Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TEL : 05 4651237

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAR FAX : 05-4651237


192 JALAN BUKIT KAMPUNG MASJID E-mel : aba9008@edu.moe.my
31900 KAMPAR PERAK
____________________________________________________________________________
`PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK`

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : ABA9008-600-3.3.(1)

Tarikh : 8 Mac 2024

Setiausaha Jawatankuasa Penaja Permainan Catur


Sekolah Kebangsaan Kampar,
31900 Kampar,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Permainan
Tuan,

Permohonan Menubuhkan Permainan Catur Sekolah Kebangsaan Kampar.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan ABA9008-600-3.5.12 (1) bertarikh 8
mac 2024.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua
Ahli Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap yang berhasrat untuk menyemarakkan lagi persatuan
sekolah ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya
dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Permainan Catur Sekolah Kebangsaan Kampar no
pendaftraran ABA9008-600-3.5.12 dengan syarat pihak tuan mengemukakan kepada saya Pelembagaan
dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam
tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan yang akan pihak tuan adakan.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bermaksud Persatuan sudah boleh bergerak
sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah

(En RAMLAN JAFERY BIN MAT JOHAN)


Guru Besar SK Kampar,
31900 Kampar Perak.

`PERAK SEJAHTERA 2030`


_______________________________________________________________________________________________________________________________________

`MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA`

You might also like