MINIT MESYUARAT PIBG

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BANDAR MAHKOTA CHERAS


TAHUN 2022/2023

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran Puan Tamil Cholvy (Guru Besar),
Encik Manisegar (Penolong Pengarah Prasekolah dan SJKT), Encik Suresh (YDP
PIBG), Puan Subathra (PK Pentadbiran), Encik Muniandy (PK HEM), Puan
Rameswari (PK Kokurikulum), AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-3 bagi sesi persekolahan 2022/2023.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Pn. S. Tilagawathi
dan siaran lagu ‘Tamil Thai Vazhthu’.

2.0 UCAPAN YDP PIBG SESI 2022/2023

2.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran Encik Manisegar (Penolong


Pengarah Prasekolah dan SJKT), guru besar, guru- guru dan para ibu bapa.

2.2 Memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-3 diadakan secara bersemuka dan
berterima kasih kepada para ibu bapa yang yang sudi hadir.

2.3 Memberitahu bahawa ketetapan kutipan sejumlah RM50.00 setahun sebagai yuran
PIBG bagi setiap keluarga telah diambil sebulat suara dalam mesyuarat pada
bulan April 2022. Tetapi ramai ibu bapa tidak membayar yuran PIBG. Walau
bagaimanapun, 90% peratus ibu bapa mempunyai kemampuan untuk membayar
RM50.00 bagi keluarga mereka. YDP juga memanjangkan ribuan terima kasih
kepada para ibu bapa yang membayar yuran dan juga yang telah memberi
sumbangan lebih daripada RM50.00.

2.4 Memberitahu mesyuarat AJK PIBG bersama guru - guru telah dilaksanakan pada
bulan April 2022 yang lalu.Ketetapan kutipan sejumlah RM50.00 setahun sebagai
yuran PIBG bagi setiap keluarga telah diambil sebulat suara dalam mesyuarat
tersebut.Memaklumkan kutipan RM50.00 bagi setiap keluarga adalah standrad
dan telahpun dilaksanakan di semua sekolah, khususnya di sekolah – sekolah
Tamil. Mohon kejasasama ibu bapa untuk membayar yuran PIBG tersebut setahun
sekali agar semua projek naik taraf kemudahan sekolah yang tergendala sekian
lama dapat dilaksanakan tanpa sebarang aral.

2.5 Mengatakan isu DLP bagi Tahun 1 telahpun selesai dan mengharapkan pihak ibu
bapa untuk terus memberikan sokongan kepada pihak sekolah.

2.6 Meluahkan perasaan gembira beliau kerana ramai ibu bapa telah memilih untuk
menghantar anak-anak mereka sekolah tamil. Hal ini kerana bilangan murid dalam
semakin meningkat berbanding tahun lepas.

2.7 Mengingatkan para ibu bapa supaya tidak berhenti kenderaan mereka di atas garis
kuning semasa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan juga semasa waktu
pulang ke rumah.

2.8 Menyatakan ibu bapa perlu mengambi berat tentang masalah disiplin anak-anak.
Hal ini kerana, baru-baru ini terdapat beberapa kes disiplin berlaku di sekolah.
Antaranya, murid meluangkan masa yang lama di dalam tandas dan hal ini
menjadi punca utama berlakunya masalah displin dalam kalangan murid. YDP
meminta para ibu bapa untuk menasihati anak-anak supaya pergi ke tandas jika
perlu sahaja. Berdasarkan pengalaman beliau, kebanyakkan masalah disiplin
boleh ditimbul apabila murid meluangkan masa yang lama di dalam tandas.

2.9 Beliau meluahkan rasa gembira kerana dapat menjalankan tugasnya sebagai YDP
bersama AJK PIBG sesi 2022/2023 dan juga guru-guru sekolah dan ingin
memberikan laluan kepada para ibu bapa yang sudi untuk bekerja bersama guru-
guru sekolah bagi meningkatkan pencapaian sekolah.

2.10 Meletakkan jawatan sebagai YDP PIBG bagi sesi 2022/2023 dengan rasminya.

2.11 Mengakhiri ucapan dengan memanjangkan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua ibu bapa yang sudi melapangkan masa untuk menghadirkan diri ke
mesyuarat ini.

3.0 UCAPAN GURU BESAR

3.1 Merakamkan ribuan terima kasih kepada pengerusi majlis. Mengalu-alukan


kehadiran Encik Manisegar (Penolong Pengarah Prasekolah dan SJKT) YDP
PIBG, barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan para ibu bapa ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-3.

3.2 Berkongsi maklumat ringkas tentang sekolah, iaitu :

 Bilangan tenaga pengajar seramai 29 orang termasuk guru besar.


 Jumlah murid seramai 610 orang termasuk murid prasekolah.
 Jumlah murid dalam aliran DLP seramai 455 dan bukan aliran DLP seramai
92 orang.
 Jumlah murid Prasekolah seramai 60 orang dan 3 orang murid dalam
Program Pendidikan Khas.
 Sejumlah 19 buah bilik darjah sedang beroperasi termasuklah 15 bilik
darjah bagi aliran perdana, 2 bilik darjah untuk prasekolah, 1 bilik
pemulihan dan 1 bilik pendidikan khas.

3.3 Menyenaraikan Rancangan Kecemerlangan Murid bagi sesi persekolahan 2023


yang bermula pada bulan Mac yang lalu. Antaranya, perancangan di bawah unit
kurikulum seperti berikut:-

 Hari Orientasi Murid Tahun 1


 Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/ 2024
 Program Transisi Tahun 1
 Saraswathi Poojai
 Bengkel Teknik Menjawab Soalan (Format UASA)
 Kursus Motivasi Kecemerlangan
 Program Nilam
 One Day One Word
 Jom Konvoi Bahasa Melayu
 Program Celik Sifir
 Spelling Bee
 Speaker’s Corner
 Program Kecemerlangan Tahun 6
 Kem Cemerlang Jawi
 Kem Bestari Solat
 Early Birds Reading
 Karnival Bahasa (BM, BI dan BT)
 Karnival Minggu Panitia
 Pentaksiran Bilik Darjah
 Dialog Prestasi Bersama Ibu bapa (2 kali)

Program-program ini telah disusun atur untuk meningkatkan kecemerlangan


akademik murid-murid. Beberapa program telah pun mula dilaksanakan. Progra,
Hari Orientasi Murid Tahun 1 telah berlangsung pada bulan Februari yang lalu
(semasa cuti akhir semester) dan Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah
telah berjaya dilaksanakan dari 20 hingga 24 Mac 2023. Program Nilam telah turut
dikendalikan pada bulan Mei yang lalu. Program “One Day One Word” dan
Program “Speaker’s Corner” sedang berlangsung sejak bermulanya sesi
persekolahan bagi tahun 2023. Program Kecemerlangan Tahun 6 akan
dilaksanakan pada awal bulan Jun kelak.

3.4 Seterusnya, Program Kecemerlangan Unit HEM dibentangkan:-

 Kempen 1 Murid 1 Botol Air


 Hari Kanak-Kanak
 Majlis Watikah Pelantikan
 Majlis Graduasi Murid Prasekolah dan Murid Tahun 6
 Kursus Kepimpinan
 Program Pendidikan Pencegahan Dadah
 Taklimat Keselamatan Kebakaran
 Program Minda Sihat
 Ceramah Jenayah
 Taklimat Kepentingan Makanan Seimbang
 Program Melangkah ke Alam Sekolah Menengah
 Program Ziarah Cakna
 Sambutan Hari Guru
 Majlis Pemberian Hamper Deepavali dan Sambutan Hari Deepavali
Peringkat Sekolah

Memaklumkan Majlis Watikah Pelantikan dan Graduasi Murid Tahun 6 dan


Prasekolah telah berlangsung dengan jayanya pada bulan Februari yang lalu.
Sambutan Hari Guru dan Kempen 1 Murid 1 Botol Air telahpun dilaksanakan pada
bulan Mei yang lalu. Program Ziarah Cakna pula sedang berlangsung dari semasa
ke semasa untuk memantau kehadiran murid ke sekolah. Program Minda Sihat
dijalankan sebulan sekali oleh guru Bimbingan dan Kaunseling untuk murid-murid.

3.5 Pembentangan Program Kecemerlangan Unit Kokurikulum:-

 Pesta Poggal
 Hari Bahasa Ibunda
 Kejohanan Merentas Desa
 Sukan Tahunan Sekolah
 Perkhemahan Tahunan
 Karnival Bahasa
 Karnival Stem
 Sambutan Bulan Kemerdekaan
 Program Khidmat Masyarakat
 Hari Kecemerlangan Kurikulum dan Kokurikulum
 Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
 Hari Sukan Negara
 Program Kecergasan
 Pertandingan Kangaroo Maths
 Karnival Permainan Tradisional Tamil
 Pertandingan Bercerita, Scrabble dan Public Speaking
 Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
 Pertandingan Sentamil Vizha

Mamaklum Sambutan Pesta Ponggal telah dilaksanakan pada Hari Bahasa Ibunda
telahpun dilaksanakan. Kejohanan Merentas Desa telah dijalankan di peringkat
sekolah dengan bantuan para ibu bapa. Murid-murid yang terpilih dalam saringan
kejohanan merentas desa sedang menjalani latihan setiap pagi sebagai
persediaan untuk mara ke pertandingan Kejohanan Merentas Desa peringkat
daerah.

3.6 Beliau juga membentangkan bantuan-bantuan khas yang diberikan oleh pihak
kerajaan. Antaranya :-

 BAP
 RMT
 KWAPM
 EMK
 Bantuan Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah

Penerangan tentang jumlah wang bantuan dan sasaran golongan penerima juga
diterangkan secara jelas dan terperinci kepada pihak ibu bapa. Murid-murid tahun
1 yang layak menerima BAP telah disenarai pendekkan dan dihantar. Keputusan
permohonan masih belum diumumkan. Sebaik bantuan diperuntukkan akan
diagihkan kepada murid-murid. Murid-murid keperluan khas layak menerima EMK.
Memaklumkan sekolah ini mempunyai tiga orang murid keperluan khas.
3.7 Menyatakan semenjak sekolah ini mula beroperasi pada tanggal 2 Mac 2020
pelbagai bantuan telah dihulurkan oleh para ibu bapa dan pihak PIBG.
Memanjangkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
penyumbang yang berhati mulia.

3.8 Menyenaraikan nama-nama penyumbang dan bentuk sumbangan mereka :-

I. Sumbangan PIBG
 Sumbangan hamper Deepavali
 Sumbangan peralatan prasekolah
 Memasang papan tanda yang mempunyai nama sekolah dalam
Bahasa Tamil di pintu masuk dan prasekolah.
II. Sumbangan Puan Anitha
III. Sumbangan buku cerita
 Ibu bapa murid Tahun 1 Ambal
 Puan Chitra
 Encik Sivaprasath
IV. Sumbangan Puan Thulasi
 Pokok Bunga
V. Sumbangan Rotary Club Kajang
 Membekalkan sarung kaki untuk murid
VI. Sumbangan Encik Devakumaran
 Membekalkan peralatan masakan Prasekolah
VII. Sumbangan Encik Anakuty
 Pemasangan televisyen di Dewan Terbuka
VIII. Sumbangan Encik Sritharan
 Membekalkan 10 unit komputer riba dan wang tunai sebanyak
RM1500
IX. Sumbangan warga ibu bapa dari SWART Team
 Membantu guru menjayakan Pertandingan Merentas Desa
peringkat sekolah
X. Sumbangan Encik Indra Kumar
 Penyelenggaraan dan pemeriksaan suis elektrik
XI. Sumbangan Puan Ghanta Ganesan (Mantan PIBG SJKT West Country
Timur)
 Membekalkan PA sistem
 Membekalkan pokok bunga untuk ditanam di sekitar kawasan
sekolah
XII. Sumbangan Encik Muniandy
 Keceriaan kantin sekolah
XIII. Sumbangan Encik Kannan
 Membina pondok menunggu untuk murid
XIV. Sumbangan Puan Anusooriya
 Membekalkan tebu untuk sambutan pesta ponggal
XV. Sumbangan Encik Thirukumaran
 Membekalkan RM2500 untuk membeli laptop
XVI. Sumbangan Encik Thiyagarajan (Kaunselor MPKJ)
 Membekalkan pokok bunga untuk ditanam di sekitar kawasan
sekolah
 Pemasangan kipas angin tambahan di dewan terbuka

3.9 Menitikberatkan penglibatan murid dalam semua program dan pertandingan yang
diadakan oleh sekolah lalu memuji pencapaian murid

 Sarawathi English Competition : Vijayatharshini dari 5 Ambal yang dapat


berjaya melangkah ke pusingan terakhir.
 ISER International Romanian Innovation and Invention Fair : 1 pingat emas
dan 1 pingat gangsa.

3.10 Memberikan maklumat mengenai pelbagai kelab potensi dan kelas tambahan yang
diadakan untuk semua murid seperti :

 Kelas Komputer
 Latihan Taekwondo
 Latihan Bola Sepak
 Kelas Tarian Tradisional (Barathanathyam)
 Program Pemulihan anjuran MITRA untuk murid yang menghadapi
masalah pembelajaran secara dalam talian

4.0 UCAPAN KHAS - Encik Manisegar (Penolong Pengarah Prasekolah dan


SJKT)

4.1 Mengalu-alukan kehadiran guru besar, YDP PIBG, barisan pentadbir sekolah,
guru-guru dan para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 secara
bersemuka.

4.2 Mengimbas kembali sejarah pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Bandar


Mahkota Cheras. Pertukaran kerajaan ketika itu telah menyulitkan pembukaan
sekolah ini, Maka, tiada menteri hadir untuk pembukaan sekolah dan guru besar
bersama dengan En. Manisegar selaku Penolong pengarah Prasekolah dan SJKT
terpaksa membuka sekolah ini dengan rasminya. Penghargaan telah dirakamkan
kepada setiap pihak yang telah berganding bahu untuk membuka sekolah ini.

4.3 Memastikan ibu bapa memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang


berlangsung di sekolah. Ibu bapa di kawasan Bandar Mahkota Cheras
berpelajaran tinggi untuk memahami perkara-perkara yang berlangsung di
sekolah. Merakamkan bahawa PIBG sekolah telah menjalankan tanggungjawab
dengan baik dari semua aspek seperti menghulurkan bantuan untuk memperbaiki
infrastruktur sekolah. Encik Suresh selaku YDP PIBG dapat menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.

4.4 Memaklumkan tentang prosedur untuk mendapat sumbangan kerajaan bagi


Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT). Sekolah kerajaan perlu membuat permohonan
terlebih dahulu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mendapat
sumbangan kerajaan. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan oleh Pengarah
PPD sebelum diluluskan atau dirujuk kepada pihak atasan. Maka, proses
mendapatkan sumbangan kerajaan untuk sekolah kerajaan mengambil masa yang
cukup lama. Oleh itu, ibu perlu memberikan sokongan yang semampunya untuk
menjana dana bagi sekolah dan memberikan lebih tumpuan kepada kumpulan
B40. Ibu bapa digalakkan untuk menghulurkan sumbangan PIBG sekurang-
kurangya RM50.

4.5 Menitikberatkan bahawa sekolah-sekolah Tamil berfungi dengan baik di negara


Malaysia. Murid-murid dari sekolah Tamil berpotensi baik dan beradap tinggi
bukan sahaja di sekolah rendah, tetapi juga di sekolah menengah seperti tidak
membohong, tidak melibatkan diri dalam gaduhan dan selalu berkelakuan baik.
Selain itu, murid-murid dari sekolah Tamil juga berkeupayaan berkomunikasi baik
dalam bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Bahasa ibunda yang
dipelajari oleh murid-murid di sekolah rendah memainkan peranan yang amat
penting dalam membimbing mereka untuk membuat keputusan yang baik dalam
kehidupan. Hal ini kerana, murid-murid dapat memahami dengan lebih baik
sekiranya dinasihati atau ditegur dalam bahasa ibunda.

4.6 Memaklumkan kepada ibu bapa tentang kekurangan sumber guru di sekolah
menengah untuk mengajar bahasa Inggeris di kelas ‘Dual Language Programme’
(DLP). Hal ini telah mengakibatkan kerajaan memutuskan untuk membuka hanya
dua kelas DLP di sekolah rendah. Dengan ini, hanya segelintir murid dari sekolah
Tamil dapat memasuki kelas DLP di sekolah menengah. Oleh itu, ibu bapa
dinasihatkan agar mengambil perhatian tentang kesulitan yang dihadapi oleh
kerajaan berkaitan dengan pembukaan kelas DLP di sekolah rendah.
Mengingkatkan para hadirin bahawa kerajaan telah memberikan banyak bantuan
kepada sekolah Tamil.

4.7 Menjelaskan bahawa Menteri Pendidikan telah menukar cara pentaksiran dari
UPSR ke PBD untuk mengurangkan tekanan murid-murid. Ibu bapa perlu
mengetahui minat murid-murid selain dari segi kurikulum. Contohnya, ibu bapa
harus membimbing murid-murid yang berpotensi untuk membuat persembahan
seperti bernyanyi, dan melafazkan pantun dan sebagainya kerana pentaksiran
PBD juga merangkumi kebolehan murid-murid dari segi kesenian dan kebudayaan.
Murid-murid juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti luar seperti Karate untuk
membina insaniah.

4.8 Menekankan bahawa terdapat 100 sekolah Tamil di negeri Selangor di mana tiga
daripadanya ialah Sekolah PPKI. Tiga sekolah PPKI ialah Sekolah Jenis
Kebangsaan Bandar Mahkota Cheras, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Vivekananda dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentosa Klang. Sebelum
mengakhiri ucapan, mengingkatkan guru-guru untuk menjalankan tugas dengan
baik di sekolah dari pukul 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Ibu bapa juga perlu
menjadi teladan kepada murid-murid dan dinasihatkan mengagihkan dan menjimat
20% dari gaji untuk anak-anak. Dengan ini, Encik Manisegar telah merasmikan
perjumpaan PIBG kali ketiga.

5.0 PEMBENTANGAN MINT MESYUARAT


5.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Bil.2 disampaikan oleh Pn.Letchumi Devi (SU
PIBG). Laporan ini dicadang oleh En. Radhakrishnan manakala disokong oleh En.
Kumar.
6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN
6.1 Pembentangan Laporan Kewangan sesi 2022/2023 oleh Pn. Victoria (Bendahari
PIBG). Laporan ini dicadang oleh En. Nazir manakala disokong oleh Pn. Shalini.

7.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL

Usul-usul yang ditulis oleh ibubapa seperti berikut:


7.1 Para guru perlu menggunakan perkataan yang berhemah kepada murid.

- Pihak sekolah telah mengambil tindakan sewajarnya dan pihak sekolah juga akan
memastikan guru-guru menggunakan bahasa yang berhemah sewaktu PdPc.

7.2 Tiada respons dalam ‘Group WhatsApp’ tentang program - program yang
dijalankan untuk murid.

- Pihak sekolah akan memastikan bahawa mesej atau perkara-perkara yang


penting akan dikongsikan dalam ‘Group What’s App’. Jika perlu, ibu bapa boleh
menghubungi guru yang bertanggungjawab atau Guru Besar untuk mendapatkan
respon yang segera.
7.3 Kehabisan stok baju ‘T’ dan tali leher sekolah.

- Stok baju ‘T’ dan tali leher sekolah akan ditambah dalam beberapa hari.
7.4 Cadangan untuk menjual buah-buahan di kantin.

- Buat sementara waktu, buah-buahan dijual di kantin secara alternatif kerana


murid asyik membuang buah-buahan di merata tempat kerana tiada niat untuk
makan. Jadi, ibu bapa haruslah memupuk semangat makan buah-buahan dalam
diri anak-anak masing-masing.
7.5 Perlu mengadakan ujian kepada murid seperti biasa untuk mengetahui
peningkatan murid dalam akademik.

- Tidak dibenarkan untuk mengadakan ujian. Akan tetapi, pihak sekolah akan
menilai pencapaian murid untuk setiap semester iaitu 2 kali setahun melalui sistem
PBD. Tiada peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6.
7.6 Mengedarkan kertas penilaian semester lalu.

- Kertas-kertas penilaian akan diedarkan dalam jangka masa yang terdekat kerana
baru menerima arahan daripada KPM untuk mengedarkannya.
7.7 Perlu mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dan guru mata pelajaran.

- Ibu bapa boleh berjumpa dengan guru kelas atau guru mata pelajaran pada sesi
dialog prestasi yang akan dilaksanakan atau boleh berjumpa dengan guru kelas
pada masa lapang di sekolah.
7.8 Menyimpan buku teks di bilik darjah jika tiada kerja rumah untuk subjek berkenaan
- Penyimpanan buku teks di sekolah tidak digalakkan untuk mengelakkan isu
kehilangan buku teks. Murid-murid juga tidak dapat mengulangkaji pelajaran jika
buku teks disimpan di sekolah. Pihak sekolah mencadangkan agar murid-murid
hanya membawa buku teks dan buku rampaian mengikut jadual waktu yang
ditetapkan. Hal ini juga akan mengurangkan isu beg berat.
7.9 Kebenaran murid pergi ke tandas.

- Pas keluar ke tandas akan disediakan untuk memastikan tidak lebih daripada 1
orang murid keluar dari kelas.
7.10 Tetapan waktu dan tempat pelepasan sekolah ikut tahap dan kelas.

- Pihak sekolah akan memberi perhatian kepada perkara ini. Pihak sekolah juga
akan sentiasa memastikan murid berada di tempat yang selamat selepas waktu
sekolah.

8.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2022/2023

9.0 PEMILIHAN AJK PIBG 2022/2023.


9.1 Kriteria ibubapa yang boleh menjadi AJK PIBG adalah seperti berikut:

i. Anak masih belajar di sekolah ini.


ii. Calon tidak mempunyai rekod tatatertib
9.2 Encik Manisegar telah mengetuai proses pemilihan AJK PIBG bagi sesi
2023/2024.
9.3 Proses pembuangan undi telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua
pihak yang hadir dan AJK baharu telahpun dipilih tanpa sebarang bantahan.

9.4 Ahli Jawatan Kuasa PIBG sesi 2023/2024 adalah seperti berikut :-

Penasihat : Pn. K. Tamil Cholvy


YDP PIBG : En. S. Gunalan
Timbalan YDp : Pn. S. Shalini
Setiausaha : Pn. T. Letchumidevi
Bendahari : Pn. R. Victoria

AJK Ibu Bapa : Pn. K. Kalpana


: En. S. Satheish
: Pn. Chitra Devi
: En. Nazim Khan Esop
: En. R. Radhakrishnan
En. Arivazhagan

AJK Guru : Pn. B. Rathimathi


: En. V. Gobinathan
: En. R. Vijay
: Cik. P. Shalini
: Cik. S. Divyeshree

Juru Audit (Wakil Ibu bapa) : Pn. S. Vejaletchumy


Juru Audit (Wakil Guru) : Pn. N. Selvamani

10.0 UCAPAN YDP BAHARU 2022/2023


10.1 En. S. Gunalan selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang menaruh harapan dan memilihnya menjadi YDP bagi sesi 2023/2024.
Beliau berharap agar AJK PIBG yang dilantik bersama akan berganding bahu
untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam semua aktiviti sekolah yang
dirancang dan dijalankan.
10.2 Pihak PIBG akan berjumpa dengan semua ibu bapa secara bergilir.
11.0 HAL-HAL LAIN
11.1 Pn. Kalpana meminta pihak sekolah agar berkongsi maklumat yang jelas dan
terperinci mengenai semua pertandingan yang dilaksanakan.

- Pihak sekolah akan membekalkan maklumat yang tepu berkenaan semua


pertandingan yang dikendalikan pada masa akan datang.

- Pn. Rameswari meminta kerjasama ibu bapa untuk merujuk kepada portal
rasmi/pautan yang dibekalkan untuk mengetahui maklumat pertandingan dengan
lebih lanjut.

- En. Manisegar turut menegaskan bahawa pertandingan yang dianjurkan oleh


pihak NGO perlu ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa murid masing-masing.
11.2 En. Naveen meminta barisan PIBG baharu untuk membangunkan gelanggang
badminton.

- En. Manisegar menyusul idea tersebut kepada YDP dan memintanya untuk
membuat permohonan melalui PPD.
11.3 Pn. Kuganeswari mengetengahkan bahawa makanan yang dijual di kantin terlalu
mahal (nasi lemak ayam : RM4.00).

- Pn. Subathra menjelaskan bahawa harga makanan ditetapkan mengikut tender


dan perkara ini akan dikaji semula dalam masa terdekat.
11.4 En. Radhakrishnan menitikberatkan keselamatan murid semasa waktu hadir dan
pulang ke rumah. Hal ini berpunca daripada projek penyelengaraan dan
pembinaan yang diadakan di sekitar kawasan sekolah di mana kelajuan lori yang
membawa barang melebihi had yang ditetapkan.
11.5 En. Radhakrishnan turut meminta pihak sekolah untuk mengambil inisiatif yang
sewajarnya dalam usaha membendung masalah yang dihadapi oleh murid-murid
semasa melangkah ke sekolah menengah kerana kebanyakkan murid tidak
ditawarkan kelas DLP.
- En. Manisegar meminta ibu bapa yang terlibat untuk membuat surat permohonan
kepada pihak PPD mengikut prosedur yang ditetapkan.
11.6 Pn. Subathra meminta jasa baik semua ibu bapa untuk memberikan sumbangan
ke arah menjayakan projek transformasi bilik darjah yang meliputi elemen
pembelajaran abad ke-21 dan kemudahan teknologi seperti SmartTV. Beliau turut
meminta kerjasama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka menjadi insan
yang sempurna dari askpek JERIS.

12.0 UCAPAN PENUTUP

12.1 En. Muniandy mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang sudi
berada hingga ke akhir mesyuarat.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 01.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ……………………………
(LETCHUMIDEVI A/P TIAGARAJAH) (GUNALAN A/L SHANMUGAM)
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG
SJKT BANDAR MAHKOTA CHERAS SJKT BANDAR MAHKOTA CHERAS

You might also like