Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6

Tema 3:

Penerokaan Unsur Dalam Alam

Tema ini bertujuan untuk memperkenalkan unsur alam yang terdiri daripada jirim. Fokus
diberikan kepada sifat fizikal dan sifat kimia dan rupa bentuk tiga keadaan jirim.
Pengelasan unsur dalam jadual berkala diperkenalkan. Kewujudan sumber alam dalam
bentuk unsur, sebatian dan campuran dikaji dengan memberi tumpuan kepada
perbandingan sifat-sifatnya dan penggunaannya dalam kehidupan harian. Tajuk udara
dipelajari dari aspek komposisi, tindak balas pembakaran dan juga isu pencemaran udara.

Bidang 1. Jadual Berkala


pembelajaran: 6.1 Pengelasan unsur
6.2 Campuran
6.3 Sebatian

JADUAL BERKALA

Tahap Penguasaan Tafsiran


1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains
mengenai jirim/jadual berkala/udara.

Soalan 1

Rajah 1 menunjukkan struktur atom.


Kenal pasti bahagian-bahagian yang berlabel A, B dan C

a) proton

+
+ b) elektron
Nukleus
+
c) neutron

1
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6
Soalan 2

Tuliskan BENAR atau PALSU pada pernyataan di bawah untuk perbezaan logam
dengan bukan logam.

a) Logam merupakan konduktor haba yang baik tetapi BENAR


konduktor elektrik yang lemah.
b) Logam tidak boleh dilenturkan atau mudah patah. PALSU
c) Logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang BENAR
tinggi.

Soalan 3

Apabila satu bahan mengalami perubahan kimia, apakah yang mungkin berlaku?

Tandakan dalam kotak yang disediakan.


Aroma atau bau dikesan

Perubahan warna

Perubahan bentuk
√ Pembentukan gas

Soalan 4

Yang manakah di antara berikut merupakan perubahan fizikal?

A. Besi menjadi berkarat.

B. Telur yang digoreng.

C. Kertas yang dibakar.

D. Batu marmar dihancurkan.

2
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6
JADUAL BERKALA
Tahap Penguasaan Tafsiran
Memahami jadual berkala serta dapat menjelaskan
2
kefahaman tersebut.

Partiban mencampurkan serbuk besi dan serbuk sulfur ke dalam satu mangkuk petri.
Dengan menggunakan magnet, Partiban boleh mengasingkan serbuk besi daripada
campuran tersebut.

Serbuk sulfur Serbuk besi


Sulphur powder Iron powder

Campuran serbuk sulfur dan serbuk besi


Mixture of sulphur powder and iron powder

Apabila serbuk besi dipanaskan bersama serbuk sulfur, besi sulfida yang berwarna
hitam terbentuk. Apabila magnet didekatkan kepada besi sulfida, diperhatikan ada
apa yang berlaku, dan besi tidak dapat diasingkan.

Berdasarkan kepada pemerhatian ini, adalah penghasilan besi sulfida suatu


perubahan fizikal atau perubahan kimia?

Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Perubahan fizikal

Perubahan kimia

Jelaskan jawapan anda

Jawapan:

Menjelaskan bahawa hasil tindak balas mempunyai ciri yang berbeza daripada
bahan tindak balas.

3
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6
Contoh:

 Pemanasan menyebabkan perubahan kimia, sekiranya ia adalah fizikal maka besi


sulfida sepatutnya mengekalkan sifat kemagnetannya
 Ia mengubah ciri besi yang tertarik kepada magnet apabila bergabung dengan
sulphur

4
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6
JADUAL BERKALA
Tahap Penguasaan Tafsiran
3 Mengaplikasikan pengetahuan jirim/jadual berkala/udara
untuk menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat
melaksanakan tugasan mudah.

Ah Leong seorang pengusaha stesyen minyak. Kawasan itu telah mengalami


bencana banjir dan menyebabkan air memasuki tangki penyimpanan petrol.

Cadangkan kaedah bagaimana anda dapat membantu Ah Leong untuk


mengasingkan minyak dan petrol.

Jawapan:

Kaedah corong pemisah


Kaedah ini dapat mengasingkan campuran cecair dengan cecair sahaja. Cecair
berbeza ketumpatan
Cara-cara mengasingkan air dan minyak:
a) Tuangkan air dan minyak ke dalam corong dan tinggalkannya selama 15 minit.
b) Buka pili dan biarkan air mengalir keluar dan masuk ke dalam bikar pertama.
c) Tutup pili dan buka pili semula dan kumpulkan minyak ke dalam bikar kedua.

5
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6
JIRIM
Tahap Penguasaan Tafsiran
4 Menganalisis pengetahuan mengenai struktur jirim/jadual
berkala/udara dalam konteks
penyelesaian masalah mengenai kejadian atau
fenomena alam.

Encik Samy merupakan pengusaha besi buruk. Didapati bahawa semua bahan telah
bercampur.

Cadangkan kaedah yang paling efektif dan cepat untuk Samy mengasingkan bahan
berlogam di samping mengurangkan kos pengendalian tapak tersebut. Jelaskan.

Jawapan:

Menggunakan electromagnet kerana bahan logam boleh ditarik oleh magnet.

6
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6

JIRIM
Tahap Penguasaan Tafsiran
5 Menilai pengetahuan mengenai jirim/jadual berkala/udara
konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.

Linda mengambil segelas susu dan mengujinya dengan kertas litmus biru. Kertas
litmus biru tidak berubah warna. Setelah dua hari, Linda menguji semula susu yang
sama dengan kertas litmus biru. Kertas litmus biru bertukar kepada warna merah.

a) Apakah perubahan yang berlaku dalam susu?

pada satu kotak.

Perubahan kimia/Chemical changes

Perubahan fizikal/Physical changes

Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:

a) Perubahan kimia

Keasidan berubah. Ini menunjukkan bahan kimia bertindak balas untuk


menghasilkan perubahan.

Contoh/Examples:

 Susu telah bertukar menjadi berasid, maka kertas litmus berubah menjadi merah.

 Susu sudah mula menjadi masam dan tidak boleh diminum. Perubahan kimia
telah berlaku dan bahan baharu terhasil.
 Susu menjadi masam disebabkan oleh bakteria
 Susu menjadi rosak maka ia adalah perubahan kimia

b) Bagaimanakah anda boleh mengekalkan kesegaran susu supaya tidak rosak

Jawapan: simpan pada suhu yang rendah yang akan merencat aktiviti bakteria

7
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6

JIRIM
Tahap Penguasaan Tafsiran
6 Merekabentuk persembahan pelbagai
media/visual/folio/poster/main peranan/drama secara
kreatif
dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sains mengenai jirim/jadual
berkala/udara dalam konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan dengan mengambil
kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Tayar tradisional (pneumatik) mengandungi udara pada tekanan tinggi untuk


membolehkan perjalanan yang selesa. Kelemahan tayar ini adalah ia mungkin
pancit.

Tayar tradisional (pneumatik)

Michelin sebuah syarikat tayar Perancis telah mereka bentuk tayar inovatif yang
tidak menggunakan udara dan tidak pancit. Ia sesuai digunakan oleh kenderaan
berat.

Berdasarkan catatan di atas lakarkan reka bentuk tayar inovatif ini dalam ruangan di
bawah. Cadangkan jenis bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan tayar
tersebut.

Bentangkan hasil reka bentuk anda.

8
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 6

Jawapan:

You might also like