EM QUESTION 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

QUESTION 2

a) Based on the interview, write a report as follows:


i. Describe the background of the informant.
ii. Discuss the findings of the informant’s best practices in ONE of the three areas
listed above.
iii. Support the findings using verbatim quotes from the interview.
iv. Elaborate on the implications of the finding.
v. Conclusion

Sesi temu bual ini adalah untuk mendapatkan input tentang pemantauan rancangan
pengajaran yang berkualiti daripada Cikgu Nizar, Penolong Kanan Kurikulum di SMK Seri
Intan Machang. Sesi temuduga ini dijalankan di pejabat sekolah secara bersemuka. Sesi
temuduga diadakan pada 15 Julai 2024, jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Sesi ini
berlangsung selama sejam. Saya telah menujukan beberapa soalan semasa sesi temuduga ini
dijalankan dan telah dijawab oleh beliau dengan ilmu dan manfaat untuk kami. Beliau
merupakan seorang guru yang memainkan peranan penting dalam perkembangan kurikulum di
sekolah tersebut. Beliau juga memegang jawatan sebagai Guru Kanan Sains Sosial di sekolah
tersebut. Selain itu, Beliau berpengalaman lebih 25 tahun dalam Pendidikan termasuk 3 tahun
sebagai Guru Kanan Kurikulum di sekolah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains
Sosial dari USM (Universiti Sains Malaysia) dan menyambung Diploma Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) pada 1995 dan seterusnya menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kok
Lanas. Setelah menamatkan pengajian, beliau terus menyumbang kepada bidang pendidikan
sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas.

Dengan pengalaman selama 26 tahun dalam bidang pendidikan, beliau telah melalui
pelbagai peranan dan cabaran yang membentuknya menjadi pendidik yang berdedikasi. Selain
menjadi Penolong Kanan Kurikulum, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Guru
Disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Machang dan dilantik sebagai Jurulatih
Sejarah di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Beliau merasakan pengalaman menjadi
guru disiplin adalah antara pengalaman yang beliau perolehi sepanjang beliau menjadi guru.
Sepanjang karier beliau, beliau telah menerima beberapa anugerah, termasuk Anugerah
Cemerlang pada tahun 2004 dan 2014. Kejayaan ini menunjukkan komitmen dan dedikasi
beliau dalam bidang pendidikan, memberikan inspirasi kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
di sekolahnya. Beliau kini berkhidmat di Sekolah Menengah Seri Intan di Daerah Machang,
Kelantan yang merupakan sekolah berhampiran yang terletak dengan tempat kelahiran beliau.
Sekolah ini terletak di dalam kawasan bandar dimana hampir 90% pelajar berasal dari kawasan
berhampiran tersebut.

Fokus utama dalam temu bual ini adalah mengenai pemantauan rancangan pengajaran,
yang merupakan salah satu tugas utama Penolong Kanan Kurikulum. Cikgu Nizar menjelaskan
bahawa pemantauan yang teliti dan berstruktur adalah kunci kepada keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Rancangan pengajaran yang baik harus disediakan oleh guru
berdasarkan sukatan pelajaran dan latar belakang pelajar. Ini memastikan bahawa setiap pelajar
mendapat pengalaman pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan dan tahap
pemahaman mereka.
Seorang guru besar bertanggungjawab untuk memberi arahan dan mengawasi
rancangan pengajaran guru-guru di sekolah. Guru besar sekolah telah memberikan penolong
kanan kurikulum dan akdemik tanggungjawab untuk mengawasi rancangan pengajaran.
mengawasi rancangan pengajaran guru untuk menyokong guru dan mengekalkan piawaian
pengajaran yang tinggi. Seperti yang dinyatakan oleh beliau, kaedah ini digunakan untuk
memastikan rancangan pengajaran selaras dengan tahap perkembangan pelajar.

Proses penyediaan rancangan pengajaran ini melibatkan beberapa langkah penting.


Pertama, guru perlu menyediakan rancangan pengajaran yang jelas dan terperinci, yang
mengandungi matlamat, keperluan, dan objektif pembelajaran yang harus dikuasai oleh pelajar.
Pentaksiran juga perlu dilaksanakan untuk mengumpul maklumat pembelajaran yang
diperlukan bagi menyelaras silibus subjek. Selepas itu, rancangan pengajaran perlu dinilai dan
disemak oleh pihak pentadbir dan penyelia untuk memastikan ia memenuhi standard dan
objektif yang ditetapkan.

Peranan Guru yang memantau perancangan pengajaran sangat penting bagi


memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan sempurna tanpa
ada kegawatan. Penyedian rancangan pengajaran memerlukan ketelitian mengikut garis
panduan penyediaan rancangan pengajaran. Hasil daripada proses yang lancar akan memberi
kesan kepada perkembangan pengetahuan dan tingkah laku pelajar. Menurut Penolong Kanan
Kurikulum tentang proses menyemak dan meluluskan rancangan pengajaran dengan mengikut
Sstandard Pelajaran dan berdasarkan latar belakang pelajar yang berbeza. Seterusnya,
memastikan perancangan tersebut mempunyai matlamat dan objektif, proses pentaksiran dan
menilai rancangan pengajaran pada format persedian pengajaran. Namun, Dari segi
perancangan pengajaran beliau amat menekankan KBAT iaitu (Kemahiran Berfikir Aras
tinggi) yang sejajar dengan generasi sekarang. Menurut beliau, pelajar zaman sekarang lebih
terdedah kepada maklumat dan pengetahuan dari pelbagai sumber, oleh itu, kemahiran ini
adalah penting untuk ada dalam setiap rancangan untuk memastikan pelajar dapat
mengembangkan kemahiran berfikir kritis dan analitis. Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja
belajar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi juga untuk menghadapi cabaran dunia nyata yang
memerlukan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah yang efektif

“…. pelajar bukan pelajar yang seperti dahulu, mereka lebih terdedah dengan informasi luar
dan pengetahuan yang luas ya jadi KBAT perlu ada dalam setiap rancangan dibuat’’

Berdasarkan proses daripada penolong guru kanan telah merangkumi penyemakan


terhadap pengajaran secara menyeluruh. Dengan meneliti rancangan pengajaran secara
menyeluruh, hasil penelitian dapat mengenal pasti pembetulan, penambah baikan dan inovasi
yang dilaksanakan. Hal ini, guru dapat menyelaraskan objektif pengajaran mereka dengan
berhasil dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan pendidikan yang berkesan
adalah pemangkin kepada kecemerlangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang seimbang
dari segi, rohani, jasmani dan intelektual selaras dengan perkembangan dunia global kini.

Memastikan Kualiti Dan Penjajaran

Kepentingan dalam memastikan kualiti pendidikan mengikut piawaian yang ditetapkan


bagi menyediakan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar di sekolah. Dengan piawaian
yang betul memberi hasil yang berkesan dan mencapai objektif. Memastikan mengikut
standard yang ditetapkan oleh unit kurikulum Kementerian Pendidikan. Pendidikan berkualiti
bukan sahaja termasuk kurikulum, tetapi juga persekitaran pembelajaran yang menyokong
pertumbuhan dan pembangunan. Dengan terus menilai dan menambah baik kaedah pengajaran
mereka, guru memainkan peranan penting dalam memartabatkan kualiti pendidikan. Selain itu,
bagi menilai kualiti rancangan pengajaran harus mempunyai mekanisme maklum balas dan
penilaian berterusan membantu menilai rancangan pengajaran. Kemudian, membuat perubahan
yang diperlukan bagi membantu penambaikan pada setiap tahap perkembangan pelajar
mengikut instrument yang ditetapkan.
Kualiti rancangan pengajaran memerlukan kriteria bagi memberi penilaian yang
optimum. Tiga kriteria yang dapat disimpulkan dari sesi temu bual tersebut. Pertama, mengikut
tahap penguasaan pelajar dari sumber guru kelas mereka. Dengan melakukan aktiviti
dijalankan di dalam kelas mengikut silibus pengajaran yang tepat. Jaminan Kualiti adalah satu
bentuk piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
mengikut gasi panduan yang telah ditetapkan. Penilaian yang berkualiti menghasilkan skor
yang sah dan berkredibiliti yang menunjukkan tahap penguasaan pelajar yang sebenar. Hasil
daripada maklumat yang tepat boleh membantu melakukan perubahan bagi tujuan
meningkatkan PdP. Sebagai contoh, rancangan bagi pengajaran antara kelas pertama dan lemah
adalah tidak sama dan ianya bergantung kepada penguasaan pada kelas tersebut. Rancangan
pengajaran yang lebih ringkas dan memudahkan bagi pelajar kelas lemah untuk memahami.
Manakala, bagi rancangan pengajaran kelas pertama lebih mendalam dan terperinci bagi
menilai penguasaan mereka pada pengetahuan yang lebih terperinci.

Selain itu, kriteria yang dapat mencapai objektik PdP dengan lebih optimum, hal ini
demikian, membantu mencapai objektif skeolah. Tiga elemen yang perlu ada dalam hasil
pembelajaran iaitu, spesifik, boleh diukur dan dan boleh dicapai di mana menetap objektif yang
ingin dicapai dan mengikut tahap kebolehan pelajar mengikut kaedah yang bersesuaian.
Sebagai contoh menurut Penolong Kanan Akademik:

“ … guru menyediakan pelbagai BBM ( Bahan Bantu Mengajar) yang kreatif dan
inovatif tujuan membantu pelajar memahami topik yang diajar mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.”

Kaedah ini menarik pelajar untuk belajar dalam pada waktu yang sama perasaan ingin
bermain dan teruja dengan inovasi pembelajaran PAK21 terkini. Pendidikan berkualiti tinggi
yang membekalkan mereka dengan pengetahuan dan Kemahiran yang diperlukan pada masa
hadapan. Objektif sebagai satu matlamat yang perlu dicapai dengan memberi tumpuan penuh
kepada pelajar.

Petikan-petikan ini menunjukkan betapa pentingnya rancangan pengajaran yang


berkualiti dan berstruktur untuk mencapai objektif pembelajaran yang diingini. Pemberi
maklumat juga menekankan bahawa setiap rancangan pengajaran perlu dinilai dan disesuaikan
berdasarkan keperluan dan latar belakang pelajar. Amalan terbaik yang diketengahkan oleh
pemberi maklumat mempunyai implikasi yang signifikan terhadap kualiti pendidikan di
sekolah. Pertama sekali, dengan memastikan rancangan pengajaran disediakan dengan teliti
dan memasukkan elemen KBAT, pemberi maklumat membantu mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang lebih menarik dan efektif. Ini memastikan pelajar bukan sahaja mencapai
standard kurikulum tetapi juga mengembangkan kemahiran berfikir kritis yang diperlukan
untuk masa depan mereka.
Pemantauan rancangan pengajaran yang rapi juga membantu mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan dalam perancangan pengajaran guru. Ini membolehkan pihak sekolah
mengambil langkah-langkah pembetulan yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran. Sebagai contoh, pemberi maklumat menyatakan bahawa beliau sering menjadi
sumber rujukan kepada guru dalam membuat penilaian dan memberikan maklum balas yang
konstruktif untuk memperbaiki rancangan pengajaran. Selain itu, penekanan terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran juga menunjukkan
bahawa pemberi maklumat berusaha untuk memastikan pelajar dapat memanfaatkan teknologi
terkini dalam pembelajaran mereka. Ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar tetapi juga
membantu mereka mengembangkan kemahiran teknologi yang penting untuk masa depan.
Pemberi maklumat juga menggariskan beberapa cabaran yang dihadapi semasa
memantau rancangan pengajaran dan bagaimana beliau menanganinya. Sebagai contoh, salah
satu cabaran utama ialah memastikan rancangan pengajaran mematuhi Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Untuk menangani cabaran ini, beliau menekankan
kepentingan bimbingan yang berterusan kepada guru untuk merujuk dan mengikuti standard
kurikulum. Ini membantu memastikan bahawa semua rancangan pengajaran sejajar dengan
objektif pendidikan yang lebih besar. Amalan terbaik ini juga menunjukkan betapa pentingnya
kolaborasi dan komunikasi yang efektif antara guru dan pentadbir sekolah. Dengan adanya
bimbingan dan sokongan yang berterusan, guru dapat meningkatkan kualiti pengajaran mereka
dan seterusnya meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Ini bukan sahaja memberi manfaat
kepada pelajar tetapi juga membantu mencapai matlamat pendidikan yang lebih besar.

Amalan terbaik yang diketengahkan oleh pemberi maklumat mempunyai implikasi


yang signifikan terhadap kualiti pendidikan di sekolah. Pertama sekali, dengan memastikan
rancangan pengajaran disediakan dengan teliti dan memasukkan elemen KBAT, pemberi
maklumat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan efektif.
Ini memastikan pelajar bukan sahaja mencapai standard kurikulum tetapi juga
mengembangkan kemahiran berfikir kritis yang diperlukan untuk masa depan mereka.
Pemantauan rancangan pengajaran yang rapi juga membantu mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan dalam perancangan pengajaran guru. Ini membolehkan pihak sekolah
mengambil langkah-langkah pembetulan yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran. Sebagai contoh, pemberi maklumat menyatakan bahawa beliau sering menjadi
sumber rujukan kepada guru dalam membuat penilaian dan memberikan maklum balas yang
konstruktif untuk memperbaiki rancangan pengajaran.

Selain itu, penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam pengajaran juga menunjukkan bahawa pemberi maklumat berusaha untuk memastikan
pelajar dapat memanfaatkan teknologi terkini dalam pembelajaran mereka. Ini bukan sahaja
meningkatkan minat pelajar tetapi juga membantu mereka mengembangkan kemahiran
teknologi yang penting untuk masa depan.

Pemberi maklumat juga menggariskan beberapa cabaran yang dihadapi semasa


memantau rancangan pengajaran dan bagaimana beliau menanganinya. Sebagai contoh, salah
satu cabaran utama ialah memastikan rancangan pengajaran mematuhi Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Untuk menangani cabaran ini, beliau menekankan
kepentingan bimbingan yang berterusan kepada guru untuk merujuk dan mengikuti standard
kurikulum. Ini membantu memastikan bahawa semua rancangan pengajaran sejajar dengan
objektif pendidikan yang lebih besar.

Amalan terbaik ini juga menunjukkan betapa pentingnya kolaborasi dan komunikasi
yang efektif antara guru dan pentadbir sekolah. Dengan adanya bimbingan dan sokongan yang
berterusan, guru dapat meningkatkan kualiti pengajaran mereka dan seterusnya meningkatkan
hasil pembelajaran pelajar. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga
membantu mencapai matlamat pendidikan yang lebih besar.

Sebagai kesimpulan, temu bual yang dijalankan dengan Penolong Kanan Kurikulum di
SMK Seri Intan Machang mendedahkan kaedah terbaik untuk memantau rancangan
pengajaran. Komitmen yang kuat terhadap piawaian pendidikan ditunjukkan oleh pendekatan
yang sistematik dan teliti dalam membuat dan menilai rancangan pengajaran serta penekanan
pada kemahiran berfikir yang tinggi. Ini memastikan pelajar menerima pendidikan yang
menyeluruh, yang membuatkan mereka bersedia untuk menghadapi kesukaran masa depan.
Beliau juga menunjukkan betapa pentingnya bekerjasama dan berkomunikasi dengan
baik antara guru dan pentadbir sekolah. Dengan bimbingan dan sokongan yang berterusan,
guru boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran pelajar. Ini bukan sahaja
dapat membantu pelajar tetapi juga dapat membantu mencapai objektif akademik yang lebih
besar.

Sekolah-sekolah lain harus mengambil iktibar daripada amalan terbaik ini dalam dunia
pendidikan yang semakin mencabar dan dinamik. Mereka harus berusaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan mereka sendiri. Kita boleh memastikan bahawa semua pelajar mempunyai
peluang yang sama untuk berjaya dalam pendidikan dan kehidupan mereka dengan adanya
pendekatan yang menyeluruh dan berpusat pada keperluan pelajar.

Selain itu, semua pihak dalam sektor pendidikan perlu memberi perhatian serius kepada
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran. Teknologi bukan
sahaja menjadikan pengajaran lebih menarik dan interaktif, tetapi juga membolehkan akses
kepada pelbagai sumber maklumat. Pelajar boleh memperoleh pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan dengan ini.

You might also like