Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN RAHANG,

SEREMBAN

TAHUN 2024 / 1445H


KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN RAHANG, SEREMBAN

1. PENDAHULUAN

Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan
pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan solat ,beribadah dan menjalankan
aktiviti kerohanian yang lain. Di SK Rahang, Seremban juga terdapat sebuah surau, namun
perlu diberi penambahbaikan.

Oleh itu, pihak Organisasi surau Nur Muhammad Sk Rahang memberi cadangan
kepada pihak sekolah menambahbaik seterusnya menaiktaraf surau yang sedia ada kepada
keadaan yang lebih baik, selesa dan berinformasi kepada semua murid khususnya melibatkan
mata pelajaran dan aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di sekolah.

2. OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk


mengerjakan solat.

2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas KAFA dan amali Kem Bestari Solat.

3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau sekolah yang telah
sedia ada kepada yang lebih baik.

4. Menjadikan surau sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk
digunakan.
JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU

Penasihat : EN. MD ARIS BIN YUSOF

Pengerusi : PN. AZIDAH BT MOHD ALI @ MOHAMED ZUHDI

Naik pengerusi 1 : PN. SAKHLIZA BINTI HJ. KHALID

Naik pengerusi 2 : EN. FAIRUL EZZUAN BIN RASAIK

Penyelaras : EN. MUHAMAD BIN MAT ZAHARI

Setiausaha : AHMAD HAFIZUDDIN BIN HASHIM

Bendahari : PN. NORIDAH BINTI MUSA

Ketua penitia : PN. HAYATI BINTI MUDA

Biro Kebersihan : EN. MUHD NURHAFIZ BIN KHAIRI SALAM

Biro Kecerian : PN.NORHAYANI BINTI BAKRI

Biro Kebajikan : PM. AZWANI BINTI MUSA

Biro Multimedia : PN. HAZIMAH BINTI MOHD NOR

Biro Pembangunan: PN SUHAILA BT DAHBAN

Biro Dakwah dan kepimpinan : PN. NURUL ANIQAH BINTI MANISA

Buliten media : PN NURUL AMNI BINTI AZIZAN

Biro Keselamatan : EN. MUHD HAFIZUDDIN BIN MAHAMED ZIN

Tarbiah dan ibadah : PN SITI HAJAR BT ARSYAD

PN SUHAILA BT DAHBAN
3. CADANGAN KERJA PENAMBAHBAIKAN

1. Menaiktaraf surau SK RAHANG

Lampiran 1
CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN

a) Penyaman udara

b) Memasang langsir dan tirai

c) Tukar Al quran yang uzur

d) Menambah bingkai Ayat Suci Al-Quran & Petikan Hadis di dinding surau

TUJUAN PENAMBAHBAIKAN

a) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengerjakan solat.

b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk menjalani amali solat yang terdapat
dalam silibus Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) dan Kem Bestari Solat.

c) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di surau.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan:
KOS
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
(PER UNIT)

1 Penghawa dingin 2 RM 2,000.00 RM 4,000.00

2 Memasang langsir dan tirai 4 RM 1,000.00 RM 3,000.00

Frame Ayat Suci Al-Quran/ (BBM)


3 15 RM 100.00 RM 1500.00
solat

4 Rak al quran 1 RM 700.00 RM 700.00

5 Pembersih vakum 1 RM 400.00 RM 400.00

6 Al quran 50 RM 40.00 RM2000.00

JUMLAH RM11,600.00

5. PENUTUP

Semoga perlaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian surau sekolah ini


dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada semua murid, guru dan kakitangan
sekolah ini. Diharapkan juga perlaksanaan projek ini dapat menjadikan kemudahan surau
sekolah lebih bersih,ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan dan pandangan daripada
semua pihak amat diharapkan dalam melancarkan lagi kerja-kerja penambahkan surau.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………..

(EN AHMAD HAFIZUDDIN BIN HASHIM)

Pembantu Setiausaha surau Nur Muhammad,

SK RAHANG.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………………………….

(EN MUHAMMAD BIN MAT ZAHARI) (EN MD ARIS BIN YUSUF)

Setiausaha surau Nur Muhammad, Guru Besar,

SK RAHANG. SK RAHANG.

You might also like