Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

K.

NAMA JABATAN : JABATAN AUDIT DALAM NEGERI SABAH

22.0 NO NOTIS SPANS : 41/2024

Nama Jawatan : JURUAUDIT GRED W41


Klasifikasi Perkhidmatan : KEWANGAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : 14 JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED W41: RM2,094.00 – RM9,585.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

22.1 SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,300.73); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63); atau

(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh


Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-
badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,923.41); atau

43
(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM3,027.19)

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki


Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

22.2 DISKRIPSI TUGAS

1. Bertanggungjawab melaksanakan audit dalaman bagi memastikan ketepatan


kewangan serta pematuhan kepada dasar dan prosedur organisasi. Tugas utama
termasuk menyemak dan menganalisis rekod kewangan, melaporkan penemuan
audit, dan mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan dan
ketelusan kewangan.

2. Menyediakan laporan audit yang komprehensif dan memberikan cadangan


penambahbaikan untuk memperbaiki proses kerja organisasi.

3. Menjalankan audit terhadap rekod kewangan dan operasi organisasi untuk


memastikan pematuhan kepada undang-undang, peraturan, dan standard yang
ditetapkan serta menilai kecekapan, keberkesanan, dan kebolehpercayaan sistem
kawalan dalaman.

44
CARA MEMOHON

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman


web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah


memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan
hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di
dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4)


bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa
[sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang
berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya
dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-
undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan
dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 15 JULAI 2024 SEHINGGA 31 JULAI


2024, JAM 11.59 MALAM

53

You might also like