01. SURAT PERMOHONAN TUBUH CATUR

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TEL : 05 4651237

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAR FAX : 05-4651237


192 JALAN BUKIT KAMPUNG MASJID E-mel : aba9008@edu.moe.my
31900 KAMPAR PERAK
`PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK`

Ruj. Tuan : -

Ruj. Kami : ABA9008-600-3.5.12 (1)

Tarikh : 8 mac 2024

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampar,
31900 Kampar,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB PERMAINAN CATUR SK KAMPAR

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Kelab Permainan Catur SK Kampar diwujudkan
dengan tujuan untuk memperkasakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran supaya mereka
dapat meningkatkan ilmu dan sahsiah nilai peribadi mereka.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon kebenaran
tuan untuk menubuhkan Kelab tersebut berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Permainan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli
jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan kebenaran tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah

___________________________
KETUA UNIT
KELAB PERMAINAN CATUR
SK KAMPAR, 31900 KAMPAR PERAK

`PERAK SEJAHTERA 2030`


_______________________________________________________________________________________________________________________________________

`MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA`

You might also like