Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMPARITA

PETI SURAT 310, 89108 KOTA MARUDU, SABAH


Kod Sekolah: XBA5108
Emel Sekolah: xba5108@gmail.com
No. Tel: 014-5566911

KERTAS KERJA
MAJLIS PERSARAAN & MAJLIS PERPISAHAN
EN DOSS @ GEORGE BIN ELANG

“LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI”

1.0 PENGENALAN
Majlis persaraan En. Doss@George Bin Elang ini merupakan majlis khusus yang
diadakan sempena meraikan persaraan En. Doss@George Bin Elang di sekolah ini
sebagai Guru Besar dan pendidik. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan
keringat yang dicurahkan oleh beliau di sekolah ini. Beliau telah menjalankan
tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-
anak bangsa.

2.0 RASIONAL DAN OBJEKTIF.

Detik persaraan merupakan hari bersejarah dalam diari kehidupan seorang penjawat
awam terutama bagi guru besar yang penuh dedikasi iaitu En. Doss@George Bin
Elang. Oleh yang demikian, sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan
beliau, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Majlis Lambaian Kasih
Sanjungan Budi bagi meraikan hari persaraan beliau.

Rasional di sebalik penganjuran Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini adalah :
1. Mengenang jasa sebagai seorgang guru.
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru, kakitangan dan warga
SK Samparita.
3. Mengukuhkan perasaan kasih sayang di antara rakan guru.

Objektif penganjuran Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini adalah :


1. Agar dapat menyangjung budi dan mengenang jasa Guru Besar sepanjang
perkhidmatan.
2. Agar dapat mewujudkan keakraban dan semangat kekeluargaan dalam
kalangan warga SK Samparita.
3. Agar dapat menjadi sumber inspirasi kepada rakan guru yang masih
berkhidmat dalam arena pendidikan.

3.0 SASARAN

a. Semua warga Sekolah Kebangsaan Samparita Kota Marudu.


b. PIBG Sekolah Kebangsaan Samparita Kota Marudu.

4.0 BUTIRAN PROGRAM.

Tarikh : 12 Julai 2024


Hari : Jumaat
Tempat : SK Samparita Kota Marudu.

5.0 CADANGAN AKTIVITI

a. Ketibaan yang diraikan.


b. Perarakan masuk guru besar ke Dewan terbuka.
c. Ucapan YDP PIBG
d. Ucapan Guru Besar
e. Ucapan yang diraikan.
f. Acara potong kek.
g. Montaj tayangan multimedia.
h. Passing the torch-Samparita Di Hatiku.

6.0 TENTATIF PROGRAM


MASA PERKARA TINDAKAN
7.00 AM Ketibaan pengunjung. Persediaan
perarakan masuk
kedewan yang
diraikan.
7.30 AM – 8.45 AM Perarakan masuk ke dewan yang diraikan
bersama semua staff.
8.30 AM – 8.45 AM Persediaan perarakan masuk kedewan yang
diraikan.
8.45 AM – 9.00 AM Sambutan perarakan masuk ke dewan
semua staff bersama yang diraikan
9.00 AM – 9.50 AM Bacaan doa Protokol
Ucapan YDP PIBG.
Ucapan Guru Besar.
10.00 AM – 10.30 AM Ucapan yang diraikan.
10.30 AM – 10.45 AM Tayangan multimedia.
Gimik ”Passing the torch-Samparita Di
Hatiku”
10.45 AM - Penyampaian cenderahati dan hadiah dari
warga SK Samparita.
Sesi fotografi bersama yang diraikan.
11.00 AM Persediaan perarakan lambaian kasih dari Persediaan kereta
warga SK Samparita kepada yang diraikan berhias.
11.15 AM Perarakan lambaian kasih dari warga SK
Samparita kepada yang diraikan.
11.30 AM Majlis dijangka selesai.

7.0 AHLI JAWATANKUASA.

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : PPD
PENGERUSI : En Mataus Bin Aniu (Penolong Kanan Pentadbiran)
TIM. PENGERUSI 1 : En. Johnny Golusion (Pen. Kanan HEM)
TIM. PENGERUSI 2 : En. Alex Selamat (Pen. Kanan Kokurikulum)
SETIAUSAHA 1 : En. Mohd Fikri Bin Rosle
SETIAUSAHA 2 : Cik. Angela Ann Godomon
BENDAHARI 1 : Pn. Noraini@Emeldah Bt Mustapha
BENDAHARI 2 : Pn. Sarimah Bulan
BIL TUGAS KETUA PENYELARAS DAN PERINCIAN TUGAS/TINDAKAN
AJK
1 Protokol En. Mataus Bin Aniu & semua - Memantau dan memastikan program yang
GPK, YDP PIBG dirancang berjalan dengan lancar.
2 Flow Manager En. Mohd Fikri Bin Rosle (k) -Membuat pemantauan secara keseluruhan
En. Ranger Diris tentang tugas dan peranan dan
tanggungjawab serta persediaan dan
persiapan AJK Induk.
-Menyelaras perjalanan tugas-tugas semua
jawatankuasa.
-Memaklumkan kepada pengerusi mengenai
persiapan dari semasa ke semasa.
3 Stage Manager En.Md Nor Fadzli Bin Md. Zaki (k) -Mengawal pergerakan di bahagian pentas.
En. Masminin Bulan -Memastikan penerima hadiah atau peserta
masuk dan keluar dari sudut yang betul.
4 Sambutan Perarakan En. Agus Anak Lanying (k),
Masuk Pn. Arlyna Ujin,
En. Ali Lasang

5 Hadiah, Sijil dan En Muhammad Ahnaf Bin Mohd -Menyediakan sijil kepada penerima hadiah.
Cenderahati Asri (k), -Menyediakan cenderahati kepada perasmi
Cik. Salvinalorah Sadinal, -Mengurus dan mengatur acara
Pn. Loriah Ladius penyampaian cenderahati, sijil dan hadiah.
7 Gimik. En. Mohd Fikri Bin Rosle (k), -Menyediakan gimik yang menarik sebagai
En.Md Nor Fadzli Bin Md. Zaki tanda perasmian program.
9 Hiasan Pentas En. Raibit Gaul, (k), -Menghias pentas dan dan ruang di Arena 1.
Pn Pamela Grace Itin, -Menghias meja dan kerusi tetamu VIP.
En. Nuarji Sawatan, -Mengemas dan mengembalikan semua
Cik. Angela Ann Godomon peralatan yang digunakan sebaik sahaja
majlis berakhir.
10 Penyediaan Ruang En. Jolumin Asun (k), -Mengurus dan menyediakan susun atur
Duduk VIP dan murid. En. Jaywan Musit, kerusi VIP dan murid.
En. Agus Anak Lanying,
En. Lomir Birula,
En. Usvert Simbir
En. Jakily Jaidel.
Pengawal Keselamatan
11 Pengurus Jamuan Pn. Sarimah Bulan (k), -Mengurus dan menyediakan tempat
jamuan.
Pn. Noraini@Emeldah Bt -Potluck
Mustapha,
Pn. Loriah Ladius,
Pn. Rusidah Jangayan
12 Juruacara En. Raibit Gaul, -Mengacarakan majlis sepanjang program
Cik. Angela Ann Godomon berlangsung.
-Menyediakan teks pengacaraan majlis/
solutasi majlis
Memastikan majlis berjalan lancar mengikut
tentatif.
-Menghias meja juruacara yang disediakan.
13 Buku Program Pn. Arlyna Ujin (k), -Menyediakan aturcara dan buku program
En Mohd Fikri Bin Rosle
14 P.A Sistem En. Raibit Gaul, -Menyediakan keperluan atau peralatan PA
En. Ranger Diris Sistem yang diperlukan sepanjang program.
- Memastikan peralatan mencukupi dan
berfungsi dengan baik.
15 Bacaan Doa Ust. Mohd Shamail -Menyediakan teks doa
-Mengetuai bacaan doa
16 Banner En. Mohd Fikri Bin Rosle(k), Mengurus dan menyediakan banner
En. Jaywan Musit, program.
17 Disiplin & Kawalan En. Lomir Birula (k), -Menentukan pintu laluan masuk dan keluar
Murid En. Jaywan Musit, murid semasa majlis.
En. Jolumin Asun, -Mengawal keselamatan dan disiplin murid
Pn. J.Amisah Samcon, sepanjang majlis berlangsung.
Pn Helda Baintin,
PIBG
Pengawal Keselamatan Sekolah
18 Keselamatan & En. Jolumin Asun -Memastikan kawasan dan laluan murid
Kebajikan Murid En. Usvert Simbir selamat.
Semua pengawal keselamatan
19 Kebersihan En. Thoupil Bin Maisi (k), -Memastikan kawasan sekolah sentiasa
Ust. Mohd Shamail, bersih semasa program.
Cik. Hilne Masital, -Memastikan semua peralatan dan kawasan
Pekerja Pembersihan yang digunakan dalam keadaan bersih
sebelum daan selepas program.
20 Dokumentasi & Ust. Mohd Shamail, -Mengambil gambar-gambar dan video
Publisiti En. Ali Lasang sepanjang majlis berlangsung untuk
dokumentasi.
-Membuat hebahan tentang program.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

A. PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Harga seunit Kuantiti Jumlah(RM)

1 Cenderahati Perasmi Rm50.00 1 unit RM50.00

2 Hiasan pentas Rm50.00 RM50.00

2 Hadiah Hari Guru dan Rm300.00 RM300.00


Kakitangan

3 PA Sistem RM200.00 RM200.00

4 Hadiah Sukaneka Rm100.00 RM100.00

5 Jamuan Makan Potluck - -

A.
JUMLAH RM 700.00

B. PUNCA KEWANGAN

Bil Perbelanjaan Harga seunit Jumlah(RM)


1 Kelab Guru SK Samparita RM200.00
Kota Marudu

2 Persendirian (YDP) RM300.00

3 PIBG RM200.00

B.
JUMLAH RM 700.00

9.0 PENUTUP

Majlis ini diharapkan dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama dan
penglibatan daripada semua pihak. Jawatankuasa pelaksana majlis merakamkan
ucapan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan
oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan majlis yang akan dilaksanakan ini termasuklah dalam bentuk
kewangan, fizikal dan moral. Setiap sumbangan dan kerjasama yang diberikan
diharap dapat membantu menjayakan objektif penganjuran program ini.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Diluluskan oleh,

........................................ .......................................... .......................................


(MOHD FIKRI BIN ROSLE) ( MATAUS BIN ANIU ) ( GEORGE ELANG )
Setiausaha 1, Guru Pen. Kanan Pentadbiran Guru Besar,
Program Sambutan Hari Guru SK. Samparita, Kota Marudu SK. Samparita, Kota
SK. Samparita, Kota Marudu. Kota Marudu.

You might also like