Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 74

PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI

SARAWAK DAN SABAH

DR. SITI NOOR HAFIZAH MOHAMED SHARIF HSM503 SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA
z
LATAR BELAKANG EKONOMI SARAWAK
MENJELANG PENTADBIRAN BROOKE
§ Sarawak sebelum pentadbiran Brooke- berada di bawah Kesultanan Brunei
sehingga akhir tahun 1830-an.

§ Wilayah Sarawak pada masa itu hanyalah satu kawasan kecil di muara sungai
Sarawak menjajar ke Timur sehingga ke Sungai Sadong.

§ Penduduknya terdiri daripada Melayu dan Dayak Darat yang berada di bawah
pentadbiran Datu Melayu dan komuniti Cina pelombong.

§ Kegiatan ekonomi Dayak Darat- penanaman padi huma (pertanian pindah)

§ Melayu- pedagang (bawa barangan seperti pakaian , besi garam untuk ditukarkan
dengan padi dan juga hasil hutan seperti, damar, sarang burung dan rotan)-
namun turut juga terlibat sebagai buruh di kawasan perlombongan antimoni.
SAMBUNGAN

§ Pada tahun 1820-an- pentadbiran Brunei tertarik dengan prospek yang


ditawarkan dalam perlombongan antimoni- yang dikatakan lebih berkualiti
berbanding daripada yang dikeluarkan di Eropah.

§ Petempatan dibina di Kuching dengan pegawai Brunei dan para pengikutnya turut
ambil bahagian dalam petempatan baharu ini.

§ Pangeran Mahkota, yang diberi hak mentadbir Sarawak menjadikan Melayu dari
Siniawan dan Dayak Darat dari kawasan yang berdekatan untuk bekerja di
kawasan perlombongan ini.

§ Orang Cina- terlibat dengan aktiviti perlombongan emas perikanan dan pertanian
padi huma (di kawasan di kawasan pedalaman)

§ Namun, orang Cina bekerja secara bebas dan tidak tertakluk kepada kawalan
Datu Melayu atau Penguasa Brunei.
SAMBUNGAN

§ Sebaliknya- golongan ini menubuhkan sistem sendiri iaitu kongsi untuk


mengusahakan kawasan perlombongan. Cina Hakka merupakan buruhnya.

§ Cina Hakka ini dikatakan berhijrah dari kawasan sempadan antara Sarawak dan
Kalimantan (Sambas-Pontiana)

§ Emas dieksport melalui Sambas ke Pelabuhan Barat-daya Borneo.

§ Dari Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Sungai Sekrang didiami oleh komuniti
Dayak pemburu kepala- wilayah ini secara teorinya berada di bawah kekuasaan
Pangeran Brunei – namun pratiknya, pangeran tidak mempunyai kuasa ke atas
mereka.

§ Di pesisir pantai di bahagian Timur Laut Sarawak pula merupakan petempatan


komuntiti Melanau (aktiviti ekonominya- pengeluaran dan pemprosesan sagu).

§ Kesemua wilayah ini berada di bawah kuasa Pangeran Mahkota Brunei sehinggalah
berlakunya pemberontakan pada pertengahan tahun 1830-an.
SAMBUNGAN

§ Dari Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Sungai Sekrang didiami oleh komuniti Dayak
pemburu kepala- wilayah ini secara teorinya berada di bawah kekuasaan Pangeran Brunei –
namun pratiknya, pangeran tidak mempunyai kuasa ke atas mereka.

§ Di pesisir pantai di bahagian Timur Laut Sarawak pula merupakan petempatan komuntiti
Melanau (aktiviti ekonominya- pengeluaran dan pemprosesan sagu).

§ Kesemua wilayah ini berada di bawah kuasa Pangeran Mahkota Brunei sehinggalah
berlakunya pemberontakan pada pertengahan tahun 1830-an.

§ Kehadiran Rajah Muda Hashim (bapa saudara kepada Sultan Brunei) pada tahun 1837 juga
tidak dapat mengatasi pemberontakan tersebut.

§ Hanya pada tahun 1839, dengan kehadiran James Brooke bersama kapalnya, Royalist di
Sungai Sarawak berjaya membantu mematahkan pemberontakan tersebut.

§ Bagi membalas jasa James Brooke, sultan Brunei menganugerahkan wilayah dari Tanjong
Datu hingga ke Sungai Samarahan untuk ditadbir oleh Brooke.
SAMBUNGAN

§ Kemudian, wilayah
kekuasaan pentadbiran
Brooke semakin bertambah
sehinggalah tahun 1905 di
bawah Charles Brooke-
(dikenali sebagai Sarawak
yang ada pada hari ini).
Rujuk peta1.

Peta 1.1: Dipetik Daripada Ooi Keat Gin (1997)


z James Brooke (JB) dalam pentadbirannya mengamalkan
dasar paternalistik bagi memastikan status quo
masyarakat peribumi/ tempatan tidak berubah-diamalkan
sama ada dalam polisi ekonomi mahupun sosial.

POLISI
PEMBANGUNAN
EKONOMI DI
Maka, Brooke menolak sebarang perubahan besar dan
BAWAH JAMES pantas dalam eksploitasi sumber ekonomi – sebarang
BROOKE (1841- perubahan perlulah tidak abaikan kebajikan peribumi.

1868)

Ringksnya, polisi ekonomi Brooke pentingkan dua perkara:

II. Kebajikan peribumi/


I. Perdagangan bebas
tempatan
PERDAGANGAN
z BEBAS

§ Bagi memastikan pembangunan ekonomi Sarawak- Brooke anggap kestabilan dan


keamanan paling penting.

§ Berusaha untuk hapuskan kegiatan perlanunan dan wujudkan kerjasama baik


dengan pentadbir tempatan (golongan Datu)

§ Beberapa langkah di ambil. Antaranya:


§ Mewujudkan perundangan baharu untuk gerakkan perkembangan perdagangan
bebas
§ Mempromosikan perdagangan peribumi
§ Tidak menolak perluasan wilayah kekuasaannya bagi mewujudkan keamanan
dan suasana yang kondusif bagi mempromosikan dan mengekalkan aktiviti
komersiaL
SAMBUNGAN

Brooke tidak menolak kepentingan modal Eropah dan buruh Cina dalam
membangunkan sumber ekonomi Sarawak.

Namun ianya dilakukan dengan tidak mengkompromikan kepentingan


peribumi.

Misalnya, beliau menyokong usaha untuk tubuhkan syarikat bagi


membangunkan potensi ekonomi negeri, tapi dalam masa yang sama tentang
kemasukan pelaburan modal secara besar-besaran dalam jumlah yang besar.
Beliau juga menolak monopoli syarikat asing dalam kegiatan perdagangan-
Namun, JB memonopoli perlombongan antimoni melalui kutipan cukai- bagi
sumber kewangan untuk tampung perbelanjaan awam negeri.
Cukai yang rendah juga dikenakan ke atas pembesar Melayu tempatan dan
Pangeran Brunei- tujuaannya untuk galakkan perkembangan perdagangan
masyarakat tempatan dan bukan bermatlamatkan keuntungan.
SAMBUNGAN

§ Brooke juga tidak menolak perluasan wilayah supaya aktiviti perdagagan bebas tidak
terganggu dan terancam- Misalnya, berlaku ketegangan politik di Mukah pada pada
pertengahan 1855.

§ Ketegangan politik makin memburuk dan pada tahun 1860,nilai perdagangan kekal
statik .

§ JB tawarkan penyelesaian secara aman pada tahun 1861- telah dipersetujui oleh
Sultan Abdul Mumin yang merupakan Sultan Brunei pada masa tersebut

§ Baginda setuju serahkan wilayah Rejang sehingga ke Tanjung Kidurong, yang


sepanjang 176 km yang pesisirnya merupakan hutan sagu kepada Brooke dengan
bayaran tahunan sebabnyak $4,500

§ Ringkasnya,di bawah pentadbiran JB selama 27 tahun, tidak terdapat sebarang


perubahan sosioekonomi dan komersial yang jelas dan ketara.

§ Namun, JB berjaya sediakan suatu suasana aman dan kestabilan politik yang
memberi manfaat kepada pentadbir selepasnya
z
POLISI PEMBANGUNAN EKONOMI DI BAWAH
CHARLES BROOKE (CB) (1861-1917)

§ Pengalaman 10 tahunnya sebagai kadet muda di kawasan pedalaman berhutan


di petempatan Dayak- beri kesedaran bahawa kepentingan utama dalam
pentadbiran kerajaan seharusnya ditumpukan kepada kebajikan rakyat terbanyak
(tempatan) dan bukan orang Eropah.

§ Meneruskan polisi ekonomi bapa saudaranya namun dengan beberapa


perubahan.

§ Misalnya dari aspek eksploitasi sumber mineral -JB tentang monopoli oleh
sesebuah syrikat swasta.

§ Namun CB pada tahun 1874, telah berikan lesen tunggal kepada The Anglo-
Saxon Petroleum Company (ASPC) yang merupakan sebahagian daripada Royal
Dutch Shell atas kejayaannya cari gali minyak di Miri pada tahun 1910.
SAMBUNGAN

z
§ Dalam kegiatan perdagangan juga CB rangka dasar untuk jadikan pertanian sebagai
sebahagian daripada aktiviti utama dan penting negeri.

§ Antara usaha beliau:


1. Menggalakkan pertanian tetap

2. Pengenalan tanaman baharu- misalnya, beliau telah mewujudkan stesen2


perkebunan kerajaan untuk tujuan ekperimen tanaman baharu yang berpotensi.
Pelbagai jenis tanaman, tempatan dan luar negeri di tanaman di stesen2 terxsebut.
Antaranya, kopi, teh, gambir, kapas, kelapa sawit dan sebagainya.
3. Pengenalan perundangan tanah yang liberal dan pelbagai insentif kepada petani
dan pelabur- misalnya, peladang Eropah diberikan kebebasan “untuk memilih
mana2 tanah dan jumlah keluasan yang diinginkan di mana2 wilayah/ kawasan
yang belum diduduki sama ada oleh peladang2 Cina yang tanam gambir/ peribumi
Dayak yang tanam pokok buah-buahan.
4. Galakkan imigrasi daripada komuniti petani Cina

5. Berusaha tarik lebih banyak pelaburan daripada usahawan dan peladang Eropah.
SAMBUNGAN

§ Berbanding JB, CB mempunyai sikap yang lebih kompromi dalam menggalakkan


pelaburan asing

§ Sungguhpun demikian, CB berusaha capai matlamat ekonominya dengan tidak


mengabaikan kepentingan peribumi dan dalam masa yang sama berusaha
majukan kehidupan mereka –

§ tidak abaikan prinsip kemajuan ekonomi mesti diikuti dengan kebajkan peribumi
(turut mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang berlaku)
POLISI PEMBANGUNAN EKONOMI DI
z
BAWAH CHARLES VYNER BROOKE (VB)
(1917-1941)
§ VB pula menumpukan kepada tanah dan perhutanan dengan tumpuan ekonomi
kepada kebun2 kecil berbanding ladang2 besar.

§ Beliau juga kurang berminat dengan pelaburan modal asing besar bagi memberi
perlindungan masyarakat peribumi daripada dieksploitasi.

§ VB juga berusaha untuk menambah baik eksport Sarawak. Beliau telah tubuhkan
Bahagian Perdagangan pada tahun 1923 dengan tujuan untuk mempromosikan dan
membangunkan perdagangan di setiap bahagian negeri.

§ Penekanan juga diberikan kepada pertanian berbanding perlombongan kerana


anggapan bahawa Sarawak mempunyai kekayaan sumber mineral adalah jauh dari
realiti.

§ Misalnya, pentadbiran VB menyaksikan kemerosotan dalam aktiviti perlombongan.


Pengeluaran petroleum di Miri juga umpamanya tidak mencapai prospek yang
diharapkan.
SAMBUNGAN

z
§ Ringkasnya, pentadbiran kerajaan Brooke secara keseluruhannya menumpukan
kepada usaha untuk kekalkan status quo masyarkat.

§ Dalam usaha ini, berbanding dengan kapitalis Eropah, Kerajaan Brooke lebih
menggalakkan kemasukan imigran asing iaitu imigran Cina untuk membangunkan
ekonomi di Sarawak. Selain daripada mengusahakan tanaman perladangan, imigran
Cina juga diharapkan untuk terlibat dalam penanaman padi sawah. Di Rejang Bawah
misalnya, imigran Cina digalakkan berhijrah masuk untuk mengusahakan tanaman padi
sawah.

§ Strategi Brooke yang tidak menggalakkan pembangunan ekonomi dengan pantas


melalui kemasukan pelaburan asing secara besar-besaran menyebabkan
pembangunan yang perlahan dalam perkembangan infrastruktur termasuklah
pengangkutan darat moden.

§ Tambahan kerajaan Brooke sendiri enggan untuk laburkan perbelanjaan tambahan


dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan darat moden di Sarawak dan beterusan
bergantung kepada sistem sungai sebagai jaringan pengangkutan yang utama (Amarjit
Kaur, 1998: 75).
PERTANIAN
z SEBAGAI TULANG
BELAKANG EKONOMI (STRATEGI)
§ Beberapa strategi telah diambil bagi mempromosikan aktiviti pertanian- Salah satunya
adalah konsep eksperimen tanaman ladang.

§ Idea ini telah sejak tahun 1840- apabila James menanam buah pala dan Mr. Hentig
(seorang Inggeris yang menetap di Kuching) menaman kayu manis, buah pala dan
bunga cengkih di ladang miliknya.

§ Kemudian, pada tahun 1860-an, Baroness Burdett Coutts melalui galakan Brooke turut
menunjukkan minat untuk menubuhkan stesen ekperimen tanaman ladang bagi
mencari prospek tanaman yang dapat memberi keuntungan kepada negeri.

§ Coutts kemudiannya menubuhkan The Quop Estate yang ditubuhkan pada lewat tahun
1864 telah menanam pelbagai jenis tanaman termasuklah pada sawah, pinang,
kelapa, kopi, lada hitam, kelapa sawit, indigo dan tebu.
SAMBUNGAN

z
§ Kaedah penaman yang diamalkan adalah seperti membajak dengan menggunakan
kerbau. Namun- projek ini gagal dan selepas beberapa dekad- dijual.

§ Sebab kegagalan projek ini- dikatakan kerana salah tadbir urus, namun sebab utama
adalah kerana tanah ini tidak subur dan sesuai untuk pertanian- misalnya, tanaman baharu
lain yang cuba ditanam juga gagal sepenuhnya.

§ Walaupun Quop Estate gagal - Charles masih tidak berputus asa dengan prospek
pertanian- Misalnya- beliau melaksanakan program pertanian dengan menubukan kebun-
kebun eksperimen yang ditadbir urus oleh kerajaan yang terletak di sekitar Kuching dan
daerah-daerah yang berdekatan dengannya.

§ Salah satu projek Charles yang paling penting adalah estet kopi (yang terletak di Gunung
Matang dan Satap) dan ladang tembakau (di Lundu)- harapka pegawai-pegawainya ikut
jejak langkahnya.

§ Usaha Charles juga- dikatakan telah membantu menyebar luas pengetahuan berkaitan
pertanian kepada penduduk peribumi.
SAMBUNGAN

§ Vyner turut meneruskan usaha Charles- Beliau telah menubuhkan stesen


percubaan untuk tanaman yang mempunyai kepentingan dan permintaan ekonomi
daripada luar untuk menjalankan eksperiman ke atas tanaman lada hitam
berdekatan dengan Semonggok pada tahun 1926.

§ Dua tahun kemudian, seorang pakar agro yang mempunyai kepakaran dalam
penanaman padi telah dilantik bagi mengetuai makmal analitikal yang tujuannya
adalah untuk menentukan amalan bagi kerja-kerja pertanian.

§ Perhatian khusus juga diberikan kepada penanaman padi pada lewat tahun 1930-
an melalui penubuhan dua stesen pertanian iaitu, (1) Kanowit –ditubuhkan pada
tahun 1937 (2) Rantau panjang – ditubuhkan pada tahun 1939.
PERTANIAN
z
SEBAGAI TULANG BELAKANG
EKONOMI (PENGENALAN TANAMAN BAHARU
DAN INDUSTRI BAHARU)

Pengenalan tanaman baharu yang dimulakan oleh James diteruskan oleh Charles- Beberapa
tanaman baharu ini telah pun ada sejak James, misalnya tebu, gambir dan kopi. Namun
hanya beberapa tanaman tertentu sahaja daripada tanaman eksperimen ini menemui
kejayaan daripada eksperimen yang dijalankan iaitu, lada, gambir dan getah- yang lain
menemui kegagalan dan menelan belanja kerugian yang tinggi.

Misalnya, tanaman tebu dan pembuatan tebu yang diambil alih oleh Sarawak Sugar Company
Limited pada awal tahun 1860-an terpaksa dicairkan asetnya bagi menampung kerugian.

Manakala, tanaman baharu yang diperkenalkan oleh Charles seperti plantain fibre (pisang) dan
rami- gagal.

Tembakau pula telah lama diusahakan oleh orang Dayak untuk kegunaan sendiri melalui benih
yang diperoleh mereka dari Quop Estate.

Namun, hanya pada lewat tahun 1880-an (iaitu pada tahun 1887), pengkomersialan tembakau
menarik perhatian peladang Eropah.
SAMBUNGAN

§ Bagi mengkomersial tanaman tembakau, Charles telah melantik Alexander Macdonald


Gibson untuk menguruskan stesen ekperimen tembakau milik kerajaan yang terletak
di Lundu.

§ Sampel daun tembakau yang diperoleh pada tahun 1889 telah dihantar ke London
dan Amsterdam dan telah diterima di pasaran luar tersbut.

§ Ekoran masalah kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1930 yang menyebabkan
penurunan harga getah, tembakau telah dipromosikan sebagai alternatif.- ramai petani
Cina mengambil peluang ini ekoran inisiatif bantuan yang disediakan oleh Jabatan
Pertanian.

§ Permintaan tempatan terhadap tembakau berjaya menyediakan pekerjaan dan


keuntungan kecil kepada ramai orang cina sepanjang dekad kejatuhan harga getah.
SAMBUNGAN

z
§ Usaha juga ditumpukan untuk menggalakan lagi tanam sagu- khususnya selepas lada
dan getah mengambil alih tempat sagu sebagai hasil pertanian yang utama pada awal
kurun ke-20 – Brooke mengharapkan tanaman tradisi ini akan terus ditanam dan
indutri ini akan terus membangun.

§ Hal ini dapat dilihat daripada usaha Charles dan Vyner yang berterusan
mempromosikan tanaman ini walaupun tanaman lain menunjukkan prospek
keuntungan yang lebih tinggi.

§ Charles misalnya, tekankan kepentingan sagu sebagai tanaman eksport yang sangat
bernilai dan penting kepada ekonomi negeri.

§ Vyner pula, pada tahun 1920-an, berusaha untuk mempromosikann penanaman sagu
dalam kalangan penduduk untuk mengelakkan pergantungan yang keterlaluan
terhadap tanaman getah.

§ Beliau juga menganggap, sagu merupakan tanaman makanan yang dapat


menggantikan tanaman padi, justeru galakan usaha menggalakan penanaman sagu
ini juga bertujuan untuk meningkatkan penghasilan tanaman makanan.
PERTANIAN
z
SEBAGAI TULANG BELAKANG
EKONOMI (USAHA MENINGKATKAN PENGHASILAN
PADI)

§ Usaha untuk meningkatkan pengeluaran beras ditumpukan kepada orang Peribumi


(khususnya Dayak) dan orang Cina- Misalnya, pada tahun 1861, lingkungan wilayah
Sarawak adalah meliputi Sungai Bintulu dan menjadikan wilayah Sarawak yang berada
di bawah kekuasaan Brooke adalah 2/3 negeri Sarawak yang ada sekarang.

§ Dengan menguasai Bintulu, Charles yang pada masa itu merupakan Tuan Muda
Sarawak terlibat secara langsung dalam usaha mempromosikan tanaman padi dalam
kalangan orang Dayak.- bagi memenuhi keperluan beras domestik yang semakin
bertambah.

§ Kemudian, pada awal tahun 1870-an- dilaporkan berlaku kekurangan bekalan beras dan
pergantungan yang keterlaluan terhadap beras import.- Charles berusaha untuk
mengatasi perkara ini – galakkan penanaman padi dalam kalangan peribumi-
anugerahkan hadiah pada hasil padi terbaik dan kawasan penanaman padi yang dijaga
dengan rapi dan baik.
SAMBUNGAN

§ Pada tahun yang sama juga, usaha melibatkan orang Cina dalam penanaman padi
turut dilakukan iaitu di kawasan Atas Sarawak.

§ Usaha lebih intensif dilakukan untuk menggalakkan penanaman padi pada awal
tahun 1870 ini kerana- dikatakan bahawa berlaku kenaikan dalam harga beras-
menyebabkan berlakunya kekurangan dalam tenaga buruh untuk bekerja di ladang-
ladang gambir dan lada hitam kerana menyukarkan usaha mengrekrut tenaga buruh
Cina- memberi kesan kepad usaha mempromosikan pertanian komersial.

§ Berbalik kepada usaha melibatkan orang Cina- perladangan gambir dan lada hitam
semakin berhasil- dan bermula pada tahun 1880-an dan selepasnya, bilangan buruh
Cina yang berkerja di aldang ini meningkat.\
SAMBUNGAN

§ Justeru, Charles memilih untuk mewujudkan petempatan pertanian masyarakat Cina


dengan membiayai penghijrahan masuk masyarakat Cina petani dan keluarga mereka
ke Rejang. Jemputan ini dibuat pada tahun 1880 dan tawaran ini dibuat sehingga
berkahir kurun ke-19.

§ Maka, pada awal kurun ke-20, telah wujud petempatan tetap komuniti petani Cina di
rjang dan sekitar Sibu. Namun, usaha/ perancangan untuk melibtakan orang Cina ini
dalam penanaman padi dan meningkatkan penghasilan padi tidak berjaya- petani cina
ini mengalami kesurakan dalam usahakan tanaman padi- akhirnya berlaki kepada
tanaman komerisal lain yang lebih menguntungkan seperti lada hitam dan getah.

§ Kesannya, import beras bukan sekadar tidak dapat dikurangkan, bahkan terus
meningkat- dapat dilihat daripada rajah 2.
z

Rajah 2
Import Beras, 1922-1929
SAMBUNGAN

§ Selain daripada orang Cina, usaha untuk meningkatkan penanaman padi turut
dicadangkan untuk menggalakkan penghijrahan petani padi orang Jawa dan orang
Madura yang dianggap berpengalaman dalam penanaman padi.

§ Hasilnya, satu konsep untuk menubuhkan komuniti penanaman padi yang terdiri
daripada orang Cina, Jawa, Jepun dan Bugis mula dilaksanakan semasa tahun 1930-
an.

§ Stesen pertanian yang khusus untuk penanaman padi telah dibina pada tahun 1930-
an bagi menguruskan penyelidikan kebolehsuaian padi untuk penanaman tempatan.

§ Sebelum itu, Dana Peningkatan Pertanian telah ditubuhkan pada tahun tahun 1920-an
bagi membantu misi katolik dalam usaha mereka memperkenalkan pembajakan
menggunakan kerbau dalam kalangan orang Dayak.
BEBERAPA
z ASPEK BERKAITAN PENCAPAIAN
BROOKE DALAM PERTANIAN
§ Brooke hanya sedikit berjaya dalam pelaksanaan polisinya untuk galakkan pertanian-
misalnya, dengan penemuan beberapa tanaman baharu yang menguntungkan iaitu
gambir, lada hitam dan getah – iaitu semasa prospek tanaman ini menguntungkan-
ramai orang mememohon tanah dan mengusahakan tanaman tersebut kerana tertarik
dengan harganya yang tinggi- berlaku kenaikan dalam jumlah keluasan tanah yang
diusahakan.

§ Misalnya- gambir telah menjadi antara eksport penting Sarawak bersama-sama


dengan sagu semasa tahun 1880-an dan 1890-an.

§ Lada hitam berterusan menjadi antara eksport penting Sarawak sekalipun dengan
ketidaktentuan harga, penyakit dan masalah kontrak antara petani dan pembiaya. Di
antara tahun 1935 hingga 1939, Sarawak merupakan pengeksport kedua terbesar lada
di dunia selepas Kepulauan Hindia Belanda. Penanaman lada hitam ini berada di
bawah monopoli kebun-kebun kecil miilik orang Cina dan kawasan utama penanaman
lada hitam adalah di Simanggang, Engkilili, Lingga, Sarikei, Kanowit, Kapit dan
Limbang,
SAMBUNGAN

z
§ Usaha Brooke untuk galakkan penanaman sagu juga dan pembuatan sagu juga turut
berjaya- Selain Melanau yang merupakan penguasaha awal dan penting tanaman
sagu, orang Cina turut melibatkan diri dalam tanaman ini.

§ Getah juga turut menarik minat pekebun-pekebun kecil daripada pelbagai etnik. Tidak
seperti lada hitam yang dimonopili penanamannya oleh orang Cinan dan Sagu yang
dimonopli penanaman oleh Melanau- walau bagaimanapun, dalam penanaman getah
orang Cina masih merupakan etnik yang paling ramai mengusahakannya dan turut
terlibat dakan pemprosesan dan perdagangan getah.

§ Polisi Brooke yang dikatakan mengutama pekebun-pekebun kecil tempatan ini dapat
dilihat kepada jumlah keluas tanah untuk tanaman getah ini yang dimiliki poenduduk
tempatan/ peribumi.
SAMBUNGAN

z
§ Misalnya, pada tahun 1938, SAR melaporkan,
“daripada jumlah keseluruhan perusahaan getah yang jumlahnya adalah lebih kurang
93,000 di atas tanah seluas 230, 000 ekar, hanya 17,302 ekar atau 7.5% sahaja
perusahaan ini yang adalah berjumlah 100 ekar dan ke atas. Daripada jumlah ini,
10,066.6 ekar sahaja merupakan estet-estet besar yang dinilai berdasarkan
pengeluaran biasa. Oleh yang demikian, estet-estet besar hanya terdiri daripada 4.4%
daripada keseluruhan kawasan yang diusahakan getah di negeri ini.”

§ Namun, secara keseluruhannya, usaha Brooke untuk membangunkan aktiviti


pertanian- khususnya pertanian komersial menemui kegagalan.

§ Terdapat berapa faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut:


i. Keadaan geografi dan bentuk muka Sarawak seperti tanah yang tidak subur, bentuk
muka dan iklim yang tidak sesuai dan lokasi Sarawak yang terasing.

ii. Polisi kerajaan Brooke yang lebih menekankan kebajikan peribumi. Kedua-dua faktor
ini halangan terbesar kepada kejayaan pengkomersial pertanian.
SAMBUNGAN

§ Misalnya, bagi faktor pertama, sejak dari awal tahun 1873- telah diakui bahawa
keadaan tanah di Sarawak kecuali di beberapa kawasan, adalah tidak subur untuk
pertanian. Kenyataan James di awal pentadbiran Brooke bahawa tanah-tanah di
Sarawak adalah subur tersimpang jauh dari realiti.

§ Keadaan iklim iaitu hujan yang lebat yang tertumpu disesuatu kawasan juga
menyebabkan gelinciran tanah dan mineral-mineral yang diperlukan turut hilang di
bawa bersama-sama dengan gelinciran tanah akibat hujan lebat ini- menyabbkan
banyak tanaman baru tidak menjadi-

§ Maka, keadaan tanah yang tidak subur dan keadaan fizikal negeri ini menjadikanya
tidak kondusif untuk pertanian.

§ Ketiga adalah ketiadaan infrastruktur darat yang baik untuk menghubungkan


kawasan pedalaman dan kawasan pesisir pantai turut menyebabkan kegagalan
pembangunan ekonomi Sarawak.
z

CABARAN DAN HALANGAN


z KEPADA PERTUMBUHAN
EKONOMI YANG PESAT DI
BAWAH BROOKE
KETIADAAN
z MINAT PELADANG
EROPAH
§ Charles berusaha menarik minat pelabur asing khususnya Eropah untuk melibatkan
diri dalam perladangan komersial di Sarawak.

§ Misalnya – pada lewat tahun 1870-an, terdapat sedikit minat yang ditunjukkan oleh
peladang Eropah- menyebabkan Charles hasilkan pamphlet “Sarawak as Field for
Planter” untuk memberi maklumat-maklumat terperinci berkaitan keadaan Sarawak. –
namun secara keseluruhannya, tidak terdapat sebarang peladang Eropah melabur
dalam pertanian sehingga berakhirnya tahun 1870.

§ Kemudian, pada lewat tahun 1880-an pula, Charles meletakkan harapan yang tinggi
kepada tanaman kopi liberica- mencadangkan supaya syarikat Matang Planting
Compony ’Limited’ diapungkan-

§ Pada tahun 1866– iklan berkaitan syarikat ini ditebitkan. Begitu juga- geran pemilikan
tanah yang baik juga ditawarkan kepada syarikat ini. Iklan ini juga- mengandungi
butiran dan fakta terperinci berkaitan pengiraan perbelanjaan tahunan perluasan ekar
dan hasil diperoleh.
SAMBUNGAN

§ Namun, sekalipun dengan pemberian geran tanah yang liberal dan juga maklumat
lengkap berkaitan operasi syarikat ini, tidak ada pelabur yang muncul dan tertarik
untuk mengambil peluang ini- Sebagai contoh, menjelang berakhir pentadbiran
Charles, -hanya terdapat tidak lebih daripada lima ladang komersial milik asing.

§ Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi minat Eropah dalam melabur di


Sarawak- misalnya, pertama, Charles- walaupun melaksanakan dasar pemberian
geran tanah liberal untuk tarik pelabur asing- menetapkan syarat bahawa tanah yang
diperoleh/ diberikan tersebut tidak boleh digunakan utnuk tujuan spekulasi- dan
berusaha untuk mewujudkan petempatan tetap para petani.

§ Kedua, polisi ini sewa atau pajak dan bukan pengasingan langsung- dengan
tambahan klausa yang membolehkan kerajaan menuntut semula tanah jika tidak
diusahakan atau diabaikan.
SAMBUNGAN

§ Ketiga, polisi perlindungan terhadap pemilikan tanah-tanah yang ditanam getah milik
peribumi dan orang Asia lain kepada mana-mana orang Eropah atau individu, firma
atau syarikat asing kulit putih.

§ Ketiadaan sebarang dorongan atau inisiatif tambahan kepada syarikat kapitalis


Eropah- berbeza dengan amalan negeri-Negeri Melayu (TM )tau negeri jiran Syarikat
Borneo Utara (Sabah)- Brooke- tiada pengecualian duti eksport dan paling utama
adalah polisi Brooke yang lebih berminat dengan perusahaan kebun-kebun kecil
tempatan.
INFRASTRUKTUR
z
PENGANGKUTAN

§ Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sarawak dimulakan dan mendapat


coraknya pada zaman pentadbiran CB- untuk galakkan perdagangan.

§ CB menumpukan usaha utamanya kepada menambah baik pengangkutan barang


dagangan jalan pesisir pantai di antara Sarawak dan Singapura, pengangkutan sungai
di kawasan pedalaman dan pengangkutan darat (jalan tar dan keretapi

§ CB telah memulakan usaha untuk membina jalan di sekitar bandar Kucing.

§ Jalan darat yang diperbuat daripada besi dibina dan jalan ini dihubungkan dengan Bau,
wilyah yang kaya dengan sumber mineral di Sarawak.
z

§ Kemudian, jalan keretapai pula dibina sejauh 16km ke selatan Kuching.

§ Semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh beliau. Pada tahun 1916, jalan yang
dibina telah mencapai 10 batu.

§ Beliau berharap untuk bina jalan keretapi yang akan hubungkan Kuching dengan
Simanggang dengan jaraknya sejauh 160 km – namun jalan ini tidak berjaya
direalisasikan.
z

§ Di bawah VB pula, infrastrukur pengangkutan darat difokuskan kepada pembinaan jalan


dan landasan dengan penekanan yang lebih diberikan kepada pembinaan jalan.

§ Satu aspek yang signifikan berkaitan infrastuktur di bawah kerajaan Brooke adalah
ketiadaan sistem pengangkutan yang kekal dan sesuai dengan semua keadaan cuaca
yang hubungkan beberapa petempatan utama dan penting di seluruh negeri.

§ Jaringan jalan tertumpu di bandar utama dan kawasan ekonomi yang penting. Misalnya:
i. Kuching (bandar pentadbiran Kerajaan Brooke)
ii. Bau (kawasan perlombongan emas)
iii. Sibu (pelabuhan)
iv. Miri (perlombongan minyak)
§ Namun demikian, jalan2 utama di bandar-bandar yang mempunyai kepentingan ekonomi
yang tertentu ini pun mempunyai jalan utama yang terhad sama ada bagi jalan yang
sesuai dengan semua keadaan cuaca serta jalan bertar yang sesuai untuk kenderaan
bermotor.
SAMBUNGAN
z

§ kebanyakan jalan darat di kawasan lain akan bertukar menjadi berlumpur apabila
musim hujan. Misalnya jalan darat yang menghubungkan Kuching dengan Lundu,
Bau dengan Serian, Sarikei dengan Saratok, Oya dengan Mukah dan Lawas dengan
Trusan.

§ wak Atas sahaja terdapatnya kawasan yang walaupun terletak di luar pusat2 bandar
utama, tetapi mempunyai sistem jalan darat walaupun tidak semuanya ditar.

§ Misalnya, jalan darat untuk hubungkan Paku ke Buan, Bau ke Buan, Paku ke
Jambusa dan Bau ke Tundong. Jalan2 darat ini dibina untuk hubungkan ladang2
gambir, lada dan getah milik Borneo Company Limited (BCL) yang terletak di Sungai
Staat hingga ke Bau.
SAMBUNGAN
z

§ Projek pembinaan jalan darat yang paling penting adalah cadangqn untuk membina
jalan untuk hubungkan Kuching dengan Simanggang, dengan jaraknya dalah lebih
160 km.

§ Selain daripada menambah baik infrastruktur pengangkutan darat, penambahbaikan


ini juga bertujun untuk menggalakkan penghijrahan masuk imigran Cina.

§ Namun, kerja2 pembinaan yang dimulakan pada akhir tahun 1920-an ini menghadapai
pelbagai masalah. Misalnya kemelesetan ekonomi (1929-31) menyebabkan
perbelanjaan untuk beberapa projek2 awam terpaksa dikurangkan termasuklaj
pembinaan jalan dan perluasan jalan keretapi.
SAMBUNGAN
z

§ Manakala untuk tempoh selepas berakhirnya kemelsetan pula, kepentingan/


kepeluan pembinaan jalan mula dipersoalkan semula.

§ Sedekad kemudian, menjelang berlakunya perang pasifik, hanya 64 km jalan


iaitu hingga ke Serian berjaya dilaksanakan.

§ Sehingga tahun 1938, hanya terdapat 1,904.4 km jalan di seluruh negeri


Sarawak, dan kurang 10% daripada jumlah tersebut sesuai dengan semua
keadaan cuaca.

§ Hal ini menonjolkan bahawa, pembinaan infrastruktur pengankutan darat moden


bukanlah agenda utama Kerajaan Brooke.
HALANGAN
z KEPADA PERLUASAN
PEMBINAAN JARINGAN INFRASTRUKTUR
PENGANGKUTAN DARAT

§ Selain daripada polisi kerajaan Brooke, halangan kepada wujudnya satu sistem jaringan
infrastruktur pengangkutan darat yang lengkap bagi hubungkan pusat tumpuan utama
penduduk berpunca daripada keadaan geografi dan bentuk muka bumi Sarawak.

§ Bentuk muka bumi Sarawak mendatangkan pelbagai cabaran dan kesulitan kepada
pembinaan infrastruktur pengangkutan darat.

§ Misalnya, kawasan pesisir pantai Sarawak yang berpaya memerlukan kerja2 pengairan
dan penambakan dilakukan terlebih dahulu sebelum jalan dibina (peta 1.2).

§ Kerja-kerja sedemikian melibatkan masa yang panjang dan kepakaran untuk


direalisasikan. Namun perkara paling utama adalah perbelanjaan tambahan yang tinggi
untuk kerja2 tersebut.
Peta z1.2: Dipetik Daripada Ooi Keat Gin, Of Free Trade and Native
Interes,The Brooks and the Development of Sarawak, 1841-1941,
(Kuala Lumpur: Oxford University Press: 1997), hlm. 6.
SAMBUNGAN
z

§ Keadaan cuaca, iaitu jumlah hujan yang tinggi juga turut menganggu kerja2
pembinaan jalan darat. Namun perkara paling utama adalah, jalan darat perlu
dibina dengan sempurna supaya sesuai dengan semua keadaan cuaca
(misalnya apabila berlakunya hujan lebat) supaya jalan tidak rosak.

§ Bahan binaan yang terhad, misalnya batu yang baik dan sesuai turut
menghalang pembinaan jalan darat.

§ Ringkasnya, halangan fizikal dalam pembinaan jalan ini memerlukan


perbelanjaan yang sangat tinggi. Ini tidak termasuk lagi kos untuk untuk kerja2
penyelengaraan jalan darat tersebut.

§ Kos yang tinggi ini menyebabkan pentadbir2 kerajaan Brooke memilih untuk
mengekalkan jalan air sebagai jalan perhubungan utama dan menolak
pembinaan infrastrukut pengangkutan darat.
z

Ringkasnya di Sarawak, perkembangan/


pertumbuhan ekonomi adalah perlahan
KESIMPULAN kerana dua faktor utama iaitu polisi
brooke dan keadaan bentuk muka bumi.

Hal ini menjadikan hasil hutan dan sagu


kekal sebagai eksport utama Sarawak
sehingga berakhirnya akhir kurun ke-19.
z

Borneo utara di
bawah Syarikat
berpiagam borneo
utara (SBBU)
z
LATAR BELAKANG BORNEO UTARA

§ Borneo Utara (BU) merupakan satu wilayah yang menjadi sebahagian daripada
jajahan kesultanan di hingga akhir kurun ke-16.

§ Pada kurun ke-19, sebahagian besar wilayah pantai timur BU dari Teluk Marudu
hingga ke Sungai Sibuku diserahkan oleh Sultan Brunei, iaitu Sultan Muhiuddin
kepada Sultan Sulu sebagai membalas jasanya menewaskan pesaing Sultan
Muhiuddin iaitu Sultan Abdul Mubin dalam peperangan merebut takhta Kesultanan
Brunei.

§ Penyerahan ini menyebabkan wilayah BU terbahagi kepada dua zon pentadbiran


kesultanan, iaitu kawasan pantai barat BU dimiliki oleh Kesultanan Brunei.
SAMBUNGAN
z

§ Manakala kawasan pantai timur BU berada di bawah pentadbiran Kesultanan


Sulu.

§ Di kawasan pedalaman BU pula sistem pentadbiran atau politik kesukuan menjadi


amalan iaitu ditadbir secara bebas oleh ketua2 peribumi atau seseorang tokoh
yang berjaya mendapat sokongan dan kepercayaan daripada penduduk di
kawasan tersebut.

§ Maka, sebelum kemasukan SBUB, BU berada di bawah tiga pentadbiran yang


berbeza.
SAMBUNGAN
z

§ BU hanya mula berada di bawah satu unit politik atau sebuah negeri pada bulan Jun 1882 apabila
ia ditadbir secara rasmi oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) (Ranjit Singh 2003).

§ Pengurniaan Piagam Diraja oleh Ratu Victoria telah membolehkan SBBU membentuk satu sistem
pentadbiran British seperti yang termaktub dalam piagam tersebut.

§ Sebelum penjajahan SBBU, keadaan penduduk BU tidak diketahui dengan jelas.

§ Berdasarkan banci penduduk yang pertama dijalankan oleh SBBU pada tahun 1891, penduduk
Sabah ketika itu berjumlah 67 062 orang sahaja.

§ Namun, ketepatan bilangan ini tidak dapat dipastikan kerana ketika banci ini dijalankan, SBBU
belum membuat penerokaan keseluruh kawasan negeri ini khususnya kawasan pedalaman.

§ Di bawah SSBU, keluasan wilayah BU adalah lebih kurang 73, 620 kaki persegi- iaitu dari Sungai
Mengalong di pantai barat yang bersempadan dengan Sarawak hingga bahagian selatan
Kepulauan Sebattik di timur dan dipisahkan dengan Kalimantan Indonesia melalui Pulau Sebattik
yang dibahagi dua iaitu sebahagian milik BU dan sebahagian lagi milik Indonesia.
z
z

§ Secara keseluruhannya, BU boleh dibahagikan kepada empat kawasan utama


iaitu (1) kawasan tanah rendah di barat, (2) kawasan banjaran pergununang di
barat, (3) kawasan tanah tinggi di bahagian tengah dan (4) kawasan tanah
rendah di timur.

§ Kedudukan BU juga dikelilingi tiga lautan iaitu Laut Cina Selatan di bahagian
barat dan utara, Laut Sulu di Timur Laut dan Laut Celelebes di Timur-
menjadikan kedudukannya strategik iaitu terletak berdekatan dengan pelabuhan-
pelabuhan utama dan penting iaitu Hong Kong, Manila dan Singapura.

§ Maka, berbanding dengan kedudukan dan aspek bentuk muka bumi Sarawak,
kedudukan dan aspek muka bumi BU adalah lebih baik untuk kegiatan
perdagangan dan pertanian.
z

kawasan tanah
rendah di barat

kawasan
banjaran
barat
kawasan tanah
rendah di timur

kawasan tanah
tinggi di bahagian
tengah

kawasan banjaran
barat
z

ASPEK EKONOMI DI BAWAH SBBU (SYARIKAT


KAPITALIS DAN MASYARKAT TEMPATAN)

§ Walaupun objektif utama SBBU adalah untuk mendapat keuntungan melalui galakan pelaburan
kapitalis, namun syarikat itu kemudiannya terlibat dalam tugas menyatukan kawasan-kawasan
yang terpisah-pisah dan sistem politik yang berbagai-bagai kepada suatu bentuk pemerintahan
yang berpusat dan seragam bagi wujudkan kestabilan politik.

§ Oleh sebab sumber pihak syarikat itu begitu terhad, maka para pentadbirnya bergantung
kepada bakat serta institusi tempatan untuk mentadbir kawasan yang begitu luas dengan kos
yang minimum.

§ Usaha wujudkan pentabiran berpusat ini bertujuan licinkankan aktiviti perdagangan dan
eksploitasi ekonomi- melalui usaha galakkan syarikat kapitalis terlibat dalam aktiviti pertanian
dan perladangan.
SAMBUNGAN
z

§ Pada peringkat awal pentadbiran, pihak syarikat utamakan /galakkan industri tembakau
dengan laksanakan polisi tanah yang liberal galakkan juga penghijrahan orang Cina.

§ Namun, dengan kemunculan getah, buruh2 yang diperlukan untuk industri ini semakin
meningkat. Walaupun pihak syarikat lebih berminat dengan buruh Cina, kadar upah buruh ini
bukan hanya mahal, bahkan sukar didapati kerana buruh Cina lebih tertumpu bekerja di
ladang2 tembakau dan lombong arang batu.

§ Justeru, SBBU dalam penanaman getah terpaksa bergantung kepada buruh peribumi dan
orang Jawa. (Ranjit Singh, 2003)
z
PENGLIBATAN SBBU DALAM
PERTANIAN LADANG
§ Selepas berjaya satukan dan seragamkan pentadbiran negeri Sabah- usaha SSBU
ditumpukan kepada pertanian perladangan.

§ Sebaik sahaja mendapat piagam untuk mentadbir, SBBU berusaha menarik minat
pemodal-pemodal asing untuk melabur dalam kegiatan ekonomi mereka.

§ Pada awalnya, hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh SBBU lebih tertumpu
kepada tanaman yang tidak melibatkan modal tinggi (seperti tebu, ubi kayu, ganja,
sutera, kacang soya, orkid dan nanas)- namun percubaan ini mengalami kegagalan.

§ Kemudian, usaha ditumpukan kepada penanaman kopi dan lada hitam- namun
ketidakstabilan harga pasaran kedua-dua komoditi ini menyebabkan sambutan
keatasnya tidak begitu menggalakkan.
SAMBUNGAN
z

§ Kelapa juga turut ditanam kerana penting untuk hasilkan minyak dan juga untuk tujuan
eksport.

§ Terdapat syarikat kapitalis yang terlibat dalam tanaman kelapa ini iaitu Kuhara
Company- usahakan kebun kelapa di Tawau. Selain tanaman kelapa, sagu juga turut
diberi perhatian untuk diusahakan secara ladang berdasarkan kepada potensi
komersialnya.

§ Kedua-dua tanaman ini pada peringkat awalnya diusahakan oleh penduduk tempatan
dan orang Cina- kemudian SSBU galakkan tanaman ini diperluaskan kepada skala yang
lebih besar- kerana potensinya utnuk beri keuntungan yang lumayan
§ Namun, tanaman utama yang diusahakan secara besar-besaran adalah tembakau dan
getah.
SAMBUNGAN
z

§ Tembakau misalnya, telah mendominasi eksport Sabah sejak awal pentadbiran


SBBU sebagai tanaman eksport utama Sabah sebelum kemunculan getah.

§ Tanaman ini berjaya menembusi pasaran di London, Amsterdam dan Amerika


Syarikat.

§ Jumlah eksport tembakau paling tinggi dicapai pada tahun 1902 apabila berjaya
memperoleh pendapatan sebanyak $2,018,182. Namun demikian, hasil eksport
menurun kemudiannya dan getah muncul kembali sebagai tanaman ladang
paling penting sehinggalah Perang Dunia Kedua meletus.

§ Ringkasnya faktor utama SBBU melibatkan diri dalam pertanian ladang adalah
disebabkan oleh sektor ini mampu memberikan keuntungan yang tinggi
berbanding aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain. (Jinel Noin, 2011).
z

Aspek bentuk muka bumi dan sumber-sumber


semula jadi memainkan peranan penting dalam pola
pembangunan negeri Borneo utara

Misalnya, kawasan pedalaman Borneo Utara yang


mempunyai bentuk muka yang bergunung ganang
dan berhutan tebal menyebabkan pembangunan
ekonomi hanya tertumpu di kawasan dataran aluvium
yang terletak pesisir pantai Borneo.

Keadaan bentuk muka bumi ini jugalah yang menjadi


halangan besar kepada pembangunan infrastruktur
pengangkutan darat moden khasnya pembinaan jalan
darat dan jalan keretapi merentasi kawasan
pedalaman.

Pembangunan ekonomi Borneo Utara amat berkait


perkembangan perdagangannya dengan dunia luar
dan berpusat di lima pelabuhan yang utama iaitu
Sandakan dan Tawau (Timur), Labuan, Pulau Gaya
(Barat) dan Kudat (Barat Laut).
z

Setiap satu pelabuhan ini dapat dihubungkan oleh “lebuhraya


semula jadi” iaitu sungai yang merupakan pengangkutan utama
di Sabah.

Kebanyakan petempatan dan perkampungan-perkampungan yang


besar juga terletak di sepanjang sungai dan juga muara-muara
sungai. Bahkan penjelajah-penjelajah awal juga bergantung kepada
jalan sungai untuk sampai ke kawasan pedalaman.

Di sabah, tidak wujud sumber galian utama yang boleh menarik


minat pelabur seperti kewujudan timah di Tanah Melayu pada awal
pertapakan Syarikat Berpiagam di Sabah iaitu pada tahun 1881.

Bagi pembangunan ekonomi, Syarikat bergantung kepada penjualan


tanah, tanaman tembakau dan industri pembalakan.
59

Penjualan tanah penyumbang hasil terbesar kepada


syarikat pada tahun 1888 dan 1889 sebelum diambil alih
oleh hasil eksport tembakau bermula pada tahun 1890.

Misalnya pada tahun 1888 dan 1889, hasil daripada


jualan tanah adalah masing2 berjumlah $216,457 dan
$256,652 berbanding hasil eksport tembakau yang hanya
berjumlah $20,842 dan $129,483 untuk tahun yang sama.

Namun pada tahun 1890, jumlah hasil eksport tembakau


berjumlah $396,314 dan hasil jualan tanah pula berjumlah
$219,652.

Hasil eksport tembakau adalah paling tinggi sekali pada


tahun 1896 iaitu berjumlah $1,372,277 darpada nilai
keseluruhan eksport yang berjumlah $2,473,753.
60

Industri tembakau juga bergantung sepenuhnya


kepada pengangkutan air (sungai) dan ladang-
ladang tembakau juga tertumpu di lembah-
lembah sungai yang mempunyai tanah yang
sesuai keadaan topografinya dan di mana sungai
merupakan nadinya.

Industri pembalakan pula membolehkan syarikat


meneruskan aktiviti ekonominya di pesisir pantai
timur Borneo dan menyebabkan pelabuhan
Sandakan, Lahad Datu dan Tawau kekal relevan.
Misalnya pada tahun 1910, hasil eksport balak
adalah berjumlah $862,155.
61

z
Kejayaan tanaman tembakau ini memberi kesan
signifikan dalam mencetuskan idea bagi
pembinaan sistem pengangkutan darat moden
iaitu jalan keretapi di pesisir dan pedalaman
pantai barat Borneo.

W. C. Cowie, seorang pemegang syer syarikat


merupakan individu penting yang
membangkitkan cadangan pembinaan
infrastruktur darat moden iaitu jalan keretapi di
Borneo.

Beliau terinspirasi dengan polisi pembangunan


infrastruktur darat moden Frank Swettenham di
Tanah Melayu yang berjaya menarik pelaburan
dan peningkatan hasil berikutan pembinaan jalan
keretapi.
62

§ Namun ideanya ini pada peringkat awalnya ditentang oleh Lembaga Pengarah dan pemegang-pemegang
syer syarikat yang lain yang tidak berminat untuk melabur dalam pembangunan pengangkutan.

§ Cowie tidak berputus asa dengan rancangannya dan sebaik dilantik ke Lembaga Pengarah, beliau terus
berusaha untuk menyakinkan Lembaga Pengarah dan pemegang syer syarikat untuk memperuntukan
dana daripada hasil syarikat bagi membina jalan keretapi moden.

§ Beliau bernasib baik apabila Lembaga Pengarah dan pemegang-pemegang syer syarikat bersetuju dan
yakin dengan hujahnya bahawa pembinaan jalan keretapi memudahkan akses ke kawasan pedalaman
dan seterusnya mampu membawa kepada pembukaan tanah baru untuk penanaman tembakau dan
tanaman-tanaman lain.
63

§ Hasil lobinya, akhirnya jalan keretapi yang menghubungkan Weston-Beaufort yang


berjaya disiapkan pada tahun 1900 dan dua lagi jalan keretapi iaitu yang
menghubungkan Beaufort dengan Jesselton yang sepanjang 92 kilometer disiapkan
pada tahun 1902.

§ Jalan darat dari Beaufort ke Tenom pula disiapkan pada tahun 1905.

§ Jalan keretapi dari Beaufort ke Tenom ini dipanjangkan 14.4 kilometer ke Melalap atas
permintaan sebuah syarikat getah dan sepenuhya pada tahun 1907.

§ Namun, pembinaan jalan keretapi di Borneo ini terhad di pesisir pantai Barat Daya
Borneo dan di kawasan pedalaman terhenti di Melalap iaitu 14.4 kilometer dari Tenom.
64

§ Rancangan awalnya untuk membina jalan dari pesisir pantai Barat Daya
Borneo merentasi kawasan menghala Timur Borneo tidak kesampaian dan
telah ditolak kerana keadaan bentuk muka bumi pedalaman sabah yang
bergunung ganang.

§ Maka pembinaan tersebut akan menelan kos yang amat tinggi. Tambahan
pula kawasan pedalaman Borneo tidak ditemui sebarang bahan galian.

§ Namun, perkara ini mula berubah dengan kemunculan getah sebagai tanaman
komersial yang menguntungkan.
PERLADANGAN
z GETAH

Selepas kerajaan melaksanakan dasar tanpa cukai dan jaminan dividen, syarikat-
syarikat pengusaha Eropah mula menunjukkan reaksi yang menggalakkan.

Banyak syarikat ditubuhkan dan melibatkan diri secara langsung dalam industry2.
tersebut.

British Borneo Para Rubber Company merupakan syarikat pertama yang


mengeksploitasi tawaran kerajaan itu dengan memperoleh kawasan seluas 809 ekar
berdekatan dengan landasan keretapi Weston-Beaufort pada tahun 1905.
Pada tahun 1906, Tenom Rubber Company Limited memilih kawasan seluas 4,405
ekar di Beaufort dan Menggatal untuk menanam getah.

Sementara itu, Manchester North Borneo Rubber Limited mendapatkan kawasan


seluas 5,260 ekar di Melalap dan Langkon North Borneo Rubber Limited yang
beroperasi di sekitar Teluk Marudu dan memegang konsesi sebanyak 4,855 ekar
z
§ Pada tahun 1907, kebanyakan syarikat mula gunakan modal besar untuk
usahakan getah kerana keluasan tanamannya semakin meningkat.
§ Hal ini dapat dilihat daripada jadual 1 di bawah:
z

Berdasarkan jadual, British North Borneo Para Rubber telah menggunakan modal sebanyak £20,000 untuk
menjalankan perusahaan di kawasan seluas 3,000 ekar tanah.

Modal terbesar sekali dicatatkan pada masa itu ialah sebanyak £200,000 dan modal tersebut digunakan oleh
British North Borneo Company untuk membiayai penanaman seluas 20,000 ekar.

Manakala, empat syarikat perusahaan yang lain iaitu Langkon Borneo Rubber Company Limited, Manchester
North Borneo Company Limited, Sapong & Tobacco Estates Limited dan Tenom Borneo Para Rubber Company
Limited masing-masing memperuntukkan modal sebanyak £100,000 untuk menjalankan perusahaan di
kawasan masing2 iaitu 12,000 ekar, 13,000 ekar, 30,960 ekar dan 10,000 ekar.

Pada tahun 1910, kerajaan menanam getah seluas 5,114 ekar lagi dan jumlah keluasan tanaman getah di
Sabah pada ketika itu hampir menyamai jumlah di Selangor iaitu 37,490 ekar.

Pada tahun 1911, jumlah hasil negeri mencapai £200,000 dan ianya banyak disumbangkan oleh eksport getah.
68

z
Sungguhpun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan pesat penanaman getah
ini adalah ekoran pembinaan landasan keretapi sebelum itu yang beri pengaruh yang sangat
dominan bagi membolehkan industri tersebut diperluaskan terutamanya di pantai barat dan
pedalaman.

Namun keuntungan daripada industri getah ini juga turut sumbang kepada perkembangan
yang lebih pesat dalam pembinaan landasan keretapi, pembinaan jalan raya (rujuk lampiran 1,
2, 3 dan 4) dan pelabuhan kemudiannya kerana kemudahan2 ini digunakan untuk melicinkan
urusan industri dan juga fungsinya sebagai alat perhubungan.

Satu kesan sosial yang amat jelas berlaku juga adalah pertambahan penduduk ekoran
keperluan mengimport tenaga kerja dari China dan Pulau Jawa untuk bekerja di estet2 getah.

Langkah ini bukan sahaja membantu perkembangan industri getah malah turut mengubah
aspek demografi penduduk.

Kesannya, ekoran perkembangan industri getah, perubahan ketara dalam aspek ekonomi,
infrastruktur dan demografi juga dapat dilihat.
z

Lampiran 1
z

Lampiran 2
z

Lampiran 3

Pengangkutan jalan (Jalan keretapi dan jalan darat lain) sehingga


tahun 1942
z

Lampiran 4
73

KESIMPULAN
§ Sumber galian merupakan faktor utama pembinaan infrastruktur moden iaitu jalan keretapi dibina
daripada kawasan pedalaman ke pelabuhan-pelabuhan utama.

§ Oleh kerana di BU pihak syarikat tidak menemui sebarang tiada sumber galian untuk diekploitasi, maka,
pihak syarikat berpiagam tidak begitu bersetuju dan memberi sokongan kepada pembinaan jalan keretapi.

§ Namun, keadaan bentuk muka bumi yang bergunung ganang turut menjadi penghalang kepada
pembinaan jalan keretapi kerana kos yang diperlukan adalah amat tinggi jika jalan keretapi dibina
merentasi kawasan pedalaman BU yang bergunung ganang dan terdiri daripada banyak sungai.

§ Namun, perkembangan industri getah telah membantu pesatkan perkembangan jalan perhubungan dan
kemudahan infrastruktur.

§ Situasi ini turut mempengaruhi aspek sosial dan ekonomi negeri Sabah.
74

SEKIAN
z

TERIMA KASIH

You might also like