Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL 1 SESI 2024/2025

TARIKH : 8 MAC 2024


HARI : JUMAAT
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN IBNU MALIK

KEHADIRAN:

1. NOR AZHANA BINTI ABD HADI (GPK PENTADBIRAN)


2. MOHD TAUFIK BIN JAMALUDIN (KETUA PANITIA BAHASA ARAB)
3. NOOR HABSHAH BINTI YAJID (SETIAUSAHA PANITIA B. ARAB)
4. TUAN MOHD AMRUL BIN TUAN SOH

TIDAK HADIR (BERSEBAB):


TIADA

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


Pn Nor Azhana Binti Abd Hadi (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan
kehadiran semua guru. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan
bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Tuan
Mohd Amrul Bin Tuan Soh.
1.2 Ucapan tahniah diucapkan kepada semua guru yang bersama-sama
menjayakan segala program Panitia Bahasa Arab pada sesi 2023/2024
yang lalu.

2. PENGURUSAN PANITIA TERANCANG


2.1 INTERVENSI KEMENJADIAN MURID
Pemberian band kepa da murid ad alah sekurang -kurangnya band 3. Murid
yang boleh mencapai band 6 dikira jika tahu,faham dan boleh buat dengan
beradab mithali.

3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN


3.1 Kekuatan murid - Dapat menguasai PdP dengan baik dengan cemerlang
mengikut DSKP.
3.2 Kelemahan murid - Murid tidak menguasai kosa kata dan perkataan
Bahasa arab.
- Penguasaan bacaan huruf oleh murid tahun 1 masih
lemah.

4. PELARASAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN


4.1 Menggunakan dokumen penjajaran Bahasa arab dan perlu diselaraskan
semua guru. Dokumen penjajaran perlu dicetak untuk kegunaan guru.
4.2 RPT dan DSKP yang digunakan mesti diselaraskan. RPT mesti mengikut
kalender akedemi 2024/2025. 39 minggu untuk tahap 1 tahap 2. RPT dan
DSKP perlu dihantar kepada Setiausaha Panitia untuk disimpan di dalam fail
panitia.
4.3. Tarikh akhir penyediaan adalah pada 30 Mac 2024.
4.4 Pembahagian penyediaan RPT dan DSKP:

BIL NAMA GURU TAHUN


1 NOOR HABSHAH BINTI YAJID TAHUN 1 & 2
2 TUAN MOHD AMRUL BIN TUAN SOH TAHUN 3 & 4
3 MOHD TAUFIK BIN JAMALUDIN TAHUN 5 & 6
4.5 Pentaksiran dan penyediaan soalan peperiksaan.

BIL NAMA GURU TAHUN


1 NOOR HABSHAH BINTI YAJID TAHUN 1 & 2
2 TUAN MOHD AMRUL BIN TUAN SOH TAHUN 3 & 4
3 MOHD TAUFIK BIN JAMALUDIN TAHUN 5 & 6

4.6 Soalan perlu diselaraskan untuk diberikan eviden kepada murid. Tahap 1 juga
boleh diberikan soalan selaras untuk eviden kepada murid. Pentaksiran
boleh dibuat selaras dengan minggu peperiksaan.
4.7 Pengurusan buku Latihan murid.
4.7.1 Tahun 1,2 dan 3 mengunakan buku aktiviti KPM.
4.7.2 Tahun 4,5 dan 6 mengunakan buku aktiviti yang telah dipilih oleh ahli
panitia dan buku tulis.
4.8 Tugasan murid
4.8.1 Semua guru perlu menanda buku latihan murid selepas murid
menghantar buku.
4.8.2 Guru perlu membuat pembetulan dan menyatakan ulasan pada
latihan yang telah diberikan.
4.8.3 Semakan buku murid perlu ada mengikut kreativiti masing-masing.
Boleh tunjukkan jika ada pemantauan.
4.9 Perekodan PBD dari semasa ke semasa.
4.9.1 Penetapan telah dibuat. Guru mesti menilai sekurangnya 4 kali
setahun. Cadangan pada bulan mac,mei,ogos dan oktober.

5. RANCANGAN PROGRAM DAN PENINGKATAN KUALITI GURU.


5.1 PLC kreativiti dalam PdPR.
5.2 Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Daerah Bentong oleh Ketua Panitia
5.3 Mesyuarat pengurusan Panilia SKPMg2

6. PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN MURID

BIL AKTIVITI TINDAKAN


1 Minggu Panitia bahasa Arab Ust Mohd Taufik
2 Kem Najah Mumtaz Ust Tuan Mohd Amrul
3 Sebaran llmu Ustzh Noor Habshah
7. PERANCANGAN KEWANGAN PCG
7.1 Penyelaras akan mengisi nota minta untuk memesan barangan atau bahan.
7.2 Perlu mengisi nota minta dan disediakan juga kertas kerja sebagai lampiran.

8. PROGRAM KPM DALAM PANITIA

BIL NAMA PROGRAM TINDAKAN


1 PROGRAM/ AKTIVITI Minggu Panitia Bahasa Arab Semua Guru
2 Ladap kemenjadian guru Semua Guru
3 Kem Najah Mumtaz Ust Tuan Mohd Amrul
4 Laluan llmu Semua Guru

9. HAL-HAL LAIN
9.1 Setiap program yang telah dijalankan oleh panitia mesti hantar kertas kerja.
9.2 Setiap ertas kerja dan laporan serta dokumentasi mesti diberikan 1 salinan
kepada GPM.

10. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua guru terhadap
aktiviti dan program Panitia Bahasa Arab yang dirancang. Semoga Panitia Bahasa
Arab akan terus cemerlang dan gemilang pada sesi persekolahan 2024/2025 ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 Pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ _______________________________________
(NOOR HABSHAH BINTI YAJID) (MOHD TAUFIK BIN JAMALUDIN)
Setiausaha Panitia Bahasa Arab Ketua Panitia Bahasa Arab
SK Bukit Piatu SK Bukit Piatu

You might also like