Manual_Pengguna Awam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen

Versi 1.0

Disediakan untuk

Majlis Perbandaran Pulau Pinang


(MPPP)

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT LESEN (eLESEN)

Keluaran: V1.0
Tarikh: 11 Jun 2013
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan
1.1 Objektif Pembangunan Portal ……………………………………………………............…..1-2
1.2 Capaian Ke eLesen………………...…………………………………………………...….…..1-2

2. Laman Utama Sistem eLesen


2.1 Capaian Ke Laman Utama………………………………………………….………...………1-3
2.2 Bahagian Header…………………………………………………………….………...………1-3
2.2.1 Fungsi Saiz Tulisan…………………………..………………….…………….……1-4
2.2.2 Fungsi Pilihan Bahasa……………………..………………….……………………1-4
2.3 Bahagian Isi Kandungan..………………………………………………….………...………1-4
2.3.1 Menu Utama…………………………..………………….…………….……………1-5
2.3.1.1 Laman Utama………………..………………….…………….…………1-5
2.3.1.2 Permohonan Lesen.…………………………....…………….…………1-5
2.3.1.3 Semakan Info………………..………………….…………….…………1-5
2.3.2 Bahagian Tengah…...………………..………………….…………….……………1-6
2.3.2.1 Iklan………………..………………….…………………….….…………1-7
2.3.2.2 Pengumuman.…………………………....…………………...…………1-8
2.3.3 Daftar Masuk………...………………..………………….…………….……………1-8

3. Pendaftaran Pengguna Baru


3.1 Proses Pendaftaran…………………………………………………………….……………1-10
3.2 Lupa Kata Laluan……………………………………………………………….……………1-11

4. Log Masuk & Log Keluar.……………………………………………………………………………...1-13

5. Sistem eLesen Untuk Pengguna Berdaftar...……………………….…………………..………….1-14


5.1 Pengenalan……………………………………………………………………………………1-14
5.2 Laman Utama……………………………………………………………….…………………1-14
5.3 Permohonan Lesen..…………………………………………………………………………1-15
5.4 Semakan Info……………………………………………………………….…………………1-18
5.5 Akaun Saya……………………………………………………………….…………...………1-19
5.5.1 Draf………………………………………………………………………………….1-19
5.5.2 Permohonan….…………………………………………………………………….1-20
5.5.3 Lesen-Lesen Saya..……………………………………………………………….1-22
5.5.4 Akaun Saya……..………………………………………………………………….1-24
5.5.5 Tukar Kata Laluan...……………………………………………………………….1-26
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

1. PENGENALAN

1.1 OBJEKTIF PEMBANGUNAN PORTAL

Sistem eLesen merupakan sistem berasaskan web hak milik Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP). Sistem eLesen dibina untuk Bahagian Perlesenan dan jabatan-jabatan
terknikal di MPPP untuk pengurusan maklumat lesen perniagaan. Sistem ini direkabentuk
dan dibangun bagi memenuhi keperluan dalaman MPPP dan pelesen dalam menyediakan
perkhidmatan memproses permohonan dan menyimpam maklumat berkaitan lesen
perniagaan.

1.2 CAPAIAN KE E-LESEN

1. Laman utama Sistem e-Lesen ini dapat dicapai oleh pengguna awam dan kakitangan
MPPP yang mempunyai akaun log masuk.
2. Paparan capaian bergantung kepada tahap capaian yang diberikan kepada setiap
pengguna.
3. Pelayar web yang paling sesuai digunakan adalah Google Chrome versi 27 keatas atau
Mozilla Firefox versi 5.0 dan ke atas seperti dalam imej di bawah.

Imej 1.2a: Versi Pelayar Web Google Chrome

Imej 1.2b: Versi Pelayar Web Mozilla Firefox


Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

2. LAMAN UTAMA SISTEM eLESEN

2.1 CAPAIAN KE LAMAN UTAMA

1. Laman boleh diakses melalui http://elesen.mppp.gov.my

Imej 2.1: Laman utama portal eLesen

2.2 BAHAGIAN HEADER

Imej 2.2a: Bahagian Header


Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Bahagian Header laman utama terdiri daripada:


2.2.1 Fungsi Saiz Tulisan
Pengguna boleh memilih untuk membesarkan (A+) atau mengecilkan (A-)
paparan saiz tulisan dalam sistem

2.2.2 Fungsi Pilihan Bahasa


Sistem eLesen adalah dwi-bahasa dimana pengguna boleh memilih ‘Bahasa
Malaysia’ untuk paparan dalam bahasa Melayu atau ‘English’ untuk paparan
dalam bahasa Inggeris.

2.3 BAHAGIAN ISI KANDUNGAN

Imej 2.3a: Bahagian Isi Kandungan

Bahagian Isi Kandungan adalah bahagian tengah pada paparan portal. Bahagian ini terbahagi
kepada 3 sub bahagian iaitu;

Menu Utama
Bahagian Tengah
Bahagian Kanan
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

2.3.1 Menu Utama


Komponen-komponen dalam menu utama adalah seperti berikut:-

2.3.1.1 Laman Utama


Laman utama memaparkan skrin seperti dalam Imej 4 diatas. Menu ini dicipta
khusus untuk membolehkan pengguna kembali ke laman utama semasa sedang
mengakses fungsi-fungsi lain dalam sistem eLesen.

2.3.1.2 Permohonan Lesen


Menu permohonan lesen pada laman utama adalah khusus bagi pengguna
awam yang tidak/belum berdaftar yang ingin membuat permohonan lesen secara
online. Fungsi permohonan lesen akan diterangkan secara terperinci dalam
seksyen 5.3. Sila rujuk jadual berikut:-

PERBEZAAN FUNGSI SISTEM eLESEN ANTARA PENGGUNA TIDAK


BERDAFTAR DGN PENGGUNA YANG BERDAFTAR
PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR PENGGUNA BERDAFTAR
Permohonan online bagi semua jenis Permohonan online bagi semua jenis
lesen yang disenaraikan dalam sistem lesen yang disenaraikan dalam sistem
kecuali lesen penganjur pasar pagi/
malam
Pengguna tidak boleh menyimpan Permohonan lesen boleh disimpan
sesuatu permohonan untuk dihantar secara Draf jika ingin meyambung
pada kemudian masa proses permohonan pada kemudian
masa
Maklumat pemohon hendaklah diisi Maklumat pemohon diisi secara
pada borang permohonan lesen setiap automatik oleh sistem semasa
kali membuat permohonan baru membuat permohonan lesen

2.3.1.3 Semakan Info


Klik pada pautan ini jika anda ingin membuat semakan status lesen yang telah
dipohon. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan info:-
1. Klik pada menu ‘Semakan Info’ pada menu utama
2. Skrin semakan info akan dipaparkan seperti berikut:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 2.3.13a: Paparan skrin Semakan Info

3. Masukkan kriteria carian dalam medan-medan yang disediakan. Tekan


anak-panah untuk memilih samada No Permohonan ataupun No Lesen
seperti dibawah:-

Imej 2.3.13b: Pilihan No Permohonan/No Lesen

4. Klik ikon ‘ ’ setelah memasukkan kriteria carian yang dikehendaki. Hasil


carian akan dipaparkan seperti berikut:-

Imej 2.3.13c: Paparan Senarai Hasil Carian

2.3.2 Bahagian Tengah


Bahagian tengah terdiri daripada senarai Iklan dan Pengumuman seperti berikut:-

Imej 2.3.2a: Paparan Komponen Bahagian Tengah


Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

2.3.2.1 Iklan
Senarai iklan yang dipaparkan adalah untuk lesen gerai sementara bermusim
dan juga lesen tps, pasar awam dan kompleks. Ikuti langkah-langkah berikut
untuk membuat permohonan lesen menerusi paparan iklan:-

Imej 2.3.2.1a: Paparan Senarai Iklan

1. Pilih jenis iklan yang ingin dipohon dan klik pada ikon ‘ > ’ untuk membuat
permohonan lesen tersebut
Nota:
Setiap Lesen Tps, Pasar dan Kompleks akan memaparkan maklumat
temuduga yang wajib dihadiri oleh pemohon setelah menghantar
permohonan lesen secara online.

Bagi Jenis Iklan Gerai Sementara Bermusim


2. Skrin akan memaparkan borang permohonan lesen gerai sementara
bermusim. Isikan maklumat dalam borang tersebut dan klik butang ‘Hantar’.
Medan yang bertanda (*) merupakan medan mandatori.
3. Jika permohonan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan mesej berikut:-
Rekod Berjaya Disimpan
4. Emel akuan terima permohonan akan dihantar pada alamat emel pemohon

Bagi Jenis Iklan Tps, Pasar dan Kompleks


5. Sistem akan memaparkan skrin kekosongan tapak seperti berikut:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 2.3.2.1b: Paparan Jadual Kekosongan Tapak Gerai

6. Klik pada nombor yang ditunjukkan. Sistem akan memaparkan borang


permohonan lesen tps, pasar dan awam.
7. Isikan maklumat dalam borang tersebut dan klik butang ‘Hantar’. Medan yang
bertanda (*) merupakan medan mandatori.
8. Jika permohonan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan mesej berikut:-
Rekod Berjaya Disimpan
9. Emel akuan terima permohonan akan dihantar pada alamat emel pemohon

2.3.2.2 Pengumuman
Senarai pengumuman akan dipaparkan pada bahagian ini seperti yang
ditunjukkan dibawah:-

Imej 2.3.2.2a: Paparan Senarai Pengumuman

Klik pada ikon ‘ > ‘ untuk melihat terbitan sesuatu pengumuman tersebut secara
sepenuhnya dan ikon ‘ >> ‘ untuk paparan senarai terperinci pengumuman-
pengumuman yang disenaraikan pada laman utama

2.3.3 KEKOTAK DAFTAR MASUK


Komponen yang terdapat di bahagian kanan adalah seperti berikut;
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 2.3.3a: Paparan Kekotak Daftar Masuk

Kekotak Daftar Masuk disediakan untuk membolehkan pengguna-pengguna sistem log


masuk kedalam sistem sebagai pengguna awam yang berdaftar, pengguna admin
ataupun pentadbir sistem. Fungsi-fungsi sistem akan dipaparkan mengikut hak akses
yang diberikan kepada pengguna tersebut. Untuk mendaftar masuk,, ikuti langkah-
langkah berikut:-

1. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah.


2. Klik pada butang ‘Masuk’
3. Untuk manual pendaftaran ahli dan lupa kata laluan, sila rujuk BAB 2 untuk
keterangan lanjut.

2.4 BAHAGIAN FOOTER


Bahagian Footer adalah bahagian bawah pada utama paparan portal seperti yang ditunjukkan
dibawah:-

Imej 2.4A: Paparan Bahagian Footer Sistem

Bahagian Footer memaparkan polisi hakcipta portal oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

3. PENDAFTARAN PENGGUNA BARU

3.1 PROSES PENDAFTARAN


1. Untuk mendaftar sebagai pengguna sistem eLesen, klik pada pautan ‘Daftar Ahli’ pada
kekotak Daftar Masuk seperti yang ditunjukan di bawah:-

Imej 3.1a: Pautan Daftar Ahli

2. Skrin pendaftaran akan dipaparkan seperti berikut:-


Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 3.1b: Skrin Pendaftaran Ahli

3. Isikan maklumat dalam medan-medan yang disediakan. Maklumat yang bertanda


asterisk (*) adalah mandatori
4. Setelah borang diisi, klik pada butang ‘Hantar’ pada hujung borang skrin. Klik pada
butang ‘Reset’ untuk memadamkan maklumat yang diisi dalam medan-medan pada
boring dan ‘Batal’ untuk membatalkan proses pendaftaran dan kembali ke halaman
sebelumnya.

3.2 LUPA KATA LALUAN


1. Jika pengguna terlupa kata laluan, pengguna boleh menetapkan semula kata laluan
dengan mengklik pada menu ‘Lupa Kata Laluan’ seperti berikut:-

Imej 3.2a: Pautan Lupa Kata Laluan

2. Pengguna akan diminta untuk memasukkan maklumat peribadi seperti nombor kad
pengenalan dan email seperti dalam imej dibawah:-

Imej
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

3.2b: Paparan Skrin Lupa Kata Laluan

3. Masukkan maklumat dalam medan-medan yang disediakan dan klik ‘Hantar’. Kata laluan
baru akan dihantar kepada pengguna melalui alamat emel yang dimassukkan.
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

4. LOG MASUK & LOG KELUAR

4.1 PROSES MASUK KE DALAM SISTEM


Untuk menggunakan sistem, pengguna harus mempunyai akaun dalam Sistem e-Lesen. Ikuti
langkah-langkah berikut untuk log masuk ke dalam sistem
1. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah dan, klik pada butang ‘Masuk’

Imej 1.3a: Kekotak Log Masuk

2. Sekiranya kombinasi ID Pengguna dan Kata Laluan diberi adalah betul, laman ‘Akaun
Saya’ akan dipaparkan seperti dibawah. Jika tidak, error message akan dipaparkan dan
pengguna akan diminta untuk login mengunnakan maklumat yang betul:-

3. Untuk log keluar daripada sistem, klik pautan ‘Keluar’ pada sudut kanan atas skrin
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

5. SISTEM eLESEN UNTUK PENGGUNA BERDAFTAR (PENGGUNA AWAM)

5.1 PENGENALAN
Log masuk ke dalam sistem eLesen seperti yang diterangkan dalam seksyen 4 untuk
mengakses fungsi-fungsi pengguna berdaftar. Paparan utama skrin bagi pengguna yang telah
berdaftar adalah seperti berikut:-

Imej 5.1a: Laman Utama Pengguna Berdaftar

Antara menu-menu yang dipaparkan adalah Laman Utama, Permohonan Lesen, Semakan Info
dan Akaun Saya. Setiap menu ini akan diterangkan secara terperince dalam sub seksyen yang
berikut:-

5.2 LAMAN UTAMA


Untuk menavigasi ke menu laman utama, klik pada menu ‘Laman Utama’ yang dipaparkan pada
menu utama seperti berikut:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 5.2a: Paparan Skrin Menu Laman Utama

Nota:- Untuk membuat permohonan lesen menerusi iklan yang disenaraikan serta melihat
senarai pengumuman , sila rujuk kepada seksyen 2.3.2.1 dan 2.3.2.2 diatas.

5.3 PERMOHONAN LESEN


Permohonan lesen secara online boleh dibuat menerusi menu ‘Permohonan Lesen’ seperti
yang dipaparkan dalam imej berikut:-

Imej 5.3a: Laman Permohonan Lesen

Antara jenis lesen yang boleh dipohon secara online adalah seperti berikut:-
• Lesen Komposit
• Lesen Kompleks Membeli-belah
• Lesen Aktiviti Hiburan Awam (Lesen Sementara)
• Lesen Anjing
• Permit Pesta Makanan
• Lesen Iklan Sementara
• Lesen Penganjur Pasar Pagi/Pasar Malam
• Permit Menggali Semula Mayat
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

• Lesen Penjaja Lesen Statik Sementara


• Lesen Penjaja Pasar Pagi/Pasar Malam (Individu)
• Lesen Gerai Tanah Persendirian
• Gerai Sementara Promosi

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan lesen secara online:-


1. Pada laman utama menu ‘Permohonan Lesen’, keterangan bagi setiap jenis lesen
akan dipaparkan. Klik pada jenis lesen yang ingin dipohon.
2. Baca dan fahami senarai syarat-syarat yang wajib diikuti untuk permohonan lesen
tersebut dan klik butang ‘Setuju’. Laman syarat-syarat dipaparkan seperti berikut:-

Imej 5.3a: Paparan Senarai Syarat-Syarat Lesen

3. Setelah pengguna menekan butang ‘Setuju’, sistem akan memaparkan borang


permohonan lesen tersebut seperti berikut:-

Imej 5.3b: Contoh Borang Permohonan Lesen


Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

4. Isikan maklumat permohonan dalam medan-medan yang disediakan. Medan-medan


yang bertanda (*) merupakan medan mandatori. Maklumat ini dipaparkan pada
bahagian atas borang seperti berikut:-

Imej 5.3c: Maklumat Tanda Asterik


Nota:-
Maklumat Pemohon yang merangkumi maklumat peribadi dan maklumat surat-
menyurat dimasukkan secara automatik oleh sistem untuk pengguna yang berdaftar
sahaja. Untuk mengubah maklumat ini, sila klik menu ‘Akaun Saya’ pautan
Akaun Saya. Sila rujuk seksyen 5.5 untuk keterangan lanjut menu Akaun Saya.
5. Muatnaik dokumen-dokumen yang disenaraikan atas skrin seperti berikut:-

Imej 5.3d: Skrin Muatnaik Dokumen


6. Klik pada butang ‘Simpan Draf’ untuk meyimpan maklumat yang telah diisi. Apabila
sesutu permohonan disimpan dalam draf, permohonan itu boleh diakses pada
kemudian masa dari menu ‘Akaun Saya’ ‘Draf’. Sila rujuk seksyen 5.5 untuk
keterangan lanjut menu Akaun Saya
7. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan lesen tersebut. Jika
permohonan lesen berjaya dihantar, sistem akan memaparkan surat akuan terima
serta mesej Permohonan Berjaya Di Hantar seperti berikut:-

Imej 5.3e: Paparan Mesej Permohonan yang Berjaya Dihantar


Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

8. Pengguna tidak dibenarkan membuat perubahan kepada permohonan yang sudah


dihantar.

5.4 SEMAKAN INFO


Fungsi menu Semakan Info membolehkan pengguna membuat semakan status permohonan
lesen yang telah dibuat. Paparan skrin Semakan Info adalah seperti berikut:-

Imej 5.4a: Paparan skrin Semakan Info

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan info:-


1. Klik pada menu ‘Semakan Info’ pada menu utama
2. Skrin semakan info akan dipaparkan seperti dalam imej 5.4a
3. Masukkan kriteria carian dalam medan-medan yang disediakan. Tekan anak-panah untuk
memilih samada No Permohonan ataupun No Lesen seperti dibawah:-

Imej 5.4b: Pilihan No Permohonan/No Lesen

4. Klik ikon ‘ ’ setelah memasukkan kriteria carian yang dikehendaki. Hasil carian akan
dipaparkan seperti berikut:-

Imej 5.4c: Paparan Senarai Hasil Carian

5.5 AKAUN SAYA


Menu Akaun Saya terdiri daripada sub menu yang ditunjukkan seperti berikut:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 5.5a: Senarai Submenu Menu Akaun Saya


Menu-menu ini diterangkan secara lanjut dalam seksyen-seksyen berikut:-

5.5.1 Draf
Permohonan lesen yang belum dihantar dan disimpan sebagai Draf akan dipaparkan
dalam menu ini seperti yang ditunjukkan dibawah:-

Imej 5.5.1a: Paparan Lesen Dalam Laman Draf

Permohonan lesen yang berstatus ‘Draf’ akan disenaraikan dalam menu Draf. Untuk
mengakses menu draf, ikuti langkah-langkah berikut:-
1. Log masuk kedalam sistem menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah
2. Klik pada menu ‘Akaun Saya’ pada menu utama. Sistem akan memaparkan senarai
submenu ‘Akaun Saya’ pada bahagian kiri skrin seperti dalam imej 5.5a diatas.
3. Klik pada pautan ‘Draf’ dan senarai lesen yang belum dihantar akan dipaparkan
seperti dalam imej 5.5.1a diatas.
4. Untuk menghantar sesuatu permohonan dari senarai draf, klik pada pautan
berwarna biru dalam bahagian ‘Tarikh Permohonan’ seperi berikut:-

Imej 5.5.1b: Pautan Tarikh Dalam Bahagian ‘Tarikh Permohonan’


5. Sistem akan memaparkan permohonan tersebut. Isikan borang permohonan dan
klik butang ‘Hantar’ untuk submit permohonan tersebut
6. Jika permohonan lesen berjaya dihantar, surat akuan terima akan dipaparkan pada
skrin. Pengguna juga akan menerima emel konformasi bagi permohonan tersebut
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

7. Untuk membatalkan permohonan yang berada dalam senarai Draf, pilih


permohonan yang ingin dipadamkan seperti berikut:-

Imej 5.5.1c: Pilihan Permohonan Yang Hendak Dipadam


8. Klik pada butang ‘Padam’. Permohonan akan dipadamkan dari senarai Draf
AMARAN: Permohonan yang dipadam tidak boleh dikembalikan.

5.5.2 Permohonan
Permohonan lesen yang berjaya dihantar akan dipaparkan dalam menu Permohonan
seperti yang ditunjukkan dibawah:-

Imej 5.5.2a: Paparan Lesen Dalam Menu Permohonan

Keterangan Status Lesen diterangkan dalam jadual berikut:-

KETERANGAN STATUS LESEN


Jenis Status Deskripsi
Baru dihantar Permohonan baru dihantar oleh pemohon dan belum disemak/diproses
oleh Bahagian Pelesenan
Dokumen Tak Permohonan telah disemak dan dokumen serahan tidak menepati
Lengkap syarat/tidak lengkap. Rekod permohonan tidak akan dihantar ke jabatan
berkenaan untuk diproses
Dalam Proses Permohonan dalam proses ulasan/kelulusan
Lulus Tanpa Permohonan diluluskan, pengguna boleh menjana bil dan membuat
Syarat pembayaran
Lulus Lesen Permohonan diluluskan namun perlu mematuhi syarat dalam tempoh yang
Bersyarat ditetapkan sebelum pemantauan semula dibuat. Pengguna boleh menjana
bil untuk pembayaran bagi mendapatkan lesen
Lulus Tawaran Permohonan tidak lulus namun tempoh 30 hari diberikan untuk pematuhan
Bersyarat syarat. Surat Tawaran diberikan. Tiada bil mahupun lesen akan dijana
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Jenis Status Deskripsi


sehingga kelulusan akhir dikemaskinikan oleh Bahagian Pelesenan untuk
memperakukan patuhan syarat bagi tawaran lesen tersebut
Gagal Permohonan telah ditolak
Aktif Lesen masih aktif
Gantung Lesen digantung atas sebab-sebab tertentu di mana pelesen tidak boleh
menjana bil untuk pembayaran
Batal Lesen telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu
Jadual 5.5.2a: Keterangan Status Lesen

Semua permohonan yang dihantar akan disenaraikan dalam menu Permohonan. Ikuti
langkah-langkah berikut untuk mengakses menu Permohonan:-
1. Log masuk kedalam sistem menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah
2. Klik pada menu ‘Akaun Saya’ pada menu utama. Sistem akan memaparkan senarai
submenu ‘Akaun Saya’ pada bahagian kiri skrin seperti dalam imej 5.5a diatas.
3. Klik pada pautan ‘Permohonan’ dan senarai lesen yang dipohon akan dipaparkan
seperti dalam imej 5.5.2a diatas.
4. Permohonan yang dihantar tidak boleh dikemaskini atau dipadamkan. Klik pada
nombor permohonan dari bahagian ‘Nombor Permohonan’ untuk melihat maklumat
lesen yang telah dipohon seperti yang ditunjukkan dibawah:-

Imej 5.5.2b: Pautan Nombor Permohonan


5. Bagi jenis lesen komposit, pengguna boleh memohon untuk menambah aktiviti atas
lesen komposit yang telah dipohon. Untuk menambah aktiviti, klik pada pautan
‘Tambah Aktiviti’ seperti yang ditunjukkan dibawah:-

Imej 5.5.2c: Pautan bagi Menambah Aktiviti

6. Sistem akan memaparkan borang permohonan lesen tersebut. Pengguna tidak


dibenarkan membuat perubahan maklumat pada borang tersebut kecuali pada
Bahagian III khusus untuk memohon penambahan aktiviti seperti dibawah:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 5.5.2d: Bahagian Menambah Aktiviti Lesen yang Telah Dipohon


7. Klik pada jenis lesen yang ingin dipohon. Setelah memilih jenis lesen yang inign
dipohon, ssitem akan memaparkan borang berkenaan pada bahagian bawah skrin.
8. Isikan maklumat pada borang tersebut. Medan yang bertanda (*) adalah mandatori.
Klik pada ikon ‘ + ‘ untuk membuat lebih daripda satu permohonan.
9. Klik butang ‘Hantar’ setelah habis mengisi borang tersebut. Jika permohonan lesen
berjaya dihantar, surat akuan terima akan dipaparkan pada skrin. Pengguna juga
akan menerima emel konformasi bagi permohonan tersebut

5.5.3 Lesen-Lesen Saya


Permohonan lesen yang sudah diproses oleh pihak Majlis akan disenaraikan dalam
menu ‘Lesen-lesen Saya’ seperti yang ditunjukkan dibawah:-

Imej 5.5.3a: Paparan Skrin Lesen-Lesen Saya

Semua permohonan yang sudah diproses akan disenaraikan dalam menu Lesen-Lesen
Saya. Pengguna boleh membuat pembayaran untuk permohonan lesen yang diluluskan
atau membaharui lesen yang hampir luput dari skrin ‘Lesen-Lesen Saya’. Ikuti langkah-
langkah berikut untuk mengakses menu Lesen-lesen Saya:-
1. Log masuk kedalam sistem menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

2. Klik pada menu ‘Akaun Saya’ pada menu utama. Sistem akan memaparkan senarai
submenu ‘Akaun Saya’ pada bahagian kiri skrin seperti dalam imej 5.5a diatas.
3. Klik pada pautan ‘Lesen-Lesen Saya’ dan senarai lesen yang sudah diproses akan
dipaparkan seperti dalam imej 5.5.3a diatas.
4. Pengguna boleh menjelaskan pembayaran lesen yang telah diluluskan dan
membaharui lesen yang hampir luput pada skrin Lesen-lesen Saya. Untuk membuat
bayaran lesen, klik pada pautan ‘Bayar Lesen’ seperti yang ditunjukkan dibawah:-

Imej 5.5.3b: Pautan Bayar Lesen


5. Sistem akan memaparkan skrin maklumat bil seperti berikut:-

Imej 5.5.3c: Pautan Bayar Lesen


6. Pilih tempoh dan kaedah pembayaran pada bahagian bawah skrin dan tekan butang
‘Cetak Bil’
7. Sistem akan memaparkan Bil dalam bentuk PDF. Untuk bayaran secara tunai,
pengguna dikehendaki mencetak bil tersebut dan menjelaskan bayaran di kaunter
MPPP
8. Untuk membuat pembaharuan sesuatu lesen, klik pada pautan ‘Membaharui Lesen’
seperti yang ditunjukkan dibawah:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 5.5.3d: Pautan Membaharu Lesen


9. Sistem akan memaparkan skrin yang menunjukkan maklumat bayaran untuk
pembaharuan lesen tersebut seperti dibawah:-

Imej 5.5.3e: Skrin Maklumat Pembayaran Pembaharuan Lesen


10. Pilih tempoh dan kaedah pembayaran pada bahagian bawah skrin dan tekan butang
‘Cetak Bil’
11. Sistem akan memaparkan Bil dalam bentuk PDF. Untuk bayaran secara tunai,
pengguna dikehendaki mencetak bil tersebut dan menjelaskan bayaran di kaunter
MPPP. Lesen baru akan dicetakkan oleh staff Majlis

5.5.4 Akaun Saya


Pengguna yang berdaftar boleh mengemaskini maklumat akaun, peribadi, serta
maklumat komunikasi dari menu ‘Akaun Saya’. Paparan skrin Akaun Saya adalah
seperti berikut:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 5.5.4a: Paparan Skrin Akaun Saya


Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemaskini maklumat pemohon:-
1. Log masuk kedalam sistem menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah
2. Klik pada menu ‘Akaun Saya’ pada menu utama. Sistem akan memaparkan senarai
submenu ‘Akaun Saya’ pada bahagian kiri skrin seperti dalam imej 5.5a diatas.
3. Klik pada pautan ‘Akaun Saya’ dan maklumat pemohon akan dipaparkan seperti
dalam imej 5.5.4a diatas.
4. Masukkan maklumat yang ingin dikemaskini dan klik butang ‘Hantar’. Sistem akan
memaparkan nota Rekod Berjaya Dikemaskini pada bahagian atas skrin
5. Klik pada butang ‘Reset’ sekiranya perubahan yang dilakukan pada maklumat asal
tidak diperlukan lagi. Sistem akan kembalikan maklumat asal pada borang tersebut.
Namun, pengguna tidak boleh membuat perubahan pada medan ID Pengguna
6. Klik butang ‘Batal’ untuk kembali ke laman utama

5.5.5 Tukar Kata Laluan


Pengguna yang berdaftar boleh menukar kata laluan menerusi menu ‘Tukar Kata
Laluan’ seperti berikut:-
Manual Sesi Latihan Pengguna untuk e-Lesen
Versi 1.0

Imej 5.5.5a: Paparan Skrin Tukar Kata Laluan


Ikuti langkah-langkah berikut untuk menukar kata laluan:-
1. Log masuk kedalam sistem menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah
2. Klik pada menu ‘Akaun Saya’ pada menu utama. Sistem akan memaparkan senarai
submenu ‘Akaun Saya’ pada bahagian kiri skrin seperti dalam imej 5.5a diatas.
3. Klik pada pautan ‘Tukar Kata Laluan’ dan skrin seperti imej 5.5.5a akan dipaparkan
4. Masukkan maklumat dalam medan-medan yang disediakan dan klik butang ‘Hantar’.
Medan yang bertanda (*) merupakan medan mandatori
5. Mesej konformasi berikut akan dipaparkan sekiranya penukaran kata laluan berjaya
dibuat:-

Imej 5.5.5b: Paparan Skrin Tukar Kata Laluan


6. Klik pada pautan ‘Sila klik sini untuk login’. Sistem akan memaparkan laman utama.
7. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang baru

You might also like