Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SULIT 3756 /1

3756/1
Prinsip
Perakaunan
Kertas 1
Oktober
2020
1 1/4 jam

SEKOLAH………..

MODUL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D. Bagi
tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas
jawapan yang disediakan.

4. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

5. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

6. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak termasuk muka hadapan


SULIT 3756/1

1. Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu
tempoh perakaunan?

A Konsep perakaunan.
B Kitaran perakaunan.
C Prinsip perakaunan.
D Sistem perakaunan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan andaian usaha berterusan?

A Perniagaan akan terus berkembang maju.


B Peniaga akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
C Perniagaan akan beroperasi untuk suatu jangkamasa yang tidak terhad.
D Peniaga akan terus menambahkan modal untuk meneruskan perniagaan.

3. Bentuk organisasi perniagaan manakah yang mempunyai liabiliti yang terhad?

A Kedai Buku Chai.


B Pasar Segar Layang.
C Klinik Rajudan Singh.
D Syarikat Putera Berhad.

4. Manakah belanja bukan operasi sebuah perniagaan?

A Faedah pinjaman bank.


B Angkutan Keluar.
C Insurans.
D Gaji.

5. Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga yang berlaku diambil daripada
Perniagaan Pertiwi.
2019
Jun 30 Pulangan belian bernilai RM 900

Yang manakah menunjukkan kesan urus niaga yang betul?

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


A Berkurang Berkurang Tiada kesan
B Bertambah Bertambah Tiada kesan
C Berkurang Tiada kesan Bertambah
D Bertambah Tiada kesan Berkurang

3756/1 2 SULIT
SULIT 3756/1

6. Pilih padanan yang betul.

Catatan Kontra Akaun yang berkaitan

A Peruntukan Hutang Ragu Akaun Belum Terima


B Susut Nilai Perabot Perabot
C Pulangan Masuk Belian
D Ambilan Tunai

7. Dokumen 1 diperoleh daripada Kedai Lampu Hiasan Kristal.

SALINAN RESIT RASMI NO. RESIT : K020

Kedai Lampu Hiasan Kristal


No. 40 Bangunan Sentosa
84000 Muar, Johor

Tarikh : 31 Mei 2019

Diterima daripada : Pembekal Bling Bling


Apakah
Ringgitkegunaan
Malaysia Dokumen
: Satu1?
ribu lima ratus enam puluh sahaja

Untuk bayaran : Keseluruhan invois (diskaun tunai 10% )

RM1 560.00 Hana


Tunai / No. Cek : BIMB112244 (Pengurus)

A Bukti pembelian barang niaga secara tunai


B Mengurangkan jumlah dalam invois.
C Menambahkan jumlah dalam invois.
D Bukti penerimaan tunai atau cek.

8. Puan Rohana menghantar ringkasan urus niaga yang berlaku antaranya dengan pembeli
pada akhir setiap bulan. Apakah dokumen yang dihantar oleh Puan Rohana?

A Makluman Debit
B Penyata Akaun
C Nota Debit
D Invois

3756/1 3 SULIT
SULIT 3756/1

9. Jurnal Am berikut diperoleh daripada Kedai Perabot Kilat.

Tarikh Butir Debit Kredit


( RM ) ( RM )
2019
Mei 10 Perabot 2 000
Belian 2 000

Manakah urus niaga yang menerangkan catatan di atas?

A Beli set katil pengantin secara kredit


B Ambil sebuah almari untuk kegunaan keluarga
C Ambil satu set sofa untuk dipamerkan di hadapan kedai
D Pembetulan kesilapan : beli aset secara kredit tersalah rekod dalam akaun belian

10. Urus niaga yang berikut diambil daripada Perniagaan Antartika.

30 Mac 2019 Menghantar nota kredit kepada Jimie Enterprise sebanyak


RM 200.

Perniagaan Antartika akan merekodkan urus niaga tersebut ke dalam …………

A Jurnal Jualan.

B Jurnal Belian.

C Jurnal Pulangan Jualan.

D Jurnal Pulangan Belian.

11. Petikan Buku Tunai berikut diperoleh daripada Kedai Nobita.


Buku Tunai Kredit

Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank


2019 RM RM RM
Mei 15 Perniagaan Sizuka 700

Manakah urus niaga yang menerangkan catatan di atas?

A Perniagaan Sizuka menjelaskan hutang kepada Kedai Nobita.

B Kedai Nobita menjelaskan hutang kepada Perniagaan Sizuka.

3756/1 4 SULIT
SULIT 3756/1

C Perniagaan Sizuka menjual barang niaga kepada Kedai Nobita.

D Kedai Nobita membeli barang niaga daripada Perniagaan Nobita.

12. Maklumat berikut adalah perbezaan ciri antara Lejar Jualan dengan Lejar Belian.
Perbezaan manakah yang betul?

Lejar Jualan Lejar Belian

I. Merekod urus niaga jualan tunai Merekod urus niaga belian tunai

II Merekod urus niaga jualan kredit Merekod urus niaga belian kredit

III Mencatat semua Akaun Belum Mencatat semua Akaun Belum Bayar
Terima

IV. Mencatat Akaun Belum Terima Mencatat Akaun Belum Bayar barang
barang niaga niaga

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

13.
Suhaimi menjelaskan hutang sebanyak RM2 500 kepada Pembekal Syamimi dengan
cek selepas mengambil kira diskaun tunai.

Apakah catatan bergu bagi urus niaga di atas?

Akaun Didebitkan Akaun Dikreditkan

A Bank Pembekal Syamimi


Diskaun diterima

B Bank Pembekal Syamimi


Diskaun diterima

C Pembekal Syamimi Bank


Diskaun diterima

D Pembekal Syamimi Bank


Diskaun diterima
3756/1 5 SULIT
SULIT 3756/1

14. Maklumat berikut diperoleh daripada Rebung Trading.

2018 RM
Jan 1 Baki debit Lejar Jualan 8 690
Dis. 31 Penerimaan daripada Akaun Belum Terima 52 430
Diskaun diberi 1 260
Pulangan masuk 1 680
Hutang lapuk 550
Baki debit Lejar Jualan 9 720

Berapakah jualan kredit Rebung Trading?


A RM 56 950

B RM 55 850

C RM 37 510

D RM 36 410

15. Imbangan Duga Perniagaan Cumi Cumi mempunyai beberapa kesilapan.

Imbangan Duga pada 30 April 2019

Butiran Debit ( RM ) Kredit ( RM )


Modal 7 000
Inventori Awal 2 200
Jualan 5 248
Belian 3 890
Angkutan masuk 273
Hutang Lapuk Terpulih 100
Pulangan keluar 85
Insurans 120
Diskaun diterima 50
Gaji 2 400
3756/1 6 SULIT
SULIT 3756/1

Sewa 3 600

Berapakah jumlah Imbangan Duga setelah kesilapan tersebut diperbetulkan?

A RM 10 223
B RM 12 483
C RM 14 733
D RM 24 966

16. Pilih pernyataan yang benar mengenai Sistem Inventori Berterusan.

I Menyimpan rekod yang terperinci untuk mengesan barang niaga yang diterima dan
dikeluarkan
II Sistem ini diamalkan oleh peniaga runcit yang barang niaganya bernilai rendah.

III Kuantiti dan nilai inventori pada hujung sesuatu tempoh ditentukan dengan
membuat pengiraan fizikal.
IV Pada rekod inventori akan mempamerkan kuantiti, kos seunit, jumlah kos belian
dan kos jualan inventori serta baki akhir inventori.
A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

17. Maklumat berikut diambil daripada buku perakaunan Firma Mega Perdana pada 31 Mei
2019.
RM
Alatan pejabat 15 000
Kenderaan 12 000
Akaun Belum Terima 5 000
Susut nilai terkumpul alatan pejabat 1 500

Berapakah jumlah aset bukan semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

A RM 24 500
B RM 25 500

3756/1 7 SULIT
SULIT 3756/1

C RM 30 500
D RM 32 000

18. Pada 31 Mac 2018, Syarikat Johan Sdn Bhd telah membayar premium insurans tahunan
RM 1 200. Tempoh perakaunan syarikat tersebut berakhir pada 31 Disember 2018.
Hitungkan belanja insurans yang akan dipindahkan ke akaun Untung Rugi bagi tahun
berakhir 31 Disember 2018.

A RM 900
B RM 1 000
C RM 1 100
D RM 1 200

19. Maklumat yang berikut menunjukkan Imbangan Duga Kedai Dobi Pagoh Perdana pada
31 Oktober 2018.
Debit (RM) Kredit (RM)
Akaun Belum Terima 6 000
Peruntukan Hutang Ragu 450

Kedai Dobi Pagoh Perdana telah membuat peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas
akaun belum terima.
Apakah kesannya terhadap hasil atau belanja kedainya?
A Hasil bertambah RM 150
B Hasil berkurang RM 150
C Belanja bertambah RM 300
D Belanja berkurang RM 300

20. Ramli Berhad telah membeli sebuah mesin bernilai RM19 000. Mesin dijangka boleh
digunakan selama 10 tahun. Pada akhir tempoh penggunaan, nilai skrap mesin
dianggarkan sebanyak RM3 200.

Berapakah susut nilai mesin tersebut?


A RM 1 350
B RM 1 580
C RM 1 850
D RM 1 950

21. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Pro Aktif Wira pada 31 Disember 2018.

RM
Kenderaan (kos) 30 000
Susut nilai terkumpul kenderaan 6 000
3756/1 8 SULIT
SULIT 3756/1

Kenderaan tersebut dijual pada harga RM25 500 pada 31 Disember 2018. Berapakah
untung atau rugi pelupusan kenderaan tersebut?
A Rugi pelupusan RM 1 500
B Rugi pelupusan RM 4 500
C Untung pelupusan RM 1 500
D Untung pelupusan RM 4 500

22. Pernyataan manakah yang tidak benar?


A Kesilapan tidak ketara dibetulkan melalui catatan Jurnal Am.
B Kesilapan tidak ketara tidak ditunjukkan dalam Imbangan Duga.
C Imbangan Duga disediakan untuk menguji ketepatan catatan bergu.
D Imbangan Duga yang seimbang bermakna tiada kesilapan dalam rekod perakaunan.

23. Barang niaga berkos RM 200 telah diambil oleh pemilik untuk kegunaan keluarga. Urus
niaga ini terlupa direkod dalam mana-mana buku.

Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan dalam Jurnal Am?

Debit Kredit

A. Ambilan 200
Modal 200

B. Ambilan 200
Barang niaga 200

C. Ambilan 200
Belian 200

D. Ambilan 200
Inventori 200

24. Maklumat berikut diperoleh daripada penyata kedudukan kewangan Perniagaan


Komputer Xpert bagi tahun berakhir 31 Mei 2019?
RM
Aset bukan semasa 90 000
Aset semasa 80 000
Liabiliti bukan semasa 50 000
Liabiliti semasa 20 000

3756/1 9 SULIT
SULIT 3756/1

Berapakah nisbah semasa?


A. 1:3
B. 1:4
C. 3:1
D. 4:1

25. En. Hansim tidak mengamalkan sistem catatan bergu semasa membuat perekodan
urus niaganya. Apakah kaedah yang boleh digunakan oleh En Hansim untuk
menentukan pendapatan perniagaannya?
I Kaedah Analisis
II Kaedah Perbandingan
III Kaedah Penilaian Semula
IV Kaedah Margin Caruman

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

26. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Salon Kecantikan Puteri pada 1 Mac 2019?

RM
Inventori 2 360
Kelengkapan 8 750
Overdraf bank 2 320
Akaun Belum Bayar 3 140
Akaun Belum Terima 2 750
Gaji prabayar 1 220
Berapakah modal Salon Kecantikan Puteri pada tarikh tersebut?

A. RM 7 180

3756/1 10 SULIT
SULIT 3756/1

B. RM 9 620
C. RM 11 820
D. RM 14 260

27. Buku Syarikat Murni menunjukkan baki awal Akaun Belum Bayar sebanyak RM3 850
dan baki akhir Akaun Belum Bayar RM2 620. Jumlah belian adalah RM32 580 dan
pulangan belian ialah RM1 320.

Berapakah pembayaran kepada Akaun Belum Bayar jika 10% diskaun tunai diterima?

A. RM 22 311
B. RM 27 027
C. RM 29 241
D. RM 30 030

28. Sistem kawalan tunai diamalkan bertujuan untuk memastikan perniagaan

A. mendapatkan keuntungan
B. memperoleh jualan yang maksimum
C. menyimpan tunai yang banyak di tangan
D. mempunyai aliran tunai yang mencukupi

29. Penyata Penyesuaian Bank berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2018

RM RM
R (200)

Tambah: Cek belum dikemukakan 1 100


Dividen 200 1 300

1 100
Tolak: Deposit belum dikreditkan 700
Caj bank 20 720

S 380
Apakah R dan S?

R S
A. Baki debit di Buku Tunai Baki debit di Penyata Bank
B. Baki debit di Penyata Bank Baki debit di Buku Tunai

3756/1 11 SULIT
SULIT 3756/1

C. Baki kredit di Buku Tunai Baki kredit di Penyata Bank


D. Baki kredit di Penyata Bank Baki kredit di Buku Tunai

30. Encik Aziz memulakan Pustaka Aziz pada bulan Januari 2019. Berikut ialah petikan
anggaran belanjawan bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2019.

i. Encik Aziz membawa masuk tunai RM 25 000 ke dalam perniagaannya.


ii. Jualan Januari dianggarkan berjumlah RM 35 500 dan dijangkakan bertambah
sebanyak 10% pada bulan Mac. 60% daripada jualan diberi tempoh sebulan
kredit.
iii. Pada bulan Mac, sumbangan modal tambahan sebanyak RM2 000 diperoleh
daripada ahli keluarga.

Berapakan jumlah penerimaan Pustaka Aziz bagi bulan Januari, Februari dan Mac
2019?

Januari Februari Mac


RM RM RM
A. 39 200 35 500 38 920
B. 39 200 39 050 42 955
C. 60 500 35 500 38 920
D. 60 500 39 050 42 955

31. Apakah butiran yang direkodkan dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi?

A. Faedah atas pinjaman


B. Faedah atas ambilan
C. Gaji belum bayar
D. Ambilan

32. Antara berikut, item manakah yang dikreditkan ke dalam Akaun Semasa Pekongsi?
I Ambilan
II Faedah atas modal
III Faedah atas ambilan
IV Faedah atas pinjaman pekongsi
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
3756/1 12 SULIT
SULIT 3756/1

D II dan IV

33. Maklumat berikut berkaitan syer yang dibeli oleh Encik Zaman.

Pada 1 Januari 2018, Encik Zaman telah membeli 20 000 unit 8% syer keutamaan
RM2 sesyer. Pada 30 Jun 2018, lembaga pengarah telah mengisytiharkan dividen
interim syer keutamaan 8%.

Berapakah dividen interim?


A. RM 1 200
B. RM 1 600
C. RM 3 200
D. RM 4 200

34. Syarikat Membawang Berhad memberikan maklumat berkaitan terbitan syer pada tahun
2019.

Tarikh Perkara

Menerbitkan syer biasa sebanyak 1 500 000 unit pada


1 Jan 2019
harga RM1 sesyer

30 Jun 2019 Menerbitkan syer biasa sebanyak 3 000 000 unit pada
harga RM0.80 sesyer

Semua syer yang diterbitkan telah dilanggan dan dibayar penuh.


Berapakah jumlah modal diterbitkan dan berbayar penuh sehingga 30 Jun 2019?

A RM4 500 000

B RM3 900 000

C RM2 400 000

D RM1 500 000

35. Apakah butir pendapatan modal bagi kelab dan persatuan?


3756/1 13 SULIT
SULIT 3756/1

A. Derma khas

B. Sewa alatan sukan

C. Kutipan jualan pesta ria

D. Faedah atas simpanan tetap

36. Jumlah syer yang ditawarkan kepada orang awam dan telah dibayar penuh oleh sebuah
syarikat berhad dikenali sebagai
A. Modal berbayar

B. Modal diterbitkan

C. Modal belum diterbitkan

D. Modal diterbitkan dan berbayar penuh


37. Akaun perdagangan kantin Kelab Belia Taman Cempaka menunjukkan untung
berjumlah RM 3 790. Untung tersebut akan dipindahkan ke
A. Akaun Yuran

B. Akaun Untung Rugi

C. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

D. Akaun Penerimaan dan Pembayaran

38. Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kelab Warisan yang menjalankan aktiviti
berbentuk pertandingan dan perkhidmatan restoran untuk ahlinya.

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Akaun Belum Terima restoran 150 300
Akaun Belum Bayar restoran 420 290

Sepanjang tahun 2019: RM


Penerimaan daripada Akaun Belum Terima 1 670
Pembayaran kepada Akaun Belum Bayar 980

Berapakah nilai jualan dan belian kelab tersebut?

Jualan Belian

A. RM 1 520 RM 1 110

3756/1 14 SULIT
SULIT 3756/1

B. RM 1 520 RM 810

C. RM 1 820 RM 850

D. RM 1 820 RM 1 110

39. Kelab Seni SMK Johor Bahru memberikan maklumat berkaitan kelab seperti berikut:

RM
Baki Akaun Belum Terima pada 1 Julai 2018 1 155
Baki Akaun Belum Terima pada 30 Jun 2019 2 110
Jualan tunai 1 885
Kutipan daripada pelanggan 2 910

Berapakah jumlah hasil jualan kelab tersebut bagi tahun berakhir 30 Jun 2019?

A RM5 750

B RM4 795

C RM3 865

D RM3 040

40. Maklumat di bawah ini diambil daripada Kelab Sukan AMG 45 bagi tahun berakhir 30 Jun
2019.

1 Julai 18 30 Jun 19
RM RM
Yuran belum terima 200 400
Penerimaan daripada ahli kelab 2 400

3756/1 15 SULIT
SULIT 3756/1

Berapakah jumlah yuran yang direkodkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi
tahun berakhir 30 Jun 2019.

A RM1 800
B RM2 200
C RM2 600
D RM3 000

KERTAS SOALAN TAMAT

3756/1 16 SULIT

You might also like