Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

BAHASA MELAYU UASA (SM) SETT 2

LATIHAN TATABAHASA

TATABAHASA

1. Puan Shahirah mengisi masa lapangnya dengan membuat ________ pada sarung bantal dan
pakaian.
A. sulaman B. bersulam C. menyulam D. bersulamkan

2. Hanya ________ belia kampung yang telah menyertai program gotong-royong membersihkan
sungai.
A. tiap-tiap B. sekalian C. segelintir D. masing-masing

3. “ Bolehkah ______ tolong saya bawakan barang-barang ini ke tingkat tiga?” tanya Arif kepada
kawan-kawannya.
A. kami B. awak C.kalian D. hamba

4. Abang ______ akan ibunya di kampung semenjak tinggal di asrama.


A. rindu B. sayang C.segan D. kasih

5. Sanjit ________ keluar batu-batu kecil yang terlekat pada kasutnya,


A. mencuit B. mencungkil C. mencucuk -jarum
D. mencolek

6. “ Semalam ______gembira pergi ke rumah nenek,” kata pasangan kembar itu kepada rakan mereka.
A. saya B. kita C. kami D. kalian

7. “ Wahai, Tuah! Pada pendapat _______, eloklah kita berangkat sekarang,” kata Hang Jebat
A. beta B. hamba C. Tuanku D. patik

8. Ibu bapa boleh _______ anak mereka ke tahun satu selepas melengkapkan borang yang disediakan.
A. mengurus B. melaporkan C. mendaftarkan D. memberitahu

9. Armin berasa _____________bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
A. selesa B. yakin C. bangga D. tenteram

10. Murid-murid kelihatan ________ selepas menjalani aktiviti senaman.


A. segak B. sabar C. segar D. sopan

1
11. Kita boleh saling ______ khabar dengan sahabat handai melalui Internet.
A. mendengarkan B. memberi C. berkirim D. bertanyakan

12. Kim Seng berasa _____ apabila menerima hadiah daripada guru besar.
A. tenteram B. bangga C. selesa D. sabar

13. Setelah disapu minyak dan disikat oleh ibunya, rambut adik Kumar menjadi ______.
A. kasar B. gebu C. licin D. kesat

Soalan 14 & 16 Arahan : Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

14. Amin dan Zuraidi akan menyertai perkhemahan pengakap di kawasan air terjun itu.
A. Perkhemahan pengakap itu disertai ole Amin dan Zuraidi di kawasan air terjun
B. Perkhemahan pengakap di kawasan air terjun itu akan disertai oleh Amin dan Zuraidi
C. Pengakap itu akan mengadakan perkhemahan yang disertai oleh Zuraidi dan Amin di air terjun
D. Kawasan air terjun itu mengadakan perkhemahan pengakap yang akan disertai oleh Zuraidi dan
Amin
15. Orang ramai dilarang daripada memasuki kawasan yang berbahaya itu oleh pihak berkuasa.
A. Pihak berkuasa menegah orang ramai daripada memasuki kawasan yang berbahaya itu
B. Pihak berkuasa menahan orang ramai yang berbahaya daripada memasuki kawasan itu
C. Pihak berkuasa itu tidak diizinkan memasuki kawasan berbahaya oleh orang ramai
D. Pihak berkuasa tidak dibenarkan memasuki kawasan orang ramai yang berbahaya itu

Soalan 16 Arahan : Pilih ayat yang betul

16. A. Surat khabar hari ini terletak atas meja bulat itu.
B. Tolong mengambilkan adik jam tangan di dalam almari.
C. Bola sepak itu melantun arah ke longkang di sebelah dewan.
D. Hanya Khairul seorang yang belum menerima buku pelaporan.

17. Wardina keletihan kerana terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk samapi di kampung
datuknya.

Pilih perkataan sinonim bagi keletihan


A. kepucatan B. kelemahan C. kepenatan D. kesedihan

18. Air sungai itu semakin tohor sejak projek pembangunan dijalankan tidak jauh dari situ.
Pilih perkataan antonim bagi tohor.
A. kotor B. dalam C. deras D. dangkal

Soalan 19 Arahan : Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

19. I Keledek goreng yang masih hangat itu saya hidangkan kepada ayah
II Hatinya hangat apabila mengetahui dia telah ditipu oleh rakannya sendiri
III Amar berasa hangat untuk menyertai pertandingan bola sepak itu bersemangat
IV Pameran angkasa lepas itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai
A. I , II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

2
Soalan 20 Arahan : Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong

20. Setelah gagal mencari kerja di kampung, pemuda itu _______ke ibu kota.
A. membuka jalan B. mengambil angin C. mencuci mata
D. membawa diri

Soalan 21 hingga 26 Arahan : Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah jika terdapat
kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D.
A B C D
21. Siapa-siapa yang melindungi pesalah cetak rompak akan ditangkap oleh polis. Tiada
Kesalahan

A B C
22. Ribut yang kuat itu telah menumbangkan beberapa batang pokok dan menerbangkan bumbung
D
zink beberapa buah rumah. Tiada Kesalahan

A B
23. Sejak tiga tahun yang lalu. Cikgu Rashid mengajar di Sekolah Kebangsaan Maju yang terletak
C D
menghampiri rumahnya. Tiada Kesalahan

A B C
24. Pak Mail telah melastik sekumpulan lotong yang masuk kebun pisangnya pagi tadi.
D
Tiada Kesalahan
A B
25. Pihak Tabung Haji akan berusaha untuk memastikan penghantaran Jemaah haji ke Mekah dapat
C D
dilakukan secara teratur dan bersistem. Tiada Kesalahan

A B C
26. Encik Ramlan tampalkan setem pada surat itu lalu memasukkannya ke dalam peti surat.
D
Tiada Kesalahan

Soalan 27-30 Arahan:Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang
bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Anda
perlulah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan jika bahagian bergaris salah dan jawapan
D jika tiada kesalahan

27. Tiap-tiap pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan kelas masing-masing.


A. Tiap pelajar-pelajar B. Tiap-tiap pelajar
C. Tiap pelajar D. Tiap-tiap pelajar-pelajar

28. Beberapa keping cakera padat mata pelajaran Bahasa Melayu ditunjukkan oleh Murad kepada
saya petang semalam.
A. Beberapa keping cakera padat B. Beberapa-beberapa keping cakera padat
C. Beberapa buah cakera padat D. Beberapa keping cakera padat

3
29. Abang membeli sebuah digital kamera model terbaru di kedai elektrik itu.
A. sebuah kamera digital model terbaharu B. sebuah digital terbaru digital kamera
C. sebuah digital terbaru kamera model D. sebuah digital kamera model terbaru

30. Lima belas orang pemuda di kampung saya telah dipilih untuk menternak ayam telur dan daging
ayam.
A. telur ayam dan ayam daging B. telur ayam dan daging ayam
C. ayam telur dan ayam daging D. ayam telur dan daging ayam

BAHAGIAN B
1. Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

(i) .

(ii) .

2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Para-para pekebun berbaris di sepannjang dewan untuk menunggu ketibaan Perdana Menteri
melawat lading mereka.

(ii) Adik-beradik Sam saling bercakar-cakaran selepas bapa mereka meninggal dunia kerana
berebutkan harta pusaka.

__________________________________________________________________________.

4
3. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat tunggal yang terdapat dalam ayat
majmuk tersebut. Kemudian, tulis pada ruang yang disediakan.
(i) Pipi kakak kemerah-merahan kerana dipuji oleh Mak Cik Anisa, jiran sebelah rumahnya.
Ayat tunggal 1
Ayat tunggal 2

(ii) Adik menghadiri kelas tambahan supaya dapat mengekalkan kecemerlangannya dalam
Pelajaran.
Ayat tunggal 1
Ayat tunggal 2

(iii) Farhan melayari Internet untuk mencari maklumat yang terkini.


Ayat tunggal 1
Ayat tunggal 2

(iv) Ibu meleteri adik kerana bermain di tepi sungai.


Ayat tunggal 1
Ayat tunggal 2

4. Lihat bahan di bawah dengan teliti.Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam
yang sesuai berdasarkan gambar.

(i) .

(ii) .

5
Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1
"Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang besar maknanya kerana kamu
memang layak, rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang bersikap seperti Profesor
Azizahlah yang akan memberikan kepuasan kepada cikgu. Tolong, ya?" Dengan
bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha meletakkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat
Daerah di tangan kanan Azizah. Ceraian B khusus untuk Azizah, iaitu menghasilkan dua
puluh karya anyaman dengan menggunakan bahan semula jadi. Cikgu Zaleha yakin sungguh
kepada Azizah yang diiktiraf sebagai murid yang serba boleh, cuma sifat rendah diri dalam
diri Azizah itu terlalu tebal.

(Dipetik daripada cerpen "Hadiah", antologi Kuingin


Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia)

BAHAN 2
"Ini kerja gila!"
"Janganlah kau pura-pura lupa, Firdaus. Sebelum kita bertolak pagi tadi abang sudah
jelaskan tujuan kita. Pertama, untuk menyahut cabaran datuk. Kedua, untuk melihat tanah air
kita yang merdeka ini secara lebih dekat..."
"Dan ketiga untuk menjadikan abang orang lelaki!" Azlina meningkah kata-kataku.
"Cakap jangan sembarangan, Lina!" jerit Firdaus lalu membongkok mengambil seketul
batu.
"Bersabar, Firdaus. Anggaplah kata-kata Lina itu sebagai satu cabaran yang mesti disahut
dengan berani. Abang percaya apabila sudah sampai ke destinasi nanti, kita akan berasa
menjadi orang lelaki yang gagah dan lasak."

(Dipetik daripada novel Destinasi Impian,


Kementerian Pendidikan Malaysia)

5 (a) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, apakah cabaran yang dihadapi oleh Azizah dan Firdaus?

6
(b) Berikan dua persoalan yang terdapat dalam bahan 2.

(c) Kita harus gigih berusaha bagi mencapai sesuatu yang diimpikan.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempunyai impian?

BAHAGIAN C
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
persediaan menghadapi cuaca panas di sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya mengunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata meskipun tiada sekolah di negara ini
ditutup ekoran cuaca panas setakat ini, namun pihak sekolah mesti mengambil langkah berhati-
hati dalam keadaan cuaca sedemikian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini
berlaku.

Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum
serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu. Timbalan Menteri Pendidikan juga
menyeru anak-anak sekolah dan warga sekolah supaya banyak minum air dan tidak
mengadakan aktiviti di luar bilik darjah termasuk kokurikulum.

Hui Ying berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara akan sentiasa
membuat pemantauan dari semasa ke semasa berhubung keadaan cuaca panas itu.

"Garis panduan yang telah ditetapkan, jika suhu meningkat sehingga 37 darjah Celsius, JPN

7
akan memantau dan akan menutup sekolah," katanya.

Selain itu, beliau berkata JPN akan turut memantau di sekolah untuk melihat sejauh mana
kebenaran khas untuk warga sekolah memakai pakaian atau baju sukan sopan ketika cuaca
panas dimanfaatkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan murid,
guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah KPM diberi
kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi
mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. KPM juga memaklumkan pemakaian tali
leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Cuaca Panas: Sekolah Perlu Hentikan Aktiviti
Luar Bilik Darjah", Bernama, 3 Mei 2023)

LATIHAN TAMBAHAN :

TATABAHASA : Soalan Objektif


Arahan : Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. _______ ibu bapa tidak mahua nak mereka melibatkan diri dalam bidang sukan.
A. Setengah B. Seseorang C. Sebilangan D. Kedua-dua

2. Setelah ________ merantau ke luar negara akhirnya Encik Kamil pulang semalam.
A.berbulan B. beberapa C.berabad D. berbulan-bulan

3. __________ peserta perkhemahan itu diminta ke dewan untuk mendengar taklimat daripada
Cikgu Mohamed.
A.Semua B. Seluruh C. Segala D. Setengah

Arahan : Pilih ayat yang betul


4. A, Sekalian murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan
B. Restoran itu akan ditutup selama dua minggu
C. Berbagai projek pembangunan akan dilaksanakan di kampung ini.
D. Harga roti yang dibeli oleh ibu berharga lima setengah ringgit

5. A.Semua murid akan menghadiri seminar itu melainkan kecuali murid Tingkatan 1.
B. Dia mendekati kerusi itu ke arah pokok itu.
C. Berita perkembangan terbaharu peperangan antara negara Rusia dan Ukraine akan
dilaporkan pada petang ini.
D.Encik Shamsul menaiki tangga yang tinggi ke pejabat.

8
Arahan : Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6. I. Penjual kayu itu membawa lima berkas kayu api untuk dijual di pekan.
II. Pencuri itu telah berjaya kami berkas setelah sekian lama kami mengintipnya.
III. Ibu mengisis nasi dan kari ayam itu ke dalam berkas yang sesuai
IV. Encik Sathia ialah berkas pegawai kewangan di sebuah bank yang terkemuka.
A.I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C.I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja

7. I. Abang gagal menamatkan lariannya dengan baik kerana kasut yang dipakainya sangat sempit.
II.Dia sengaha memakai baju yang sempit untuk menunjukkan badannya yang sasa.
III. Kehidupannya kini agak sempit sejak dia diberhentikan kerja.
IV.Para peserta larian amal itu bersesak-sesak di jalan yang sempit itu.
A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C.I, II dan III sahaja D.II, III dan IV sahaja

BAHAGIAN B :
1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

(i) .

(ii) .

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Abang saya sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya di dalam bidang kejuruteraan.

9
(ii) Mereka sedang membincangkan tentang perancangan sambutan Hari Guru yang akan
diadakan pada minggu hadapan.

3 Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang
gramatia Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan. Anda
hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambah perkataan
lain.

(i) Pola: Frasa Nama + Frasa Nama


Pejabat pos saya kerani di seorang bapa

(ii) Pola: Frasa Nama + Frasa kerja


Memasak dapur sedang di saya ibu

(iii) Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama


Untuk Puan Hana jam tangan itu

(iv) Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif


Besar sangat jutawan itu rumah
.

4 Lihat bahan di bawah dengan teliti.


Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar.

(i) .

(ii) .

10
Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1
Aku percaya, pasti banyak lagi petua yang belum aku dengar dan yang belum datuk beritahu,
sebab ada banyak tanaman lain di belakang dan di halaman rumah datuk serta di kebun buah-
buahannya. "Jika hal ini tak benar, mengapa ada pesakit yang dirawat di hospital mencari ubat-
ubatan tradisional?" tanya datuk. "Kali terakhir abang haji kata begitu, seorang pesakit telah lari
daripada rawatan hospital," ujar nenek dengan nada
suaranya yang rendah.
"Itu kan tak bagus."
"Itu sangat bagus, sekurang-kurangnya amalan perubatan tradisional tak akan lupus di muka
bumi ini, dan kita berpeluang membantu orang lain untuk sembuh. Kalau mereka ke hospital, kos
rawatannya dah tentu mahal."
(Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
BAHAN 2
Dalam masa penantian itulah Lim Pooi jatuh sakit. Sim Pau memujuk Lim Pooi untuk
berjumpa dengan doktor tetapi Lim Pooi tidak mahu. Sim Pau risau kerana Lim Pooi sudah
tiga hari tidak makan apa-apa. Dia takut sakit Lim Pooi semakin melarat. Badannya kurus.
Mukanya cengkung. Matanya kuyu. Dia tidak mahu kehilangan orang yang tersayang lagi.
Sudahlah Lim Foong meninggalkannya selama-lamanya. Selepas itu, Lim Meng dan kini,
Lim Pooi pula tengah sakit.
"Sakit aku hanya Lim Meng sahaja yang boleh mengubatnya." Entahkan betul entahkan
tidak Sim Pau tidak tahu tapi mereka masih mengharapkan agar Lim Meng balik Tahun
Baharu ini.
(Dipetik daripada cerpen "Kuih Bakul Limau Mandarin",
antologi Kuingin Berterima kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia)

5 (a) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan cara-cara mengubati sesuatu penyakit.

(b) Nyatakan dua contoh peristiwa yang menunjukkan persoalan kasih sayang yang terdapat
dalam bahan 2.

11
(c) Kita harus gigih berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit yang dihidapi.
Pada pendapat anda, mengapakah kesihatan sangat penting kepada manusia?

BAHAGIAN C
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah untuk memupuk perasaan cinta akan alam sekitar. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Sedasawarsa ini, dek terlalu dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi, negara ini acap
kali tersentak dengan isu masyarakat yang semakin luntur kecintaannya terhadap alam sekitar
yang seharusnya dipupuk sejak kecil lagi.
Antara peranan pihak sekolah adalah dengan menganjurkan program ataupun Kempen
Cintai Alam Sekitar setiap tahun untuk menyuburkan sikap cinta terhadap alam sekitar. Kuiz
alam sekitar juga boleh dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar di setiap sekolah.
Kembara alam sekitar juga boleh dilaksanakan dengan melibatkan guru-guru dan murid-murid
supaya dapat memberikan pendedahan dan membuka minda murid tentang pentingnya alam
sekitar pada masa ini. Oleh itu, guru-guru seharusnya bersikap prihatin dan sentiasa berusaha
menggembleng tenaga untuk melaksanakan kempen dan aktiviti tersebut supaya dapat
menyemaikan perasaan cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid.
Selain itu, guru-guru juga sewajarnya mengadakan sudut info alam sekitar supaya dapat
memberikan dan menambahkan pengetahuan murid-murid tentang alam sekitar. Pihak sekolah
boleh mengadakan pameran tentang informasi alam sekitar di papan kenyataan sekolah sama
ada di kantin, di lobi mahupun di dinding-dinding sekolah dengan memaparkan ilustrasi yang
menarik. Guru-guru mahupun semua pihak di sekolah juga seharusnya menunjukkan sikap
yang baik seperti membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan bersama-sama
membersihkan halaman sekolah mahupun kelas supaya mereka dapat bekerjasama sekali gus
mengeratkan silaturahim sesama mereka.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Peranan Sekolah dalam Pemupukan


Amalan Mencintai Alam Sekitar dalam Diri Murid-murid",
https://serisegar.wordpress.com)

12

You might also like