Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2024/25

Hari : Selasa

Tarikh : 23 April 2024

Masa : 12.00 Tengahari

Tempat : Bilik Kokurikulum

Kehadiran :

1. En Zulkifli bin Salehuddin (PK Pentadbiran)


2. Pn Suhaila bt Sahimi ( KP Sains )
3. Pn Mazni bt Abdul Manas ( Setiausaha )
4. Pn Zaiwiyah binti Harun
5. Pn Noor Shakimah bt Mohamad
6. Pn Habibah bt Zainuddin
7. Pn. Roslina binti Zainol
8. Pn. Fadhlina bt Ahmad Basri
9. Pn. Zaidah bt Mat Isa
10. Pn. Wahida bt. Abdul Wahab
11. Pn Noreza bt Mohd Noor
12. Pn Noor Ainon bt Ahmad
13. En Mohamad Rosmaini bin Yusoff (Guru Sains PPKI)
Tidak Hadir :

1. En Khairuddin bin Said @ Nawang – Cuti Sakit

Agenda Mesyuarat

1
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Ucapan Pentadbir
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
4.0 Post Mortem PBD 2023
5.0 SKPMg2 ( Standard 4)
6.0 Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia
7.0 Hal-Hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Panitia Sains kerana
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali pertama pada hari ini.
1.2 Pengerusi memaklumkan beliau telah dilantik oleh pihak pentadbir sebagai ketua panitia
walaupun baru di sekolah ini. Dengan itu, beliau berharap semua guru Sains agar dapat
memberikan kerjasama dan saling bantu membantu agar segala perancangan Panitia Sains dapat
berjalan dengan lancar.

2.0 Ucapan Penasihat

2.1 En Zulkifli bin Sallehuddin selaku pentadbir mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-
guru Sains pada mesyuarat kali pertama ini.
2.2 Beliau memaklumkan bahawa subjek Sains adalah satu matapelajaran teras yang menjadi
tunjang kepada akademik di SK Taman Ria dan beliau mengharapkan komitmen dari semua
guru untuk melancarkan perancangan yang telah dibuat oleh Panitia.
2.3 Beliau mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Panitia Sains dan mendoakan agar guru-guru
Sains terus bersemangat untuk mendidik anak-anak di Sk Taman Ria.

Makluman : Semua AJK

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1 / 2024/25


3.1 Minit Mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Zaiwiyah bt Harun dan disokong
oleh Pn Norshakimah bt Mohamed.

4.0 Post Mortem Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah 2023/2024

2
4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat tiga orang murid yang tidak ditaksir pada sesi yang
lalu iaitu murid tahun 1 dan 2.

4.2 Secara keseluruhan,pencapaian murid dilihat dapat mencapai tahap penguasaan yang baik iaitu
berada pada Tahap Penguasaan 4 dengan jumlah sebanyak 36.46%. Manakala Tahap
Penguasaan 6 dilihat sangat sedikit berjumlah 3.81% Sahaja.

4.3 Pengerusi meminta agar guru lebih menekankan aktiviti yang melibatkan aras analisis dan
sintesis yang boleh ditaksir sebagai Tahap Penguasaan 5 dan 6.

Makluman : Semua AJK

5.0 SKPMg2 (Standard 4 )

5.1 Pengerusi memaklumkan guru sebagai, perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan
penilai. Maka guru perlu menyediakan Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran.

5.2 Pengerusi juga memaklumkan Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran dan Rancangan
Pengajaran Tahunan boleh disediakan dalam bentuk QR Code untuk simpanan fail guru-guru.

5.3 Rancangan Pengajaran Harian diselaraskan seperti yang dikongsikan dalam kumpulan
”Whatapps” panitia.
Makluman : Semua AJK

6.0 Perancangan Aktiviti Tahunan 2024/2025

6.1 Perancangan Aktiviti Tahunan telah dirancang dan diatur untuk sesi pembelaran 2024/2025
6.2 Perancangan tahunan boleh dirujuk pada bahagian lampiran.
6.3 Pengerusi memaklumkan bahawa panitia akan menyediakan hadiah sebagai galakan untuk
murid dalam aktiviti Cetusan Semangat. Contoh hadiah adalah seperti alat tulis.
6.4 Pengerusi memaklumkan kewangan Panitia setakat hari ini berjumlah RM 2347.69. Jika guru-
guru ada cadangan atau keperluan untuk membeli peralatan bilik sains boleh maklumkan.
Makluman : Semua AJK

7.0 Hal-Hal Lain

3
7.1 Pengerusi memaklumkan satu kunci Bilik Sains akan disediakan untuk kemudahan guru-guru
sesi petang.
7.2 Pn Mazni memaklumkan jadual Bilik Sains akan disediakan namun bergantung kepada
kekosongan jika guru ingin menggunakannya. Namun, guru diingatkan untuk mengisi buku
penggunaan Bilik Sains yang disediakan.

8.0 Penangguhan Mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

…………………… ……………………
( MAZNI BINTI ABDUL MANAS) (PN SUHAILA BINTI SAHIMI)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
SK Taman Ria, SK Taman Ria,
Sungai Petani, Kedah. Sungai Petani, Kedah.

You might also like