PERMOHONAN SURAU BARU

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BALAR

d/a. Pejabat Pendidikan Daerah Gua


Musang,
Tel : 013-9495989 (GB)
Tingkat 1, Bangunan Persekutuan, Blog : educationinbalar.blogspot.com
Emel : dbaa002@moe.edu.my
18300 Gua Musang,
RujKami : SKB.200-3/1/2 ( )
Tarikh : 31.03.2022

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang,
Tingkat 1, Bangunan Persekutuan
18300 Gua Musang
Kelantan

(U/P: Sektor Perancangan)

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MEMBINA SURAU SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah memohon kebenaran untuk bina surau sekolah
memandangkan surau sedia ada tidak dapat menampung jumlah bilangan murid Islam yang semakin
bertambah. Bersama –sama ini kami kepilkan kertas kerja permohonan ini untuk tindakan pihak tuan.

3. Tujuan Pembinaan surau ini juga adalah untuk menggantikan surau sedia ada yang menggunakan
kelas sebagai surau sementara. Dengan terbinanya suarau ini, In Shaa Allah proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Kelas Fardhu Ain (KAFA)
dapat dilaksanakan dengan sempurna.

4. Perhatian dan sokongan pihak tuan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ribuan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Balar
18300 Gua Musang

S.k 1.Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah GuaMusang

KERTAS KERJA
PEMBINAAN SURAU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BALAR
18300 GUA MUSANG
KELANTAN

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Balar didirikan di atas sebidang tanah seluas lebih kuranng satu ekar. Sekolah
Kebangsaan Balar mula dibina pada awal tahun 1994 di atas permohonan penduduk kampung
sekitarnya. Pada 1 Januari 1996 Pengurusan Sekolah Kebangsaan Balar diambil alih oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dan menempatkan guru-guru terlatih dari luar. Kebelakangan
ini,jumlah murid yang beragama Islam semakin hari semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan
kami merasakan perlunya surau yang lebih selesa untuk kegunaan murid.

2.0 OBJEKTIF

Mewujudkan tempat ibadah dan ruang solat yang selesa, kondusif dan memepati fasiliti kemudahan
surau sekolah terkini bagi murid- murid melakukan solat berjemaah,bacaan Yassin seawal pagi dan
aktiviti berbentuk keagamaan dan ilmiah khususnya dan program-program lain amnya.

3.0 RASIONAL

3.1 Menjadi tempat pengajian dan praktikal berkaitan Pendidikan Islam dan Ibadah.
3.2 Menjadi tempat murid berlatih solat berjemaah
3.3 Tempat untuk menjalankan aktiviti rehlah minda, keagamaan dan aktiviti sekolah.
3.4 Untuk keselesaan murid beragama yang memandangkan surau sedia ada tidak dapat
menampung pertambahan murid

4.0 SPESIFIKASI BANGUNAN

Spesifikasi bangunan berpandukan dengan keluasan tapak pembinaan adalah seluas 1000 kaki persegi
seperti pada Pelan Tapak serta bentuk bangunan dicadangkan ialah satu tingkat dengan muatan 200
murid seperti Pelan Cadangan Tapak yang disertakan.

5.0 UJURAN MURID ISLAM

Tahun Bilangan Murid Islam


2018 50
2019 57
2020 65
2021 72
PADANG SEKOLAH

Bilik Darjah Makmal


TAPAK Komputer
BLOK G BLOK H
CADANGAN
SURAU

Bilik Darjah Bilik Darjah

BLOK E BLOK F

Rumah
Generator Tangki Tangki Rumah
Enjin Air (A) Air (B) Pam

Bangunan Asrama
Tandas
BLOK Murid
B Dewan
TAPAK Makan
PERHIMPUNAN
BLOK D

Bangunan Mini Wakaf


Gimnasium Tandas
VIP SerbaGuna
Bangunan Pra
Sekolah
Bangunan
Asrama BLOK C

BLOK A

Taman
Permainan Petunjuk
Pra Sekolah

BINAAN LUAR
Pondok
Jaga BLOK
6.0 ANGGARAN KOS

Bagi melengkapkan sebuah bangunan surau yang lengkap dengan pendawaian elektrik,ruang solat
lelaki dan perempuan,mehrab serta tempat wudhu lelaki dan perempuan,tandas dan kelengkapan yang
sewajarnya dianggarkan kos terlibat adalah sebanyak RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia : Seratus
Ribu Sahaja)

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)


1 Pendawaian Elektrik
2 Perkakasan Elektrik
3 Sistem Perpaipan 100,000.00
4 Bahan-bahan Binaan
5 Kelengkapan Lain

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Balar dengan
kerjasama pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) adalah melalui sumbangan tokoh korporat
sebanyak RM 100,000.00

8.0 PENUTUP

Bagi memastikan pembinaan surau SK Balar menjadi kenyataan, sokongan dari semua pihak amatlah
diperlukan. Semoga surau ini dapat dijadikan satu lagi wadah oleh guru-guru untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang,berakhlak mulia dan seterusnya mereka beroleh keredhaan Allah SWT
bagi menjamin kebaikan di dunia serta akhirat.

Disediakan oleh. Disahkan oleh,

MUHAMAD SYIBLI BIN CHE ARIFIN MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN
Ketua Panitia Guru Besar
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Balar
SK Balar 18300 Gua Musang, Kelantan

You might also like