skema kelate s2 2021 (2)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SULIT

942/2
Geografi
Kertas 2
Percubaan STPM
2021

942/2 STPM
MODUL G-CAKNA
GEOGRAFI
KERTAS 2

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAHARU


(NEW MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA PEMARKAHAN

Skema pemarkahan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.

1
1

Bahagian A : Alam Sekitar Fizikal

1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keberkesanan kerpasan. [3]

Skema pemarkahan
Perbezaan antara kerpasan dengan sejatan/sejat peluhan (1m)
Air hujan yang diserap masuk kedalam tanih (1m)
dapat digunakan oleh pokok dan untuk aktiviti manusia. Cth. pertanian (1m)

1(b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi keberkesanan kerpasan. [6]

Skema pemarkahan
b1 Hujan – intensiti hujan lebat/ kekerapan/ tempoh masa hujan
b2 Litupan pokok – kanopi pokok tebal – cegat silara tinggi – larian air permukaan cerun
curam perlahan – resapan air tanih tinggi – keberkesanan kerpasan tinggi
b3 Aspek – cerun menghadap hujan
b4 Jenis tanih – liang pori – keporosan tanih
b5 Kecerunan – curam/landai
mana-mana 3 X 2 markah = 6 markah

1(c) Jelaskan tiga kesan kurangan air terhadap aktiviti pertanian. [6]
Skema pemarkahan
c1 Sumber badan air berkurangan - menjejaskan aktiviti pengairan, penyemaian,
penanaman, pembajaan, meracun.
c2 Tanah kering /merekah – menjejaskan aktiviti membajak, penyemaian, penanaman,
pembajaan – memudahkan penggunaan jentera pembajak
c3 Air tanih berkurangan – menjejaskan aktiviti pengairan, penyemaian, penanaman,
pembajaan, meracun.
c4 Kelembapan udara rendah – mempercepatkan aktiviti mengering hasil tanaman
mana-mana 3 X 2 markah = 6 markah

1
2

2(a) Sejauhmanakah aktiviti manusia mempengaruhi kejadian hujan asid. [13]

Skema pemarkahan
(Aktiviti Manusia)
a1 Aktiviti perindustrian
- Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu bermutu rendah – bebaskan gas
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida + air hujan akan meningkatkan kejadian
hujan asid
- Kilang peleburan bijih timah/kuprum
Peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida yang banyak air
hujan meningkatkan kejadian hujan asid

a2 Aktiviti pengangkutan
Asap kenderaan membebaskan gas nitrogen dioksida dan karbon monoksida
melalui pembakaran bahan api fosil + bercampur air hujan meningkatkan kejadian
hujan asid

a3 Aktiviti pertanian
Penggunaan baja nitrogen akan bebaskan gas nitrogen, pembakaran terbuka
bungkusan plastic, baja dan sisa kayu akan membebaskan sulfur dioksida dan karbon
dioksida.

a4 Aktiviti penjanaan kuasa elektrik terma


Pembakaran bahan api fosil – membebaskan asap mengandungi karbon dioksida,
sulphur dan nitrus oksida yang tinggi

( Fizikal)
a5 Letusan gunung berapi
Bebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan karbon
monoksida + air hujan

2
3

a6 Kebakaran hutan
Membebaskan gas pencemar seperti nitrogen dioksida, karbon dioksida -
bercampur dengan air hujan – hujan asid

a7 Pereputan/ penguraian bahan organik


Penguraian oleh bakteria dalam tanah akan menukarkan nitrat kepada nitrit lalu
hasilkan gas nitrogen
mana-mana 6 X 2 markah + 1m (penegasan) = 13 markah

2(b) Jelaskan enam kesan hujan asid terhadap alam sekitar. [12]

Skema pemarkahan
ASF
b1 Tumbuhan
Kemusnahan hutan kerana fungsi daun akan musnah apabila terkena hujan asid dan
pokok mati

b2 Tanih
Kandungan alkali dan asid dalam tanih menjadi tinggi – tanah tidak subur/kehilangan
nutrient + kemiskinan tanih

b3 Pencemaran badan air


Nilai pH air kurang dari 5.6 menyebabkan air menjadi berasid dan tercemar

b4 Ekosistem Akuatik
Air sungai dan laut menjadi berasid – memusnahkan ekosistem akuatik – rantaian
makanan terganggu

3
4

ASM
b5 Kesihatan manusia terjejas – batuk, kanser kulit, alergi dan selsema

b6 Hakisan/ kikisan peralatan besi dan melunturkan cat bangunan dan batuan menjadi
lemah.
mana-mana 6 X 2 markah =12 markah

3(a) Huraikan enam proses menegak dalam kitaran hidrologi.


[ 12 ]

Skema pemarkahan
a1 Sejatan – perubahan bentuk air daripada cecair kepada wap/gas apabila terdapat
bahangan matahari memanaskan permukaan air.

a2 Sejatpeluhan – perubahan cecair kepada wap daripada daun tumbuh-tumbuhan dengan


bantuan bahangan matahari.

a3 Pemeluwapan – perubahan bentuk air daripada wap kepada cecair apabila berlaku
pembebasan haba pendam yang terdapat di dalam wap air.

a4 Kerpasan – air dari atmosfera hasil daripada proses pemeluwapan dan pemejalwapan
jatuh ke permukaan bumi dalam bentuk hujan, salji, hujan batu dan embun.

a5 Pintasan - air hujan dipintas oleh daun/kanopi, dahan dan batang pokok sebelum jatuh ke
permukaan tanah.

a6 Resapan – air hujan yang meresap ke dalam tanah melalui liang pori tanah.

mana-mana 6 X 2 markah = 12 markah

4
5

3(b) Bincangkan enam faktor yang mempengaruhi proses resapan air tanih. [ 13 ]

Skema pemarkahan
b1 Jenis tanah/batuan – tanah pasir mempunyai kadar resapan yang tinggi kerana
ruang/rongga yang luas berbanding tanah liat yang mempunyai ruang rongga yang halus.

b2 Hujan – Intensiti/kekerapan/tempoh masa hujan - hujan sedikit menggalakkan kadar


resapan kerana tanah belum tepu - hujan yang lebat menyebabkan tanah menjadi tepu dan
kadar resapan berkurangan.

b3 Kecerunan – landai/curam – permukaan bumi yang landai menggalakkan resapan kerana


tidak berlaku air larian permukaan – permukaan bercerun mengurangkan resapan dan
menggalakkan air larian permukaan.

b4 Kandungan air dalam tanah – tanah yang kering atau tanah yang tidak tepu
menggalakkan resapan air - tanah yang tepu tidak lagi berupaya menyerap air
menyebabkan larian air permukaan tinggi.

b5 Peranan tumbuhan – tumbuhan menjalankan proses pintasan kanopi/daun, dahan dan


aliran batang menyebabkan air hujan meresap ke dalam tanah – kekurangan tumbuhan
menyebabkan larian air permukaan tinggi.

b6 Aktiviti manusia – aktiviti manusia seperti pembalakan, pertanian, pembinaan dan


pertanian mengurangkan kadar resapan air dan meningkatkan larian air permukaan.

mana-mana 6 X 2 markah + 1m (kesimpulan) = 13 markah

5
6

Bahagian B : Alam Sekitar Manusia

4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Segitiga Pertumbuhan? [2]

Skema pemarkahan
Kawasan segitiga pertumbuhan ASEAN merujuk kepada kerjasama memajukan subwilayah
yang berjiran (1) di dalam ASEAN (1).

4(b) Nyatakan tiga Kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [3]

Skema pemarkahan
b1 IMS - GT
b2 IMT – GT
b3 BIMP – EAGA
3 X 1 markah = 3m

4(c) Huraikan tiga peranan segitiga pertumbuhan ASEAN dalam memajukan wilayah
berkenaan. [6]

Skema pemarkahan
c1 Meningkat aliran perdagangan - Kawasan bebas cukai -Peningkatan perdagangan antara
negara segitiga pertumbuhan

c2 Menggalakkan pelaburan - meningkatkan pelaburan dalam bidang tertentu - projek


pertanian, perlombongan dll

c3 Perluasan pasaran - Saiz pasaran akan bertambah akibat jumlah penduduk yang
bertambah. Kesan perluasan pasaran akan meningkatkan hubungan rangkaian pemasaran
iaitu pengilang dan pengeluar.

6
7

c4 Pengaliran buruh - memudahkan proses pengaliran buruh sesama negara/wilayah -


kekurangan buruh dan pakar dapat ditampung oleh negara anggota
c5 Penggunaan sumber - pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, marin,
pelancongan, pertanian,perlombongan, pembalakan dll.

c6 Pengangkutan dan perhubungan - laluan udara,darat dan air seperti pembinaan jalan
kereta api trans Borneo, Link ke Dua, Perkhidmatan feri Langkawi.

c7 Teknologi - perkongsian teknologi moden, R&D dan Inovasi.

c8 Mempercepatkan Pembangunan Sumber Alam - Pembangunan sumber alam dalam


sesuatu wilayah dapat dimajukan melalu kerjasama dalam segi tiga pertumbuhan seperti
sumber hutan di EAGA-BIMP, sumber pelancongan di IMS-GT dan IMT-GT, dan
sumber petroleum dan gas asli di EAGA-BIMP dan IMT-GT.

c9 Mengurangkan Tekanan Globalisasi - Konsep pasaran bebas akan mengurangkan


monopoli pasaran dari negara maju.

c10 Pengkhususan dan Saling melengkapi - Kerjasama dalam segitiga akan menyebabkan
sesuatu wilayah mendapat faedah dari segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling
melengkapi yang diperolehi daripada pihak swasta yang melabur dalam wilayah segi tiga.

c11 Menjana Peluang Pekerjaan - Kerjasama antara wilayah akan menjana peluang pekerjaan
yang banyak kepada penduduk tempatan dalam bidang pertanian, perindustrian,,
pelancongan, pelombongan, perkhidmatan dan lain-lain. Ini akan mengurangkan kadar
pengangguran, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.
mana-mana 3 X 2 markah = 6m

4(d) Jelaskan dua teras dasar luar Malaysia. (4)

7
8

d1 Aman – kestabilan politik negara akan memberi sumbangan kepada keamanan dan
keselamatan negara
d2 Bebas – bebas dari kawalan kuasa-kuasa besar kerana campur tangan dan sokongan kuasa
asing menjejaskan kestabilan rantau ini

d3 Berkecuali – tidak mencampurkan urusan dalam negara lain, menghormati negara lain
berlandaskan prinsip keuntungan bersama.
mana-mana 2 x 2 markah = 4m

5 Jadual di bawah menunjukkan jumlah eksport petroleum mentah Malaysia dengan


negara-negara terpilih pada tahun 2011.
5(i) Berdasarkan jadual di atas, hitungkan peratusan eksport petroleum mentah Malaysia
dengan negara terpilih pada tahun 2011. [6]

Skema pemarkahan
Negara Jumlah (RM billion) Peratus

Australia 11.1 31.4

India 6.7 18.9

Thailand 5.9 16.6

Jepun 2.7 7.5

China 2.5 7.1

Negara lain 6.6 18.6

JUMLAH 35.5 100

Mana-mana 6 x 1 = 6m

8
9

5(ii) Berdasarkan data yang diperolehi, lukis carta pai untuk menunjukkan peratus
eksport petroleum mentah Malaysia dengan negara-negara terpilih pada tahun
2011. [8]

Skema pemarkahan

Peratusan eksport petroleum mentah Malaysia dengan negara terpilih


pada tahun 2011.

Australia India Thailand Jepun China Lain Nebaga

Tajuk - 1m
Petunjuk - 1m
Plotan - 6m

9
10

5(iii) Bincangkan lima sumbangan industri perlombongan petroleum terhadap


sosioekonomi Malaysia. [11]

Skema pemarkahan
biii1 Meningkatkan KDNK
biii2 Mewujudkan peluang pekerjaan
biii3 Kesan Pengganda
biii4 Meningakatkan kemudahan infrastruktur
biii5 Memperluaskan pasaran
biii6 Pembangunan kawasan – bandar baru dan petempatan
biii7 Peningkatan teknologi
biii8 Peningkatan pelaburan / modal
ax Kesimpulan yang baik
mana-mana 5 X 2 markah = 10m + 1m kesimpulan

6(a) Bincangkan enam keperluan kerjasama antara kawasan dalam globalisasi ekonomi.
[13]

a1 Meningkatkan kecekapan - pengeluaran


a2 Meningkatkan perdagangan – ekonomi berkembang
a3 Meningkatkan daya saing – kualiti barangan
a4 Pengkhususan pengeluaran
a5 Memperluaskan pasaran
a6 Penyertaan dalam ekonomi dunia
a7 Peningkatan teknologi
a8 Peningkatan pelaburan / modal
a9 Memudahkan pengaliran buruh
a10 Memudahkan perkongsian sumber
ax Kesimpulan yang baik
mana-mana 6 X 2 markah + 1 kesimpulan = 13 m

10
11

6(b) Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama kerjasama serantau. Jelaskan
enam peranan Malaysia yang memakmurkan jiran dalam pakatan kerjasama
serantau. [12]

b1 Pasaran bersama – membuka pasaran kepada negara anggota.

b2 Penstabilan harga/komuniti/kuota – pengurangan harga, pengurangan pengeluaran

b3 Guna tenaga buruh – membuka peluang pekerjaan kepada buruh asing

b4 Perkongsian teknologi dan inovasi baru

b5 Pengangkutan dan perhubungan – meningkatkan kemudahan pengangkutan air, darat dan


udara – membuka laluan perhubungan

b6 Pelaburan - Pelaburan silang dan bersama

b7 Pengkhususan – pengeluaran barangan tertentu – kos pengeluaran yang rendah

b8 Perkongsian sumber / bahan mentah

b9 Perkongsian kepakaran

b10 Menjaga alam sekitar – mengelakkan kejadian jerebu, pencemaran laut.

mana-mana 6 X 2 markah = 12m

-Skema Tamat-

11
12

12

You might also like