Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SEJARAH

eg e r i Se l a t
N e g e ri - N
T BA B 2 : P en t a db i ra n
Q&A
I
N
G
K
A
T
A
N
SIFU VELA
3 (019-389 1027)
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3 OLEH CIKGU FARRELL
BAHAGIAN B TINGKATAN 3 BAB 2 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT
1. Apakah persamaan di antara Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang [4m]
menyebabkan British berusaha untuk menguasainya?
F1 Kedudukan strategik [1m]
F2 Di laluan perdagangan antarabangsa [1m]
F3 Mempunyai pelabuhan persinggahan pedagang [1m]
F4 Pusat pengumpulan barangan [1m]
F5 Mendatangkan keuntungan kepada pihak British [1m]
F6 Membantu British memecahkan penguasaan Belanda di Alam Melayu [1m]
F7 Memenuhi keperluan keselamatan British di Alam Melayu [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

2. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan kedaulatan t [4m]


tanah air kita?
F1 Menjalankan pentadbiran mengikut acuan sendiri [1m]
F2 Bebas menentukan hala tuju kemajuan ekonomi [1m]
F3 Menjamin kebebasan asasi [1m]
F4 Mengelakkan sebarang penindasan kepada rakyat [1m]
F5 Mengekalkan warisan dan identiti bangas [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

3. Britih telah berjaya menaikkan bendera Union Jack di Pulau Pinang pada 11 [4m]
Ogos 1786. Terangkan kepentingan peristiwa ini kepada pihak British.
F1 Bermulanya kemasukan kuasa Britih ke negeri Melayu [1m]
F2 Pulau Pinang telah mencipta identiti sebagai tanah jajahan British [1m]
F3 Pulau Pinang dijadikan pusat pengumpulan barangan [1m]
H3 British memerlukan teh dari China [1m]
H3 China memerlukan emas, perak, bijih timah dan rempah ratus [1m]
F4 Pulau Pinang dapat dijadikan pangkalan tentera British [1m]
H4 Mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis [1m]
F5 Menjadi pelabuhan persinggahan [1m]
H5 Terletak di laluan perdagangan India dan China [1m]
H5 Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun [1m]
[Mana-mana 4 x 1m]

4. Mengapakah Perjanjian London 1824 ditandatangani? [3m]


F1 Menamatkan pertikaian British dan Belanda berkaitan Singapura [1m]
H1 British berjaya memajukan Singapura dan bertekad mempertahankan [1m]
kedudukan di Singapura
H1 Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di [1m]
Betawi
H1 Belanda mendakwa Singaoura berada di bawah lingkungan pengaruhnya [1m]
F2 Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah [1m]
H2 Keperluan hidup saling bergantungan antara satu sama lain [1m]
F3 Penyelesaian untuk perdamaian [1m]
H3 Mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan [1m]
ke-18
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 3 x 1m]
5. Apakah kepentingan Perjanjian London 1824 kepada kuasa British dan [4m]
Belanda.
F1 Tamat pertikaian antara British dengan Belanda [1m]
F2 British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di utara [1m]
F3 Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan [1m]
F4 British dapat meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan [1m]
kuasa-kuasa Barat yang lain
F5 British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka [1m]
F6 Belanda memperoleh pelabuhan Bangkahulu [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

6. Perjanjian London 1824 membawa banyak perubahan kepada Alam Melayu. [4m]
Ulaskan penyataan tersebut.
F1 Alam Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh Barat [1m]
F2 Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan memisahkan antara [1m]
kuasa ini
F3 Mewujudkan entiti geopolitik baharu [1m]
F4 Tanah Melayu di bawah pengaruh British [1m]
F5 Wilayah pengaruh Belanda dikenal sebagai Hindia Timur Belanda [1m]
F6 Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau [1m]
F7 Kesultanan Riau Lingga berakhir [1m]
F8 Wilayah Riau Lingga diperintah secara langsung oleh Belanda [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

7 Apakah impak penubuhan Negeri-negeri Selat kepada pihak British? [4m]


F1 Menyeragamkan urusan pentadbiran British [1m]
F2 Memudahkan urusan perdagangan British [1m]
F3 Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran [1m]
F4 Menguasai keseluruhan Selat Melaka [1m]
F5 Menjadi pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam Melayu [1m]
F6 Menyaingi pelabuhan-pelabuhan Belanda di Alam Melayu [1m]
F7 Mempercepatkan pembangunan ekonomi Brisih [1m]
[1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

8. Semenjak kedatangan British, Tanah Melayu telah mengalami perubahan [4m]


demografi dan komposisi etnik negara kita. Berikan pandangan anda,
bagaimanakah keharmonian dapat dikekalkan dalam kalangan masyarat
berbilang kaum ini?
F1 Menggalakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat [1m]
H1 Merapatkan hubungan silaturrahim [1m]
C1 Menggalakkan aktiviti gotong-royong dalam kawasan perumahan [1m]
F2 Memupuk sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain [1m]
H2 Mengambil kira sentiviti kaum lain [1m]
C2 Menghormati kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan [1m]
F3 Menerapkan kefahaman tentang kepentingan menjaga hubungan dengan [1m]
kaum lain
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]
9. Terangkan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa pembentukan Negeri- [4m]
negeri Selat ini.
F1 Mengamalkan sifat berwaspada dalam membuat sebarang keputusan [1m]
F2 Sentiasa bekerjasama dan bermuafakat sesama kita [1m]
F3 Bijak dalam menyusun strategi [1m]
F4 Tidak mudah mempercayai kuasa asing [1m]
F5 Sentiasa cakna dengan perancangan strategik kuasa asing [1m]
F6 Mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobahan kuasa asing [1m]
F7 Perbalahan sesama sendiri hanya membuka ruang kepada campur tangan [1m]
kuasa asing
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

10. Pada tahun 1867, pentadbiran Negeri-negeri Selat telah dipindahkan dari [4m]
Pejabat India ke Pejabat Tanah Jajahan London.
Pemindahan ini merupakan tindakan yang wajar. Berikan ulasan anda.
F1 Urusan pentadbiran Negeri-negeri Selat menjadi lebih cekap [1m]
F2 Kepentingan pedagang-pedagang di Negeri-negeri Selat dilindungi [1m]
F3 Kekacauan yang berlaku lebih mudah ditangani [1m]
F4 Pelabuhan di NNS akan dikunjungi lebih ramai pedagang [1m]
F5 Imej NNS menjadi lebih baik [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

11. Mengapakah timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang- [2m]
pedagang Negeri-negeri Selat terhadap pentadbiran Pejabat India?
F1 Kebajikan di NNS tidak dijaga [1m]
F2 Tiada wakil NNS dalam Majlis Perundangan di India yang meluluskan [1m]
undang-undang bagi NNS
F3 Gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang dan [1m]
pertelingakahan kumpulan Cina di NNS
F4 Mengenakan cukai pelabuhan menjejaskan kemakmuran tarag pelabuhan [1m]
bebas
F5 Menjadikan NNS tempat buangan banduan menjejaskan imej NNS [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 2 x 1m]

12. Namakan tiga wilayah Kesultanan Johor Riau. [3m]


F1 Pahang [1m]
F2 Johor [1m]
F3 Kepulauan Riau Lingga [1m]
[Mana-mana 3 x 1m]

13. Namakan sebab kejatuhan sesebuah kerajaan. [3m]


F1 Dikuasai oleh kuasa luar [1m]
F2 Pemberontakan rakyat [1m]
F3 Kelemahan kepimpinan [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 3 x 1m]
14. Berikan cadangan anda untuk memajukan pelabuhan di negara kita. [4m]
F1 Menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan [1m]
F2 Memastikan keselamatan di pelabuhan terjamin [1m]
F3 Menetapkan kadar cukai yang berpatutan [1m]
F4 Mengadakan promosi pelabuhan di peringkat antarabangsa [1m]
F5 Menggalakkan syarikat pelabuhan terkemuka dunia berlabuh. [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 4 x 1m]

15. Namakan tiga negeri yang disatukan menjadi Negeri-negeri Selat. [3m]
F1 Melaka [1m]
F2 Pulau Pinang [1m]
F3 Singapura [1m]
[Mana-mana 3 x 1m]

16. Nyatakan dua majlis yang terdapat dalam pentadbiran Negeri-negeri Selat [2m]
pada tahun 1867.
F1 Majlis Eksekutif [1m]
F2 Majlis Perundangan [1m]
[Mana-mana 4 x 1m]

17. Berikan cadangan anda untuk mengukuhkan hubungan baik dengan negara lain [3m]
F1 Tidak campur tangan dalam urusan negara lain [1m]
F2 Mengadakan pertukaran teknologi [1m]
F3 Menawarkan bantuan jika negara lain ditimpa musibah [1m]
F4 Menjalinkan hubungan perdagangan antarabangsa [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 3 x 1m]

18. Senaraikan tiga sebab British berusaha untuk menguasai Singapura. [3m]
F1 Pelabuhuan British, iaitu Pulau Pinang dan Bangkahulu tidak mampu [1m]
menyaingi pelabuhan-pelabuhan Benlanda di Alam Melayu
F2 Pulau Pinang terletak di utara Selat Melaka dan Bangkahulu berada di [1m]
luar laluan utama perdagangan Alam Melayu
F3 British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing [1m]
dengan Belanda di Alam Melayu
F4 Singapura yang terletak di bahagian selatan Semanjung Tanah Melayu [1m]
dapat mengawal kegiatan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
F5 Singapura boleh menjadi pusat pengumpulan hasil ekonomi dari Alam [1m]
Melayu.
[Mana-mana 3 x 1m]

19. Nyatakan tiga faktor yang menyumbang kepada pemilihan Pulau Pinang. [3m]
F1 Pusat pengumpulan barang [1m]
F2 Pelabuhan persinggahan [1m]
F3 Pangkalan tentera [1m]
[Mana-mana 3 x 1m]
20. Jelaskan barang dagangan yang diperlukan oleh China di Alam Melayu. [3m]
F1 Emas [1m]
F2 Perak [1m]
F3 Bijih Timah [1m]
F4 Rempah-ratus [1m]
[Mana-mana 3 x 1m]

21. Senaraikan tiga cara yang digunakan SHTI dalam meluaskan kuasa British di [3m]
Pulau Pinang.
F1 Tipu helah Francis Light berkaitan dengan kesediaan SHTI memberikan [1m]
bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
F2 Melalui peperangan, contohnya menewaskan angkatan perang [1m]
Kesultanan Kedah yang cuba mengambil semula Pulau Pinang
F3 Melalui perjanjian, contohnya Sultan Abdullah dipaksa menandatangani [1m]
perjanjian dengan British pada tahun 1791 untuk mengiktiraf secara
rasmi pendudukan British di Pulau Pinang
[Mana-mana 3 x 1m]

22. Berikan cadangan anda untuk memastikan negara kita kekal merdeka dan [3m]
berdaulat kini pada masa depan.
F1 Menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara [1m]
F2 Menyertai dengan aktif pertubuhan antarabangsa seperti PBB, [1m]
Komanwel,OIC dan ASEAN
F3 Memperkuat dan memodenkan angkatan tentera negara [1m]
F4 Mewujudkan pentadbiran negara yang efektif dan berkesan [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 3 x 1m]

23. Terangkan kepentingan Pulau Pinang kepada Wilayah Kesultanan Kedah. [3m]
F1 Tempat persinggahan bagi pedagang-pedagang dari Lingga yang [1m]
berdagang dengan Kedah
F2 Menjadi pelabuhan dagang bagi daerah serantau khusunya dengan [1m]
Acheh di Sumatera
F3 Batu Uban sering dikunjungi oleh pedagang Arab/ pelabuhan paling [1m]
awal dibuka di Pulau Pinang.
F4 Petempatan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera pada [1m]
tahun 1759.
[Mana-mana 3 x 1m]

24. Jelaskan syarat-syarat yang dipersetujui dalam Perjanjian London 1824. [3m]
F1 British bersetuju untuk berundur dari Sumetara [1m]
F2 British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda [1m]
F3 British berjanji tidak akan membuka petempatan baharu di Kepulauan [1m]
Riau Lingga dan kepulauan lain di selatan Singapura
F4 Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura [1m]
F5 Belanda menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British [1m]
F6 Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baharu di Tanah [1m]
Melayu
[Mana-mana 3 x 1m]
25. Nyatakan dua matlamat pembentukan Negari-negeri Selat. [2m]
F1 Menjimatkan perbelanjaan [1m]
F2 Menyeragamkan pentadbiran [1m]
[Mana-mana 2 x 1m]

26. Pada pendapat anda, bagaimanakah negeri-negeri Melayu yang berhampiran [3m]
dapat memanfaatkan pembentukan Negeri-negeri Selat bagi mengukuhkan
kedudukan ekonomi mereka.
F1 Menjalinkan perdagangan dengan Negeri-negeri Selat [1m]
F2 Membekalkan hasil bumi yang diperlukan oleh Negeri-negeri Selat [1m]
F3 Memajukan perdaganagn Negeri-negeri Melayu seiring dengan [1m]
kemajuan ekonomi Negeri-negeri Selat
F4 Mengajak pelabur-pelabur Negeri-negeri Selat untuk melaburkan [1m]
modal di negeri-negeri Melayu
F5 Memajukan perlombongan bijih timah di negeri Melayu [1m]
F6 Mendapatkan barangan dari luar melalui pelabuhan Negeri-negeri [1m]
Selat
F7 Mewujudkan daya saing dalam kalangan pengusaha negeri-negeri [1m]
Melayu
F8 Menjadikan kemajuan ekonomi Negeri-negeri Selat sebagai inspirasi/ [1m]
iktibar
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 3 x 1m]

27. Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan [2m]
sering dikunjungi oleh pedagang Arab.
Nyatakan peranan Batu Uban di Pulau Pinang.
F1 Pelabuhan paling awal dibuka [1m]
F2 Sering dikunjungi oleh pedagang-pedaganng Arab [1m]
[Mana-mana 2 x 1m]

28. Mengapakah British memerlukan pelabuhan persinggahan di Pulau [3m]


Pinang seperti Batu Uban tersebut?
F1 Terletak di laluan perdagangan di antara India dan China [1m]
F2 Dijadikan tempat membaiki kapal [1m]
F3 Mendapatkan bekalan makanan dan minuman [1m]
F4 Berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun [1m]
F5 Memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik [1m]
[Mana-mana 3 x 1m]

29. Pada pendapat anda, apakah kepentingan yang diperolehi British apabila [3m]
memilih Batu Uban sebagai pelabuhan utama mereka?
F1 Dapat menjadi pusat pengumpulan barangan [1m]
H1 Terutamanya teh yang mendapat pasaran baik di Eropah [1m]
F2 Menjadi pusat persinggahan pedagang antarabangsa [1m]
H2 Kedudukan yang strategik di laluan perdagangan antara China dan [1m]
India
F3 Menjadi pangkalan tentera British [1m]
H3 Menghadapi persaingan Belanda di Alam Melayu [1m]
F4 Menjadi pelabuhan enterpot [1m]
H4 Membekalkan hasil tempatan/ jajahan kepada pedagang antarabangsa [1m]
F5 Dapat membeli barang daripada pedagang antarabangsa [1m]
H5 Mengedarkan barangan antarabangsa kepada kawasan sekitar/jajahan [1m]
F6 Meningkatkan keuntungan [1m]
H6 Menguasai jalinan perdagangan antarbangsa [1m]
[Mana-mana 3 x 1m]

30. Apakah krisis perebutan takhta Kesultanan Kedah? [3m]


F1 Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tunku Abdullah [1m]
sebagai Raja Muda Kedah
F2 Pelantikan tersebut tidak disetujui oleh kerabat Diraja Kedah [1m]
F3 Mereka telah bersuhabat dengan orang Bugis is Selangor untuk [1m]
menentang Sultan Muhammad Jiwa
F4 Sultan Muhammad Jiwa berusaha memohon bantuan ketenteraan [1m]
daripada SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada
serangan Bugis
F5 Edward Monckton dihantar oleh SHTI untuk berunding dengan Sultan [1m]
Muhammad Jiwa
F6 Rundingan itu menghadapi kegagalan apabila SHTI tidak memberikan [1m]
jaminan akan melindungi Kedah daripada serangan musuh
[Mana-mana 3 x 1m]

31. Bagaimanakah ancaman Siam membawa kepada penguasaan British di [3m]


Pulau Pinang?
F1 Semasa perang Siam-Burma, Kesultanan Kedah telah berhenti [1m]
menghantar bunga emas kepada Siam
F2 Selepas tematnya perang, Siam menuntut kembali penghantaran bunga [1m]
emas daripada Kesultanan Kedah semasa pemerintahan Sultan
Abdullah (1778-1798)
F3 Sultan Kedah berasa tergugat lalu memohon bantuan SHTI [1m]
F4 Baginda meminta Francis Light iaitu pedagang persendirian untuk [1m]
menyampaikan syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India
F5 Baginda menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan kepada SHTI [1m]
dengan syarat
F6 Francis Light berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat yang [1m]
dipohon oleh Sultan Kedah
F7 Sultan Abdullah berpegang janjian menawarkan Francis Light [1m]
membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786
[Mana-mana 3 x 1m]

32. Mengapakah British menggunakan strategi tipu helah untuk menduduki [3m]
Pulau Pinang? Beri penjelasan anda.
F1 Menguasai kepentingan perdagangan di Alam Melayu [1m]
F2 Menguasai pasaran teh dari China [1m]
F3 Melindungi kepentingan pelabuhan [1m]
F4 Memudahkan urusan campur tangan British dilaksanakan [1m]
F5 Mudah mempengaruhi sultan dan pemimpin di Alam Melayu [1m]
F6 Tidak memerlukan kos tinggi [1m]
F7 Tidak memerlukan pengorbanan nyawa [1m]
F8 Mengambil masa yang cepat
[Mana-mana 3 x 1m]
33. Apakah jawatan yang dilantik sebagai pentadbir di Ngeri-negeri Selat? [3m]
F1 Pulau Pinang: Pesuruhjaya [1m]
F2 Singapura: Residen [1m]
F3 Melaka: Residen Konsular [1m]
[Mana-mana 3 x 1m]

34. Namakan dua kuasa Barat yang terlibat dalam Perjanjian London 1824. [2m]
F1 British [1m]
F2 Belanda [1m]
[Mana-mana 2 x 1m]

35. Jelaskan manipulasi British menduduki Singapura [2m]


F1 Stamford Raffles memanipulasi isu pewarisan takhta [1m]
F2 Melantik Raja Hussein sebagai pemerintah Johor Riau [1m]
F3 Mengadakan perjanjian awal dengan Temenggung Abdul Rahman [1m]
F4 Memberi Riau kepada Temenggung Abdul Rahman [1m]
[Mana-mana 2 x 1m]

36. Pada pendapat anda, mengapakah Belanda tidak mengiktiraf pendudukan [2m]
British di Singapura?
F1 Melalui perjanjian Surat-Surat Kewangan, British hanya dibenarkan [1m]
menjaga kepulauan Alam Melayu sehingga amat Perang Napoleon.
F2 British tidak mendapat persetujuan daripada Belanda [1m]
F3 Bimbang Singapura akan menggantikan Bangkahulu dalam monopoli [1m]
perdagangan di Asia Tenggara
[Mana-mana 2 x 1m]

37. Nyatakan sebab-sebab pemerintah Kedah meminta bantuan daripada SHTI [2m]
dari tahun 1700-1800.
F1 Serangan Bugis [1m]
F2 Ancaman Siam [1m]
F3 Perebutan takhta Kesultanan Kedah [1m]
[Mana-mana 2 x 1m]

38. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk [3m]
menghadapi ancaman Siam?
F1 Mengadakan hubungan baik dengan negara-negara serantau [1m]
F2 Berjumpa terus dengan pemimpin Siam menerangkan keadaan sebenar [1m]
F3 Harus memastikan kestabilan pentadbiran berjalan dengan baik [1m]
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mana-mana 2 x 1m]

39. Namakan tiga pemerintah Kedah yang pernah meminta bantuan daripada [2m]
SHTI?
F1 Sultan Muhammad Jiwa [1m]
F2 Sultan Abdullah [1m]
F3 Sultan Dhiauddin [1m]
[Mana-mana 2 x 1m]

You might also like