Tugasan 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPS60204 SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

PROGRAM :

SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( MT-17 )

TUGASAN 3 :

BENTUK-BENTUK PENGAJARAN
( MODEL PEMBELAJARAN )

NAMA KANAK-KANAK :

NURAZIZA SYAFFA’ BINTI AHMAD SOYUTI

NO. MATRIK :

( M20232002977 )

NAMA PENSYARAH :

PROFESSOR MADYA DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM


3.1 TEORI PEMBELAJARAN ( KEPELBAGAIAN BUDAYA / MULTIBUDAYA )

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik utama termasuk
Melayu, Cina, India, dan kumpulan pribumi Sabah dan Sarawak. Setiap kumpulan etnik ini
mempunyai bahasa, agama, adat, dan tradisi yang unik. Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia
sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya, tetapi juga menimbulkan cabaran dalam
memastikan kesepaduan nasional. Kepelbagaian budaya di Malaysia ini menjadikan Malaysia sebagai
daya tarikan para pelancong daripada luar negara untuk hadir serta melihat kehidupan seharian bagi
sesebuah budaya. ( Yusof, Z., & Abdullah, M. 2021) Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem
pendidikan yang menekankan bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang pendidikan yang
sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James
A. Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003).

Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting bagi perkembangan fizikal,


kognitif, sosial, dan emosi anak-anak. Di Malaysia, konsep teori pembelajaran multibudaya
menjadi semakin relevan dan signifikan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak.
Malaysia, sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, memerlukan
pendekatan pendidikan yang inklusif dan menghargai setiap budaya yang ada.
Kepelbagaian buday menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana setiap budaya
yang terdapat di Malaysia mempunyai adat dan istiadat serta budaya yang tersendiri.
Budaya-budaya ini dijaga serta diterapkan di dalam pendidikan tidak formal buat etnik-etnik
yang terdapat di negara ini. Dalam konteks Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya,
pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pendekatan yang inklusif dan sensitif terhadap pelbagai
latar belakang budaya.

Teori pembelajaran multibudaya merujuk kepada pendekatan pendidikan yang


mengintegrasikan pelbagai perspektif budaya ke dalam kurikulum dan pengajaran.
Pendekatan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menghormati kepelbagaian budaya,
membantu kanak-kanak memahami dan menghargai perbezaan budaya sejak usia muda.
Pembelajaran multibudaya juga bertujuan untuk mengurangkan prejudis dan stereotaip serta
mempromosikan keharmonian dan kesepaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum
seperti Malaysia. Pendedahan awal kepada kepentingan pendidikan secara multibudaya ini
menjadikan kanak-kanak lebih peka dan berpengetahuan mengenai kaum, adat, budaya
dan sebagainya dalam kehidupan di Malaysia. Di semenanjung, majoriti kaum yang ilah
Melayu, Cina dan juga India. Manakala di Sabah, Sarawak pula majoriti etnik
Kadazandusun, Bajau, Iban dan banyak lagi.
3.2 MODEL PENGAJARAN BERASASKAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
(ABDUL TALIB HASHIM 2015)

Model Pengajaran Berasaskan Kemahiran Pendidikan Multibudaya yang dicadangkan oleh


Abdul Talib Hashim pada tahun 2015 adalah pendekatan yang bertujuan untuk
mempromosikan kepelbagaian budaya dan menghormati perbezaan dalam konteks
pendidikan. Model ini menekankan perkembanagann kemahiran yang diperlukan untuk
berinteraksi dan bekerjasama dalam masyarakat yang berbilang budaya. Berikut adalah
penerangan ringkas mengenai komponen utama model ini:

i) Penerokaan

Di dalam konteks, Pendidikan awal kanak-kanak model pengajaran yang


dinyatakan oleh Abdul Talib Hashim, 2015 mengaitkan bahawa kanak-kanak
diusia seawal 4-6 tahun diberikan pengenalan untuk meneroka mengenai
pelbagai etnik, dengan memberikan aktiviti di dalam Kumpulan yang sama
dan mempunyai pelbagai etnik. Misalnya, guru menceritakan atau
memperkenalkan mengenai kepelbagaian budaya di dalam kelas.

ii) Menjana Isu

Seterusnya, melalui model ini juga mengatakan bahagian menjana isu di


mana kanak-kanak akan diberi pengetahuan mengenai isu yang timbul di
dalam pengajaran yang melibatkan kepada multibudaya. Kanak-kanak diajar
untuk mengenal pasti isu-isu kepelbagaian budaya seperti perbezaan
bahasa, adat resam, dan kepercayaan. Guru boleh membantu kanak-kanak
memahami bahawa kepelbagaian ini adalah sesuatu yang perlu dihormati
dan dipelihara.

iii) Memproses maklumat

Apabila isu yang timbul itu dikenalpasti melalui pendengaran, pertuturan,


pembacaan serta penglihatan maka maklumat yang diterima akan mula di
proses dengan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memberi
idea serta pandangan masing-masing. Contohnya, guru menggalakan kanak-
kanak bercerita mengenai lukisan yang dilakukan di dalam kelas berkaitan
dengan budaya masing-masing.
iv) Aplikasi/Transformasi

Guru sebagai penggerak ke arah untuk mengaplikasikan serta transformasi


maklumat baharu yang diterima berdasarkan pemprosesan maklumat yang
berlaku. Oleh itu, Kanak-kanak didorong untuk mengaplikasikan pemahaman
mereka tentang kepelbagaian budaya dalam kehidupan seharian seperti
kanak-kanak dibimbing untuk mempelbagaikan lukisan yang dilakukan dalam
bentuk pertuturan, dan pendengaran di mana ada kanak-kanak yang akan
bercerita manakala ada juga kanak-kanak yang mendengar bagi
menghormati budaya dan etnik masing-masing.

v) Refleksi/Maklum balas

Respon kanak-kanak yang di dapati daripada aktiviti yang dijalankan melalui


penceritaan berkaitan gambar, guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk
merenung dan memberi maklum balas tentang pengalaman mereka dalam
belajar tentang kepelbagaian budaya. Ini membantu mereka memahami diri
mereka sendiri serta meningkatkan toleransi dan penghargaan terhadap
kepelbagaian.

3.3 AKTIVITI TEORI PEMBELAJARAN ( KEPELBAGAIAN BUDAYA )

3.3.1 Pengajaran kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah

i) Kenali latar belakang kanak-kanak

Sebagai seorang guru yang profesional, mengenali anak murid adalah satu perkara
asas yang penting kerana untuk menarik minat kanak-kanak untuk lebih berinteraksi di
dalam bilik darjah. Oleh itu penting untuk guru memahami latar belakang budaya setiap
kanak-kanak di dalam kelas. Misalnya, di Tadika Bunga Tulip dalam kelas terdapat latar
belakang etnik yang berbeza seperti Melayu, Cina, dan India. Bagi kelas 4 tahun, terdapat
empat kanak-kanak berbangsa cina dan seorang kanak-kanak berbangsa India. Manakala,
bagi kelas 5 tahun pula, terdapat lapan kanak-kanak berbangsa cina dan dua orang kanak-
kanak berbangsa Melayu. Terakhir, bagi kelas 6 tahun, keseluruhan berjumlah dua belas
kanak-kanak berbangsa cina. Oleh itu, guru perlu memahami nilai-nilai budaya yang
mungkin mempengaruhi cara kanak-kanak belajar dan juga berinteraksi bagi menjadikan
suasana bilik darjah menjadi lebih baik dan inklusif walaupun berlainan budaya di dalam
satu bilik darjah.

ii) Penglibatan Keluarga

Di Tadika Bunga Tulip, terdapat beberapa aktiviti dan juga program yang melibatkan
ibu bapa. Melibatkan keluarga dalam proses pendidikan sangat penting dalam konteks
budaya. Ibu Bapa sebagai pendorong kepada kanak-kanak untuk bersama membantu
perkembangan bagi kanak-kanak. Keterlibatan keluarga di dalam aktivit sekolah mampu
memberikan hubungan yang lebih baik bersama guru.( Hashim, A. T. 2015). Contohnya,
guru boleh mengadakan sesi perkongsian dengan ibu bapa ( Parents Teacher’s Day ) untuk
memahami cara terbaik untuk menyokong pembelajaran anak-anak mereka, serta
memahami nilai-nilai yang penting dalam budaya keluarga mereka. Melalui pertemuan ini,
para guru dan juga ibu bapa boleh mengenalpasti kelemahan yang perlu diperbaiki antara
kedua belah pihak. Hal ini mampu memberikan tindak balas yang baik bagi kanak-kanak.

iii) Kerja Berkumpulan

Kerja berkumpulan adalah satu pendekatan pedagogi yang sangat berkesan dalam
pendidikan multibudaya. Ia memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi,
berkolaborasi, dan belajar dari rakan sebaya mereka yang datang dari latar belakang
budaya yang berbeza. Kerja berkumpulan juga dapat mempromosikan kefahaman antara
budaya dan kerjasama di kalangan kanak-kanak. Salah satu aktiviti di Tadika Bunga Tulip
berkaitan dengan multibudaya ialah Projek budaya di mana setiap kumpulan diminta untuk
mempersembahkan maklumat mengenai satu budaya tertentu. Kanak-kank boleh
memkanak-kanaki tentang makanan, pakaian, adat resam, dan tradisi budaya tersebut, dan
kemudian berkongsi bersama di dalam kelas.

iv) Mengajar Melalui Pelbagai Cara

Penggunaan pelbagai cara pengajaran seperti cerita, lagu, tarian tradisional, dan teknologi
dapat membantu menyampaikan konsep pendidikan dengan cara yang memahami dan
relevan dengan kanak-kanak dari latar belakang budaya yang berbeza. Pendekatan mengajar
melalui pelbagai cara (multimodal teaching) adalah strategi yang menggunakan pelbagai teknik dan
alat pengajaran untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza dan mengakui kepelbagaian
budaya dalam kelas. Teknik ini memastikan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang
sama untuk memahami dan berpartisipasi dalam proses pembelajaran. Contohnya, guru dapat
menggunakan cerita-cerita tradisional dari pelbagai budaya untuk mengajar nilai-nilai moral.
Di Tadika Bunga Tulip menggunakan beberapa teknik penceritaan mengenai cerita-cerita
berkaitan dengan budaya perayaan yang berbeza.

v) Komunikasi

Komunikasi yang berkesan adalah kunci untuk memahami dan merangkul kepelbagaian
budaya di dalam kelas. Komunikasi yang efektif juag mempunyai elemen penting dalam
pendidikan multibudaya. Ia memainkan peranan utama dalam menghubungkan individu dari latar
belakang budaya yang berbeza dan mempromosikan pemahaman serta toleransi. Guru perlu
memastikan bahawa komunikasi adalah dua hala, mendengar dan merangsang pertukaran
idea di antara kanak-kanak dari latar belakang budaya yang berbeza. ( Lim, H. K., & Chan,
M. W., 2018). Misalnya, di Tadika Bunga Tulip juga, memberi peluang kepada setiap bangsa
bersama-sama di dalam satu kumpulan untuk berkongsi pendapat dan menceritakan aktiviti
yang berkaitan dengan perayaan yang di raikan bersama..

3.3.2 Aktiviti dominan yang berlaku di Tadika Bunga Tulip ( Pendidikan


Multibudaya )

i) Aktiviti 1: Sesi Bercerita Multibudaya

Di Tadika Bunga Tulip, salah satu aktiviti dominan yang menggalakkan pendidikan
multibudaya melalui komunikasi adalah sesi bercerita. Setiap minggu, guru mengatur sesi di
mana kanak-kanak dan guru mengambil giliran untuk menceritakan cerita rakyat dari
pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, dan budaya-budaya
lain.

Dalam sesi ini, kanak-kanak tidak hanya mendengar cerita tetapi juga diberi peluang
untuk bertanya soalan dan berbincang mengenai cerita yang didengar. Sebagai contoh,
selepas mendengar cerita mengenai Sang Kancil yang bijak dari cerita rakyat Melayu,
kanak-kanak boleh bertanya mengapa Sang Kancil dianggap bijak dan bagaimana nilai
kebijaksanaan itu penting dalam budaya Melayu. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak bukan
sahaja memperkaya kosa kata dan kemahiran bahasa mereka, tetapi juga belajar
menghargai nilai-nilai yang dibawa oleh pelbagai budaya. Aktiviti ini menggalakkan kanak-
kanak untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka, bertukar pandangan dan
memupuk rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya di sekeliling mereka.

ii) Aktiviti 2: Projek Persembahan Budaya

Satu lagi aktiviti yang menekankan komunikasi dalam pendidikan multibudaya di Tadika
Bunga Tulip adalah persembahan budaya. Setiap tahun, kanak-kanak diberikan tema
budaya tertentu dan diminta untuk bekerjasama dalam kumpulan untuk menyediakan
persembahan mengenai tema tersebut. Sebagai contoh, tema bulan ini mungkin adalah
"Perayaan Tahun Baru Cina". Kanak-kanak dalam kumpulan boleh berkomunikasi dengan
ahli keluarga mereka yang berbangsa Cina untuk mengumpulkan maklumat mengenai
perayaan ini, seperti makanan tradisional, pakaian, dan aktiviti yang dilakukan. Mereka
kemudian akan berlatih untuk mempersembahkan apa yang telah mereka kanak-kanaki
melalui lakonan, nyanyian, atau tarian di hadapan rakan-rakan mereka. Projek ini
menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran komunikasi mereka dengan
cara yang kreatif dan bermakna. Ia juga memberikan peluang kepada mereka untuk
berinteraksi dengan budaya lain secara langsung, meningkatkan pemahaman dan
penghargaan mereka terhadap kepelbagaian budaya.

iii) Aktiviti 3: Pertukaran Bahasa

Di Tadika Bunga Tulip, aktiviti Pertukaran Bahasa adalah satu lagi aktiviti penting yang
mempromosikan pendidikan multibudaya melalui komunikasi. Pada hari ini, kanak-kanak
diajak untuk belajar dan menggunakan perkataan atau frasa asas dari bahasa-bahasa yang
berbeza seperti Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, dan Inggeris. Aktiviti ini dimulakan dengan
pengenalan oleh guru mengenai beberapa perkataan atau frasa dalam bahasa yang dipilih.
Selepas itu, kanak-kanak diberi peluang untuk berlatih dan menggunakan perkataan atau
frasa tersebut dalam perbualan harian mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh belajar untuk
mengucapkan "Selamat Pagi" dalam Bahasa Melayu, " 早 上 好 " (zǎo shàng hǎo) dalam
Mandarin, "காலை வணக்கம்" (kaalai vanakkam) dalam Tamil, dan "Good Morning" dalam
Bahasa Inggeris.

Melalui arktiviti Pertukaran Bahasa, kanak-kanak belajar untuk menghargai dan


menghormati kepelbagaian linguistik dalam komuniti mereka. Aktiviti ini juga membantu
mereka mengembangkan kemahiran komunikasi mereka dalam pelbagai bahasa, yang
merupakan aset penting dalam dunia yang semakin global.
iv) Aktiviti 4: Perbincangan Bertema

Perbincangan bertema adalah aktiviti lain yang dominan di Tadika Bunga Tulip, yang
mempromosikan pendidikan multibudaya melalui komunikasi. Setiap minggu, guru memilih
satu tema berkaitan dengan nilai-nilai budaya seperti "Kepentingan Keluarga", "Kerjasama",
atau "Toleransi". Kanak-kanak kemudian diajak untuk duduk dalam bulatan dan berkongsi
pandangan mereka mengenai tema tersebut. Sebagai contoh, apabila tema perbincangan
adalah "Kepentingan Keluarga", kanak-kanak boleh berkongsi cerita tentang bagaimana
mereka menyambut perayaan bersama keluarga mereka, atau bagaimana keluarga mereka
memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Guru akan mengarahkan
perbincangan dengan mengajukan soalan-soalan yang memprovokasi pemikiran, seperti
"Apakah tradisi keluarga anda yang paling anda sukai?" atau "Bagaimana keluarga anda
menyokong anda dalam kanak-kanakan?"

Melalui perbincangan bertema, kanak-kanak belajar untuk berkomunikasi secara terbuka


dan mendengar dengan aktif. Mereka juga belajar untuk menghormati pandangan dan
pengalaman orang lain, meningkatkan kemahiran sosial dan empati mereka. Aktiviti ini
membina asas yang kukuh untuk pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian
budaya dalam masyarakat.

3.5 Kesimpulan

Pendidikan multibudaya memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat


yang harmonis dan inklusif, terutama dalam konteks negara yang memiliki kepelbagaian
budaya seperti Malaysia. Melalui penerapan teori pembelajaran dan model pengajaran yang
berasaskan kemahiran pendidikan multibudaya, kita dapat memastikan bahawa setiap
pelajar mendapat peluang yang sama untuk berkembang dan belajar dalam persekitaran
yang menghargai kepelbagaian budaya. Teori pembelajaran dalam konteks kepelbagaian
budaya menekankan pentingnya memahami dan menghormati latar belakang budaya setiap
pelajar. Ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman antara pelajar, tetapi juga
mempromosikan toleransi dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya.

Dengan menggunakan pendekatan ini, guru dapat mencipta suasana pembelajaran


yang inklusif dan merangsang, di mana setiap pelajar merasa dihargai dan disokong.
Melalui penerapan teori pembelajaran dan model pengajaran berasaskan kemahiran
pendidikan multibudaya, guru dapat membantu pelajar memahami dan menghargai
kepelbagaian budaya. Aktiviti-aktiviti yang direka khusus untuk menggalakkan komunikasi,
kerjasama, dan penglibatan keluarga memainkan peranan penting dalam mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang inklusif dan harmoni. ( Mohamad, N., & Ismail, R. 2019).
Dengan ini, pelajar tidak hanya memperoleh pengetahuan akademik tetapi juga kemahiran
sosial yang penting untuk hidup dalam masyarakat yang semakin global dan pelbagai.

Pelbagai strategi pengajaran dalam pendidikan multibudaya, seperti mengenali latar


belakang kanak-kanak, penglibatan keluarga, kerja berkumpulan, mengajar melalui pelbagai
cara, dan komunikasi, membentuk asas yang kukuh untuk menggalakkan pemahaman dan
penghargaan terhadap kepelbagaian budaya. Aktiviti-aktiviti ini memastikan setiap pelajar
mendapat peluang yang sama untuk belajar dan berkembang dalam persekitaran yang
inklusif.

Secara keseluruhannya, pendidikan multibudaya di Tadika Bunga Tulip


memperlihatkan bagaimana strategi pengajaran yang inklusif dan aktiviti yang pelbagai
dapat membina masyarakat yang harmoni dan bersepadu. Melalui pengajaran yang sensitif
budaya dan aktiviti-aktiviti yang mendorong pemahaman dan penghargaan terhadap
kepelbagaian, pelajar bukan sahaja mendapat pengetahuan akademik tetapi juga kemahiran
sosial yang penting untuk berinteraksi dalam dunia yang semakin global.
Rujukan

Hashim, A. T. (2015). Model Pengajaran Berasaskan Kemahiran Pendidikan Multibudaya:


Penerokaan, Menjana Isu, Memproses Maklumat, Aplikasi, dan Refleksi. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 40(2), 45-58.
Mohamad, N., & Ismail, R. (2019). Kepentingan Pendidikan Multibudaya dalam Membentuk
Toleransi di Kalangan Pelajar. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran, 50(1), 22-34.
Ahmad, S., & Rahman, A. (2020). Pengaruh Pendidikan Multibudaya Terhadap
Pembangunan Sosial Pelajar di Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan, 55(3), 87-102.
Lim, H. K., & Chan, M. W. (2018). Strategi Pengajaran Multibudaya dalam Kurikulum
Prasekolah di Malaysia. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak, 37(4), 75-89.
Yusof, Z., & Abdullah, M. (2021). Pendekatan Pedagogi Multibudaya di Sekolah Rendah:
Kajian Kes di Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan dan Masyarakat, 45(2), 55-68
Gradellini, C., Gómez-Cantarino, S., Dominguez-Isabel, P., Molina-Gallego, B., Mecugni, D.,
& Ugarte-Gurrutxaga, M. I. (2021). Cultural competence and cultural sensitivity
education in university nursing courses: A scoping review. Frontiers in Psychology,
12. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.682920
Papadopoulou, K., Palaiologou, N., & Karanikola, Z. (2022). Insights into teachers’
intercultural and global competence within multicultural educational settings.
Education Sciences, 12(8), 502. https://doi.org/10.3390/educsci12080502
Eden, C. A., Chisom, O. N., & Adeniyi, I. S. (2024). Cultural competence in education:
Strategies for fostering inclusivity and diversity awareness. International Journal of
Applied Research in Social Sciences, 6(3). https://doi.org/10.51594/ijarss.v6i3.895

You might also like