Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM

KALANGAN WARGA SEKOLAH


261

PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI


(ESD) DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH

Nadiatul Husna Binti Hashim


Chin Chee Keong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

ABSTRAK

Artikel ini melaporkan penilaian terhadap Projek Sekolah Hijau yang telah dilaksanakan di sebuah
sekolah di Pulau Pinang bagi mengenal pasti kesan pelaksanaan Projek Sekolah Hijau terhadap warga
sekolah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Dua aktiviti yang telah dijalankan
iaitu, membuat bekas penanaman pokok dan menyediakan poster bertemakan ‘Jom Cintai Alam’ dengan
menggunakan bahan-bahan kitar semula. Seterusnya, responden terdiri daripada kalangan murid dan
guru. Instrumen soal selidik dan temu bual digunakan bagi mengumpul data. Tinjauan soal selidik
dijalankan kepada 32 orang murid dan hasil dapatan mendapati projek lestari yang dijalankan berkesan
serta mendapat maklum balas yang positif. Murid berasa seronok terlibat dalam aktiviti yang dijalankan
kerana ia mudah diikuti dan memberi kesedaran dalam penjagaan alam sekitar. Murid juga dapat
mengaplikasikan amalan kitar semula di rumah dan berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
melestarikan alam sekitar. Guru-guru juga memberi maklum balas yang baik hasil daripada aktiviti yang
dijalankan serta mempunyai kesedaran mengenai penjagaaan alam sekitar. Amalan lestari ini perlu
dipupuk dalam kalangan murid sekolah rendah bagi melahirkan generasi masa hadapan yang
bertanggungjawab supaya sumber dan kualiti alam sekitar terjaga dan tidak menjejaskan keperluan
generasi akan datang.

Kata kunci: Amalan kelestarian, Projek Sekolah Hijau, kesedaran penjagaan, alam sekitar, kitar semula

ABSTRACT

This article reports on the evaluation of the Green School Project that has been implemented in a school
in Penang to identify the impact of the implementation of the Green School Project on school people who
are directly involved in the activities carried out. Two activities that have been carried out, namely, making
tree planting containers and preparing posters themed 'Let's Love Nature' using recycled materials.
Questionnaire and interview instruments were used to collect data. A survey was conducted on 32
students and the findings found that sustainable projects carried out were effective and received positive
feedback. Pupils enjoy engaging in the activities carried out because they are easy to follow and provide
awareness in environmental care. Pupils can also apply recycling practices at home and are interested in
engaging in environmental conservation activities. Teachers also give good feedback as a result of the
activities carried out as well as have an awareness of environmental care. This sustainable practice
needs to be nurtured among primary school students to produce a responsible future generation so that
the resources and quality of the environment is maintained and does not affect the needs of future
generations.

Keywords: sustainable practice, green school, environmental awareness, recycle

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
262

PENGENALAN

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi
dan menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaganya, namun tangan manusia
sendiri yang merosakkan alam sekitar melalui sikap dan amalan yang tidak menjurus kepada
kepenggunaan hijau. Kepenggunaan hijau merupakan pengguna mesra alam yang
mengamalkan amalan yang dapat menyelamat, memelihara dan memulihara alam sekitar
supaya dapat dinikmati generasi akan datang (Mohd Hamdan Adnan & Diana Demiyah
Hamdan, 2018). Masyarakat perlu sedar kepentingan kepenggunaan hijau yang dapat
menyelamatkan alam sekitar dan pendidikan harus diberikan pada peringkat awal terutamanya
di peringkat sekolah supaya amalan ini dapat diamalkan serta menjadi sebahagian daripada
kehidupan. Selain itu, cara yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar
di sekolah ialah mengamalkan amalan hijau dalam kalangan warga sekolah (Hanifah Mahat,
Mohmadisa Hasim, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis Norkhaidi, 2017). Peningkatan
kesedaran mengenai pengguna hijau dan penglibatan murid dalam pemuliharaan alam sekitar
dapat meningkatkan nilai kelestarian serta usaha memulihara alam sekitar.

Seterusnya, salah satu kaedah dalam menyampaikan ilmu mengenai kesedaran alam sekitar
kepada murid ialah melalui pendekatan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD), iaitu
gerakan inovasi pendidikan yang berkembang daripada Pendidikan Alam Sekitar (Mahat
Hanifah, Idrus Shaharudin, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir & Saleh Yazid, 2015). Pendidikan
merupakan strategi penting bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada individu
untuk menjadi lebih peka kepada pembangunan lestari. Selain itu, pendidikan juga dapat
mengubah tingkah laku dan menjadikan masa depan yang lebih lestari dari aspek ekonomi,
integriti alam sekitar serta masyarakat yang adil (UNESCO, 2002). Hal ini menunjukkan
pendidikan sebenar berpontensi dalam mempromosikan pembangunan lestari serta memupuk
sikap cinta kepada alam sekitar yang dapat membantu masyarakat mengatasi masalah
persekitaran.

Di samping itu, Projek Sekolah Hijau ini dijalankan bertujuan melahirkan generasi yang dapat
memahami dan menghargai kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian melalui
pendidikan di awal usia. Projek Sekolah Hijau dijalankan oleh guru pelatih 8 PISMP RBT yang
mengambil elektif terbuka Pendidikan Lestari Alam Sekitar. Projek yang dijalankan bertemakan
penggunaan bahan buangan yang melibatkan dua jenis aktiviti yang melestarikan persekitaran
sekolah.Projek ini juga turut memberi peluang kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan
Guar Perahu termasuklah guru dan murid untuk memainkan peranan dalam membentuk satu
persekitaran yang mampu menyelamatkan alam sekitar. Menurut Huckle (2013) sekolah
berperanan dalam membantu mengembangkan bakat dan potensi murid, menyebarkan
pengetahuan serta mengembangkan budaya melalui program-program sekolah yang
dijalankan. Projek ini mampu memberi impak yang positif kepada alam sekitar dan keperibadian
murid.

Selain itu, UNESCO (2012) menyatakan bahawa kanak-kanak merupakan sebahagian daripada
ahli komuniti yang perlu diberikan pendedahan dan penerapan pendidikan untuk pembangunan
lestari alam sekitar. Penglibatan murid dalam Projek Sekolah Hijau ini dapat memberikan
kesedaran kepada murid dengan menggunakan bahan buangan seperti botol plastik, kertas dan
kotak dapat menyelamatkan alam. Hal ini kerana permintaan terhadap penggunaan bahan ini
dapat dikurangkan, jadi penghasilannya juga dapat dikurangkan. Pokok tidak perlu ditebang
bagi menghasilkan kertas baru yang banyak. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan
Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
263

tenaga pemprosesan dan juga sumber alam.Tambahan pula, usaha melestarikan alam sekitar
harus disebarkan supaya masyarakat mengetahui kepentingan alam sekitar kepada manusia.
Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting sebagai agen penyampai ilmu yang memberi
kesedaran kepada mayarakat tentang pentingnya mengamalkan kelestarian alam sekitar
supaya dapat mengurangkan penggunaan sumber, menjimatkan tenaga dan juga kos. Hasil
kajian Bergulnd, Gericke dan Rundgren (2014) mendapati bahawa pelaksanaan ESD di sekolah
dapat mempengaruhi kesedaran kelestarian pelajar. Dengan mengamalkan gaya hidup lestari
ini, kita dapat menyelamatkan alam sekitar daripada terus tercemar dan dapat meningkatkan
tahap kesihatan serta kualiti hidup.

OBJEKTIF KAJIAN

Menyampaikan ilmu, memupuk kesedaran dan pendedahan mengenai kepentingan


penjagaan alam sekitar kepada warga sekolah melalui pendekatan Pendidikan untuk
Pembangunan Lestari (ESD).

PERNYATAAN MASALAH

ESD dapat mewujudkan perubahan kepada mentaliti masyarakat di samping dapat


meningkatkan kualiti hidup (Firth & Smith, 2013). Guru merupakan pemacu utama ESD dalam
kalangan murid dan kerjasama daripada pihak sekolah amat diperlukan bagi merealisasikan
penerapan ESD dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan lebih berkesan.
Pe'er, Goldman dan Yavetz (2007) menekankan bahawa guru perlu didedahkan dengan
beberapa program pengembangan profesional supaya guru dapat memahami Program ESD.
Hal ini disebabkan guru kurang memberi tumpuan pendidikan lestari dalam proses pengajaran.
Selain itu, murid kurang pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar. Cabaran
yang dihadapi bagi membentuk komuniti lestari ialah kurangnya didikan formal. Menurut
Kollmuss dan Agyeman (2002) dalam Siti Khatijah Zamhari dan Christopher Perumal (2016)
pengetahuan yang diperoleh mengenai kesedaran penjagaan alam sekitar penting bagi
melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku positif terhadap alam sekitar.

PELAKSANAAN

MEMBINA JAWATANKUASA

Berdasarkan rajah 1, satu jawatankuasa lestari dibentuk bagi menjayakan program


lestari alam sekitar di sekolah yang melibatkan warga sekolah SK Guar Perahu. Guru besar
merupakan pengerusi bagi program ini. Hasil perbincangan bersama guru-guru terutamanya
guru Kelab Sekolah Hijau telah bersetuju untuk melaksanakan dua jenis aktiviti lestari kepada
murid-murid.Selain itu, pekerja-pekerja yang menjaga kebersihan sekolah turut terlibat dalam
usaha sama ini bagi membantu proses pelaksanaan dan penjagaan pokok.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
264

Rajah 1 : Jawatankuasa Program Lestari

MENINJAU PERSEKITARAN SEKOLAH

Hasil tinjauan di kawasan persekitaran sekolah mendapati bahawa terdapat banyak sampah
seperti kertas, botol dan sebagainya dibuang oleh murid. Pekerja kebersihan juga menyatakan
bahawa kebanyakkan sampah yang dikutip oleh mereka adalah terdiri daripada botol plastik,
plastik makanan dan bahan buangan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa murid kurang
kesedaran terhadap alam sekitar dan mudah membuang sampah di merata-rata tempat. Bagi
mengelakkan murid-murid membuang sampah, satu bekas disediakan bagi mengumpulkan
bahan buangan. Selain itu, terdapat satu bilik kitar semula yang disediakan oleh pihak sekolah
yang membolehkan banyak bahan buangan dikumpul dan digunakan semula. Kotak-kotak dan
kertas-kertas yang tidak digunakan dapat digunakan semula untuk aktiviti bersama murid-murid
bagi merealisasikan Projek Sekolah Hijau.

Gambar `1: Bilik Kitar Semula Gambar 2 : Bahan-bahan kitar semula Gambar 3: Bilik fail

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
265

MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN

Hasil tinjauan di kawasan persekitaran sekolah mendapati bahawa terdapat banyak sampah
seperti kertas, botol dan sebagainya dibuang oleh murid. Pekerja kebersihan juga menyatakan
bahawa kebanyakkan sampah yang dikutip oleh mereka adalah terdiri daripada botol plastik,
plastik makanan dan bahan buangan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa murid kurang
kesedaran terhadap alam sekitar dan mudah membuang sampah di merata-rata tempat. Bagi
mengelakkan murid-murid membuang sampah, satu bekas disediakan bagi mengumpulkan
bahan buangan. Selain itu, terdapat satu bilik kitar semula yang disediakan oleh pihak sekolah
yang membolehkan banyak bahan buangan dikumpul dan digunakan semula. Kotak-kotak dan
kertas-kertas yang tidak digunakan dapat digunakan semula untuk aktiviti bersama murid-murid
bagi merealisasikan Projek Sekolah Hijau. Terdapat dua jenis aktiviti yang dirancang dan dapat
dijalankan, iaitu membuat bekas pensel atau penanaman pokok dan juga poster yang
bertemakan ‘Jom Cintai Alam’. Aktiviti ketiga, iaitu ceramah kitar semula oleh pihak Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak dapat dijalankan kerana perintah kawalan
disebabkan Virus Corona. Seterusnya, murid dibenarkan untuk membawa bahan daripada
rumah seperti botol plastik yang tidak digunakan.

Seterusnya, Rajah 7 menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan bagi aktiviti membuat bekas


penanaman pokok manakala Rajah 8 menunjukkan langkah aktiviti membuat poster. Sebagai
guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Elemen Merentas Kurikulum (EMK), iaitu Pendidikan
Alam Sekitar diterapkan dalam mata pelajaran RBT semasa sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) aktiviti membuat bekas untuk penanaman dengan menggunakan
bahan buangan seperti botol plastik dan sebagainya.

Selain itu, Rajah 6 menunjukkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun Lima di mana murid perlu mempelajari
topik menanam benih dalam bekas. Dalam topik ini murid perlu mempelajari cara menyediakan
medium semaian, bekas dan membuat penjagaan pada pokok. Hal ini bertepatan dengan
matlamat Kurikulum Standard RBT, iaitu supaya murid mendapatkan ilmu
pengetahuan,menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk, keusahawanan serta
mengaplikasikan asas teknologi bagi melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Murid dapat mempelajari ilmu pendidikan alam
sekitar dengan membuat bekas penanaman menggunakan botol plastik. Murid dapat mereka
bentuk botol plastik pelbagai mengikut kreativiti mereka sendiri serta ia juga dapat
dikomersialkan. Oleh itu, murid dapat belajar topik dalam RBT sambil menggunakan bahan
buangan yang diguna semula bagi melestarikan alam.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
266

Rajah 2: DSKP RBT KSSR Tahun 5

AKTIVITI MEMBUAT BEKAS PENANAMAN POKOK.

Aktiviti membuat bekas penanaman pokok seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7 merupakan
aktiviti pertama yang dijalankan. Murid diminta membawa botol plastik yang tidak digunakan
untuk dijadikan bekas penanaman pokok. Murid mereka bentuk bekas penanaman sendiri
selepas melihat beberapa contoh gambar yang ditunjukkan oleh guru dan memotong bekas
plastik mengikut kreativiti masing-masing. Murid kemudian memasukkan medium dan
menyemai tiga biji benih kangkung atau sawi pak choy untuk disemai ke dalam bekas. Tiga biji
benih diberikan sekurang-kurangnya jika satu tidak tumbuh, masih terdapat peluang bagi dua
lagi benih untuk tumbuh.

Seterusnya, tanah, baja organik dan pasir diperoleh daripada pihak sekolah. Pihak sekolah
telah membuat baja organik beberapa tahun lepas dan meletakkannya dalam satu bekas besar
bagi membolehkan guru menggunakannya bagi proses penanaman bersama murid-murid.
Seterusnya, proses penjagaan melibatkan aktiviti menyiram benih dan murid melakukan aktiviti
tersebut secara bergilir mengikut jadual bertugas. Kerja murid dipantau dari semasa ke semasa
supaya mereka melakukan aktiviti penjagaan pada benih. Murid tidak sabar menunggu benih
tersebut tumbuh.

Bagi murid yang benihnya tidak tumbuh, benih sawi yang telah tumbuh akan diberikan. Murid
hanya memasukkan pokok sawi tersebut ke dalam bekas penanaman mereka. Pokok sawi
tersebut merupakan hasil daripada projek sekolah bersama dengan pihak luar. Kebenaran
diperoleh daripada pihak pentadbir dan juga guru RBT bagi mengambil sedikit pokok sawi
tersebut bagi melaksanakan projek penanaman ini. Setelah murid menyiapkan hiasan bagi
bekas penanaman masing-masing, murid-murid akan meletakkan pokok-pokok tersebut di
setiap kelas bagi membolehkan pengudaraan dalam bilik darjah segar dan nyaman. Semua
murid dalam kelas tersebut bertanggungjawab terhadap pokok yang ada di dalam kelas. Di

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
267

samping itu, pihak pekerja kebersihan turut terlibat sama dalam proses penjagaan pokok dan
mereka juga menggunakan botol sabun 1 liter untuk membuat penanaman pokok di sekitar
sekolah.

Proses mereka bentuk bekas


penanaman

Proses meletakkan medium


dan menyemai benih

Proses pemantauan

Benih pokok sawi

Gambar 4: Aktiviti membuat bekas penanaman


Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
268

AKTIVITI MEMBUAT POSTER DARIPADA BAHAN TERBUANG.

Aktiviti membuat poster seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8 merupakan aktiviti kedua yang
dirancang dan dilaksanakan. Poster direka cipta bersumberkan hasil kutipan bahan seperti
botol, surat khabar, kertas dan kotak. Murid bekerjasama dalam kumpulan dan diberikan tugas
menyediakan poster bertemakan ‘Jom Cintai Alam’. Murid perlu menampal atau meletakkan
bahan kitar semula atau bahan buangan pada kotak yang disediakan. Guru membimbing dan
membantu murid dengan memberikan idea dan menunjukkan contoh-contoh poster yang dibuat
daripada bahan buangan. Setelah murid menyiapkan poster, guru menilai hasil kerja murid dan
memberikan penekanan bahawa dengan mengguna kembali bahan-bahan yang dibuang
seperti botol, kertas dan sebagainya dapat menyelamatkan alam dan mengurangkan
penghasilan bahan baharu yang dapat mengurangkan sumber semula jadi.

Guru membimbing murid Murid melekat span terpakai untuk


dijadikan matahari

Murid menggunakan kertas Hasil Kerja Murid


terpakai

Gambar 5: Proses dan Aktiviti Membuat Poster Bertemakan “Jom Cintai Alam”

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
269

Gambar 6: Proses penerapan ilmu lestari alam sekitar

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Proses pemantauan memerlukan pelaksanaan dari semasa ke semasa setelah tindakan


dilaksanakan. Pemantauan dilaksanakan dengan memantauan murid dari aspek penjagaan
benih yang ditanam. Selain itu, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk
mengumpul maklumat mengenai prestasi murid dalam pembelajarannya (Boon Pong Ying, Lee
Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria, 2017). Melalui pengujian yang dilaksanakan maklumat
berkaitan keberkesanan program yang dijalankan kepada warga sekolah dapat diperoleh dan
dinilai. Pengujian dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual.

Seterusnya, soal selidik merupakan alat ukur yang popular dalam kajian tinjauan dan ia diiktiraf
sebagai satu set soalan atau item bercetak yang digunakan untuk memperoleh data kajian
secara laporan kendiri daripada peserta kajian. (David, Nor Azizah, Saat, Mohd Kidin, Alias, &
Abdul Razak, 2010). Soal selidik dijalankan secara dalam talian kepada murid-murid tahun lima
di laman sesawang berikut https://forms.gle/614kJBbBjhapN1jJ7. Hanya 32 orang murid yang
berjaya melengkapkan soal selidik yang diedarkan. Hasil dapatan soal selidik membolehkan
maklumat diperoleh berkaitan keberkesanan projek lestari yang telah dijalankan di sekolah.

Di samping itu, instrumen temu bual pula dijalankan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih
teperinci dan mendalam. Temu bual yang dijalankan adalah dalam separa berstruktur bagi
mengetahui pemikiran, sikap, nilai dan pendapat seseorang mengenai sesuatu. Beberapa
orang murid dan guru telah ditemu bual secara rawak bagi mendapatkan maklumat lanjut
berkaitan projek yang dijalankan.

Jadual 1
Item dan peratus kekerapan setuju dalam soal selidik
Kekerapan
Item Soalan setuju
(%)
1 Aktiviti yang dijalankan sesuai untuk menjaga alam sekitar
96.9
Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
270

2 Aktiviti yang dijalankan mudah untuk diikuti


90.6
3
Saya seronok semasa terlibat dalam aktiviti yang dijalankan 93.7
4
Aktiviti yang dijalankan memberi kesan kepada saya untuk menjaga 90.7
alam sekitar
5
Aktiviti yang dijalankan dapat mengurangkan bahan buangan terdapat 90.6
di sekolah
6
Saya dapat mengaplikasikan amalan kitar semula di rumah 93.8
7
Saya mudah untuk mendapatkan bahan buangan seperti botol dan 81.3
sebagainya
8
Saya menghadapi masalah ketika menjalankan aktiviti tersebut 0.0
9
Aktiviti yang dijalankan membuatkan saya bosan 6.3
10
Saya berminat melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini bagi menjaga 93.8
alam sekitar

Kekerapan Peratusan Setuju bagi Item dalam Soal Selidik


120
100
Peratus (%)

80
60
40
20
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Kekerapan Setuju (%) 96.9 90.6 93.7 90.7 90.6 93.8 81.3 0 6.3 93.8
Item

Rajah 3: Graf Peratusan Setuju bagi Item dalam Soal Selidik

Peratusan setuju bagi item soal selidik dipaparkan pada jadual 1 dan rajah 9. Item satu
menunjukkan 96.9 peratus tertinggi di mana murid setuju bahawa aktiviti yang dijalankan sesuai
untuk menjaga alam sekitar. Item kedua dan kelima pula mencatat peratusan yang sama, iaitu
90.6 peratus murid setuju bahawa aktiviti yang dijalankan mudah untuk diikuti serta dapat
mengurangkan bahan buangan yang terdapat di sekolah. Seterusnya, item ketiga pula
menunjukkan 93.7 peratus murid setuju bahawa murid seronok menjalankan aktiviti lestari. Hal
ini menunjukkan bahawa aktiviti yang dijalankan dapat memberikan pengalaman yang
menyeronokkan kepada murid. Saya berasa seronok kerana murid berminat untuk membuat

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
271

aktiviti lestari di sekolah dan ia memberi aspirasi kepada saya untuk meneruskan usaha lestari
ini.

Selain itu, Item empat pula menunjukkan 90.7 peratus murid setuju aktiviti yang dijalankan
memberi kesan kepada mereka bagi menjaga alam sekitar. Item keenam dan 10 mencatat
peratusan setuju yang sama,iaitu 93.8 peratus murid dapat mengaplikasikan amalan kitar
semula di rumah dan mereka berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti yang
dijalankan bagi menjaga kelestarian alam sekitar. Hal ini memberi gambaran bahawa aktiviti
yang dijalankan dapat menambah minat dan membolehkan murid mengaplikasikan amalan kitar
semula di rumah. Seterusnya, 81.3 peratus murid setuju bagi item tujuh, iaitu bahan buangan
seperti botol plastik mudah untuk didapati. Item 8 mencatatkan sifar kerana murid tidak setuju
atau menyatakan mereka tidak menghadapi sebarang masalah ketika menjalankan aktiviti
tersebut. Akhir sekali, Item sembilan menunjukkan peratusan yang rendah kerana 6.3 peratus
murid sahaja yang menyatakan bahawa mereka bosan menjalankan aktiviti tersebut.

Secara holistiknya, hasil dapatan mendapati projek lestari yang dijalankan ke atas murid adalah
berkesan dan mendapat maklum balas yang positif. Murid berasa seronok terlibat dalam aktiviti
yang dijalankan kerana ia mudah diikuti dan dapat memberi kesan kepada murid bagi menjaga
alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan seperti kotak, kertas, botol plastik dan
sebagainya. Murid dapat mengaplikasikan amalan kitar semula di rumah dan mereka berminat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti lestari alam bagi menjaga alam sekitar.

Jadual 2
Soalan terbuka dalam soal selidik

Bil Soalan
1
Apakah yang anda pelajari daripada aktiviti membuat poster/membuat bekas
penanaman?
2
Apakah kelebihan aktiviti membuat poster/membuat bekas penanaman yang telah
dijalankan?
3
Apakah kelemahan aktiviti membuat poster/membuat bekas penanaman yang telah
dijalankan?
4
Cadangkan aktiviti lain yang dijangkakan sesuai untuk dilaksanakan bagi menjaga
alam sekitar.

Seterusnya, hasil dapatan soalan terbuka bagi soal selidik yang dapat disimpulkan ialah murid
dapat mempelajari ilmu berkaitan penanaman, penjagaan alam sekitar, pengetahuan kitar
semula, menggunakan bahan kitar semula dengan kreatif, dan mendapat pengalaman yang
baru. Selain itu, murid gembira dan seronok melakukan aktiviti melestarikan alam sekitar di
sekolah di samping dapat belajar. Murid menyatakan bahawa kelebihan aktivti yang dijalankan
ialah mereka seronok dan gembira kerana dapat menghasilkan suatu yang kreatif, mengisi
masa lapang, menjimatkan kos, dapat aplikasikannya di rumah, bentuk yang dihasilkan menarik
dan dapat menambah ilmu pengetahuan mereka.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
272

Di samping itu, kelemahan yang dinyatakan oleh murid ialah terdapat murid yang malas dan
tidak memberi kerjasama dalam kumpulan semasa aktiviti poster dijalankan. Murid juga kurang
gembira untuk menyertai aktiviti yang dijalankan dan kebanyakkan murid setuju bahawa bagi
melakukan aktiviti ini memerlukan masa dan tenaga yang lebih bagi menghasilkan hasil yang
teliti dan kemas. Selain itu, terdapat banyak bahan terbuang yang tidak dapat digunakan
dengan berkesan. Seterusnya, aktiviti lain yang dicadangkan oleh murid ialah aktiviti gotong-
royong, kitar semula, membuat tanaman hiasan renek, kraftangan dan sebagainya. Secara
holistiknya, hasil dapatan menunjukkan bahwa murid dapat mempelajari ilmu dan gembira
mengikuti aktiviti yang telah dijalankan. Murid juga memberikan maklum balas dari aspek
kekuatan dan kelemahan projek serta cadangan idea yang dapat digunakan pada projek-projek
yang akan datang.

Jadual 3
Transkrip temu bual bersama murid

Bil Soalan Maklum balas


1 Kamu seronok membuat M1: Saya sangat seronok cikgu sebab dapat tanam
projek lesatari dalam kelas? pokok sendiri.
Mengapa?
M2 : Saya gembira dapat membuat bekas penanaman
dengan cikgu

M3: Saya tidak seronok cikgu sebab kawan saya yang


lain tidak bagi kerjasama semasa membuat poster.

2 Adakah projek yang M1 :Ya cikgu, saya nak tanam pokok dirumah saya
dijalankan oleh guru dapat
memberi kesedaran kepada M2 : Ya cikgu, saya suka pokok
kamu untuk cintai alam?
M3 : Ya, saya dapat menggunakan botol dan
sebagainya untuk membuat poster

3 Apa yang kamu dapat M1 : Saya dapat ilmu tanam pokok


daripada aktiviti yang
dijalankan? M2 : saya dapat membuat pelbagai bentuk bekas
menggunakan botol

M3 : Saya dapat menggunakan bahan terbuang


dengan baik

Hasil temu bual bersama murid mendapati bahawa dua orang murid seronok menjalankan
aktiviti membuat bekas penanaman daripada botol kerana mereka membuatnya secara individu
tetapi bagi aktiviti membuat poster terdapat murid yang tidak seronok kerana ahli kumpulannya
tidak memberikan kerjasama yang baik semasa membuat aktiviti. Selain itu, projek yang
dijalankan memberi kesedaran kepada murid supaya mereka dapat mencintai alam sekitar hasil
daripada menggunakan semula bahan-bahan seperti botol dan sebagainya untuk dijadikan
hasil. Akhir sekali, murid dapat memperoleh ilmu berkaitan penanaman, penggunaan bahan
Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
273

terbuang dan membuat bekas penanaman daripada botol. Hal ini menunjukkan bahawa murid-
murid berasa seronok kerana beroleh ilmu untuk menjaga alam sekitar dan dapat menimbulkan
kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Jadual 4
Transkrip temu bual bersama guru

Bil Soalan Maklum balas


1 Adakah projek yang G1: Sesuai sebab murid dapat menggunakan semula
dijalankan oleh guru pelatih botol plastik sebagai ganti kepada poli beg. Jadi ia
sesuai bagi menjadikan dapat menjimatkan wang dan mereka belajar untuk
murid cinta akan alam sekitar menggunakan semula bahan terbuang serta
mengelakkan pencemaran alam.

G2: Sesuai sekiranya guru membuat penekanan atau


menjelaskan apa yang dapat dipelajari daripada aktiviti
yang dijalankan dalam kelas supaya murid memahami
isi pelajaran yang ingin disampaikan dan dapat
mengamalkannya.

2 Apakah projek lestari yang G1: Saya pernah membuat bersama dengan murid-
cikgu pernah lakukan di murid tahun 6 baja kompos. Kami menggunakan sisa
sekolah? makanan daripada kantin.

G2: Tidak pernah membuat projek besar cuma saya


menerapkan lestari dalam mata pelajaran seni visual.
Saya akan mengguna semula bahan kitar semula untuk
membuat aktiviti PSV bagi menggelakkan pembaziran.

Guru kelab sekolah hijau biasa melakukan kolaborasi


dengan pihak luar seperti MPSP dan sebagainya bagi
melaksanakan aktiviti bersama murid kelab sekolah
hijau.

Hasil dapatan temu bual bersama guru-guru mendapati bahawa guru setuju bahawa
projek yang dijalankan sesuai bagi menyemai semangat cinta akan alam sekitar dalam diri
murid-murid kerana murid belajar menggunakan bahan terbuang seperti botol yang dapat
dijadikan bekas penanaman pokok bagi menggantikan beg plastik poli. Guru harus memberikan
penekanan konsep lestari kepada murid-murid. Hal ini bagi membolehkan murid mengetahui
apa yang harus mereka pelajari dan diamalkan. Selain itu, guru-guru juga pernah menjalankan
projek-projek lestari di sekolah seperti baja kompos, aktiviti MPSP dan sebagainya. Guru juga
mengamalkan konsep lestari dalam mata pelajaran yang diajarkan seperti PSV. Secara
holistiknya, guru-guru memberikan maklum balas yang baik hasil daripada aktiviti yang
dijalankan serta guru-guru juga mempunyai kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar
dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat melestarikan alam sekitar kepada murid-murid.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
274

KESIMPULAN

Dalam kehidupan seharian, masyarakat tidak dapat lari daripada budaya kepenggunaan dan
konsumerisme. Pengurangan penggunaan sumber alam dapat menyelamatkan alam sekitar
manakala amalan penggunaan secara berlebihan dapat memberikan kesan buruk kepada alam
sekitar. Selain itu, trend penggunaan diberi penekanan dalam Agenda 21 sebagai salah satu
perkara penting yang menyumbang kepada pembangunan lestari. Maka tidak dapat dinafikan
bahawa penggunaan lestari perlu diamalkan oleh semua pihak bagi memastikan sumber dan
kualiti alam sekitar dapat memenuhi keperluan masa kini dan tidak menjejaskan keperluan
generasi akan datang.

Seterusnya, Pendekatan ESD merupakan kaedah menyampaikan maklumat kepada murid di


peringkat sekolah bagi mewujudkan kesedaran persekitaran. Pendidikan penting bagi
mengubah masyarakat ke arah pembangunan lestari. Selain itu, dalam Agenda 21, bab 36
(Mempromosikan pendidikan, kesedaran awam dan latihan) membincangkan aspek pendidikan
iaitu, mengarahkan semula pendidikan ke arah pembangunan yang mampan, meningkatkan
kesedaran orang ramai dan menggalakkan latihan (United Nations, 1992). Hal ini menunjukkan
bahawa pendidikan sebenar berpontensi dalam mempromosikan pembangunan lestari serta
memupuk sikap cinta kepada alam sekitar yang dapat membantu masyarakat mengatasi
masalah persekitaran.

Tambahan pula, Projek Sekolah Hijau yang dijalankan adalah bertujuan melahirkan generasi
yang dapat memahami dan menghargai kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian.
Projek yang dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada warga sekolah supaya mencintai
alam sekitar dengan menggunakan semula bahan-bahan terbuang seperti botol dan
sebagainya serta memperoleh maklumat dan pengetahuan baru mengenai kepentingan
menjaga kelestarian alam sekitar. Projek lestari yang dijalankan mendapat maklum balas yang
positif dan menjadikan guru-guru serta murid-murid lebih peka terhadap kelestarian alam
sekitar. Dengan mengamalkan gaya hidup lestari ini, kita dapat memelihara, memulihara dan
menyelamatkan alam sekitar.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
PROJEK SEKOLAH HIJAU: PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI (ESD) DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
275

RUJUKAN

Berglund, T., Gericke, N. & Rundgren, C.S.N. (2014). The implementation of education for
sustainable development in Sweden: Investigating the sustainability consciousness
among upper secondary students. Research in Science and Technology, 32(2), 318-339.

Boon, P.Y., Lee, l. H. & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

David Lim, C. L., Nor Azizah Salleh, Saat Md Yaasin, Mohd Kidin Shahran, Alias Mohd Yatim, &
Abdul Razak Habib. (2010). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Open
Universiti Malaysia.

Firth, R., & Smith, M. (2013). As the UN Decade of Education for Sustainable Development
comes to an end: what has it achieved and what are the ways forward? The Curriculum
Journal, 24(2), 169–180.

Hanifah Mahat, Mohmadisa Hasim, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis Norkhaidi. (2017).
Pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 42(1), 41-49.

Huckle, J. (2013). Eco-schooling and sustainability citizenship: Exploring issues raised by


corporate sponsorship. The Curriculum Journal, 24(2), 206–223.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Reka
Bentuk dan Teknologi Tahun Lima. Kuala Lumpur: BPK.

Mahat Hanifah, Idrus Shaharudin, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir & Saleh Yazid. (2015).
Transforming sustainability development education in Malaysian schools through greening
activities. Review of International Geographical Education Online ©RIGEO, 5(1), 77-94.

Mohd Hamdan Adnan & Diana Demiyah Hamdan. (2018). Kefahaman dan amalan
kepenggunaan hijau di kalangan pengguna Sabah dan peranan komunikasi. Jurnal
Komunikasi Borneo, 1(6), 65-92.

Pe’er, S., Goldman, D., & Yavetz, B. (2007). Environmental literacy in teacher training:
Attitudes, knowledges and environmental bahavior of begining students. The Journal of
Enviromental Education, 39(1), 45–59.

Siti Khatijah Zamhari & Christopher Perumal. (2016). Cabaran dan strategi ke arah
pembentukan komuniti lestari. Journal of Society dan Space, 12(12),10-24.

UNESCO. (2002). Education for Sustainable Development. Retrieved from


http://www.unesco.org/en/esd/ [July 15 2020].

UNESCO. (2012). Education for sustainable development good practices in early childhood.
Perancis. Retrieved from http://unesdoc.unesco.org/images/ 0021/002174/217413e.pdf
[July 16 2020].

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020

You might also like