Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Rujukan Kami : A24DW1226

Rujukan Tuan : 060908021026

NUR ADELIA AMEERA BINTI MUHAMMAD AMIRUL SIAH 06/07/2024


NO 201 AZZALLEA
JALAN AZZALLEA 3/2
TAMAN TUNKU SARINA 3
06000 JITRA
KEDAH
Saudara/i

TAWARAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SEMESTER I SESI AKADEMIK 2024/2025


Tahniah, sukacita dimaklumkan saudara/i telah ditawarkan mengikuti pengajian bagi program seperti berikut:

Program :
DDWG - DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI
Kampus :
KUALA LUMPUR
Matrik :
A24DW1226
Tahun :
PERTAMA
Fakulti :
SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tempoh Pengajian : 2 TAHUN
Jenis Pengajian : SEPENUH MASA
Bidang Pengajian : BUKAN KEJURUTERAAN

KADAR YURAN SEPANJANG PENGAJIAN DIPLOMA UTM


Yuran Pengajian Keseluruhan bagi 2 TAHUN : RM 24,960.00* (Tidak termasuk yuran asrama)
*Pihak universiti berhak untuk membuat sebarang pindaan apabila dianggap perlu tanpa pengumuman terlebih dahulu.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU


Tempat : PENDAFTARAN AKAN DIADAKAN SECARA ATAS TALIAN (Pelajar tidak perlu hadir ke kampus untuk pendaftaran)
Tarikh : 19 JULAI 2024 (Jumaat) - Secara berperingkat dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang

MAKLUMAN DAN TINDAKAN


1. Tawaran ini adalah muktamad dan sebarang pertukaran program atau kampus adalah tidak dibenarkan.
2. Saudara/i dikehendaki membayar RM 1,800.00 bagi tujuan pendaftaran. Rujuk Lampiran A.
3. Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tawaran kemasukan seperti yang terdapat di Lampiran B.
4. Jika ada sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pihak kami di Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar, UTMSPACE
di talian 07-531 8052/8053/8054.
5. Segala maklumat permohonan kemasukan hendaklah benar. Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik tawaran ini
atau menamatkan pengajian saudara/i dengan serta-merta pada bila-bila masa.

Universiti Teknologi Malaysia mengalukan kehadiran saudara/i untuk membina kecemerlangan akademik di universiti berstatus
Universiti Penyelidikan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

ABDUL JALIL BIN MAULANI


Timbalan Pendaftar Kanan
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia
LAMPIRAN A

YURAN PENDAFTARAN & YURAN ASRAMA

JUMLAH PERLU
DIBAYAR UNTUK
BIL PERINCIAN BAYARAN CATATAN
TUJUAN
PENDAFTARAN (RM)
 Bayaran Muka Kehadiran (BMK) untuk tujuan pengesahan menerima tawaran –
1. YURAN PENDAFTARAN Tidak akan dikembalikan.
PELAJAR BAHARU  Permohonan di dalam Sistem Ambilan Mahasiswa (SAM) akan bertukar kepada
300.00
status “Accepted” secara automatik setelah pembayaran disahkan oleh Bahagian
Kewangan UTMSPACE
(RM 1,600.00)
Baki Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu - Selewatnya pada 17 hb Julai 2024
1,300.00
 Bayaran pendahuluan yuran asrama sebanyak RM 200.00 perlu dijelaskan
2. YURAN ASRAMA selewatnya pada 17 hb Julai 2024 bersama dengan Yuran Pendaftaran Pelajar
Baharu.
(RM 1,200/semester lazim) 200.00  Baki yuran asrama semester pertama sebanyak RM 1,000.00 boleh dijelaskan
secara ansuran selewat-lewatnya pada minggu ke-9 kuliah

JUMLAH YURAN PENDAFTARAN


PELAJAR BAHARU 1,800.00

YURAN PERKHIDMATAN & YURAN PELAJARAN

Bayaran boleh dijelaskan secara ansuran selewat-lewatnya pada 31


YURAN PERKHIDMATAN & Sila rujuk Struktur Yuran Program
Oktober 2024.
YURAN PELAJARAN Diploma Sepenuh Masa UTM

CIMB Bank

- PEMAKLUMAN -

Bukti pembayaran WAJIB dihantar beserta NAMA & NO. KAD PENGENALAN melalui emel kepada Bahagian Kewangan UTMSPACE :
bkwkl@utmspace.edu.my
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan dan kemusykilan, sila hubungi talian berikut:
03 – 2728 6531/6567/6566/6565/6511
LAMPIRAN B

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN


Catatan : Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama-sama surat tawaran pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia.

1. PEMATUHAN PERATURAN

1.1 Segala maklumat yang saudara/i kemukakan semasa permohonan hendaklah benar. Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik
balik tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara/i dengan serta-merta pada bila-bila masa.

1.2 Saudara/i pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia,
Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta, Statut-Statut Universiti Teknologi Malaysia, Peraturan,
Pekeliling dan lain-lain garis panduan serta pindaan yang sedang berkuatkuasa dan diterima pakai di Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Calon yang memegang jawatan tetap dalam perkhidmatan kerajaan hendaklah terlebih dahulu memperolehi pelepasan rasmi daripada
Ketua Jabatan masing-masing untuk mengikuti pengajian sebagai pelajar sepenuh masa universiti ini.

1.4 Saudara/i adalah diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji Pelajar.

2. BAYARAN YURAN

Bayaran yuran hendaklah dijelaskan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan. Bagi pelajar yang mendapat tawaran biasiswa/pinjaman/
bantuan, sila emelkan salinan surat tawaran dan dokumen berkenaan kepada Bahagian Kewangan melalui bkwkl@utmspace.edu.my

3. PEMERIKSAAN PERUBATAN

Saudara/i mestilah cukup sihat. Ini hendaklah dibuktikan melalui pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UTM selepas pendaftaran pelajar.
Keputusan muktamad pemeriksaan kesihatan ini tertakluk kepada perakuan Pegawai Perubatan Universiti Teknologi Malaysia.

4. SETUJU TERIMA TAWARAN

4.1 Tawaran ini adalah sah bagi program dan tahun pengajian seperti mana yang dinyatakan dalam surat tawaran. Permohonan untuk
penangguhan atau pertukaran program pengajian adalah tidak dibenarkan. Program pengajian yang ditawarkan adalah MUKTAMAD.

4.2 Pengesahan penerimaan tawaran hendaklah dibuat dengan menjelaskan Bayaran Muka Kehadiran (BMK) sebanyak RM 300.00. Bayaran
boleh dibuat melalui saluran pembayaran yang dinyatakan dalam LAMPIRAN A . Sekiranya pihak Universiti tidak menerima jawapan sehingga
tarikh ditetapkan, tawaran ini akan TERBATAL dengan sendirinya dan tempat boleh ditukarkan kepada calon lain. Jika saudara/i menerima
tawaran ini, sila uruskan perkara-perkara yang diperlukan seperti dalam Set Tawaran Kemasukan.

4.3 Dengan penerimaan tawaran ini, anda memberi persetujuan kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia untuk :

(i) Memasukkan dan menyimpan maklumat peribadi anda termasuk maklumat lain yang berkaitan dengan pengajian anda ke dalam
sistem maklumat pelajar

(ii) Menggunakan dan/atau menyerahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak lain bagi maksud melaksanakan apa-apa urusan
rasmi pihak Universiti yang suai manfaat dan bersampingan dengan fungsi dan kuasa-kuasa Universiti

4.4 Pihak Universiti akan memastikan maklumat-maklumat yang digunakan dan/atau diserahkan kepada mana-mana pihak lain akan disimpan
oleh pihak-pihak tersebut sebagai sulit dan hanya akan digunakan bagi urusan/tujuan yang dibenarkan dan dipersetujui oleh Universiti
Teknologi Malaysia.

Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar


Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
Universiti Teknologi Malaysia
______________________________________________________________________________________________________

Saya menerima tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia beserta syarat-syarat yang tersebut di atas.

Nama Penuh : __________________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan : _________________________________ No. Matrik : _____________________

Program Pengajian : _________________________________ Tahun/Semester : __________________

Tarikh : _________________________________ Tandatangan : _____________________

(Bahagian ini wajib dilengkapkan dan dikembalikan bersama surat tawaran dan dokumen sokongan yang lain)

You might also like