk
Koku memohon tindakan guru-guru yang terlibat untuk mengisi maklumat
mengunakan pautan google form.
5.1 PK KOKU juga memaklumkan kepada AJK Majalah tentang peristiwa yang akan
diambil untuk majalah iaitu sehingga 26 Januari 2024.
Tindakan : Unit KOKU, Unit HEM

6.0 PENGUMPULAN BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

6.0 Haji Bujal mengingatkan guru-guru penasihat kela persatuan, badan beruniform dan
sukan permainan mengemaskini buku laporan unit masing-masing dan dihantar ke
bilik PK KOKU sebelum 19 Januari 2024(Jumaat).
6.1 PK Koku juga memaklumkan juga pihak jabatan dan PPd sedang bergerak untuk
pemantauan ke sekolah-sekolah dan memohon guru untuk bersedia.

Tindakan: Guru Penasihat unit Koku

7.0 HAL-HAL LAIN


7.0 PK KOKU mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah sama-sama
menjayakan aktiviti Kokurikulum SMK Pernu pada tahun 2023/2 dengan terancang
dan penuh tanggungjawab.
7.1 PK KOKU seterusnya mengingatkan guru-guru bahawa aktiviti kokurikulum adalah
sama seperti aktiviti kurikulum seperti yang termaktub dalam pekeliling yang
menyatakan bahawa aktiviti kokuirkulum juga salah satu pembelajaran yang
dijalankan di luar bilik darjah.
7.2 PK Koku akhirnya memohon jasa baik guru-guru untuk mengemas kini papan
kenyataan dan bustan riadah untuk persediaan Majlis Hari Kualiti SMK Pernu pada
26 Januari 2024.
7.2.1 Cikgu Marzanah memaklumkan banner papan kenyataan yang telah
hilang dan tiada carmin menyebabkan info yang ditampal akan tertanggal
dan rosak.
7.3 Cikgu Nurhedayu meminta pencerahan tentang status pengisian markah PAJSK
murid PKPI. Cikgu Mira seterusnya memaklumkan markah PAJSK semua murid
PKPI perlu diisi untuk pengesahan Tuan pengetua. Bagi murid yang tidak dapat
melaksanakan aktiviti koku, guru hanya perlu klik ‘Tidak ditaksir’.
7.4 Cikgu Norhedayu seterusnya memaklumkan sukan stacking masih tidak ada dalam
PAJSK, oleh itu guru-guru perlu memilih sukan petanque semasa pengisian markah
tersebut.

8.0 PENUTUP

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(TG MIRA MIRZA BINTI TENGKU FATIMI) (BUJAL BIN CHE MAT)
Setiausaha Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Pernu SMK Pernu

You might also like