ULANG KAJI RINGKASAN KARANGAN BAHAGIAN C (TINGAKATAN 2) (2)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

BAHAGIAN C

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut , tulis


sebuahringkasan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya .
Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Isu kemalangan jalan raya senantiasa diperkatakan oleh banyak pihak. Hal ini
demikian kerana kadar kemalangan dewasa ini masih membimbangkan.Mengapakah
situasi ini berlaku? Sudah tentu terdapat banyak sebab yang menjadipenyumbang
kepada keadaan ini.

Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sesetengah pemandu dan
penunggang motosikal yang tidak mematuhi had laju yang dibenarkan walaupun
tanda had laju terpampang di hadapan mereka. Sikap pengguna jalan raya yangsuka
memotong kenderaan lain di selekoh tajam dan di garisan berkembar turut
mengundang risiko kemalangan. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan diri
sendiri bahkan juga pengguna jalan raya yang lain. Tambahan lagi, terdapat
segelintir pemandu yang baru memperoleh lesen hanya memikirkan keseronokan
tanpa menduga bahawa maut sedia menanti di hadapan mereka.

Di samping itu, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di sesetengah tempat
turut mengundang terjadinya kemalangan terutamanya pada waktu malam dan
ketika hujan lebat. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat kenderaan yang
tidak diselenggarakan dengan baik masih digunakan di jalan raya. Oleh itu, setiap
pemilik hendaklah memastikan kenderaan mereka diselenggarakan mengikut jadual
agar selamat digunakan.

Jelaslah kepada kita bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku banyak
disebabkan oleh sikap pengguna itu sendiri. Oleh itu, diharapkan agar semua
pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang
tersayang.

You might also like