JAWAPAN EA SEP 2023 ASSIGNMENT

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEPTEMBER/2023

HPGD2303

EDUCATIONAL ASSESMENT

NO. MATRIKULASI : CGS02914626


NO. KAD PENGENALAN : 960128-29-5038
NO. TELEFON : 0145322143
E-MEL : sararaf28@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU


<HPGD2303>

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


BAHAGIAN 1
TUGASAN 1 2–6
TUGASAN 2 7–9
TUGASAN 3 10 – 13
TUGASAN 4 14 – 19
BAHAGIAN 2
PENGLIBATAN KELAS SECARA DALAM TALIAN 20 – 21
APPENDIX 22 – 28
RUJUKAN 29

1
<HPGD2303>

BAHAGIAN 1
TUGASAN 1: JADUAL SPESIFIKASI (TOS) DAN PENERANGAN
Subjek/ Kursus pembelajaran: Sejarah
Kelas/ Tahap kursus: Tingkatan 3
Tiga topik telah dipilih untuk dijadikan sebagai penilaian kepada pelajar iaitu:-
1. Topik 3: Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
2. Topik 5 : Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah
3. Topik 6: Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi dan Sosial
Tahap
Jam % Markah
Topik Jam Diperuntukkan Jumlah
Interaksi C2 C3 C4
Markah

Pentadbiran Negeri- Soalan 1


negeri Melayu 2 20 4 4
(4m)
Bersekutu
Kesan Pentadbiran Barat
Soalan 2
Terhadap Ekonomi dan 3 30 6 6
(6m)
Sosial.

Penentangan Soalan 3
5 50 10 10
Masyarakat Tempatan (10m)

JUMLAH 10 100 20 4 6 10 20

C2 – Kefahaman C3- Aplikasi C4 – Analisis


Jadual spesifikasi Ujian (JSU) ataupun dikenali sebagai Table of Spesification
(TOS) adalah pelan perancangan yang menunjukkan gambaran keseluruhan ujian. Jadual
Spesifikasi Ujian adalah jadual yang memberi gambaran terhadap kriteria-kriteria sesuatu
ujian yang merangkumi kandungan seperti konstruk yang ditaksirkan, jumlah pemberatan
setiap konstruk, konteks, pemberatan bagi setiap konteks dan pemberatan taburan asas
tahap kesukaran. Sesuatu kertas ujian akan digubal mengikut keperluan spesifikasi ujian
yang telah ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran yang mana terdiri
daripada komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan.
Pertimbangan ini perlu dibuat untuk memastikan semua pelajar akan diuji dengan
menggunakan soalan yang releven mengikut silibus pembelajaran dan objektif hasil
pembelajaran. Ahli pengkaji yang lepas berpendapat bahawa Jadual Spesifikasi Ujian

2
<HPGD2303>

merupakan carta dua hala yang mempunyai hubungkait antara objektif pengajaran dan
kandungan pengajaran. Setiap lajur carta akan menyenaraikan keseluruhan objektif
pengajaran manakala baris carta pula akan menyenaraikan keseluruhan konsep utama
yang telah diajar dan ingin mengukur tahap kefahaman pelajar (Kubiszyn & Borich,
2003). Oleh itu, pembinaan kertas ujian perlu mengikuti beberapa proses terlebih dahulu
seperti menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian, membuat ujian rintis dan mengemaskini
setiap item ujian tersebut sebelum semua item ujian tersebut ditadbir. Jadual Spesifikasi
Ujian juga merupakan panduan kepada guru berkaitan sukatan pelajaran yang perlu diajar
dan hasil objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh semua pelajar. Selain itu, Jadual
Spesifikasi Ujian ini amat sesuai digunakan khususnya guru terlatih yang baru mengajar
kerana sukatan pelajaran yang diukur dalam ujian akan disemak oleh pakar atau ketua
panitia.
Maka, jelaslah bahawa Jadual Spesifikasi Ujian memberi manfaat kepada pelajar
dan guru yang mana ia dapat meningkatkan kesahan ujian konstruk guru dan dapat
meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Jadual Spesifikasi Ujian telah membantu dalam
memastikan terdapat padanan antara apa yang ada diajar dan apa yang diuji. Daripada
contoh tersebut, kita dapat melihat bahawa penilaian bilik darjah didorong oleh
pengajaran bilik darjah yang seterusnya didorong oleh objektif pembelajaran.
Bagi membina kertas ujian untuk tugasan ini, sebanyak tiga topik telah dipilih
untuk dijalankan sebagai ujian penilaian formatif kepada pelajar yang terdiri daripada
Topik 4: Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Topik 6: Kesan
Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi dan Sosial dan Topik 7: Penentangan Masyarakat
Tempatan. Ketiga-tiga topik tersebut telah dipilih sebagai ujian penilaian adalah kerana:-
a. Hasil pembelajaran dinyatakan dengan jelas kepada pelajar.
Hasil pembelajaran merupakan sesuatu yang boleh dicapai oleh pelajar supaya
pelajar dapat menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam sesesuatu
topik yang dibincangkan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran
berlangsung.
b. Hasil pembelajaran bagi setiap topik mempunyai nilai kepentingan yang
tersendiri.

3
<HPGD2303>

Setiap topik yang telah dipilih menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh
pelajar. Selain itu, setiap topik tersebut akan membantu pelajar untuk memberi
tumpuan supaya dapat menguasai hasil pembelajaran.
Ujian esei telah didefinisikan sebagai ujian bertulis yang memerlukan responden
mencipta jawapan sendiri dan bukannya memilih jawapan yang betul. Respons mungkin
dalam bentuk satu atau lebih ayat. Tiada satu pun respons yang betul. Respons hanya
boleh dijaringkan secara subjektif oleh pakar dalam bidang subjek yang diuji. Ujian ini
telah menggunakan soalan esei pendek ataupun dikenali sebagai SEQ (Short Essay
Questions) untuk mengukur kefahaman pelajar. Kaedah soalan esei pendek telah dipilih
adalah kerana:-
a. Mampu menilai hasil pembelajaran yang kompleks
b. Respons memberikan maklumat berharga tentang proses pemikiran &
kebolehan menganalisis.
c. Memberi pengalaman yang sahih. Lebih relevan dengan kehidupan
sebenar berbanding MCQ (Multiple Choice Question)
Selain itu, ujian ini telah memperuntukkan masa untuk menjawab soalan iaitu
selama satu jam. Menurut Nitko dan Brookhart (2011), beliau telah mencadangkan
keperluan masa bagi ujian penilaian dalam bentuk soalan esei pendek adalah selama 15
minit hingga 20 minit bagi setiap satu soalan ujian. Semasa melaksanakan pentaksiran,
guru hendaklah memperuntukkan masa yang mencukupi untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Masa interaksi dibahagikan dengan cara tertentu adalah kerana:-
a. Bersesuaian dengan pemarkahan soalan yang diberi.
Pelajar perlu peka terhadap markah yang diberikan dalam kertas soalan ujian
kerana setiap item dalam setiap soalan mempunyai beberapa maklumat penting.
Hal ini bertujuan untuk memudahkan pelajar untuk menjawab soalan esei pendek
kerana setiap soalan mempunyai banyak maklumat yang perlu diberikan. Namun,
dengan adanya markah bagi setiap soalan akan membantu pelajar untuk
menggunakan masa dengan sewajarnya untuk menjawab setiap item soalan.
Teknik yang kerap digunakan oleh guru adalah dengan menyatakan markah
maksimum pada setiap item soalan. Perkara ini bertujuan untuk memberi

4
<HPGD2303>

pendedahan kepada pelajar tentang agihan skor dan cara pelajar membahagikan
masa untuk mengisi jawapan esei pendek.
Domain Taksonomi Bloom memberi penekanan terhadap aspek kognitif yang
bermaksud pengetahuan. Model ini merupakan bercorak hierarki yang bermula dari tahap
yang rendah kepada tahap yang tinggi. Terdapat enam elemen yang terlibat dalam
domain kognitif Taksonomi Bloom. Namun, daripada enam elemen tersebut ianya telah
dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu aras pemikiran yang rendah dan aras
pemikiran yang tinggi. Domain pembelajaran kognitif Taksonomi Bloom mempunyai
lima tahap iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Namun, bagi menjalankan ujian ini hanya tiga tahap kognitif yang telah dipilih iaitu
kefahaman, aplikasi dan analisis. Tiga tahap kognitif ini telah dipilih adalah kerana:-
a. Aras kefahaman
Aras kefahaman memerlukan keupayaan pelajar untuk memberi huraian
terhadap atau makna sesuatu perkara dalam pembelajaran. Aras kefahaman
juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu pelajar perlu menterjemah bahasa lain ke
bahasa lain tanpa mengubah makna yang asal. Kemudian, bagi tugasan ini
saya menggunakan jenis yang kedua iaitu pelajar mampu mentafsir idea dan
menerangkan idea atau maksud yang tersurat dengan menggunakan ayat
sendiri. Manakala, yang ketiga adalah pelajar dapat membuat inferens
terhadap kebarangkalian peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman
adalah seperti membuat interpretasi dnegan mudah, menunjukkan bukti
kefahaman, menggunakan maklumat untuk membuat ayat yang diubah
menjadi bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunapakai dalam soalan
untuk aras kefahaman adalah seperti jelaskan, terangkan, huraikan, bezakan
dan nyatakan.
b. Aras aplikasi
Aras aplikasi adalah untuk menguji keupayaan pelajar untuk menggunakan
konsep, prinsip, hukum, teori dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar
untuk memahami dengan mendalam terhadap konsep, teori dan hukum bagi
menyelesaikan permasalahan soalan ujian. Kebiasaannya, aras aplikasi

5
<HPGD2303>

memerlukan penggunaan mental untuk proses aplikasi. Perkataan yang sering


digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, susunkan, dan
tunjukkan.
c. Aras analisis
Aras analisis memerlukan pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada
unsur-unsur yang lebih kecil atau dispesifikasikan dengan lebih terperinci agar
dapat memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras analisis memberi
penekanan terhadap keupayaan pelajar untuk mengenalpasti unsur-unsur dan
struktur. Aras analisis mempunyai jenis aras unsur yang memerlukan pelajar
untuk mengenalpasti unsur-unsur dan mencari bukti untuk menyokong yang
sedia ada. Kemudian, aras kedua dalam aras analisis adalah analisis hubungan
yang mana memerlukan pelajar membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Akhir
sekali, aras analisis prinsip iaitu pelajar perlu mengenalpasti prinsip sesuatu
organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan membuat
analisis tujuan pandangan dan pendirian. Ciri-ciri yang terdapat dalam aras
analisis adalah soalan ujian menggunakan proses mental analisis dan
memerlukan pemahaman perhubungan khas dengan memecahkan kepada
komponen dan melihat kaitan antara komponen-komponen tersebut.

6
<HPGD2303>

TUGASAN 2: KERTAS UJIAN DAN ULASAN

Ujian Penilaian Subjek


Sejarah
Tingkatan 3

Tarikh: 1 November 2023


Masa: 1 Jam

Nama: _________________________________________ Tingkatan: ___________

Arahan soalan:
Soalan ini mengandungi tiga (3) soalan. Pelajar diminta untuk menjawab semua soalan.

Soalan 1:
Jelaskan peringkat kegiatan melombong bijih timah pada abad ke-15
(4 markah)

Soalan 2:
Walaupun Dinasti Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah bermatlamat mengaut keuntungan,
namun mereka tetap menghormati dan mempertahankan Masyarakat peribumi. Berikan contoh
peristiwa yang berlaku semasa pengekalan pembesar tempatan di Sarawak.

(6 Markah)

Soalan 3:
Kerajaan British telah memperkenalkan undang-undang tanah. Penggunaan tanah secara bijaksana
telah membawa kemajuan negara dalam bidang ekonomi. Apakah sumbangan yang telah
membawa kepada kemajuan ekonomi negara?

(10 markah)

-Soalan tamat -

7
<HPGD2303>

Sebagai seorang guru, kita perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk


meningkatkan perkembangan intelektual dan kemahiran pelajar. Pembentukan guru
profesional adalah hubungan yang dikongsi antara kurikulum, pedagogi dan pentaksiran
(Lambert & Reiss, 2015). Berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), terdapat tiga item
soalan yang telah dikemukakan kepada pelajar untuk dijawab. Ketiga-tiga soalan tersebut
berbeza mengikut topik pembelajaran iaitu melibatkan Topik 3, Topik 5 dan Topik 6.
Bentuk soalan ujian ini adalah memperuntukkan pelajar untuk menjawab format soalan
esei pendek. Semasa menjawab soalan esei, pelajar perlu mempunyai idea yang jelas
tentang apa yang mereka jangka lakukan selepas pelajar membaca solaan yang telah
dikemukakan. Kemudian, berikut adalah ulasan tentang ujian yang telah saya bangunkan
yang melibatkan kriteria dan tahap kerumitan kognitif yang telah saya gunakan dalam
membina setiap item soalan esei.
Bagi soalan 1, saya telah menggunakan aras kefahaman sebagai tahap kerumitan
kognitif dalam soalan ujian. Hal ini kerana, hasil pembelajaran bagi topik ini adalah
supaya pelajar dapat meneroka bukti kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu. Maka,
pelajar harus memahami setiap perincian kekayaan hasil bumi di negeri-negeri Melayu
sebelum menjawab soalan ujian. Kemudian, kriteria yang saya gunakan untuk membina
setiap soalan esei adalah dengan menentukan dengan jelas terhadap hasil pembelajaran
yang diinginkan untuk ditaksir oleh soalan. Oleh kerana hasil pembelajaran bagi topik ini
lebih berfokus kepada penjelasan dan kefahaman pelajar tentang kegiatan perlombongan
bijih timah. Saya telah mengaplikasikan aras kefahaman sebagai tahap kerumitan kognitif
untuk memastikan pelajar mencapai tahap pencapaian akademik yang memuaskan
sekaligus mencapai objektif hasil pembelajaran. Aras kognitif kefahaman dipilih adalah
kerana kehendak soalan memerlukan penglibatan pelajar dalam proses pengembangan
pemikiran. Hal ini kerana, pada peringkat aras ini pelajar perlu menyatakan idea-idea
yang utama dengan menggunakan perkataan dan ayat mereka sendiri.
Bagi soalan 2, saya telah menggunakan aras aplikasi sebagai tahap kerumitan
kognitif dalam soalan ujian. Hal ini kerana, hasil pembelajaran bagi topik ini adalah
supaya pelajar dapat membuat imaginasi terhadap perluasan kuasa Barat di Sabah dan
Sarawak. Maka, pelajar harus memberi contoh yang bersesuaian terhadap peristiwa yang

8
<HPGD2303>

berlaku semasa perluasan kuasa Barat di Sabah dan Sarawak. Namun, pelajar perlu fokus
kepada kehendak soalan yang menyatakan hanya contoh peristiwa yang berlaku di
Sarawak sahaja dan bukannya di Sabah. Di sini, guru dapat mengukur bahawa pelajar
mudah memahami arahan soalan atau tidak. Saya memilih aras aplikasi sebagai elemen
yang digunakan dalam ujian soalan esei pendek. Hal ini kerana kriterianya lebih
memfokuskan hasil pembelajaran yang boleh dinilai adalah lebih baik melalui kaedah
esei dan bukannya lebih cekap dan lebih dipercayai dengan ujian objektif. Aras aplikasi
ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan pengetahuan dan maklumat
yang mereka pelajari dan sejauh mana kefahaman mereka terhadap pengetahuan dan
maklumat tersebut untuk diaplikasikan ke dalam situasi yang baru.
Bagi soalan 3, saya telah menggunakan aras analisis sebagai tahap kerumitan
kognitif dalam soalan ujian. Hal ini kerana, hasil pembelajaran bagi topik ini adalah
supaya pelajar dapat membuat interpretasi perubahan sistem pentadbiran Barat yang
membawa perubahan kepada kemajuan sosioekonomi. Maka, pelajar harus membuat
perbincangan sebab dan akibat untuk meleraikan maklumat kepada beberapa bahagian
bagi menjawab soalan ujian. Semasa pelajar mengarang soalan esei, satu cabaran buat
guru kerana kemungkinan pelajar terdorong untuk menghurai kandungan pembelajaran
yang tidak munasabah kerana pembacaan mereka luas terhadap mata pelajaran tersebut.
Hal ini kerana, item soalan tidak tentu jika ia tidak berstruktur sehingga pelajar boleh
mentakrifkan semua pengisian jawapan. Bagi mengatasi perkara ini adalah melalui cara
mengelakkan soalan tidak tentu adalah dengan menjauhi perbendaharaan kata kerja yang
tidak jelas seperti ”bincangkan” kerana skopnya terlalu luas. Oleh sebab itu, bagi item
soalan 3 saya tidak menggunakan perkataan bincangkan sebagai kata kerja untuk arahan
soalan ujian.

9
<HPGD2303>

TUGASAN 3: PENYEDIAAN SKEMA PEMARKAHAN


Umumnya, penandaan atau skor penggredan esei merupakan tugasan yang
dikenali sebagai yang tidak boleh dipercayai. Hal ini kerana, sekiranya kita membaca
huraian esei yang sama pada tempoh yang berasingan, kebarangkalian untuk kita
memberikan gred esei yang berbeza adalah amat tinggi. Oleh itu, bagi mengatasi masalah
ini skema panduan pemarkahan dapat membantu untuk mengawal peralihan piawaian
yang tidak dapat dielakkan berlaku semasa kita menanda kertas ujian soalan esei dan
tugasan yang dilakukan oleh pelajar. Maka, saya menyediakan skema pemarkahan yang
sesuai untuk menjaringkan jawapan pelajar kepada setiap soalan esei jawapan pendek.
1. Rubrik Penskoran Jawapan Soalan 1 [4 markah]
Kriteria Penerangan
1 Tidak mempamerkan pemahaman terhadap soalan. Pemahaman lemah tentang
kandungan yang relevan. Hujah tidak disokong dengan contoh.
2 Mempamerkan pemahaman yang minimum terhadap soalan. Beberapa
ketidaktepatan dalam jawapan dan interpretasi idea yang lemah.
3 Mempamerkan pemahaman yang tepat dan baik terhadap soalan. Interpretasi
yang jelas dan pengolahan idea yang jelas dan logikal.
4 Mempamerkan pemahaman yang jitu dan menyeluruh terhadap soalan.
Pemahaman yang mendalam tentang kandungan yang relevan. Interpretasi yang
menyeluruh dan pengolahan idea logikal dan koheren.
(4 markah x 1 = 4 markah)
2. Rubrik Penskoran Jawapan Soalan 2 [6 markah]
Kriteria Skor Penerangan
Respons mengandungi semua idea penting yang
Sangat Baik 6 berkaitan dengan topik. Idea dibangunkan
sepenuhnya dengan banyak fakta dan contoh.
Jawapannya adalah teladan, terperinci dan jelas.
Baik 5 Respons mengandungi beberapa idea penting yang
berkaitan dengan topik. Idea dikembangkan dengan
fakta dan contoh sokongan. Jawapannya
memuaskan tetapi menyertakan maklumat yang

10
<HPGD2303>

sedikit.
Respons mengandungi beberapa idea penting yang
Memuaskan berkaitan dengan topik. Idea dikembangkan dengan
4 memuaskan dengan fakta atau contoh sokongan.
Jawapannya memuaskan tetapi mungkin kabur atau
menyertakan beberapa maklumat yang tidak tepat.
Respons mengandungi beberapa idea penting yang
Sederhana Memuaskan 3 berkaitan dengan topik. Idea tidak dikembangkan
dengan betul. Terdapat banyak salah huraian.
Jawapannya sangat lemah.
Kurang Memuaskan 2 Respons hanya memberi beberapa idea yang
berkaitan topik. Idea tidak dikembangkan oleh
respons.
Lemah 1 Tiada jawapan atau respons yang tidak relevan.
(6 markah x 1 = 6 markah)
3. Rubrik Penskoran Jawapan Soalan 3 [10 markah]
Dimensi 0 1 2 3 4 5
Fokus Tiada idea Idea utama Idea utama Idea utama Idea utama Idea utama
utama & tidak jelas hadir tetapi yang yang yang
fokus tidak berfokus dinyatakan dinyatakan menyeluruh
tersirat. dengan dengan jelas
Tidak begitu jelas dan dan logikal
berfokus berfokus
Huraian Tiada Penghuraian Penghuraian Penghuraian Penghuraian Penghuraian
penghuraian kurang jelas tidak Terhad lanjutan satu secara
idea utama perkara menepati perkara perkara menyeluruh dan
utama perkara utama. utama. menyediakan
Tidak ada utama. Contoh contoh
contoh Contoh yang terhad
tidak releven diberikan

(5 markah x 2 = 10 markah)

11
<HPGD2303>

1. Jelaskan peringkat kegiatan melombong bijih timah pada abad ke-15


(4 markah)
• Diusahkan oleh orang Melayu di Lembah Sungai.
• diusahakan seawal abad ke 15
• Melombong bijih timah di bawah penguasaan pembesar Melayu
• pembesar Melayu sebagai pemilik lombong yang membekalkan semua
keperluan perbelanjaan
• Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah
• Sultan menerima bahagian daripada hasil perdagangan bijih timah
2. Walaupun Dinasti Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah bermatlamat
mengaut keuntungan, namun mereka tetap menghormati dan
mempertahankan masyarakat peribumi. Berikan contoh peristiwa yang
berlaku semasa pengekalan pembesar tempatan di Sarawak.
(6 markah)
• Dinasti Brooke melibatkan kalangan pembesar tempatan
• Dasar ini digunakan bagi mengisi kekurangan pegawai-pegawai Eropah
yang jumlahnya kecil
• Penglibatan orang tempatan seperti kalangan Datu, iaitu Datu Patinggi,
Datu Bandar, Datuk Temenggung serta
• Dua jawatan Baharu iaitu Datu Imam dan Datu Hakim
• Ketika zaman Charles Vyner Brooke, beberapa gelaran diwujudkan iaitu
Datu Menteri, Datu Pahlawan, Datu Bentara dan Datu Amar.
• Para pembesar tidak lagi dibenarkan mengutip cukai
3. Kerajaan British telah memperkenalkan undang-undang tanah.
Penggunaan tanah secara bijaksana telah membawa kemajuan negara
dalam bidang ekonomi. Apakah sumbangan yang telah membawa kepada
kemajuan ekonomi negara?
(10 markah)
• Memajukan tanaman herba
• Mengusahakan tanaman tanah tinggi
• Menjadi pengeksport hasil pertanian
• Menjadi sumber pendapatan rakyat

12
<HPGD2303>

• Mengurangkan kebergantungan dari negara luar


• Memajukan kawasan tanah yang terbiar
• Menjadi rujukan negara lain
• Menarik kemasukan pemodal luar
• Melindungi hak dan kepentingan Masyarakat
• Mendapat tempat di pasaran dunia
Saya menggunakan skema pemarkahan rubrik holistik untuk soalan 1 dan
soalan 2 manakala untuk soalan 3 saya menggunakan rubrik analitik. Saya telah
menggunakan rubrik holistik untuk soalan 1 dan soalan 2 kerana ianya merupakan
pentaksiran berbentuk sumatif. Dengan menggunakan rubrik holistik saya tidak
akan menggunakan masa yang lama untuk memeriksa skrip jawapan. Selain itu,
saya juga dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan
pengetahuan serta kemahiran yang ada pada pelajar dalam mengolah jawapan.
Kemudian, saya menggunakan rubrik analitik untuk soalan 3 kerana ianya
pentaksiran berbentuk formatif. Pentaksiran formatif dapat memberi maklumat
yang jelas dan terperinci untuk setiap aspek yang ditaksir. Kejelasan dan
pemahaman bagi rubrik analitik dapat meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan pentaksiran. Skrip jawapan bagi rubrik ini juga sudah memadai
untuk diperiksa sekali sahaja. Dengan menggunakan rubrik analitik, skema
permarkahan yang terperinci membantu untuk memudahkan pemberian markah
yang tepat. Akhir sekali, rubrik analitik dapat memberikan gambaran yang jelas
terhadap asas taburan markah yang diperolehi. Oleh kerana itu, langkah ini dapat
menjelaskan mengapa pencapaian pelajar adalah tinggi atau rendah.

13
<HPGD2303>

TUGASAN 4: ANALISIS DAN TAFSIRAN ITEM


Jumlah Bilangan Soalan: 3
S1 = 4m, S2 = 6m, S3 = 10m
Jumlah Markah = 20m
Jumlah Bilangan Pelajar = 30 orang
Pelajar Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Jumlah Markah
(4 markah) (6 markah) (10 markah)
1 4 6 10 20
2 4 6 10 20
3 4 6 10 20
4 4 5 10 19
5 3 6 8 17
6 4 4 9 17
7 3 5 7 15
8 4 4 9 17 Markah
9 3 4 8 15 tinggi
10 4 4 9 17
11 3 4 9 16
12 4 5 9 18
13 4 5 7 16
14 4 4 7 15
15 3 5 6 15
16 2 4 7 13
17 3 3 6 12
Markah 18 3 3 5 11
rendah 19 3 4 6 13
20 2 4 7 13
21 2 3 3 8
22 2 4 5 11
23 2 4 5 11
24 3 4 6 13
25 3 3 5 11
26 3 2 5 10
27 3 2 3 8
28 2 3 2 7
29 2 1 3 6
30 2 2 1 5

Analisis dan pentafsiran keputusan ujian merupakan peringkat yang penting


merangkumi proses penilaian. Analisis akan dilakukan setelah ujian yang ditadbirkan
serta semakan jawapan bagi soalan ujian telah dilaksanakan. Proses analisis ini

14
<HPGD2303>

melibatkan pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item soalan
ujian.
INDEKS KESUKARAN (THE DIFFICULTY INDEX)
Soalan 1:
Skor Bilangan pelajar untuk setiap skor diperolehi Jumlah Skor
4 10 40
3 12 36
2 8 16
1 0 0
Jumlah keseluruhan 92
Purata skor 92/30 = 3.07
Formula:

=3.07/ (4-0)
=3.07/4
= 0.77 (mudah)
Keputusan analisis indeks kesukaran bagi Soalan 1 adalah P= 0.77 yang bermaksud ianya
adalah item soalan kategori mudah.
Soalan 2:
Kriteria Skor Bilangan pelajar untuk setiap skor diperolehi Jumlah Skor
Sangat Baik 6 4 24
Baik 5 5 25
Sederhana 4 12 48
Memuaskan 3 5 15
Kurang Memuaskan 2 2 4
Lemah 1 0 0
Jumlah keseluruhan 116
Purata Skor 116/30 = 3.87

15
<HPGD2303>

Formula:

= 3.87/ (6-0)
= 3.87/6
= 0.65 (sederhana)
Keputusan analisis indeks kesukaran bagi Soalan 2 adalah P= 0.65 yang bermaksud ianya
adalah item soalan kategori sederhana sukar.
Soalan 3:
Skor Bilangan pelajar untuk setiap skor diperolehi Jumlah Skor
10 4 40
9 5 45
8 2 16
7 5 35
6 4 24
5 5 25
4 3 12
3 1 3
2 1 2
1 0 0
Jumlah keseluruhan 202
Purata Skor 202/30 = 6.73

Formula:

= 6.73/ (10-0)
= 6.73/10
= 0.67 (sederhana)

16
<HPGD2303>

Keputusan analisis indeks kesukaran bagi Soalan 3 adalah P= 0.67 yang bermaksud ianya
adalah item soalan kategori sederhana sukar.
INDEKS DISKRIMINASI (DISCRIMINATION INDEX)
Soalan 1:
Skor 1 2 3 4 Jumlah Purata
Skor
Markah 55/15
tinggi 0 0 5 10 55 = 3.7
(n=15)
Markah 21/15
rendah 0 8 7 0 21 = 1.4
(n=15)

Formula:

Jumlah kumpulan markah tinggi = 40 + 15 = 55


Jumlah Kumpulan markah rendah = 21

= 3.7 – 1.4 / (4-0)


= 2.3/4
= 0.57 (diskriminasi tinggi)
Keputusan analisis indeks diskriminasi bagi Soalan 1 adalah D= 0.57 yang bermaksud
ianya adalah item soalan yang mempunyai diskriminasi yang tinggi. Perkara ini
bermaksud soalan ujian tersebut boleh dikekalkan.
Soalan 2:
Skor 1 2 3 4 5 6 Jumlah Purata
Skor

17
<HPGD2303>

Markah 77/15 =
tinggi 0 0 0 7 5 4 77 5.1
(n=15)
Markah 42/15 =
rendah 1 3 5 5 0 0 42 2.8
(n=15)

Formula:

Jumlah kumpulan markah tinggi = 28 + 25 + 24 = 77


Jumlah Kumpulan markah rendah = 1 + 6 + 15 + 20 = 42

= 5.1 – 2.8 / (6-0)


= 2.3/6
= 0.38 (diskriminasi sederhana)
Keputusan analisis indeks diskriminasi bagi Soalan 2 adalah D= 0.38 yang bermaksud
ianya adalah item soalan yang mempunyai diskriminasi sederhana. Perkara ini bermaksud
soalan ujian ini perlu disemak semula.
Soalan 3:
Skor 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah Purata
Skor
Markah
tinggi 0 0 0 0 0 1 4 2 5 4 135 135/15 = 9
(n=15)
Markah
rendah 1 1 3 0 5 3 1 0 0 0 62 62/15 =
(n=15) 4.1

18
<HPGD2303>

Formula:

Jumlah kumpulan markah tinggi = 6 + 28 + 16 + 45 + 40 = 135


Jumlah Kumpulan markah rendah = 1 + 2 + 9 + 25 + 18 + 7 = 62
= 9 – 4.1/ (10-0)
= 4.9/10
= 0.49 (diskriminasi tinggi)
Keputusan analisis indeks diskriminasi bagi Soalan 3 adalah D= 0.49 yang bermaksud
ianya adalah item soalan yang mempunyai diskriminasi yang tinggi. Perkara ini
bermaksud soalan ujian tersebut boleh dikekalkan.

3563 Patah Perkataan

19
<HPGD2303>

BAHAGIAN 2

PENGLIBATAN KELAS SECARA DALAM TALIAN

20
<HPGD2303>

21
<HPGD2303>

APENDIKS

CONTOH JAWAPAN OLEH PELAJAR

SOALAN 1:

Cemerlang

SOALAN 1:

Cemerlang

SOALAN 1:

Sederhana

22
<HPGD2303>

SOALAN 1:

Lemah

SOALAN 1:

Lemah
SOALAN 2:

Cemerlang

23
<HPGD2303>

SOALAN 2:

Cemerlang
SOALAN 2:

Sederhana
SOALAN 2:

Lemah
24
<HPGD2303>

SOALAN 2:

Lemah

SOALAN 3:

Cemerlang

25
<HPGD2303>

SOALAN 3:

Cemerlang

26
<HPGD2303>

SOALAN 3:

Sederhana

27
<HPGD2303>

SOALAN 3:

Lemah

SOALAN 3:

Lemah

28
<HPGD2303>

RUJUKAN / REFERENSI

Kubiszyn, T., & Borich, G. (2003). Performance-based assessment. Educational testing


and measurement: Classroom application and practice, 154-173.

Lambert, D., & Reiss, M. J. (2015). The Place of Fieldwork in Science


Qualifications. School Science Review, 97(359), 89-95.

Nitko, A. J., & Brookhart, S. (2011). Educational Assessment of Students (Boston, MA:
Person Education).

29

You might also like