KERTAS KERJA TOOL KITS PAK21

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA KELAS ABAD KE-21

TOOLKIT PA 21

NOVEMBER 10, 2022


JAWATANKUASA TS25
SMK LIMBANG
1.0 PENDAHULUAN

Pengajaran dan Pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.


Menjelang abad ke-21 murid perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Computer sudah pasti digunakan secara
meluas. Ciri-ciri murid untuk abad ke-21 ialah murid perlu memiliki beberapa aspek tertentu di
mana, murid abad ke-21 merupakan murid yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam
teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada
beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke-21 amat
mencabar.

2.0 VISI

Sekolah Tranformasi, Guru Berinovasi, Murid Berinformasi

3.0 MISI

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mampu membudayakan sepenuhnya bilik


darjah abad ke-21.

4.0 MATLAMAT

Program kelas abad ke-21 dirancang untuk menyediakan bahan/ toolkit mengajar bagi semua
bilik darjah yang akan menyumbangkan kepada Pendidikan berkualiti yang mampu
menghasilkan modal insan bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran kritikal abad ke-21,
termasuklah kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) serta
pembangunan sahsiah yang holistic dan seimbang.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Menyediakan Toolkit PA21 untuk semua kelas bagi menyumbang kepada PdPc ysng
berkualiti dan menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis kea rah PA 21
5.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan
5.3 Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu
masalah

6.0 TEMPAT

42 Bilik darjah SMK Limbang


7.0 SASARAN
7.1 Semua Guru SMK Limbang
7.2 Semua Murid SMK Limbang

8.0 JUMLAH PESERTA

Murid : 1206 orang


Guru : 81 orang

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk Lampiran A

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran B

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN


11.1 Keceriaan Kelas & Toolkit
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran fizikal di dalam
bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam
bilik darjah, sumber bahan pembelajaran , ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada
dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Kelas abad ke-21 ini
memberi penekanan khusus terhadap kelas yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran. Susun atur serta penyediaan bahan bantu mengajar bagi
kelas abad ke-21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri penting, iaitu membolehkan
murid terlibat secara aktif dengan PdPc yang berlangsung, membina ruang autonomi
pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran
mental.
11.2 Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think
i-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kea
rah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan Inovatif. Program ini adalah hasil
Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di
dalam program i-Think adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui
penggunaan alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan pelbagai
aras (merujuk kepada Bloom’s Revised Taxonomy) untuk membantu merangsang
pemikiran murid.

12.0 TINDAKAN SUSULAN


Selepas 12 bulan penggunaan dan pelaksanaan PdPc Abad ke-21 di dalam bilik-bilik darjah ini,
satu soal selidik dalam kalangan guru juga akan dilaksanakan bagi mendapat maklum balas
tentang peningkatan murid dari segi:
i. Kebolehan berkomunikasi
ii. Kebolehan bekerja dalam pasukan
iii. Kebolehan mencipta, membuat inovasi dan mengkritik
iv. Kebolehan mengurus kendiri
v. Kebolehan menyelesaikan masalah

13.0 PEMANTAUAN
Bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancer mengikut perancangan yang
ditetapkan, pemantauan secara berterusan akan dijalankan menggunakan Instrumen Learning
Walk dan Borang Pencerapan SKPMg2.

14.0 PENILAIAN
Bagi mengukur keberkesanan program , instrument penilaian yang akan digunakan ialah
soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2023 dan pelaporan offline KSSM bahagian kemahiran dan
proses. Kelemahan dan Langkah penambahbaikan juga dikelapasti memlaui post-mortem yang
akan dijalankan selepas program selesai.
15.0 PENUTUP

Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta
Kerjasama dari semua pihak dan memberi impak positif kepada murid SMK Limbang. Dengan
ini, modal insan bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran kritikal abad ke-21

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(Lindawati Binti Hamdi) (Rosnah Binti Hj Basar) (Samsul Bin Bohari)

Penyelaras Program TS25 Penolong Kanan Pentadbiran Pengetua,


SMK Limbang dan Akademik, SMK Limbang
SMK Limbang
LAMPIRAN A

JAWANTANKUASA TOOLKIT KELAS ABAD KE-21

Penasihat : En Samsul Bin Bohari

: Cik Rosnah Binti Hj Basar

: Pn Harpah Binti Jidin

: Cik Tiamah Binti Tasan

Penyelaras : Lindawati Binti Hamdi

Setiausaha : Siti Nor Azwa Binti Bujang

Penyediaan ToolKit : JK TS25 2022

: JK PA 21 / Amalan Terbaik Sekolah 2023


: Noorizan Nongka
: Nuraliaa Diyana Bt. Ahmad Rosli
: Tengku Alis Nur Deena
: Noor Fadzilla Fathanah Binti Samid
LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERUNTUKAN PIBG SMK LIMBANG

HARGA
BIL BAHAN KUANTITI JUMLAH
SEUNIT
1 A3 LAMINATING MACHINE 1 405.00 405.00
320
2 ASTAR A4 100’S LAMINATING 13 40.00 520.00
FILM
3 ASTAR A3 100’S LAMINATING 4 95.00 380.00
FILM
4 KERTAS LUKISAN A3 10 6.00 60.00
5 A4 PAPER 80G 5 15.90 79.50
6 SUNFLOWER 80G MIX 2 45.00 90.00
5’SCOLOUR PAPER 450’S
7 STICK ON NOTES 3X3” 42 3.50 147.00
8 ASTAR GLUE STICK 21G (3PC/1 126 3.30 415.80
KELAS)
9 GUNTING 6.5'' (3PC/1 KELAS) 126 4.00 504.00
10 WHITE BOARD DUSTER SMALL 126 4.50 567.00
(3PC/1 KELAS)
11 FASTER MAGIC PEN (3BOX/1 126 5.00 630.00
KELAS)
12 WHITE BOARD MARKER 42 12.00 504.00
13 FOTOSTAT 8 PETA I-THINK 336 0.08 26.88
14 FOTOSTAT 8 EXIT CARD 336 0.08 26.88
15 FOTOSTAT KAD PERANAN 336 0.08 26.88
16 BOX TOOLKIT 42 30.00 1260.00
JUMLAH 5642.94

You might also like