Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

+ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Seri Bandan


Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
Tel : 07-4531713
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Faks : 07-4531713
Batu 3 Jalan Yong Peng Email : jba0085@moe.edu.my
86100 Air Hitam
Batu Pahat, Johor.

Ruj. Kami : SKSBN. 600-3/2/14 ( )


Tarikh : JANUARI 2021
AJK PANITIA SEJARAH,
SK SERI BANDAN

Tuan,

MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA TAHUN 2021 SK SERI BANDAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 18 JANUARI 2020 ( ISNIN)


Masa : 11.00 PA
Tempat : LOKASI MASING-MASING (GOOGLE MEET)
Pengerusi : PN LIMAH BT MUDA

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


3.1 Perutusan Pengerusi;
3.2 Amanat Pentadbir;
3.3 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu;
3.4 Perkara-perkara berbangkit;
3.5 Fokus Utama Mesyuarat
3.5.1 Guru Matapelajaran
3.5.2 Pelantikan AJK Panitia
3.5.3 Kurikulum
3.5.4 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru
3.5.5 Program Peningkatan Pencapaian Murid
3.5.6 Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran
3.5.7 Bahan Bantu Mengajar
3.5.8 Pencerapan dan penyeliaan
3.5.9 Pencerapan latihan dan hasil kerja murid
3.6 Hal-hal lain;
3.7 Penutup.

4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menjalankan amanah,

.......................................
(HJH HARIZA BT ABD HAMID)
GURU BESAR,
SK SERI BANDAN
SENARAI KEHADIRAN

MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 1 / 2021


SK SERI BANDAN

Tarikh : 18 Januari 2021 Masa : 11.00 pagi


Tempat : Kediaman masing-masing (Google meet)
Pengerusi : Pn Limah Binti Muda
Bil Nama T/tangan Bil Nama T/tangan
1 16
2 17
3 18
4 19
5 20
6 21
7 22
8 23
9 24
10 25
11 26
12 27
13 28
14 29
15 30
(Gunakan helaian tambahan jika perlu)

TURUT HADIR
1 3
2 4

TIDAK HADIR
Bil Nama Catatan Bil Nama Catatan
1 2

Disediakan oleh :

……………………..................
(PN HJH SENIYATI BT MD DIAH)
Setiausaha
Panitia Sejarah
SK Seri Bandan.
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIL 1/ 2021
SK. SERI BANDAN

Tarikh : 18 JANUARI 2021

Masa : 11.00 PAGII

Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING (GOOGLE MEET)

Pengerusi : PN LIMAH BINTI MUDA

Kehadiran(Bilangan) : 4/4

Turut Hadir (Jika ada) : Pn Hjh Hariza binti Abd Hamid (Guru Besar)
2. Pn Junaliza binti Suyadi ( GPKK )

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ahli ke
mesyuarat Panitia Sejarah kali pertama bagi sesi 2021 dalam norma baharu secara
Google meet.
1.3 Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua
guru yang bertungkus-lumus berusaha menjayakan segala perancangan yang telah
dirangka sepanjang tahun 2020 yang lalu walaupun banyak program yang
dirancang tidak dapat dijalankan oleh sebab pandemik COVID 19 yang melanda
seluruh dunia.
1.4 Dalam ucapan alu-aluan beliau menegaskan bahawa mesyuarat ini sangat penting
untuk menentukan hala tuju panitia bagi tahun 2021. Minit mesyuarat pertama
panitia merupakan rupa wajah panitia sepanjang tahun semasa. Semoga tahun ini
segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dan virus COVID 19 segera
hilang dari muka bumi ini
1.5 Panitia perlu melaksanakan program atau aktiviti berdasarkan isu strategik sekolah.

2. AMANAT PENTADBIR
2.1 Pn Hjh Hariza selaku guru besar mengucapkan selamat menjalankan mesyuarat
panitia kali pertama bagi tahun 2021.
2.2 Beliau memberi mandat kepada setiap panitia untuk merancang dan melaksanakan
segala program yang telah dirancang oleh setiap panitia bagi tahun 2021.
2.3 Penulisan minit mesyuarat untuk panitia boleh rujuk minit mesyuarat yang telah
dikongsikan oleh beliau.
2.4 Fail induk hanya akan ada surat menyurat manakala minit mesyuarat akan
dimasukkan dalam Fail Program Kecemerlangan.
2.5 Pelaksanaan pdpr – guru perlu masukkan objektif pembelajaran dan arahan untuk
murid mesti selaras iaitu ada tarikh, hari dan matapelajaran.
2.6 Semasa PKP, guru boleh hadir ke sekolah dalam kapasiti 30% daripada jumlah guru
untuk menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan kebenaran pentadbir.
2.7 Guru-guru diminta untuk memperkasakan penggunaan aplikasi Delima/ google
classroom untuk tujuan pdpr.
2.8 Mohon kepada semua panitia untuk melengkapkan semua bahagian dalam fail dari
tahun 2019, 2020 dan 2021.
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.1 Setiausaha Panitia Sejarah membentangkan minit Mesyuarat Bil.3/2020 yang
diadakan pada 11 Ogos 2020.
3.2 Pn Hjh Seniyati mencadangkan minit Mesyuarat Bil. 3/2020 SKSB disahkan tanpa
pindaan.
3.3 Semua ahli mesyuarat menyokong.
3.4 Minit Mesyuarat Bil. 3/2020 SKSB pada 11 Ogos 2020 disahkan tanpa pindaan.
3.5 Dicadang untuk disahkan oleh Pn Hariza binti Abdul Hamid
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Marliana binti Mohd Arif

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Pengerusi mohon maklum balas ahli mesyuarat untuk membangkitkan perkara-
perkara yang terkandung dalam Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Bil. 3/2020
bertarikh 11 Ogos 2020.
4.2 Program Panitia – merujuk kepada perkara 5.5.4 projek galeri tidak dapat
dijalankan untuk tahun 2020 kerana sesi persekolahan ditangguhkan disebabkan
pandemik COVID 19.

5. FOKUS UTAMA MESYUARAT

5.1 GURU YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN SEJARAH TAHUN 2021 SKSB


MENGIKUT TAHUN
 Tahun 4 Bijak : Pn Seniyati Binti Mohd Diah
 Tahun 4 Bestari : Pn Seniyati Binti Mohd Diah.
 Tahun 5 Bijak : Pn Hjh Hariza Binti Abd Hamid
 Tahun 5 Bestari : Pn Hjh Seniyati Binti Md Diah
 Tahun 6 Bijak : Pn Marliana Binti Mohd Arif
 Tahun 6 Bestari : Pn Limah Binti Muda

Makluman: Semua Guru Mata pelajaran


5.2 PELANTIKAN AJK PANITIA SEJARAH BAGI SESI 2021
5.2.1 Pengerusi membentangkan Senarai Jawatankuasa Panitia Sejarah Tahun
2021 SKSB dan mohon ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap
pembentangan seterusnya memberi maklum balas terhadap pelantikan
yang dibuat.
5.2.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan pelantikan yang dibuat seperti
mana yang dipaparkan dalam senarai Jawatankuasa.

Ketua Panitia : Pn Limah binti Muda


Penolong K. Panitia : Pn Marliana binti mohd Arif
Setiausaha : Pn Hjh Seniyati Binti Md Diah
AJK : Pn Hjh Hariza Binti Abd Hamid

Makluman: Semua Guru Mata pelajaran

5.3 Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang – TUMS
3.1.2.1

5.3.1 Memperoleh Dokumen Kurikulum – DSKP


5.3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa DSKP Penjajaran Kurikulum Sejarah
telah dikumpulkan dalam bentuk softcopy. Guru-guru boleh mencetak
dokumen tersebut.
5.3.1.2 Pada tahun ini, DSKP Penjajaran kurikulum digunakan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan pembelajaran
murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan.
5.3.1.3 Kurikulum yang dijajarkan ini merupakan kurikulum sedia ada yang
disusun semula berdasarkan DSKP KSSR serta ditambah baik daripada
dokumen penjajaran sebelumnya.
5.3.1.4 DSKP tahun 4 dan 5 menggunakan DSKP Semakan 2017. Sejarah tahun 5
semakan tahun 2020.
5.3.1.5 DSKP boleh disediakan dengan menggunakan QR Code atau dicetak.

Makluman: Semua Guru Mata pelajaran

5.3.2 Menyelaras Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

5.3.2.1 Semua guru Sejarah perlu menyediakan Rancangan Pengajaran


Tahunan dan perlu mengajar mengikut kemahiran yang terdapat dalam
Rancangan Pengajaran Tahunan dan berpandukan DSKP Penjajaran
Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.
5.3.2.2 Berdasarkan keputusan Mesyuarat Bidang kurikulum Bil.1/2021 SKSB
yang menetapkan minggu pembelajaran adalah sebanyak 38 minggu
tidak termasuk minggu peperiksaan dan cuti persekolahan.
5.3.2.3 Semua guru perlu memastikan RPT boleh ditunjukkan apabila diminta.
Pada halaman rancangan tahunan di dalam Fail Persediaan Mengajar
boleh ditulis “Rancangan Pengajaran Tahunan telah disediakan dan
boleh ditunjukkan pada bila-bila masa”.
5.3.2.4 RPT juga boleh disediakan dengan menggunakan QR Code atau dicetak
dan difailkan.
5.3.2.5 RPT dan RPH yang telah lengkap perlu dihantar untuk semakan pada 31
Januari 2021.

Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran

5.3.3 Menyelaras Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

5.3.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa RPH disediakan perlu mematuhi


Tahap kualiti (TK – 3.1.2.1) seperti berikut:
i. dengan mematuhi ketetapan kurikulum/ arahan yang berkuat
kuasa
ii. berdasarkan keperluan (murid/topik/ peristiwa)/ kesesuaian
pelaksanaan kurikulum
iii. secara menyeluruh meliputi semua tahap/ tingkatan/murid.
5.3.3.2 RPH perlu dihantar kepada pentadbir pada 31 Januari 2021 (diselaraskan
semua panitia menggunakan Fail untuk Rekod Persediaan Mengajar
bukan Buku Persediaan Mengajar)
5.3.3.3 Bermula 20 Januari 2020, semua guru akan menggunakan Jadual Waktu
Semasa PDPR Pertama disebabkan penularan jangkitan COVUD 19 (PKP).
5.3.3.4 Format RPH semasa PDPR mengikut contoh yang telah dinyatakan.
5.3.3.5 Format RPH berdasarkan PAK21 PBD Smart Kualiti dalam usaha untuk
menyelaras RPH dan memenuhi tuntutan Naratif Baharu – Perubahan
Pedagogi.
5.3.3.6 Panitia memutuskan untuk menggunakan RPH PAK21 yang lama .
5.3.3.7 Minggu/ Hari/Tarikh/Kelas/Masa/mata pelajaran/ Tema/ Tajuk/
Standard Kandungan/ Standard Pembelajaran/Kemahiran dan objektif
ditulis dengan terang dan jelas. Jangan tinggalkan ruang kosong di
dalam RPH.
5.3.3.8 Aktiviti pdpc hendaklah ditulis dengan jelas dan mudah. Jangan terlalu
ringkas.
5.3.3.9 Perlu ada aktiviti PAK21, nilai EMK, KB, BCB dan BBM.
5.3.3.10 Penilaian/Pentaksiran mengikut DSKP yang telah ditetapkan.
5.3.3.11 Refleksi/Impak perlu ditulis selepas Pdpc.

Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran

5.3.4 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) offline.

5.3.4.1 Semua guru sejarah harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-
murid KSSR dari Tahun 4 hingga 6 secara offline pada bulan April dan
Oktober.
5.3.4.2 Penilaian Bilik Darjah (PBD) harus dilaksanakan sepertimana yang
dirancang secara profesional dengan menjadikan Buku Pentaksiran Bilik
Darjah sebagai panduan.
5.3.4.3 Guru juga perlu mencetak Rekod Perkembangan Murid dan perlu
ditampal pada bahagian belakang Buku Rekod Mengajar.
5.3.4.4 Semua guru perlu membuat pentaksiran semua murid dengan
merekodkan dalam templat penjajaran PBD dari semasa ke semasa.
5.3.4.5 Tiada peperiksaan sejarah pada tahun 2021. Penilaian dibuat
berterusan semasa pdpc .
Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran
5.3.5 Menganalisis data dan maklumat pentaksiran serta mengambil tindakan
susulan.

5.3.5.1 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2020 SKSB

GRED
BIL. ULASAN
% % ISU/PUNCA/ PLAN INTERVENSI/
KELAS MURID A B C D E
LULUS GAGAL AMALAN BAIK

Semua murid menunjukkan minat yang


TAHUN 4 35 6 6 15 6 94 2 6
tinggi dalam matapelajaran sejarah

Semua murid menunjukkan minat yang


TAHUN 5 31 7 7 10 4 90 3 10 tinggi dalam matapelajaran sejarah

Semua murid menunjukkan minat yang


TAHUN 6 30 3 12 11 2 100 0 0
tinggi dalam matapelajaran sejarah

5.3.5.2 Analisis dan Post Morterm PBD PSV Akhir Tahun 2020 SKSB

TAHAP PENGUASAAN

PERATUS
KELAS JUMLAH PERATUS
TIDAK
MURID TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 MENGUASAI
MENGUASAI
(TP 3 – TP 6)
(TP 1 – TP 2)

4 BIJAK 18 0 0 0 1 7 8 2 100

4 BESTARI 17 0 0 0 1 4 8 4 100

5 BIJAK 15 0 0 0 0 4 7 4 100

5 BESTARI 16 0 0 0 2 3 4 7 100

6 BIJAK 18 0 0 0 0 0 13 5 100

6 BESTARI 13 0 0 0 0 10 3 0 100

4.3.5.2 Analisis dan Post Moterm Data Pencerapan Guru PSV untuk
Standard 4 SKPMg2 Tahun 2020 SKSB

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6


(Perancang) (Pegawal) (Pembimbing) (Pendorong) (Penilai)
NAMA KELAS
SKOR
GURU TAHUN
4.1.1 4.2.1 4.2.2 4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1
(10) (10) (5) (15) (25) (5) (10) (20)

PN. HJH 4 Bijak 10 9.38 4.77 13.88 22.23 4.77 9.25 18.39 92.77
SENIYATI 4 Bestari 10 9.38 4.77 13.88 22.33 4.77 9.25 18.39 92.77

PN HJH
SENIYATI 5 Bijak 10 9.38 4.77 13.88 22.23 4.77 9.25 18.39 92.77

PN HJH
HARIZA 5 Bestari 9.38 10.00 4.53 13.88 23.64 5.00 9.25. 18.39 94.07

MARLIANA
6 Bijak 10 9.38 4.53 14.44 21.67 5.00 9.25 17.86 92.13

LIMAH
6 Bestari 9.38 9.38 4.53 13.88 22.33 4.53 8.88 17.86 90.77

Rumusan : Berdasarkan analisis dan post mortem keputusan peperiksaan akhir tahun 2020, analisis
PBD dan analisis data pencerapan guru Sejarah menunjukkan mata pelajaran Sejarah telah mencapai
target yang ditetapkan.

5.3.6 Dokumen Rujukan

5.3.6.1 Dokumen SKPMg2 (3.1.1.1) Pelaksanaan kurikulum diurus secara


sistematik. Hendaklah menjadi rujukan dalam soal menyediakan minit
mesyuarat.
5.3.6.2 Panitia harus merujuk dokumen-dokumen berkaitan dalam soal
mengurus panitia iaitu Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1993, SPI Bil 4/1999, skpmg2. 3.1.2.1 di bawah tajuk “Keperluan
Pelaksanaan matapelajaran diurus secara sistematik.
5.3.6.3 Panitia perlu menyediakan laporan program serta gambar sebagai
evidens.

Makluman: Semua Guru Mata pelajaran

5.3.7 Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti

5.3.7.1 Semua guru Sejarah perlu menghantar Fail Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran kepada pentadbir mengikut ketetapan tarikh pada setiap
minggu setiap hari Khamis.
5.3.7.2 Dalam masa yang sama, semua guru Sejarah diminta merujuk jadual
pencerapan dan penyeliaan yang telah diberikan serta berhubung
dengan pencerap-pencerap lebih awal dan membuat persediaan yang
sepatutnya.
5.3.7.3 Guru-guru juga diminta supaya melengkapkan borang biodata diri dan
menghantarnya kepada setiausaha sebelum 30 Januari 2021 supaya
dapat dimasukkan dalam fail panitia.

Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran

5.4 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.


-TUMS 3.1.2.2

5.4.1 Pengerusi memaklumkan berdasarkan pada data-data analisis pada 4.3.5.1 –


4.3.5.3, semua ahli perlu menganalisis data tersebut untuk melihat isu bagi
merancang program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan
pelajaran demi meningkat kualiti guru. Mesyuarat sebulat suara merancang
program di bawah bertdasarkan ketetapan berikut:
i. dengan berfokus kepada keperluan guru/ panitia.
ii. dengan mengambil kira perkembangan pendidikan semasa/ secara
objektif
iii. secara berterusan/berkala (sekurang-kurangnya empat (4) program
setahun).

5.4.2 Berdasarkan ketetapan di atas, panitia merancang program di bawah:

5.4.2.1 Program PLC PBD


 Aktiviti Profesional Guru
 Akan diadakan pada bulan Oktober 2021

5.4.2.2 Bengkel Penggunaan DELIMA dalam PDPR


 Aktiviti Profesinalisme Guru
 Diadakan pada bulan Januari 2021

5.4.2.3 Bengkel PrograM CPD Penggunaan Quizziz dalam PDPR


 Aktiviti Profesinalisme Guru
 Akan diadakan pada bulan Januari 2021
5.4.2.4 Program PLC SISC+
 Aktiviti Profesinalisme Guru
 Perkongsian amalan baik

5.4.3 Pengerusi memaklumkan berdasarkan ketetapan program panitia yang


dirancang, semua ahli perlu melaksanakan program dan menilai
keberkesanan atau impaknya. Pelaksanaan program yang dirancang di
dalam pelan operasi harus dinilai untuk melihat keberkesanannya.
Tindakan susulan dan cadangan penambahbaiikan perlu dilaksanakan untuk
mendapat amalan baik.

5.5 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang
- TUMS 3.1.2.3

5.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan dan PBD tahun


2020 mencapai sasaran. Justeru, beberapa program guru dan murid telah
dirancang melalui perancangan strategik telah dirancang. Semua program
yang dirancang dan yang akan dilaksanakan adalah seperti ketetapan di
bawah.
5.5.2 Merancang program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan
kemahiran:
i. dengan berfokus kepada isu pembelajaran/ keperluan murid.
ii. dengan mengambil kira tahap keupayaan/ potensi
iii. secara menyeluruh/melibatkan murid di semua tahun/tingkatan
iv. secara berterusan/berkala.
5.5.3 Berdasarkan ketetapan di atas, panitia merancang program-program di
bawah:

i. Kuiz semasa mengikut topik pembelajaran


 Akan diadakan diakhir sesi pembelajaran.
ii. Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna Kemerdekaan
 Kerjasama dengan Panitia PSV
 Akan diadakan pada bulan Ogos 2021
iii. Bengkel galeri sejarah
 Akan diadakan pada bulan Ogos hingga September 2021
iv. Pertandingan permainan Tradisional
 Akan diadakan pada Oktober 2021
Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran

5.6 BANTUAN GERAN PERKAPITA MATA PELAJARAN DIMANFAATKAN SECARA


SITEMATIK DAN TERANCANG – TUMS 3.1.2.4

5.6.1 Merancang perbelanjaan - ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM).


Pengerusi mengumumkan bahawa pada tahun 2021 panitia menerima geran
perkapita sebanyak RM560.00 Geran perkapita untuk tahun 2020 berbaki
RM 676.40. Beliau mengingatkan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM)
perlu disediakan dengan merancang perbelanjaan, melaksanakan
perbelanjaan, memanfaatkan sumber pendidikan dan merekodkan
penerimaan dan penggunaan sumber pendidikan dengan mematuhi perkara
di bawah
i. Mengikut prosedur yang ditetapkan
ii. Mengikut keperluan / kesesuaian
iii. Secara menyeuruh / optimum
iv. Secara berkala / berterusan
5.6.2 Guru-guru Sejarah diminta menyenaraikan peralatan dan catatkan di
borang PK11 (SPSK) atau Isi borang Nota Minta untuk membuat pesanan.
5.6.3 Panitia diminta mengurus dan merancang perbelanjaan untuk tahun 2021
berdasarkan jumlah peruntukan yang ada.
5.6.4 Jumlah peruntukan Sejarah bagi Tahun 2021 ialah RM 560.00 .
5.6.5 Bajet peruntukan bagi Tahun 2021 adalah seperti dalam Lampiran. (Rujuk
lampiran 1)
5.6.6 Semua AJK menyokong pembentangan ABM dan diterima sebulat suara dan
menyatakan bahawa semua ABM akan mengikut prosedur, kaedah, LO dan
menyediakan Nota Minta.
5.6.7 Prosedur/ Kaedah/LO/Nota Minta serta surat kuasa SPI KPM Bil.5/2002.
Ketua Panitia akan menyiapkan nota minta dengan merujuk SPI KPM. SPI Bil.
5 /2012 : Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan PCG.
5.6.8 Rujukan panitia ialah, skpmg2 3.1.2.4 Bantuan PCG mata pelajaran
dimanfaatkan secara optimum mengikut SPI Bil 8/2012, garis panduan
pengurusan kewangan peruntukan PCG.

Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran

5.7 BAHAN BANTU MENGAJAR


5.7.1 Pinjaman Bahan Bantu Mengajar, guru perlu buat catatan pada Buku Rekod
Penggunaan dan Penerimaan Sejarah .
5.7.2 Guru boleh dapatkan bahan-bahan dan peralatan dalam Bilik ABM.
5.7.3 Susun semula peralatan di tempat yang telah dilabelkan.
5.7.4 Guru boleh menyenaraikan bahan-bahan bantu mengajar yang diperlukan
seperti buku rujukan dan peralatan yang bersesuaian untuk dibuat pesanan.
Makluman: Semua Guru Matapelajaran

5.8 PENCERAPAN DAN PENYELIAAN


5.8.1 Pencerapan dan penyeliaan ialah mengikut jadual dalam Buku Pengurusan
sekolah
5.8.2 SK Seri Bandan akan terus melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
seperti berikut:
a. Pentaksiran Bilik Darjah atau lebih dikenali sebagai PBD telah diperkenalkan
sejak tahun 2011 di sekolah rendah.
b. Mulai tahun 2019, PBD akan diperkukuhkan kepada murid tahap satu yang
berfokuskan kepada pembelajaran murid.
c. Kaedah pembelajaran adalah secara didik hibur (fun learning) dan (student
centered (PAK21).
5.8.3 Kemahiran asas tahap satu yang perlu dibina dan diperkukuh adalah
sebelum mereka melalui proses pembelajaran seterusnya (tahap dua)
5.8.4 SKPMg2 : 3.1.2.1 : Keperluan pelaksanaan MP diurus secara sistematik
(menyelaras pentaksiran dan analisis data maklumat peperiksaan)
5.8.5 Empat komponen pentaksiran murid iaitu PP ( Pentaksiran Pusat), PAJSK
(Pendidikan Jasmani dan Kesihatan), Psikometrik dan PBD ( Pentaksiran Bilik
Darjah)
Makluman: Semua Guru Mata pelajaran

5.9 PENCERAPAN LATIHAN DAN PENYELIAAN


5.9.1 Pencerapan buku latihan dan hasil kerja murid perlu dijalankan mengikut
jadual di Buku Pengurusan Sekolah.
5.9.2 Beliau menyentuh SPI 3 /1987, penyeliaan PDP sebagai asas kepada
pencerapan latihan dan hasil kerja murid.
5.9.3 Untuk itu, semua pihak yang terlibat harus menentukan piawaian latihan
dan hasil kerja murid, menentukan kekerapan bentuk standard latihan,
menyeragamkan standard semakan guru, memberi penghargaan, bimbingan
dan ulasan untuk setiap hasil keja yang disemak.
5.9.4 SKPMg2 3.1.2.1 : Keperluan pelaksanaan mata pelajaran diurus secara
sistematik (menyelaras tugasan atau latihan murid) merupakan panduan
tahap untuk mencapai tahap standard yang diharapkan.

Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran

6. HAL HAL LAIN


6.1 Manual atau panduan SKPMg2 dan surat pekeliling KPM 600-1/5/5Jld. 2 (30) akan
diperbanyakkan untuk diedarkan kepada semua guru.
6.2 Pengerusi berharap agar perolehan aset akan dikemas kini oleh panitia.
6.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Ketua Panitia sebagai pegawai
penerima aset dan pegawai yang menguruskan stok.
6.4 Semua ahli mesyuarat memberikan perhatian akan saranan pengerusi dan akan
memberikan komitmen bagi menjayakannya.

Makluman: Semua Guru Matapelajaran


7. PENUTUP
7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Disediakan oleh,

HJH SENIYATI BINTI MD DIAH.


Setiausaha
Panitia Sejarah,
SK Seri Bandan.

Tarikh : 27 JANUARI 2021


REKOD EDARAN
MESYUARAT PANITIA SEJARAH
BIL 1/ 2021
SK. SERI BANDAN

Nama Dokumen : 01. Surat kuasa seperti SPI KPM 600-1/5/5 Jld. 2
02. Salinan DSKP, RPT serta format RPH bagi tahun 2020
03. Headcount mata pelajaran Sejarahbagi tahun 2020
04. Rancangan Tahunan Panitia Sejarah
05. Carta Organisasi Jawatankuasa Panatia sejarah Tahun 2020
SKSB
06. Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Bil.1/2020 SK Seri Bandan
Tarikh Edaran Dibuat : 27 JANUARI 2021

Bil Nama Guru Tanda tangan Catatan


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Disediakan oleh,

..........................................
(HJH SENIYATI BINTI MOHD DIAH )
Setiausaha,
Panitia Sejarah
SK Seri Bandan.
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA TAHUN 2021
SKSB

Tarikh : 18 JANUARI 2021

Tempat : LOKASI MASING-MASING (GOOGLE MEET)

MUKA
PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT

5.3.1 DSKP Selesai Telah dibuat

5.3.2 Rancangan Tahunan Selesai Telah dibuat

5.3.3 Rancangan Pengajaran Selesai Ditulis mengikut format yang telah


Harian ditetapkan.(Pdpr)

5.3.4 Pelaksanaan Pentaksiran Belum Penilaian akan dibuat pada bulan


Berasaskan Sekolah (PBS) selesai April dan Oktober
offline.

5.4.1 Anggaran belanjawan Belum Nota minta akan diserahkan


mengurus selesai kepada kerani.

5.6.3 Program tahunan Panitia Belum Program belum dilaksanakan


Sejarah selesai
PK11/1

ANGGARAN BELANJA MENGURUS


TAHUN 2021
SK. SERI BANDAN

MATA PELAJARAN : SEJARAH


ANGGARAN PERUNTUKAN : RM 1236.40

ANGGARAN
BIL PERKARA CATATAN
PERBELANJAAN
(RM)
1 PROGRAM- PROGRAM PANITIA 300.00

2 PROJEK GALERI ( lesung , gasing , batu 300.00

3 giling , tudung saji ,bakul rotan ) 200.00

4 CARTA TAHUN 5 ( TOPIK 1 - 6 ) 300.00

ALAT PERMAINAN TRADISIONAL

( CONGKAK, DAM ,SAHIBA DAN

CATUR )

1100.00
JUMLAH

Jumlah anggaran perbelanjaan ialah : Ringgit Malaysia Seribu seratus sahaja.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………................. ....................................................... ...............................................


.........
(LIMAH BT MUDA )
Ketua Panitia Sejarah
SK Seri Bandan
PK11/2

NOTA MINTA
Rujukan : .............................................

Tarikh 15.07.201803.09.2018
: ...................................

Kepada : Pengetua/Guru Besar


SK SERI BANDAN BATU PAHAT JOHOR
..........................................................................................................................

Daripada : LIMAH BINTIB MUDA (KETUA PANITIA SEJARAH SK SERI BANDAN)


..................................................................................................................................................
....

2021
Permohonan Mendapatkan Bekalan Peralatan Bagi Tahun ..................................

Berhubung dengan perkara tersebut di atas, diharap dapat tuan meluluskan permohonan mendapatkan
bekalan seperti berikut :-

Harga / Anggaran Catatan oleh


Tarikh
Bil Perihal barang Kuantiti unit Harga Pengetua/
Diperlukan
(RM) (RM) Guru Besar
1 Carta tahun 5 1 200.00

3. Congkak 3 40.00 120.00

4. Shahiba 2 40.00 80.00

5. Catur 3 50.00 150.00

6. Hadiah Program Panitia 300.00

7. Barang Pameran galeri 300.00


Peruntukan : .............................................................

SEJARAH
Subsisiari matapelajaran : ............................................

Baki peruntukan semasa : .............................................

Sekian, terima kasih

Yang Benar, Permohonan di atas


Diluluskan/Tidak Diluluskan

................................................. ................................................
(LIMAH BINTI MUDA ) ( )
KETUA PANITIA SEJARAH
SK SERI BANDAN BATU PAHAT

You might also like