Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KKM/PPM-1/17(G)

PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN
(PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017
1. PENGENALAN

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada


pegawai diberi kuasa yang terlibat di dalam pelaksanaan tindakan
penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan
Kesalahan) 2017 khususnya bagi proses pengeluaran kompaun kesalahan di
bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

2. OBJEKTIF

i. Menyeragam dan menyelaraskan aktiviti penguatkuasaan ke atas


kesalahan-kesalahan di bawah PPM (Pengkompaunan Kesalahan) 2017.

ii. Menyeragam dan menyelaraskan pengurusan kompaun ke atas


kesalahan-kesalahan di bawah PPM (Pengkompaunan Kesalahan) 2017.

3. SKOP

Terpakai ke atas kesalahan yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama


[Subperaturan 2(1)] PPM (Pengkompaunan Kesalahan) 2017.

4. UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN

i) Akta Makanan 1983


ii) Peraturan-Peraturan Makanan (Notis Di Bawah Seksyen 32B) 2007
iii) Akta Keterangan 1950
iv) Kanun Prosedur Jenayah

5. PROSEDUR-PROSEDUR YANG DIRUJUK

BIL. NAMA PROSEDUR NO. RUJUKAN


I. Prosedur Operasi Piawai Pelaksanaan SOP-PKKM-PD-09-17
Tindakan Penguatkuasaan Peraturan-
Peraturan Makanan (Pengkompaunan
Kesalahan) 2017

II. Prosedur Penyediaan Kertas Siasatan SOP Penguatkuasaan &


Perundangan Kesihatan
III. Prosedur Pendakwaan Di Mahkamah Awam yang sedang
berkuatkuasa

1/11
6. ANGGOTA YANG TERLIBAT

i Pegawai Diberi Mana-mana Pegawai Kesihatan Perubatan (PK) atau


Kuasa mana-mana Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
(PPKP) dari Kementerian Kesihatan atau dari mana-mana
Pihak Berkuasa Tempatan, atau mana-mana orang
berkelayakan yang sesuai yang dilantik oleh Menteri
menjadi seorang pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen
3, Akta Makanan 1983

ii Pegawai Diberi Mana-mana Pegawai Diberi Kuasa yang diberi kuasa oleh
Kuasa Yang Pengarah di bawah Seksyen 33(1), Akta Makanan 1983
Diberi Kuasa dengan izin bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan
Oleh Pengarah apa-apa kesalahan boleh dikompaun

iii Ketua Operasi Mana-mana pegawai yang diberi tanggungjawab


mengetuai aktiviti penguatkuasaan program Keselamatan
dan Kualiti Makanan di Daerah / Bahagian / Kawasan

7. PERSEDIAAN SEBELUM TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS


KESALAHAN YANG DILAKUKAN DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN
MAKANAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017

7.1 Sebelum Pegawai Diberi Kuasa (PDK) menjalankan aktiviti


penguatkuasaan, mereka perlu mengadakan perbincangan awal
dengan Mahkamah tempatan untuk mendapatkan tarikh yang sesuai
dalam seminggu untuk sebutan kes-kes Pejabat Kesihatan. Tarikh
yang telah dipersetujui atau ditetapkan oleh Mahkamah hendaklah
dimaklumkan kepada semua PDK melalui edaran surat makluman.

7.2 PDK yang mengeluarkan Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah


(Notis) hendaklah menetapkan satu tarikh daripada hari-hari yang telah
ditetapkan oleh Mahkamah untuk pesalah (tuan punya premis / penghuni
premis) hadir di Mahkamah. Tarikh yang sesuai hendaklah genap dua
(2) bulan dari tarikh Notis dikeluarkan.

7.3 Sekiranya hari berkenaan seperti yang ditetapkan jatuh pada hari
kelepasan am atau Mahkamah tidak bersidang, tarikh perlu hadir ke
Mahkamah hendaklah ditetapkan pada tarikh terdekat selepas tempoh
tersebut.
2/11
Contoh Satu:

Hari Yang Ditetapkan Oleh Mahkamah : Setiap Hari Selasa


Tarikh Notis Dikeluarkan : 05/12/2017 (Selasa)
Tarikh Genap Tempoh Dua Bulan : 05/02/2018 (Isnin)
Tarikh Perlu Hadir Ke Mahkamah : 13/02/2018 (Selasa)

Contoh Dua:

Hari Yang Ditetapkan Oleh Mahkamah : Setiap Hari Jumaat


Tarikh Notis Dikeluarkan : 04/12/2017 (Isnin)
Tarikh Genap Tempoh Dua Bulan : 04/02/2018 (Ahad)
(Cuti Kelepasan Am)
Tarikh Perlu Hadir ke Mahkamah: 09/02/2018 (Jumaat)

8. CARA MENYEDIAKAN NOTIS MEMERINTAHKAN KEHADIRAN DI


MAHKAMAH DI BAWAH SEKSYEN 32B, AKTA MAKANAN 1983

Tiap-tiap Notis disediakan dalam tiga salinan, yang bernombor siri dan
berkarbon (carbonised). Susunan Notis adalah seperti berikut:

(a) Asal (Putih) - Salinan untuk disimpan dalam IP


(b) Pendua (Kuning) - Salinan untuk diserah kepada
Pesalah
(c) Peniga (Hijau) - Salinan dalam buku Notis

Notis hendaklah diisi dengan lengkap, cermat, teliti dan mudah dibaca.

9. MAKLUMAT PESALAH YANG DIPERLUKAN

9.1 PDK yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan hendaklah apabila


mendapati suatu kesalahan yang boleh dikompaun dilakukan oleh tuan
punya premis atau penghuni premis sebagaimana dinyatakan dalam
PPM (Pengkompaunan Kesalahan) 2017, menerangkan kesalahan
tersebut kepada tuan punya premis atau penghuni premis.

9.2 Mendapatkan butiran / maklumat dari kad pengenalan tuan punya


premis atau penghuni premis terbabit bagi warganegara ATAU
3/11
dokumen perjalanan bagi bukan warganegara; perakuan pendaftaran
premis makanan / lesen perniagaan; atau pendaftaran perniagaan.

9.3 Ambil gambar dan eksibit (jika berkaitan). Buat salinan dokumen-
dokumen yang berkenaan (jika perlu) menurut subseksyen 8(2) Akta
Makanan 1983.

9.4 Jika eksibit diambil, PDK perlu mengisi dua (2) salinan Senarai
Pemeriksaan (Bongkar) seperti Lampiran A dan satu salinan
diserahkan kepada tuan punya premis atau penghuni premis terbabit
setelah senarai tersebut ditandatangani.

9.5 PDK dikehendaki menentukan alamat kediaman semasa tuan punya


premis atau penghuni premis terbabit sekiranya ia berbeza dengan
alamat tercatit dalam Kad Pengenalan. Sekiranya warga asing,
dapatkan dokumen perjalanan / kad perakuan pekerjaan (jika ada) dan
alamat tempat tinggal semasa di Malaysia.

10. TINDAKAN JIKA BERLAKU KESILAPAN SEMASA PENYEDIAAN NOTIS

Jika berlaku sebarang kesilapan dalam mencatitkan atau menulis Notis,


tindakan berikut hendaklah dilakukan:

a) Jika kesilapan itu kecil, perkataan yang silap itu hendaklah dipotong
dengan membuat satu garisan di atasnya dan diturunkan tandatangan
ringkas PDK.

b) Jika kesilapan tersebut sukar difahami dan jika terdapat pindaan, Notis
baru hendaklah dikeluarkan. Notis yang perlu dibatalkan hendaklah
dirujuk kepada Ketua Operasi untuk Notis dibatalkan. Notis yang
dibatalkan hendaklah dipalang dan catitkan dengan dakwat merah
perkataan “BATAL” dan sebab-sebab pembatalan serta ditandatangani
oleh Ketua Operasi.

c) Helaian Notis yang dibatalkan hendaklah dibiarkan di dalam buku Notis


tersebut untuk tujuan audit.

4/11
11. PENYERAHAN SALINAN PENDUA NOTIS DAN TANGGUNGJAWAB
PESALAH

11.1 Salinan pendua Notis hendaklah diserahkan kepada pesalah dan


memberitahunya bahawa kesalahan itu adalah kesalahan yang boleh
dikompaun dan tarikh akhir bagi menjelaskan kompaun dan pejabat
di mana kompaun boleh dijelaskan. Pesalah juga perlu diingatkan
bahawa sekiranya dia enggan menerima tawaran kompaun bagi
kesalahan yang dilakukan atau gagal menjelaskan kompaun dalam
tempoh yang dicatitkan dalam Notis, maka dia hendaklah hadir di
Mahkamah Majistret yang dinyatakan dalam Notis pada tarikh dan
masa yang telah ditetapkan.

11.2 PDK hendaklah meminta pesalah menurunkan tandatangannya di


ruangan yang disediakan. Jika orang yang melakukan kesalahan itu
enggan tandatangan Notis itu, perkataan “ENGGAN TANDATANGAN”
hendaklah dicatitkan di ruangan tersebut (Nota : Enggan tandatangan
Notis bukanlah suatu kesalahan).

11.3 Sekiranya pesalah enggan menerima notis, tindakan Mahkamah


mengikut Bahagian V, Kanun Acara Jenayah (Akta 593) boleh
diteruskan setelah mendapat izin mendakwa daripada Timbalan
Pendakwa Raya (TPR) mengikut SOP Penguatkuasaan &
Perundangan Kesihatan Awam yang sedang berkuatkuasa. PDK
yang mengeluarkan Notis hendaklah mencatitkan “ENGGAN TERIMA”
di bahagian belakang salinan Asal Notis. Dalam keadaan sedemikian,
PDK perlu memohon afidavit (Penyampaian Notis) kepada Mahkamah.

11.4 Jika pesalah menerima tawaran, pesalah perlu mengisi dan


menandatangani penerimaan tawaran untuk mengkompaun
kesalahan seperti Borang 3 [subperaturan 3(2)] dan seterusnya
pesalah menjelaskan bayaran di Unit Pentadbiran. Tarikh pesalah perlu
menjelaskan kompaun hendaklah tidak melebihi satu bulan dari tarikh
notis tersebut dikeluarkan.

12. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENGELUARKAN NOTIS

12.1 Pegawai yang mengeluarkan Notis hendaklah dengan segera


menyediakan kertas siasatan (IP) serta lengkapkan IP bagi kes
berkenaan (Rujuk SOP Penguatkuasaan & Perundangan Kesihatan
Awam yang sedang berkuatkuasa).
5/11
12.2 Serahkan IP serta dokumen-dokumen berkenaan kepada Unit
Inspektorat dan Perundangan Daerah (UIPD) dalam tempoh tidak
melebihi dua (2) hari dari tarikh Notis tersebut dikeluarkan.

13. PROSES MENDAPATKAN IZIN BERTULIS UNTUK MENGKOMPAUN


KESALAHAN DARIPADA TPR

13.1 PDK yang diberi kuasa oleh Pengarah untuk mengkompaun (PYDKK)
perlu mendapatkan izin bertulis terlebih dahulu daripada TPR sebelum
tawaran kompaun kesalahan dikeluarkan kepada pesalah (Seksyen
33(1) Akta Makanan 1983).

13.2 Sekiranya izin untuk mengkompaun daripada TPR diperolehi, PYDKK


yang bertugas menyediakan notis tawaran untuk mengkompaun
kesalahan seperti Borang 2 [Subperaturan 3 (1)] PPM (Pengkompaunan
Kesalahan) 2017 hendaklah memaklumkan kepada pesalah untuk
menghadirkan diri di Pejabat Kesihatan Daerah / Bahagian / Kawasan
seperti tarikh yang dinyatakan bagi menjelaskan kompaun. Nilai
kompaun adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran M dalam
Prosedur Operasi Piawai Pelaksanaan Tindakan Penguatkuasaan
Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017
[SOP-PKKM-PD-09-17].

13.3 Memandangkan izin untuk mengkompaun daripada TPR mengambil


masa dua (2) minggu, pesalah tersebut hendaklah dimaklumkan
supaya hadir untuk menerima tawaran kompaun selepas tempoh dua
(2) minggu daripada tarikh Notis dikeluarkan.

Nota : Penyataan ini hendaklah dicopkan di bahagian belakang Notis


pendua (warna kuning)

14. PROSEDUR PEMBAYARAN DAN PENGURANGAN NILAI KOMPAUN

14.1 Pengarah Kesihatan Negeri / Pegawai Kesihatan Daerah / Bahagian /


Kawasan atau Pegawai Kesihatan Persekitaran atau Ketua Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran / Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran Kanan di Pejabat Kesihatan Daerah / Bahagian / Kawasan
boleh mempertimbangkan rayuan bertulis melalui Borang Permohonan
Pengurangan Kompaun (Lampiran B) daripada pesalah untuk
mengurangkan nilai kompaun yang ditawarkan.

6/11
14.2 Nilai pengurangan kompaun bergantung kepada penilaian
pegawai yang mempertimbangkan rayuan berkenaan tetapi tidak
melebihi 25% daripada nilai kompaun yang ditawarkan. Sekiranya
terdapat rayuan untuk pengurangan kompaun melebihi 25% daripada
nilai kompaun yang ditawarkan, hanya Pengarah Kesihatan Negeri
masing-masing berhak untuk mempertimbangkan rayuan tersebut.

14.3 Walau bagaimanapun, pengurangan nilai kompaun tidak dibenarkan


untuk:

a) Pelanggaran ke atas peraturan / subperaturan seperti yang


disenaraikan di Lampiran C; dan
b) Kesalahan yang berulang

14.4 Kompaun boleh dibayar di Pejabat Kesihatan Daerah / Bahagian /


Kawasan yang mengeluarkan kompaun sebelum tamat tempoh yang
telah ditetapkan di dalam notis tawaran kompaun.

15. TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN PENTADBIRAN

15.1 Semua bayaran kompaun hendaklah diterima oleh pembantu tadbir atau
Pegawai Diberi Kuasa untuk memungut wang hasil kerajaan
berpandukan kepada kompaun dan wang bayaran yang diserahkan oleh
pesalah, pembantu tadbir yang menerima bayaran hendaklah
mengeluarkan satu resit rasmi (Kew. 38) kepada pesalah.

15.2 Selepas resit dikeluarkan, pegawai berkenaan hendaklah mencatitkan


nombor resit dan tarikh bayaran diterima pada borang kompaun
tersebut.

15.3 Pada akhir hari bekerja, kompaun-kompaun yang telah dijelaskan


bayaran hendaklah diserahkan oleh pembantu tadbir kepada Ketua
Ketua Operasi.

15.4 Ketua Operasi perlu semak semua kompaun yang telah dijelaskan dan
dan rekod.

7/11
16. PEMBATALAN NOTIS ATAU KOMPAUN

Notis atau Kompaun yang dikeluarkan kepada pesalah tidak boleh


DIBATALKAN tanpa dirujuk dan mendapat izin daripada TPR. Setiap
pembatalan hendaklah mempunyai izin bertulis daripada TPR melalui Unit
Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN) dan izin berkenaan hendaklah
difailkan dalam IP bagi kes berkenaan.

17. PEMATUHAN GARIS PANDUAN

17.1 Prosedur yang dikeluarkan ini hendaklah terus berkuatkuasa dan


dianggap sah sehingga dipinda atau diganti dengan satu prosedur lain
atau dibatalkan.

17.2 Keengganan dan kegagalan mematuhi prosedur ini tanpa alasan yang
munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan
tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

18. TARIKH KUATKUASA GARIS PANDUAN

Garis panduan ini adalah berkuatkuasa mulai daripada 1 Disember 2017.

19. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :

Cawangan Pematuhan Domestik


Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4 Menara Prisma
No. 26 Jalan Persiaran Perdana
Presint 3, 62675 Putrajaya

No. Tel : 03-88850797

Pertanyaan juga boleh dikemukakan melalui emel fsq_dcb@moh.gov.my


8/11
Lampiran A

9/11
Lampiran B

BORANG PERMOHONAN PENGURANGAN KOMPAUN

1. Nama Pemohon : _________________________________________________

2. No. K.P. / Passport : _______________________________________________

3. Nombor Kompaun : _____________________ Amaun Kompaun (RM) :_______

4. Tarikh Kompaun : _________________________________________________

5. Alasan Rayuan : __________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Tarikh : ______________
(Tandatangan Pemohon)

____________________________________________________________________

KEGUNAAN PEJABAT
Keputusan rayuan : Diterima

Ditolak

Amaun kompaun perlu dibayar : RM _________


Sebab-sebab pengurangan kompaun diterima atau ditolak : ________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

___________________________________________________
Tandatangan dan Cap Rasmi Pegawai Mengurangkan Kompaun

Tarikh : ________________

10/11
Lampiran C

SENARAI PERATURAN / SUBPERATURAN DI BAWAH PPM 1985 YANG TIDAK


BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK PENGURANGAN KOMPAUN
SEKIRANYA BERLAKU KESALAHAN

1. Subperaturan 9(a)
2. Peraturan 10
3. Subperaturan 11(1)(c)
4. Subperaturan 11(1)(d)
5. Subperaturan 11(1)(e)
6. Subperaturan 11(1)(ea)
7. Subperaturan 11(1)(f)
8. Subperaturan 11(1)(j)
9. Subperaturan 11(1)(k)
10. Subperaturan 11(3)
11. Subperaturan 11(3A)
12. Subperaturan 14(6)
13. Subperaturan 14(7)
14. Subperaturan 14(9)(a)
15. Subperaturan 14(9)(b)
16. Subperaturan 14(9)(c)
17. Subperaturan 18(2)
18. Subperaturan 18(3)
19. Subperaturan 18(4)
20. Subperaturan 18(6)
21. Subperaturan 18(7)
22. Subperaturan 18E(2)
23. Subperaturan 18E(4)
24. Peraturan 35
25. Peraturan 360A
26. Peraturan 360B
27. Peraturan 360C
28. Peraturan 361
29. Peraturan 361(6)
30. Peraturan 386A
31. Peraturan 394

11/11

You might also like