Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HUA

JEMUKAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH TAHUN 2023

LAPORAN PROGRAM PEMBELAJARAN KOMUNITI PROFESIONAL


PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK – SESI PERKONGSIAN GURU
Sesi Perkongsian Guru
Perkongsian Laman Web Math-drills
Nama Ahli Kumpulan
1. Lai Siaw Hui (Ketua Panitia Matematik)
2. Chan Chun Sien (Guru Matematik)
3. Chung Nyuk Chen (Guru Pemulihan)
Tempat / Tarikh / Masa
Bilik guru
21.06.2023 (Rabu)
1.30p.m. – 2.30p.m.
Interpretasi
Perkongsian ini sangat berguna kepada guru-guru matematik, khususnya majoriti murid di
sekolah lemah dalam konsep asas matematik. Laman web Math-drills yang dikongsi
membekalkan pelbagai jenis latihan pengukuhan dalam pelbagai tahap kesukaran. Latihan
yang dibekalkan bukan sahaja sesuai untuk aktiviti penggayaan, malah juga pengukuhan
untuk murid yang mempunyai tahap pembelajaran matematik yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, latihan yang dibekalkan adalah dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu,
guru-guru perlu memetik bahagian item sahaja dan mereka semula lembaran kerja dalam
Bahasa Cina. Disebabkan laman web ini mempunyai latihan dalam pelbagai tahap
kesukaran, maka guru-guru juga dinasihatkan untuk menerapkan pendekatan pembelajaran
terbeza (Differentiated Learning). Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut
tahap pembelajaran dan diberikan lembaran yang berbeza. Dengan itu, murid-murid dinilai
dan ditaksir tahap penguasaan dalam pembelajaran matematik secara munasabah dan adil.

Selain isu bahasa pengantar lembaran kerja, laman web ini mampu menjimatkan masa dan
usaha guru menyediakan lembaran kerja yang sesuai untuk murid. Justeru, guru
mempunyai masa yang lebih banyak menilai pengajaran masing-masing dan merancangkan
tindakan susulan yang sesuai untuk peningkatan pencapaian murid.
Hasil
Saya sebagai guru matematik menyedari kepentingan seorang guru sentiasa membuat
refleksi yang kritikal terhadap pengajaran kendiri dan kekalkan amalan meneroka bahan
rujukan yang berkesan. Dengan itu, saya akan membina sebuah dokumentasi atas talian
terhadap segala koleksi rujukan pengajaran bagi memudahkan saya merujuk untuk
penambahbaikan pengajaran matematik saya.
Gambar

Gambar 1 Paparan depan laman web Math-drills.

Gambar 2 Kategori latihan matematik.

Gambar 3 Contoh latihan penambahan 2 nombor 1 digit secara melintang.

Disediakan oleh,

________________
ANG CHIA MUI
Guru Matematik Tahun 5

You might also like