Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023

MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN 5 SYATIBI

Tahun Bilanga A+ A A- B+ B C+ C D E G LULU GPMp


n Calon S
2023 29 0 1 6 1 3 4 5 4 3 2 93.10% 5.10
2022 22 0 0 2 0 0 1 1 3 8 6 68.18% 7.00
ANALISA
RUMUSAN:
Secara keseluruhannya, keputusan Ujian Prestasi 1 2023 bagi subjek Fizik tingkatan 5 Syatibi meningkat dari tahun sebelumnya dengan peningkatan GPMP sebanyak
2.10.

KEKUATAN (S)
1 Bilangan A+, A & A- meningkat daripada 2 kepada 7 orang dan bilangan murid yang gagal berkurang daripada 6 kepada 2 orang

2 Secara keseluruhan, peratusan yang lulus juga meningkat daripada 68.18 % kepada 93.10 %, iaitu peningkatan sebanyak 29.92 %.

3 Bantuan dari semua aspek oleh Kelab Kelas Tingkatan 5 dalam merealisasikan perancangan PdP dan kelas tambahan serta guru yang
komited walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan masa.
4 Komitmen dan sifat bersungguh-sungguh dari murid sendiri yang sudah nampak ada peningkatan dan kesungguhan serta minat untuk
mendalami subjek Fizik.

KELEMAHAN (W)
1 Terdapat 3 tahap murid yang berbeza di dalam satu kelas iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Bimbingan yang lebih serta kelas
intensif perlu dilakukan untuk murid sederhana dan lemah.

2 Guru kurang memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan struktur dan esei terutama untuk murid yang lemah

3 Guru kurang memberikan latihan soalan objektif kerana kekangan masa untuk menyemak jawapan murid, lebih fokus kepada latihan
soalan struktur dan esei.

4 Tidak dapat fokus kepada murid yang lemah untuk membuat kelas intensif kerana kekangan masa dan jadual sekolah yang padat.

5 Pembudayaan amalan terbaik KBAT dan PAK 21 tidak konsisten dilakukan di dalam kelas.

OPPORTUNITY (O)
LAPORAN ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023
MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN 5 SYATIBI
1 Format KSSM dengan adanya banyak soalan modul SPM dan trial negeri-negeri

2 Peperiksaan amali banyak membantu murid dalam menambah markah keseluruhan

THREAT (T)
1 Kekurangan capaian penggunaan media sosial dan internet di sekolah sebagai alat bantu untuk murid belajar dan meneroka sendiri
serta mendapatkan maklumat terkini, hanya apabila murid balik bercuti di rumah sahaja.

2 Pencapaian belum menunjukkan kemampuan sebenar murid kerana hanya sebahagian kemahiran sahaja yang diuji

PENAMBAHBAIKAN

1 Guru perlu menguasai silibus dan format soalan KSSM

2 Mendedahkan dan membiasakan murid dengan format SPM sebenar dan soalan KSSM

3 Guru perlu mempelbagaikan teknik & kaedah pengajaran abad ke-21

4 Guru perlu meningkatan kemahiran pengajaran di dalam kelas dengan penggunaan BBM yang terkini

SASARAN 2023

1 Bilangan A ialah 40% dari bilangan calon

2 Tiada murid yang mendapat E & Gagal

3 Mencapai GPMP 3.30 ke bawah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Hartini

(NOOR HARTINI BINTI SUDERMAN) (RAJA NORERNY SHAMILA BINTI RAJA IBRAHIM)
Guru Mata Pelajaran Fizik Ketua Panitia Sains
5 Syatibi 2023
LAPORAN ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023
MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN 5 SYATIBI

You might also like