Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AINUL MADIHAH BINTI ABDUL

AZIZ 2 IS

Tajuk: Menyemai Sikap Nasionalisme Dan Cinta Akan Negara

Pada masa kini , kita telah bebas daripada jajahan pihak luar yang telah menjajah negara kita
pada masa dahulu. Pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut telah bermati-matian
mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu yang kita tempati pada masa kini. Oleh kerana itu,
kita hendaklah menyemai sikap nasionalisme dan cinta akan negara. Dalam kamus dewan
bahasa,nasionalisme bermaksud perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam.
Banyak kebaikan atau manfaat yang boleh diperolehi jika remaja menanamkan sikap
nasionalisme dalam diri. Antaranya, memupuk sikap rasional dan tidak mementingkan diri
sendiri. Terdapat pelbagai cara untuk menyemai dan meningkatkan sikap nasionalisme dalam
diri.

Langkah pertama yang boleh dilakukan oleh pelajar adalah dengan mempelajari sejarah tanah
air. Pada masa kini, sekolah telah menyediakan subjek sejarah yang telah mula dipelajari oleh
murid-murid seawall darjah empat di sekolah rendah . Pelajar dapat mengenali tokoh-tokoh
pejuang tanah air yang telah banyak menabur bakti seperti Mat Kilau,Tok Janggut,Dol Said dan
ramai lagi.Mereka telah bermati-matian berlawan dengan pihak penjajah yang telah merampas
tanah, menindas kaum melayu, memusnahkan tempat tinggal dan mengutip cukai daripada setiap
penduduk. Penjajah-penjajah tersebut juga telah membunuh penduduk-penduduk yang ingkar.
Namun, dengan perjuangan pejuang kemerdekaan serta usaha Tengku Abdul Rahman Putra Al-
Haj yang merupakan perdana menteri Malaysia yang pertama , Malaysia telah merdeka pada
tanggal 31 ogos tahun 1957. Jadi, dengan pemahaman pelajar dalam subjek sejarah , oelajar akan
lebih mwnghargai pengorbanan dan jasa-jasa pahlawan negara yang bertungkus lumus melawan
penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan.

Pelajar atau generasi muda perlulah menyertai aktiviti-aktiviti yang berunsur patriotisme di
sekolah atau institut pengajian agar mereka terdedah dengan pengetahuan tentang kemerdekaan
seterusnya membangkitkan semangat cinta akan negara. Sebagai contoh, menghadirkan diri ke
Sambutan Hari Kemerdekaan. Setiap tahun, program Sambutan Hari Kemerdekaan akan
diadakan di Dataran Merdeka terletak di Kuala Lumpur. Program Sambutan Hari Kemerdekaan
amat meriah, ditambah pula persembahan-persembahan seperti kawad kaki, persembahan jet
pejuang dan banyak lagi. Pelajar juga dapat
menyertai pertandingan yang bertemakan patriotisme seperti kuiz kemerdekaan , pertandingan
mencipta sajak kemerdekaan dan lain-lain lagi.

Pelajar juga digalakkan untuk menonton filem-filem yang mempunyai unsur-unsur semangat
nasionalisme dan patriostisme seperti Hikayat Merong Mahawangsa , Bukit Kepong dan sarjan
Hassan. Filem-filem ini mampu memberi pengetahuan kepada generasi muda mengenai sejarah
melayu dan secara tidak langsung menanam sikap patriotic dalam diri setiap individu. Anak
muda juga lebih mudah memahami pengorbanan dan jasa-jasa pejuang tanah air melalui filem.
Filem tentang kemerdekaan telah memperlihatkan adegan dan babak peperangan antara musuh
negara dengan pejuang negara. Kesannya, generasi muda lebih bersemangat untuk membela
nasib negara sekaligus menghargai pengorbanan dan usaha yang telah dilaksanakan oleh pejuang
tanah air bagi mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan Negara Malaysia yang tercinta
Ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam menyemai sikap nasionalisme dalam
diri anak-anak, sesuai dengan peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa
seharusnya memberi pendedahan awal dari usia muda sebelum anak-anak mula mempelajari
subjek sejarah di bangku sekolah. Ibu bapa mestilah membawa anak- anak untuk menyambut
kemerdekaan di Dataran Merdeka sewaktu sambutan bulan kemerdekaan. Selain dapat
menambah ilmu pengetahuan, warga Malaysia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dan mengukuhkan semangat perpaduan kerana negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang
berbilang kaum. Jadi, untuk menjaga kedamaian dan kesejahteraan Malaysia, kita mestilah
bersatu padu bagi mengeratkan perpaduan sebagai satu keluarga Malaysia. Seterusnya, pihak
sekolah perlu mengambil inisiatif untulk mendedahkan kepada pelajar tentang sikap
nasionalisme supaya mereka sedar bahawa merekalah pemangkin kepada kemajuan negara dan
meletakkan negara Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang terkenal di persada
dunia dan membuktikan kemsampuan Negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang
masyhur dan terkenal di tahap antarabangsa.

Konklusinya, setiap individu perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menyemai
sikap nasionalisme dan cinta akan negara untuk membangun masa depan yang lebih cerah bagi
generasi muda zaman sekarang. Oleh itu, kita hendaklah bersikap rasional dalam setiap
perkataan dan tindakan. Dalam masa yang sama, memupuk nilai murni dalam diri ,keluarga,
masyarakat dan generasi anak muda masa kini bagi membentuk sebuah negara yang aman dan
sejahtera untuk membina kehidupan yang lebih baik.

You might also like