Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tingkatan 5 – Modul 4

PERKONGSIAN

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP1 13.3.3 R B

Antara berikut, yang manakah terdapat dalam Penyata Kedudukan Kewangan suatu
perkongsian?

I Akaun Semasa
II Untung Bersih
III Ambilan
IV Modal

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP1 13.3.2 R B

Butiran manakah yang akan direkod di bahagian kredit Akaun Semasa pekongsi?

A Faedah atas ambilan


B Faedah atas pinjaman
C Kongsi rugi
D Ambilan

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP1 13.3.4 R C

Apakah butiran yang terdapat dalam ekuiti pemilik perkongsian?

A Ambilan
B Untung bersih
C Akaun semasa
D Faedah atas modal

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP1 13.4.1 R B
Mengapakah sesebuah perkongsian dibubarkan?

I Salah seorang pekongsi meninggal dunia.


II Perniagaan perkongsian mendapat kerugian.
III Seorang pekongsi lewat menjelaskan pinjaman peribadi.
IV Perniagaan perkongsian ditukarkan kepada syarikat berhad.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP1 13.4.5 R B

Pernyataan manakah yang menyebabkan akaun modal berbaki debit pada tarikh pembubaran?

I Ambilan yang banyak


II Sumbangan modal yang besar
III Nilai aset yang diambil alih rendah
IV Rugi realisasi melebihi jumlah modal

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Konstruk Konteks Aras Kunci
OP2 13.3.1 S A

Yaya dan Mimi merupakan rakan kongsi dalam Perkongsian YAMI. Maklumat berikut
diperoleh daripada buku perniagaan mereka pada 30 Jun 2019.

RM
Gaji tahunan Yaya 8 000
Gaji yang telah dibayar kepada Yaya 5 000

Berapakah gaji yang perlu direkod dalam Akaun Semasa Yaya?

A RM 3 000
B RM 5 000
C RM 8 000
D RM 13 000

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP2 13.2.3 S C

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Two One yang dimiliki oleh Ahmad Dan
Idham.

RM
Untung bersih 15 800
Faedah atas modal 1 200
Faedah atas ambilan 2 300
Untung dibahagi sama rata

Berapakah kongsi untung bagi setiap pekongsi?

A RM 6 150
B RM 7 350
C RM 8 450
D RM 9 650

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP1 13.4.4 S B
Petikan Akaun Realisasi berikut diperoleh daripada buku sebuah perniagaan.

Akaun Realisasi

Bank 5 000

A Pembayaran belanja realisasi


B Kutipan daripada Akaun Belum Terima
C Pembayaran kepada Akaun Belum Bayar
D Penerimaan diskaun kerana menjelaskan hutang.

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP2 13.2.3 T D

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Khalid dan Khalida pada 31 Disember
2019 yang berkongsi untung dan rugi sama rata.

RM
Untung bersih 8 500
Faedah atas ambilan 80
Gaji Khalid 700

Maklumat tambahan:

(a) Gaji tahunan Khalid RM 2 000


(b) Kadar bayaran belum bayar RM 400

Berapakah kongsi untung yang akan direkod dalam Akaun Semasa pekongsi?

A RM 1 540
B RM 2 260
C RM 2 740
D RM 3 090

Konstruk Konteks Aras Kunci


OP2 13.4.4 T A
Maklumat berikut diambil daripada Perkongsian Amir Dan Amirah yang berkongsi untung
dan rugi secara sama rata.

Jumlah aset RM 45 000


Jumlah liabiliti RM 8 400

Dalam proses pembubaran, semua aset direalis sebanyak RM 42 000. Belanja realisasi
RM850 manakala liabiliti dijelaskan sepenuhnya.
Berapakah rugi realisasi yang ditanggung oleh setiap pekongsi?
A RM 1 925
B RM 2 150
C RM 3 850
D RM 5 400

You might also like