minit mesyuarat koko kali 1 (2024)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SJK (C) KEE WHA, NENASI

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.1


SESI 2024/2025

Tarikh : 6 MAC 2024 (RABU)


Masa : 11.30 PM – 12.10 PM
Tempat : Bilik Guru
Pengerusi : Cik Lui Yin Khai ( GPK Pentadbiran )
Pencatat : Pn Hafizatul Azma ( SU Kokurikulum)
Kehadiran : Cik Lui Yin Khai ( GPK Pentadbira )
En. Tan Lip Xin ( GPK Hal Ehwal Murid )
En Wong Chu Seung ( GPK Kokurikulum)
Pn Hafizatul Azma (Guru)
Pn Syadia Hanan (Guru)
Cik Tan Mei Chi (Guru)
Cik Lee Ching Woey (Guru)
Cik Kee Wei Nie (Guru)
En Pui Wen Hang (Guru)
Cik Ng Shi Qi (Guru)

1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi


1.1 GPK Kokurikulum, En Wong Chu Seung mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua Guru ke Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 Sesi 2024/2025 ini.
1.2 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan pengurusan dan pelaksanaan
kokurikulum

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas


2.1 Cik Ng Shi Qi mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan Pn Hafizatul
Azma.

3.0 Pengurusan Kokurikulum


3.1 Guru yang dilantik sebagai ketua unit ialah Cik Lee Ching Woey (Pengakap), Pn Nuurul
Huda (TKRS), Cik Kee Wei Nie (Muzik), Cik Tan Mei Chi (Pencegahan Jenayah), Encik
Pui Wen Hang (Bola Keranjang), dan Pn Syadia Hanan (Catur). Setiap ketua akan
dibantu oleh 2 orang guru bagi membantu kelancaran sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
3.2 Pada bulan puasa perlaksanaan kokurikulum dijalankan selama 2 jam iaitu unit
beruniform dan kelab persatuan sahaja. Sukan permainan akan dilaksanakan selepas
waktu bulan puasa pada setiap minggu selama 1 jam sahaja. Waktu perlaksanaan
kokurikulum ialah sehingga pukul 3 (bulan puasa) dan pukul 4 (selepas bulan puasa).
Rujuk jadual pelaksanaan aktiviti kokurikulum sesi 2024/2025 dalam buku perancangan
sekolah.
3.3 Penerangan takwim kokurikulum.
- Aktiviti bermula pada 20/3/24.
- Merentas desa pada 23/4/24
3.4 Setiap guru bergilir-gilir untuk mengajar setiap bidang unit masing-masing. Aktiviti yang
dijalankan mestilah berkaitan dengan unit masing-masing.
3.5 Kehadiran dan senarai nama murid sudah diedarkan kepada ketua unit bidang masing-
masing.
3.6 Guru perlu menyediakan modul atau rph bagi setiap interaksi yang akan dijalankan. Guru
diminta untuk muat naik fail tahun lepas pada folder rasmi sebelum atau pada 7/3/24.
Guru diminta untuk menghantar takwim dan modul sesi baru pada 18 Mac 2024.
3.7 Fail unit bahagian masing-masing perlulah dilengkapkan pada 19/4/24.
3.8 Laporan kokurikulum juga perlu dilakukan setiap kali selesai interaksi dijalankan. Guru
perlu membuat perekodan buku PAJSK dan buku rekod kokurikulum di pejabat. Hantar
pada setiap hari Jumaat bagi setiap minggu.
3.9 Laporan pertandingan memerlukan maklumat pertandingan dan peserta yang terlibat.
Memerlukan gambar, nama pertandingan, nama guru pengiring, tempat, tarikh, masa
nama murid dan kelas. Dilaksanakan dalam dwibahasa. Perlu disemak oleh GPK
Kokurikulum dan guru besar sebelum dimuatnaik
3.10 Aktiviti kokurikulum hari Isnin 11 Mac 2024, guru perlu memakai baju sukan.
Tindakan :Semua Guru

4.0 Hal-Hal Lain


7.1 Guru diminta untuk bersedia dengan untuk menjalankan Kejohanan Merentas Desa yang
akan dijalankan pada 23 April 2024.

Tindakan : Semua Guru


5.0 Ucapan Penangguhan
8.1 Mohon semua guru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-
sungguh supaya dapat meningkatkan kemenjadian murid di sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang .

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________ ____________________
Hafizatul Azma binti Hashim Wong Chu Seung
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SJK (C) Kee Wha SJK (C) Kee Wha

Disahkan oleh:

__________________
Lui Yin Khai
GPK Pentadbiran
SJK (C) Kee Wha

You might also like