Tugasan 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPS60204 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

PROGRAM :

SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( MT-17 )

TUGASAN 2 :

INTERAKSI SOSIAL

NAMA PELAJAR :

NURAZIZA SYAFFA’ BINTI AHMAD SOYUTI

NO. MATRIK :

( M20232002977 )

NAMA PENSYARAH :

PROFESSOR MADYA DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM


2.1 PENGENALAN INTERAKSI SOSIAL

Interaksi sosial adalah proses di mana individu atau kumpulan bertindak balas antara satu
sama lain melalui komunikasi dan tindakan. Ini merangkumi segala bentuk hubungan di mana
orang berinteraksi, berkongsi maklumat, perasaan, atau tindakan. Interaksi sosial adalah asas
kepada pembentukan hubungan sosial, struktur sosial, dan budaya dalam masyarakat. Ia
memainkan peranan penting dalam membina identiti, belajar norma dan nilai sosial, serta
membangun hubungan yang membantu dalam perkembangan peribadi dan sosial. Interaksi
sosial boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk perbualan, kerja sama, konflik,
persaingan, dan pertukaran sosial. Interaksi sosial yang baik pada peringkat kanak-kanak
akan membantu perkembangan awal mereka dari pelbagai sudut (Lynch & Simpson, 2010).

Interaksi sosial merujuk kepada hubungan antara individu atau kumpulan yang
melibatkan pertukaran maklumat, perasaan, dan tindakan. Terdapat lima elemen utama
dalam interaksi sosial yang mempengaruhi dinamika hubungan antara individu atau
kumpulan.

2.1.1 Pertukaran Maklumat

Elemen pertama yang terdapat di dalam interakasi sosial ialah pertukaran maklumat (
Sosiolisasi ). Sosiolisasi merupakan elemen asas dalam interaksi sosial di mana
individu berkongsi maklumat, idea, atau perasaan melalui komunikasi verbal atau non-
verbal. Pertukaran ini penting untuk membina pemahaman bersama dan memudahkan
kerjasama dalam pelbagai konteks. Sebagai contoh situasi di dalam kelas, apabila
terdapat seorang kanak-kanak yang berkongsi tentang pengetahuannya mengenai
melihat haiwan yang jarang ditemui di Zoo.

Kanak-kanak tersebut boleh menceritakan bagaimana rupa dan bentuk haiwan


tersebut daripada segi saiznya, ketinggiannya, warna haiwan tersebut dan
sebagainya. Hal ini, akan menarik minat kanak-kanak lain untuk mendengar dan
berkongsi tentang pengetahuan mereka yang lain mengenai haiwan-haiwan lain yang
terdapat di dalam Zoo. Dapap dilihat bahawa pertukaran maklumat yang berlaku
mampu menjadikan kanak-kanak untuk bersosial. Sedikit sebanyak dapat membantu
kanak-kanak yang introvert untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Ini juga
dapat mengesan bahawa interaksi sosial sering berlaku daripada tindakan pertukaran
maklumat.
2.1.2 Perbincangan ( Argument / Conflict )

Elemen yang seterusnya berkaitan dengan interaksi sosial ialah berkaitan dengan
perbincangan yang melibatkan argumentasi atau konflik, berlaku apabila terdapat
perbezaan pendapat atau pandangan. Konflik dalam perbincangan sering timbul
akibat keinginan untuk mendapatkan ganjaran tertentu, sama ada material atau
psikologikal. Walaupun konflik boleh membawa kepada ketegangan, ia juga boleh
menghasilkan penyelesaian yang kreatif dan inovatif.

Kadang kala konflik juga tidak dapat dielakkan, terutamanya apabila berkaitan
dengan ganjaran. Perbincangan dalam konteks konflik atau pertengkaran di kalangan
kanak-kanak di tadika sering kali melibatkan situasi di mana mereka mempunyai
pandangan yang bertentangan atau berbeza mengenai sesuatu perkara. Contohnya,
apabila di dalam kelas, konflik boleh berlaku apabila dua kanak-kanak berusaha untuk
menggunakan mainan yang sama pada masa yang sama. Saling berpegang pada
mainan itu boleh menyebabkan pertengkaran kecil antara mereka. Guru perlu campur
tangan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cara yang baik dan
adil, mengajar mereka tentang berkongsi, empati, dan menyelesaikan konflik dengan
cara yang berhemah. Dengan menguruskan konflik secara positif, kanak-kanak dapat
belajar untuk memahami perasaan orang lain dan bekerja sama untuk mencari
penyelesaian yang memuaskan bagi semua pihak.

2.1.3 Persaingan ( Competition )

Persaingan merupakan elemen di mana individu atau kumpulan berusaha untuk


mengatasi satu sama lain demi mencapai matlamat yang sama. Persaingan boleh
memberika motivasi individu untuk meningkatkan prestasi mereka, namun ia juga
boleh menyebabkan tekanan dan ketegangan dalam hubungan. Persaingan boleh
dijadikan sebagai elemen positif dalam kelas apabila diuruskan dengan baik. Sebagai
seorang, perlulah bijak untuk mengawal kelas serta menjadikan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas lebih baik. Sekiranya ingin melakukan persaingan secara
positif, maka perlulah di rancang sebelum memulakan kelas terlebih dahulu.

Sebagai contoh, kanak-kanak boleh bersaing dalam permainan pendidikan


seperti kuiz atau pertandingan seni. Ini membantu mereka belajar tentang semangat
bersaing secara sihat dan mengembangkan motivasi intrinsik untuk berusaha lebih
baik. Dengan mengadakan pertanndingan yang melibatkan persaingan yang positif
akan membantu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk tidak mudah
berputus asa dalam apa jua situasi. Selain daripada itu, dengan persaingan juga
menggalakkan kanak-kanak untuk berusaha lebih gigih, memperbaiki kemahiran
mereka, dan belajar bagaimana untuk menangani kejayaan serta kegagalan dengan
cara yang sihat.

2.1.4 Perdebatan ( Debate )

Bagi elemen keempat iaitu perdebatan yang melibatkan kepada pertukaran pendapat
atau idea yang berbeza dalam usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik atau
mendalam. Perdebatan yang konstruktif boleh membantu individu memahami
perspektif yang berbeza dan mencapai kesimpulan yang lebih seimbang. Perdebatan
kebiasaanya akan berlaku apabila kanak-kanak mempunyai pendapat yang berbeza
mengenai sesuatu. Perdebatan yang positif dalam interaksi sosial kanak-kanak boleh
menjadi alat yang sangat berguna untuk mengembangkan kemahiran komunikasi,
pemikiran kritis, dan pemahaman empati. Perdebatan ini bukan mengenai siapa yang
menang atau kalah, akan tetapi lebih kepada proses menyatakan pendapat,
mendengar pandangan orang lain, dan belajar menghormati perbezaan.

Melalui perdebatan dalam interaksi sosial, kanak-kanak akan mempelajari


tentang menerima pandangan kanak-kanak lain dalam satu situasi. Kebanyakkan
kanak-kanak zaman kini, sukar bertolak ansur apabila rakan sebaya ingin
mengutarakan pendapatnya. Sebagai contoh, guru mengadakan sesi bercerita di
mana setiap kanak-kanak diminta untuk membawa buku cerita kegemaran mereka.
Setelah beberapa kanak-kanak berkongsi cerita, guru mengadakan perdebatan ringan
di mana mereka membincangkan cerita yang mana satu paling mereka sukai dan
mengapa. Guru memastikan bahawa setiap kanak-kanak mendengar pendapat rakan
mereka dengan penuh perhatian dan menghormati pandangan yang berbeza. Guru
juga membimbing mereka untuk memberikan alasan yang baik di sebalik pendapat
mereka.

Melalui perdebatan ini, kanak-kanak mempelajari untuk menyatakan pendapat


mereka dengan jelas dan mendengar pandangan orang lain dengan hormat. Mereka
juga belajar untuk berfikir secara kritis tentang alasan di sebalik pilihan mereka dan
memahami bahawa perbezaan pendapat adalah perkara yang biasa dan boleh
diterima.
2.1.5 Kerjasama ( Coperation @ Accomodation )

Elemen terakhir yang berkaitan dengan interaksi sosial ialah kerjasama. Kerjasama
merupakan elemen di mana individu atau kumpulan bekerja bersama untuk mencapai
tujuan yang sama atau menyelesaikan konflik. Kerjasama melibatkan komitmen untuk
mencapai keputusan yang memuaskan bagi semua pihak yang terlibat, sementara
akomodasi memerlukan kompromi untuk mengekalkan hubungan yang harmoni.
Melalui kerjasama, kanak-kanak dapat mewujudkan interaksi sosial yang baik dengan
rakan sebaya. Sikap berkerjasama yang wujud di dalam kelas dapat membantu kanak-
kanak untuk lebih bergaul dengan baik. Di dalam elemen kerjasama ini, wujudnya juga
elemen akomodasi yang bermaksud proses di mana seseorang individu atau
kumpulan berkompromi atau menyesuaikan diri dengan keadaan atau keperluan
orang lain untuk memastikan hubungan sosial berjalan dengan lancar. Ini boleh
melibatkan perubahan dalam tingkah laku, sikap, atau pendekatan untuk mencapai
penyelesaian yang memuaskan bagi semua pihak yang terlibat.

Berdasarkan elemen kerjasama, akan wujud juga elemen akomodasi dalam


bilik darjah sekiranya guru-guru tadika dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang betul. Misalnya, sekumpulan kanak-kanak melayu bermain blok
bangunan. Manakala, seorang kanak-kanak cina mahu membina sebuah menara yang
tinggi, manakala seorang lagi mahu membuat jambatan. Mereka mula berebut blok
yang sama, menyebabkan ketegangan. Guru perlu bertindak dengan menggalakkan
mereka untuk berbincang dan mencari penyelesaian bersama. Akhirnya, mereka
memutuskan untuk membina menara dan jambatan dalam satu projek besar yang
menggabungkan idea mereka. Di dalam situasi ini, kedua-dua kanak-kanak telah
melakukan akomodasi dengan menyesuaikan keinginan mereka untuk mencapai
matlamat bersama.

Elemen bekerjasama dan juga akomodasi yang boleh didapati daripada


interaksi sosial ini membantu kanak-kanak memupuk sifat empati di mana kanak-
kanak dapat mempelajari tentang memahami dan juga menghormati kehendak rakan
sebaya yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga diajar supaya bekerjasama untuk
mencapai satu matlamat secara bersama-sama. Dengan mempraktikkan akomodasi
dan juga bekerjsama, kanak-kanak di tadika dapat membina asas yang kukuh untuk
kemahiran sosial yang akan membantu mereka dalam hubungan interpersonal
sepanjang hayat mereka.
2.2 BENTUK INTERAKSI KELAS

Di dalam bilik darjah melibatkan pelbagai jenis interaksi sosial yang berlaku. Antara bentuk-
bentuk interaksi sosial yang berlaku ialah komunikasi dan kerjasama yang membantu kanak-
kanak mengembangkan kemahiran sosial dan emosi mereka. Bentuk-bentuk interaksi ini
termasuk pertukaran maklumat, perbincangan (argument/konflik), persaingan (competition),
perdebatan, dan kerjasama atau akomodasi. Setiap bentuk interaksi ini memainkan peranan
penting dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

I. Interaksi Kanak-Kanak dengan Guru

Situasi di dalam kelas perlulah di kawal oleh guru untuk mengelakkan daripada
sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, salah satu interaksi sosial yang
berlaku di dalam kelas ialah interaksi antara kanak-kanak dan juga guru. Guru
memberikan bimbingan dan juga arahan kepada kanak-kanak untuk menyokong
aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Dengan adanya aktiviti perbualan dan soal jawab
selepas pembelajaran, guru dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak melalui
perbualan dan soal jawab untuk memahami pemikiran dan perasaan mereka.

II. Interaksi Kanak-Kanak dengan Rakan Sebaya

Interaksi bersama rakan-rakan sebaya juga merupakan salah satu interaksi yang
berlaku di dalam kelas. Kanak-kanak bergaul di dalam kelas membantu untuk
mempertingkatkan lagi perkembangan sosial dan juga emosi mereka semasa berada
di dalam kelas. Antara aktiviti yang boleh dilakukan yang melibatkan interaksi kanak-
kanak dan rakan sebaya ialah aktviti bermain bersama dan aktiviti berkumpulan.
Permainan bermain bersama melibatkan aktivit bebas, di mana guru akan
membenarkan kanak-kanak untuk memilih permainan yang digemari dan bermain
bersama rakan lain dalam tempoh yang ditetapkan.

Aktiviti secara berkumpulan juga sedikit sebanyak membantu kanak-kanak


untuk terlibat di dalam aktiviti yang berstruktur. Sebagai contoh, kanak-kanak diberi
tugasan membuat eksperimen secara berkumpulan di dalam mata pelajaran sains . Di
dalam tugasan ini, kanak-kanak di arahkan untuk membawa botol kosong yang
dipotong kepada dua bahagian. Guru membahagikan kumpulan kepada lima dan satu
kumpulan mempunyai tiga orang. Semasa proses pembelajaran berlangsung,
terdapat pertukaran maklumat berlaku di dalam kumpulan, di mana mereka berkongsi
pendapat dan idea untuk menjalankan proses eksperimen berkaitan dengan
pertumbuhan kacang hijau. Hal ini menujukkan bahawa kanak-kanak bertukar
maklumat dan berinteraksi semasa aktiviti pembelajaran berlaku di dalam kelas.

2.3 Tingkahlaku Kanak-kanak dalam Kelas dan Isu yang timbul

Semasa berada di dalam kelas, tingkah laku kanak-kanak berbeza-beza bergantung kepada
pelbagai faktor seperti umur, latar belakang, dan persekitaran sosial mereka. Kanak-kanak
biasanya menunjukkan tingkah laku yang berdisiplin dan bekerjasama, tetapi ada kalanya
tingkah laku yang tidak diingini seperti gangguan dan ketidaksopanan juga boleh berlaku.
Contohnya, kanak-kanak yang kurang memberi perhatian, bercakap tanpa izin, atau
menunjukkan tingkah laku agresif boleh mengganggu proses pembelajaran. Tingkah laku
positif seperti aktif bertanya soalan, bekerjasama dalam aktiviti kumpulan, dan membantu
rakan-rakan lain adalah contoh tingkah laku yang mendorong suasana pembelajaran yang
kondusif.

Namun, isu tingkah laku berkaitan dengan interaksi sosial yang timbul dalam kelas
sering kali melibatkan konflik antara kanak-kanak. Konflik ini boleh berlaku akibat perbezaan
pendapat, persaingan, atau salah faham. Contohnya, perselisihan faham tentang tugasan
kumpulan atau perebutan alat permainan boleh mencetuskan konflik. Konflik ini, jika tidak
diselesaiakan dengan baik, boleh mengakibatkan ketegangan dan gangguan dalam kelas.
Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti punca konflik dan mencari jalan untuk
mengatasinya secara efektif.

Disebabkan wujudnya konflik di dalam kelas, salah satu cara terbaik untuk mengatasi
isu tersebut dengan perbincangan. Perbincangan dalam kelas adalah salah satu cara untuk
menangani konflik. Melalui perbincangan, kanak-kanak diberi peluang untuk menyuarakan
pandangan mereka dan mendengar pendapat orang lain. Guru boleh memainkan peranan
sebagai fasilitator, memastikan perbincangan berjalan dengan lancar dan semua pihak dapat
menyuarakan pendapat mereka tanpa gangguan. Aktiviti seperti debat atau diskusi kumpulan
juga boleh membantu kanak-kanak belajar cara mengemukakan hujah dengan baik dan
menghormati pandangan orang lain. Perbincangan yang konstruktif dapat membantu
menyelesaikan konflik dan menggalakkan pemahaman antara kanak-kanak.

Selain daripada itu, terdapat beberapa strategi lain yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan konflik dan masalah tingkah laku dalam kelas. Pertama, penggunaan
peraturan kelas yang jelas dan konsisten boleh membantu mengawal tingkah laku kanak-
kanak. Kedua, pendekatan disiplin positif seperti memberi pujian dan ganjaran kepada tingkah
laku yang baik dapat mendorong kanak-kanak untuk berkelakuan baik. Ketiga, intervensi awal
apabila tanda-tanda konflik mula kelihatan dapat mengelakkan masalah daripada menjadi
lebih serius. Guru juga boleh menggunakan teknik mediasi di mana mereka membantu kanak-
kanak yang berkonflik untuk berbincang dan mencari penyelesaian bersama.

Akhirnya, penglibatan ibu bapa dan penjaga juga penting dalam menangani isu
tingkah laku kanak-kanak. Guru boleh berkomunikasi dengan ibu bapa untuk memaklumkan
tentang tingkah laku kanak-kanak di sekolah dan bekerjasama mencari penyelesaian yang
sesuai. Perjumpaan ibu bapa dan guru, serta program pembangunan kendiri untuk kanak-
kanak, boleh membantu dalam memperbaiki tingkah laku kanak-kanak. Dengan kerjasama
yang baik antara guru, kanak-kanak, dan ibu bapa, isu tingkah laku dalam kelas dapat
ditangani dengan lebih berkesan, mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan
harmoni.

2.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tingkah laku murid dalam kelas memainkan peranan penting dalam
menentukan suasana pembelajaran yang efektif. Walaupun kebanyakan murid menunjukkan
tingkah laku yang positif dan berdisiplin, konflik dan masalah tingkah laku tetap boleh timbul.
Guru perlu memainkan peranan aktif dalam menguruskan tingkah laku murid, menggunakan
pendekatan peraturan yang jelas, disiplin positif, dan intervensi awal untuk menangani
masalah. Aktiviti perbincangan dan mediasi juga dapat membantu murid belajar cara
mengatasi konflik dan menghormati pandangan orang lain.

Kerjasama antara guru, murid, dan ibu bapa adalah kunci dalam memastikan masalah tingkah
laku dapat diatasi dengan berkesan. Melalui komunikasi yang baik dan sokongan berterusan,
semua pihak dapat bekerja bersama untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
positif dan harmoni. Dengan pendekatan yang holistik ini, murid dapat berkembang secara
sosial, emosi, dan akademik, membentuk asas yang kukuh untuk kejayaan masa depan
mereka. Kelima-lima elemen yang dinyatakan di dalam tugasan ini memainkan peranan
penting dalam membentuk interaksi sosial yang dinamik dan berkesan dalam kehidupan
seharian. Setiap interaksi sosial yang ada membantu perkembangan kanak-kanak daripada
segi sosial dan juga emosi mereka untuk menghadapi kehidupan yang akan datang.
Rujukan

Abdullah, N. S., & Mohamad, R. (2018). Pengaruh Interaksi Sosial Terhadap Pembangunan
Kanak-Kanak Prasekolah: Satu Kajian di Kuala Lumpur. Jurnal Interaksi Sosial, 25(2),
45-58.
Ibrahim, A., & Ismail, S. (2019). Pentingnya Pertukaran Maklumat dalam Pembelajaran Awal
Kanak-Kanak. Jurnal Interaksi Sosial, 30(1), 22-35.
Yusof, M., & Hamid, Z. (2020). Strategi Penyelesaian Perbincangan dalam Kalangan Kanak-
Kanak Sekolah Rendah. Jurnal Interaksi Sosial, 35(3), 78-91.
Lim, C. H., & Tan, S. K. (2017). Dampak Persaingan Terhadap Motivasi Belajar Kanak-Kanak
Prasekolah. Jurnal Interaksi Sosial, 20(4), 102-115.
Wong, K. L., & Ng, L. H. (2018). Perkembangan Kemahiran Perdebatan dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah: Satu Tinjauan. Jurnal Interaksi Sosial, 22(1), 30-43.
Tan, A. H., & Chong, S. Y. (2019). Penerapan Nilai Kerjasama dalam Aktiviti Kokurikulum di
Sekolah Rendah. Jurnal Interaksi Sosial, 28(2), 55-68.
Ali, M. A., & Rahman, S. (2020). Kesan Interaksi Kanak-Kanak dengan Guru Terhadap
Prestasi Akademik. Jurnal Interaksi Sosial, 38(1), 15-28. Interaksi Kanak-Kanak
dengan Rakan Sebaya
Lee, S. Y., & Goh, H. C. (2017). Keberkesanan Program Pembelajaran Bersama Rakan
Sebaya dalam Meningkatkan Interaksi Sosial di Sekolah Menengah. Jurnal Interaksi
Sosial, 18(3), 40-53.

You might also like