Teks Pemulihan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Teks ucapan pengacara Program We Care Pemulihan & Taklimat Intervensi Tahun 1

Perkara Ucapan Catatan


Ketibaan tetamu Assalamualaikum wbt..
jemputan
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke
Majlis We Care Pemulihan dan Taklimat Intervensi
Tahun 1.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Untuk itu, tuan-
tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
dipersilakan mengambil tempat di dalam dewan.
Mengumumkan ketibaan,

Yang Berusaha,
Puan Norlia binti Ibrahim,
Penolong Pegawai PPD Unit Pemulihan Khas
PPD Kuala Nerus,

Diiringi oleh, Tuan Guru Besar & Barisan Penolong


Kanan SK Kampung Gemuruh.
Nyanyian lagu
Negaraku Kita akan menyanyikan lagu Negaraku…
Hadirin diminta untuk berdiri.

Ucapan aluan
pengerusi Majlis Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi

Yang Berusaha,
Puan Zarina binti Senon
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kg Gemuroh.

Yang Berusaha,
Puan Norlia binti Ibrahim,
Penolong Pegawai PPD Unit Pemulihan Khas
PPD Kuala Nerus,

Barisan guru penolong kanan yang saya hormati,

Ustaz Mohd Shafawi bin Mat Hassan,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Kamal Fatimi bin Azmi,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

YM Raja Norhasnida binti Raja Ibrahim,


Guru Penolong Kanan KoKurikulum,

Seterusnya barisan guru, ibu bapa, murid-murid, yang


dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang, ke Majlis! We Care Pemulihan


dan Taklimat Intervensi Tahun 1.

Bacaan doa Hadirin sekalian , bagi memberkati majlis , majlis dengan


ini menjemput Ustaz Mohd Najib bin Mustaffa untuk
mengetuai bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin ya robbal alamin...


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Najib bin Mustaffa di atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.

Ucapan Guru Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan ucapan


Besar daripada Tuan Guru Besar.

Dengan ini, majlis menjemput Puan Zarina binti Senon


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kg Gemuroh, untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan


yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar sebentar tadi.

Ucapan PPD Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin sekalian,

Seterusnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu,


dengan ini majlis menjemput Pn Norlia binti Ibrahim,
Penolong Pegawai PPD Unit Pemulihan Khas, PPD Kuala
Nerus untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan We Care Pemulihan & Taklimat Intervensi
Tahun 1.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Norlia


binti Ibrahim, di atas ucapan yang telah disampaikan.
Gimik Perasmian Sebagai tanda perasmian program, marilah sama-sama
kita saksikan persembahan murid dari Studio Permata
dengan lagu yang bertajuk “Nama Bulan : Didi and
Friends”
Dipersilakan….

Demikianlah sebentar tadi persembahan daripada murid


Studio Permata . Kumpulan ini telah mendapat bimbingan
daripada Cikgu Nur Ain binti Nizri, selaku guru pemulihan
Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh. Tahniah
diucapkan.

Tayangan montaj Seterusnya marilah sama-sama kita menyaksikan


Tayangan Montaj Aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit
Pemulihan pada Tahun 2023. Dipersilakan…..

Tayangan montaj sebentar tadi telah dihasilkan oleh


Cikgu Nur Ain binti Nizri.
Persembahan 2 Hadirin sekalian , majlis diteruskan lagi dengan
menyaksikan persembahan kedua, daripada bekas murid
Studio Permata iaitu adik Zulaikha Nur Kaseh binti Ardi
dari kelas 3 Ibnu Sina untuk menyampaikan cerita
pendek.

Majlis mempersilakan…

Tahniah diucapkan kepada adik Zulaikha Nur Kaseh binti


Ardi di atas penyampaian cerita yang menarik sebentar
tadi.
Penyampaian Hadirin yang dikasihi sekalian, kita teruskan majlis dengan
hadiah & sijil penyampaian Sijil Kehadiran Penuh,

Dengan ini majlis menjemput Tuan Guru Besar, Puan


Zarina binti Senon, dan diiringi oleh Ustaz Mohd Shafawi
bin Mat Hassan, Guru Penolong Kanan pentadbiran
untuk menyampaikan sijil kepada murid.

Majlis mempersilakan …..

Kita mulakan dengan


( rujuk senarai nama )

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar Puan Zarina binti Senon, dan Ustaz Mohd Shafawi
bin Mat Hassan di atas kesudian beliau menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

Penyampaian Seterusnya majlis Penyerahan Modul kepada murid-


Modul ( Wakil murid Tahun 2 ... Dengan ini majlis dengan segala
Ibu bapa) hormatnya mempersilakan Puan Norlia binti Ibrahim ,
Penolong Pegawai PPD Unit Pemulihan Khas, PPD Kuala
Nerus dan diiringi oleh Puan Zarina binti Senon, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Kg Gemuroh untuk
menyampaikan Modul kepada wakil ibu bapa kepada
……….(rujuk senarai nama 10 org)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Norlia


binti Ibrahim dan Puan Zarina binti Senon, di atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Penutup Sebelum berakhirnya majlis kita pada hari ini, marilah kita
menyaksikan video Transformasi Kelas Studio Kelas
Pemulihan.

Dengan berakhirnya tayangan video itu tadi, maka


berakhirlah Majlis bagi Program We Care Pemulihan &
Taklimat Intervensi Tahun 1.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid
yang hadir ke majlis pada hari ini.

Madah diungkap santun bicara,


Pantun dilantun mengusik hati:
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis


berlangsung

*Modul boleh ambil di meja pendaftaran.


Bersurai Sebelum majlis bersurai, dipersilakan Pegawai PPD ,
pentadbir, guru-guru dan ibu bapa beredar untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan. Dengan ini saya
sudahi majlis dengan lafaz yang mulia , wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahibawarokatuh.
Sekian terima kasih…

You might also like