A6_Surat Jemputan Perasmi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ruj. Kami : PPDT(PENT)100-14/1 Jld.

3 ( )
Tarikh : Mei 2022
Syawal 1443H

Yang Berbahagia Datuk Haji Musa bin Haji Sheikh Fadzir,


Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Yang Berbahagia Datuk,


JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI DAN PENYAMPAI ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG (APC) PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PRAI
TENGAH BAGI TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah akan
mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 15 JUN 2022 (RABU)
Masa : 11.00 PAGI
Tempat : HOTEL VAN GOGH, MACHANG BUBUK
14000 BUKIT MERTAJAM

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput Yang Berbahagia
Datuk bagi merasmi dan menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada para
penerima dalam majlis tersebut. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, pihak Yang Berbahagia
Datuk boleh menghubungi En. Saadan bin Hassan, Setiausaha Majlis APC 2021 di talian 019 414
1161.
4. Kesudian dan kehadiran Yang Berbahagia Datuk untuk hadir akan menyerikan lagi majlis
berkenaan dan amat disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HJ. SUHAIMI BIN ABDULLAH, B.C.N)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Prai Tengah
sh/jemputan perasmi

You might also like