Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

PERUBAHAN DAN PEMBENTUKAN DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH

RENDAH (KBSR)
PEMBENTUKKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR).
Pembentukkan dan perlaksaan KBSR adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan berasaskan penetapan matlamat dan objektif pada tahap
persekolahan tersebut. Selain itu, KBSR juga berfokuskan kepada proses perlaksanaan
yang merangkumi aspek-aspek seperti prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan,
strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Berikut merupakan gambar rajah
tentang KBSR.

Pembentukan KBSR berlatar belakangkan dengan KBSR dilaksanakan secara


percubaan di 305 buah sekolah seluruh malaysia pada tahun 1982 untuk menguji
keberkesananya di sekolah tersebut. Selepas tahun itu iaitu pada tahun 1983, kerajaan
sekali lagi telah melaksanakan perlaksanaan penuh pada setiap sekolah di malaysia.
Apabila tahun 1984, semua sekolah telah mensisipkan amalan perdagangan untuk
digantikan dengan kemahiran hidup. Manakala pada tahun 1988,falsafah pendidikan
negara dinyatakan secara rasmi dan diguna pakai oleh negara. Falsafah pendidikan
negara ini berbunyi :
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Pada tahun 1993, kerajaan telah mengubah nama bagi Kurikulum Baru Sekolah
Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana terdapat beberapa
perbezaan yang ketara selepas kajian telah dibuat. Akhirnya, pada tahun 1994,
beberapa nama matapelajaran ditukar sekali lagi oleh kerajaan iaitu mata pelajaran
Alam dan Manusia yang telah ditukarkan dengan Sains dan Kajian Tempatan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
(KBSR).
Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya pembentukan KBSR
iaitu dasar pendidikan negara. Dasar Pendidikan Negara Malaysia dibentukan
berasaskan laporan razak (1956), ia adalah termaktub dalam ordinan pelajaran(1957).
Selain itu, laporan rahman talib (1960), juga termaktub dalam akta pelajaran (1961).
Matlamat yang hendak disasarkan dalm dasar pendidikan negara ini adalah ingin
mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan
melaksanakan sukatan pelajaran yang sama rata serta penggunaan bahasa malaysia
sebagai bahasa penghantar utama di dalam semua peringkat persekolah di malaysia.
Seterusnya ialah cita dan ideologi negara juga merupakan punca-punca dalam
pembentukan KBSR disebabkan terdapat hubungkait yang rapat dalam pembinaan
perpaduan rakyat yang berbilang bangsa berpandukan prinsip-prinsip rukun negara.
Dalam proses untuk menjayakan faktor ini, kurikulum sekolah hendaklah mengandungi
unsur aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan murid ke arah
perpaduan negara. Misalnya, setiap sekolah untuk semua jenis di Malaysia hendaklah
mempunyai kurikulum ysng seragam melalui sukatan pembelajaran yang sama, aktiviti
kokurikulum yang sama dan menduduki peperiksaan awam yang sama.
Falsafah pendidikan negara juga merupakan salah satu daripada faktor
pembentukan KBSR. Dalam hal ini KBSR mengambil kira falsafah pendidikan sekolah
rendah kerana falsafah pendidikan sekolah rendah menitikberatkan faktor kehendak
individu. Berdasarkan falsafah ini juga, pembentukan KBSR seprti rancangan dan
perlaksaan adalah berlandaskan kepada ideologi yang memberikan pendidikan secara
menyeluruh kepada murid bagi mendapatkan keseimbangan didalam bidang intelek,
rohani, sosial dan jasmani. Berdasarkan program KBSR juga, segala minat dan bakat
yang ada pada murid-murid dapat dipupuk dan diperkembangkan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.


Dalam pembentukan KBSR terdapat objektif atau matlamat pendidikan sekolah rendah
bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Antara objektif tersebut
ialah:
1. Menguasai Bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
2. Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan.
3. Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan
seharian.
4. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar.
5. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua.
7. Memperoleh ilmu pengetahuan dan berikhtiar meluaskannya.
8. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-
ayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam.
9. Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan
akhlak mulia.
10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai asas amalan hidup.
11. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
12. Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri.
13. Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran.
14. Mengembangkan bakat dan kretiviti.
15. Memupuk semangat patriotisme.
PERUBAHAN DALAM KBSR.
Pada tahun 1988, kerajaan telah menukar kan kurikulum baru sekolah rendah kepada
kurikulum bersepadu sekolah rendah kerana terdapat beberapa kelemahan didalam
perlaksaan kurikulum baru sekolah rendah. Dalam perlaksanaan kurikulum bersepadu
sekolah rendah ini kerajaan telah menambah dan mengukuhkan lagi peranannya bagi
menutup segala kelemahan dan kekurangan dalam perlaksanaan kurikulum baru
sekolah rendah. Antara penambahan yang telah dibuat ialah :

1. Kurikulum
○ Tiga mata pelajaran baru diperkenalkan iaitu;
➢ Kemahiran Hidup menggantikan subjek Amalan Perdagangan (1984)
➢ Sains
➢ Kajian Tempatan menggantikan subjek Alam dan Manusia.
○ Mata pelajaran sedia ada juga mengalami pembaharuan bagi membantu murid
menghadapi cabaran masa depan:
➢ Bahasa – Kemahiran-kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa
ditegaskan untuk memudahkan penguasaan kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran belajar dan berfikir.
➢ Pendidikan Moral – Bertujuan untuk menyelaraskan kandungan sukatan
pelajaran di peringkat rendah dan menengah.
➢ Pendidikan Islam – Bidang Asas Akhlak Islamiah, ditambah kepada
bidang-bidang Asuhan, Tilawah al-Quran, dan Asas Ulum Sya’riah
bertujuan menegaskan nilai-nilai murni.Pelajaran Jawi diajar kepada murid
tahun tiga (1984) dan diajar kepada murid tahun satu (Disember 1990).
➢ Pendidikan Jasmani – Kesihatan dan kecergasan ditambah.
➢ Penggunaan sempoa – Meningkatkan kecekapan murid berfikir dan
mengira.
2. Budaya Sekolah
○ Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran
diwujudkan bertujuan menghasilkan murid yang berkembang secara harmonis
dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
○ Unsur patriotisme diserap dalam semua mata pelajaran bertujuan melahirkan
warga negara yang cintakan negara dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
○ Unsur kesepaduan.

PROSES PERLAKSANAAN KBSR.


Dalam proses perlaksanaan KBSR terdapat beberapa peringkat yang menjadi tulang
belakang kepada KBSR. Antara proses yang dimaksudkan ialah prinsip, struktur,
bidang pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian.
Prinsip.
Terdapat beberapa prinsip untuk megkasakan lagi perlaksaan KBSR. Antara prinsip
tersebut ialah:

• Prinsip 1 : Pendekatan Bersepadu – Merupakan satu pendekatan di mana unsur-


unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan untuk mewujudkan
kesepaduan dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek.Konsep bersepadu
berlaku melalui empat cara iaitu;
i. Penggabungjalinan kemahiran
 Dalam satu mata pelajaran.
 Antara mata pelajaran.
ii. Penyerapan
 Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata
pelajaran.
 Nilai dalam mata pelajaran.
iii. Kesepaduan antara dua unsur sama ada;
 Kurikulum dan kokurikulum.
 Pengetahuan dan amalan.
 Pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
iv. Unsur merentasi kurikulum, misalnya;
 Bahasa merentasi kurikulum
 Alam sekitar merentasi kurikulum
 Sains merentasi kurikulum
 Kemahiran berfikir merentasi kurikulum
• Prinsip 2 : Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
 Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara
berasingan kerana setiap potensi mempunyai hubungkait dengan potensi
yang lain.
• Prinsip 3 : Pendidikan Seumur Hidup
 Sekolah (Institusi formal) mempunyai dua peranan iaitu;
i. Sekolah merupakan institusi formalpertama dimana murid memperolehi
ilmu dan kemahiran asas. KBSR berperanan membina asas bagi setiap
murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
menghadapi situasi dalam kehidupan harian.
ii. Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk mencari ilmu dan
seterusnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Guru berperanan menanam dan memupuk budaya ilmu dan membaca
dalam kalangan murid mereka.
• Prinsip 4: Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid.
 KBSR juga menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid.
Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum
yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan, Cuma yang
berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.
Berdasarkan prinsip yang dibuat ini, KBSR boleh disimpulkan bahawa aktiviti kurikulum
bertujuan menghasilkan individu yang berdisiplin, bekerjasama, bersifat penyayang,
dan mempunyai keyakinan diri serta daya kepimpinan demi keluarga, masyarakat dan
negara.

PENEKANAN DAN TUMPUAN DALAM KBSR.


Dalam perlaksanaan KBSR, terdapat beberapa penekanan telah diujarkan. Antara
penekanan yang telah diselidik, terdapat beberapa penekanan yang utama yang harus
diambil berat iaitu:
• Kemahiran asas
○ 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
• Kemahiran berfikir.
○ Menitikberatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritif yang bertujuan
membolehkan murid memahami, menilai dan mengaplikasikan maklumat
yang diterima agar murid dapat membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
• Nilai merentas kurikulum.
○ Nilai murni ditekankan dalam mata pelajaran-mata pelajaran sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam kurikulum. Penanaman dan
pemupukan nilai-nilai seeloknya dilaksanakan dalam semua peristiwa
pembelajaran yang dihadapi dan dialami oleh murid.
• Bahasa merentas kurikulum.
○ Setiap murid seharusnya mencapai taraf penguasaan yang baik bagi
aspek-aspek sperti butiran, struktur ayat, tatabahasa istilah,dan laras
bahasa memandangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa penghantar
utama di sekolah rendah. Oleh itu, guru bukan sahaja mesti memberi
tumpuan kepada ilmu yang khusus pada mata pelajaran yang berkenaan,
malah bertanggungjawab untuk menyumbang dan mengukuhkan
pengukuhan bahasa melayu murid-murid.
• Patriotisme merentas kurikulum.
○ Guru berperanan penting untuk memupuk dan menyemai semangat
patriotisme dalam semua mata pelajaran (kurikulum) disamping aktiviti
kokurikulum dan hikmat masyarakat agar menghasilkan murid yang
cintakan negara dan bangga menjadi warga Malaysia.
• Strategi P & P yang berpusatkan murid.
○ Guru seharusnya berfokuskan kepada murid serta melibatkan mereka
secara aktif dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam
atau di luar bilik darjah. Sehubungan itu, guru hendaklah merancang
pelbagai aktiviti yang selaras dengan kebolehan dan minat murid-murid.
• Penilaian berterusan.
○ Penilaian berterusan juga dikenali sebagai penilaian formatif yang
dijalankan sepanjang tahun. Ini adalah bertujuan mengenalpasti dan
mengesan perkembangan dan kemajuan murid dari segi pengetahuan,
kemahiran, nilai dan sikap.
• Pemulihan dan pengayaan.
○ Pemulihan dijalankan keatas murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu, manakala aktiviti pengayaan bertujuan sebagai
pengukuhan kepada murid-murid yang telah menguasai sesuatu
kemahiran agar dapat mengembangkan ciri-ciri seperti kreativiti, minat,
bakat, daya ingin tahu, sifat berdikari, dan sebagainya.
Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan,
pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan
secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam,
pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

Konsep bersepadu.
Perbezaan antara kurikulum baru sekolah rendah dan kurikulum bersepadu sekolah
rendah ialah baru dan bersepadu. Konsep bersepadu dalam KBSR yang baru ini adalah
mengutamakanUnsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori
dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik
darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Setiap perancangan hendaklah mempunyai strategi yang telah diaturkan, ia sama
dalam perlaksanaan KBSR. Strategi KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
berpusatkan murid, mengambil kira faktor perbezaan individu dan berasaskan
kebolehkan murid yang berbeza-beza. Untuk menjayakan strategi ini kerajaan telah
menganturkan beberapa langkah yang harus diambil, antaranya ialah:
i. Suasana dan persekitaran yang merangsang pembelajaran.
• Faktor fizikal
 Ruang pembelajaran yang disusun secara kreatif dengan perabot asas
seperti kerusi dan meja.
 Sudut pembelajaran dan sudut kerja yang dilengkapi dengan perabot dan
bahan pembelajaran interaktif dan manipulatif agar memberi murid
peluang untuk membuat percubaan dan penerokaan.
 Ruang pameran hasil kerja murid.
 Bahan rujukan berbentuk bahan cetak atau bahan media untuk
penggunaan murid.
 Bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai serta dapat mencabar
kebolehan murid.

• Faktor sosio-emosi
 Pertuturan dan perlakuan guru yang berbudi bahasa dan bersopan agar
dapat memupuk kemesraan dan suasana pembelajaran yang kondusif.
 Keprihatinan guru terhadap kehendak murid yang berbeza-beza.
 Kebolehan guru untuk memberi galakan dan dorongan kepada murid.
ii. Prinsip-prinsip dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi
sebagai garis panduan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid.
 Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
 Penilaian yang berterusan diberi penekanan bagi semua mata pelajaran.
 Penilaian kendiri ke arah penambahbaikan bertujuan untuk meningkatkan
perkembangan murid.
 Penerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yang diberi.
 Perolehan pelbagai pengalaman bagi mengukuhkan pemahaman dan
penguasaan kemahiran tertentu.
 Peluang membuat keputusan secara rasional dan keupayaan
mempertahankan keputusan tersebut.
 Penghargaan diberi atas usaha murid bagi memupuk dan meningkatkan
sifat yakin diri, daya saing yang sihat dan sifat berani.
 Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir agar murid lebih berupaya
mengurus pembelajaran masing-masing dengan lebih berkesan lagi.
Bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, beberapa
teknik disyorkan seperti;

➢ Main peranan
➢ Tunjuk ajar
➢ Lakonan
➢ Simulasi
➢ Sumbang saran
➢ Bercerita
➢ Lawatan
➢ Permainan
➢ Projek
PENILAIAN.
Penilaian boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan maklumat secara
bersistematik bertujuan untuk membuat pertimbangan dan selanjutnya membuat
keputusan. Berikut merupakan penelitian terhadap maksud penilaian tersebut.
• Proses sistematik beerti “mempunyai prosedur atau langka-langkah tertentu
yang perlu diikuti”
• Maklumat merujuk kepada “data berbentuk kuantitatif dan kualitatif”.Data
kuantitatif boleh diperolehi melalui ujian lisan atau bertulis, manakala data
kualitatif pula dikutip hasil temubual, pemerhatian dan sebagainya
• Pertimbangan bermaksud “melihat semula data yang dikumpul dari pelbagai
perspektif”.
• Membuat keputusan beerti “membuat tindakan susulan seperti melaksanakan
aktiviti pemulihan, penganugerahan sijil, tawaran ke sekolah berasrama penuh
dan sebagainya.
Selain itu, penilaian juga boleh dikatakan sebagai satu proses mengumpul
maklimat untuk membuat keputusan pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan
dan pencapaian murid. Dalam proses penilaian, terdapat beberapa kategori yang
boleh dibahagikan. Antara kategori dan perbezaan kategori tersebut ialah:

Penilaian Formatif Penilaian Sumatif


i. Mengesan pencapaian dan perkembangan • Melihat tahap pencapaian
murid: murid pada akhir satu-
○ Sepanjang tahun semasa proses satu tempoh
pengajaran dan pembelajaran pembelajaran, misalnya
○ Setelah satu-satu unit pelajaran peperiksaan akhir tahun,
selesai diajar. peperiksaan awam
seperti UPSR, SPM dan
○ Mengenalpasti kelemahan murid
sebagainya.
berhubung dengan satu-satu
kemahiran bagi melaksanakan
aktiviti pemulihan.
PENILAIAN KEMAJUAN BERASASKAN SEKOLAH (PKBS)
PKBS merupakan penilaian formatif yang dikenalikan oleh pihak sekolah keatas pelajar-
pelajar sekolah. Skop penilaian agak luas dan merangkumi ketiga-tiga bidang kognitif,
afektif dan psikomotor serta sikap, bakat dan minat. Dalam perlaksanaan PKBS ini
guru-guru yang terlibat hendaklah merancangdan melaksanakan sesuatu cara untuk
menilai perkembangan dan pencapaian murid-murid secara berterusan dengan
menggunakan beberapa kaedah separti pemerhatian, ujian lisan, dan bertulis.
Manakala maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk merancang tindakan susulan
sama ada secara serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pengajaran.
Manakala dalam tindakkan susulan boleh berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan
sejajar dengan tahapkebolehan murid. Bagi menjelaskan lagi, berikut merupakan ciri-
ciri utama PKBS.

Ciri-ciri Huraian
Dikendalikan oleh guru Bertujuan untuk menilai perkembangan
murid-murid.
Berbentuk formatif dan sumatif Dijalankan secara berterusan bagi
mengdiagnos dan mengesan pencapaian
murid.
Mengesan pencapaian keseluruhan murid Merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Bersifat sistematik Terdiri daripada urutan langkah-langkah
seperti merancang, melaksana,
menganalisis, melapor dan membuat
tindakan susulan.
Berbentuk rujukan kriteria Menilai murid berdasarkan kriteria yang
telah ditentukan.
Menggunakan pelbagai kaedah Contoh: pemerhatian, ujian lisan, ujian
bertulis dan sebagainya.

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)


UPSR merupakan ujian sumatif yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan bagi
menguji pencapaian murid-murid tahun 6. Dalam UPSR ini ia lebih memfokuskan
kepada domain kognitif iaitu penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca,menulis, dan
mengira. Mata pelajaran yang diuji dalam UPSR ialh bahasa melayu, bahasa inggeris,
sains dan matematik. Manakala mata pelajaran pendidikan islam pula PAFA atau
penilaian asas fardhu ain dijalankan untuk mengenalpasti penguasaan amalan asas
fardhu ain yang betul dan sempurna.
Jadual dibawah akan menjelaskan lagi tentang UPSR dan PKBS dan perbezaan antara
UPSR dan PKBS.

Aspek PKBS UPSR


Bentuk • Formatif • Sumatif
Tujuan • Menilai pencapaian dan • Hanya menilai
perkembangan pencapaian
menyeluruh
Kaedah • Formal dan tidak formal • Formal (ujian lisan
(pemerhatian, ujian lisan, dan bertulis)
ujian bertulis)
Cara pelaksanaan • Berterusan, terancang dan • Terancang –
serta merta mengikut masa dan
tarikh yang
ditetapkan
Tempoh pelaksanaan • Dari tahun 1 hingga 6 • Pada akhir tahun 6
Aspek penilaian • Kognitif • Kognitif
• Afektif • Afektif
• Psikomotor • Psikomotor
• Kemahiran (berbahasa, • Kemahiran
mengira, sosial, saintifik, (berbahasa,
amali, belajar) mengira)
• Perkembangan (minat, • Amalan Fardhu Ain
bakat, sikap) (dilaporkan dalam
• Penghayatan nilai penyata keputusan
• Kesihatan diri UPSR)
Cara pengrekodan • Markah • Markah
• Gred • Gred
• Skala kadar
Cara pelaporan • Lisan atau bertulis (gred, • Gred
markah)
Perkara yang direkod • Kemajuan • Pencapaian
• Pencapaian
• Kekuatan diri
• Kelemahan diri
Perkara yang dilapor • Kemajuan • Pencapaian
• Pencapaian

TINDAKAN SUSULAN.
Secara umumnya terdapat tiga jenis aktiviti tindakan susulan yang biasa dilakukan oleh
guru. Berikut menunjukkan aktiviti tindakan susulan:
i. Pengukuhan
• Merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk
mengukuhkan pemahaman dan penguasaan murid serta mendorong
mereka untuk belajar dengan lebih tekun.
ii. Pemulihan
• Merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khusus yang diberi
kepada murid yang gagal untuk menguasai atau menghadapi masalah
tertentu berkaitan dengan kemahiran 3M.Pemulihan dalam kelas adalah
bagi murid yang mengalami masalah pembelajaran ringan dan dijalankan
oleh guru kelas sendiri dalam kelas berkenaan.Pemulihan khas
dikendalikan oleh guru pemilihan khas bagi murid yang menghadapi
masalah pembelajaran yang serius dan ditempatkan di dalam kelas khas
pada waktu-waktu tertentu.
iii. Pengayaan
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tambahan dan pelbagai bertujuan
untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman murid.Merangkumi
latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan
bersifat lebih mencabar.
Bagi mempertingkatkan pencapaian murid, guru sepatutnya:
• Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid.
• Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan.
• Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan
kebolehan.
• Menggunakan bahasa yang sesuai.
• Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan.
RUMUSAN
Perlaksanaan KBSR yang sempurna dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Oleh itu, semua pihak
hendaklah terlibat termasuklah para pendidik, murid-murid dan ibu bapa untuk
berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR. Di samping itu,
matlamat FPK pasti tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan
sistem pendidikan negara membangun yang lain.

You might also like