Minit Mesy Hem Bil 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

HAL EHWAL MURID BIL. 2 / 2023/2024


SEKOLAH KEBANGSAAN LONG ATON
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 23 Mei 2023
Tempat : Dewan Lepo Leju, SK Long Aton
Masa : 3 petang
Pengerusi : En. Romi Yeo

KEHADIRAN:
1. Encik Eddy anak Guyang 2. Encik Robert Ding Belulok
Guru Besar Penolong Kanan Pentadbiran

3. En. Romi Yeo 4. En. Lawrence Kho Ah Hock


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum

5. En. Hazli bin Ghazali 6. En. Muhd Suffian bin Anuar


Guru Prasekolah Guru Akademik Biasa

7. Pn. Rozy anak Alip 8. En. Petrus anak Mini


Guru Pemulihan Guru Akademik Biasa

9. Pn. Dadyana Dominic Kajan 10. Cik Aifung anak Acung


Guru Akademik Biasa Guru Akademik Biasa

11. En. Mervin Gelau anak Desmond 12. En. Almon Bantin anak John
Guru Akademik Biasa Guru Akademik Biasa

13. En. Denon Lim 14. En. Mohd Ar Azhman bin Ajak
Guru Akademik Biasa Guru Akademik Biasa

15. Pn. Pauline Ubong Ngau 16. Pn. Noriatie Mija Azman Thomas
Pembantu Tadbir Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

17. Pn. Diana Telun Laeng 18. En. Willie Ngering


Penyelia Asrama Pembantu Pengurusan Murid Asrama

19. En. Awang Mohamad 20. En. Dannlie Anyi Jau


Pembantu Pengurusan Murid Asrama Pembantu Pengurusan Murid Asrama

21. En. Hazri bin Mohamad 22. Pn. Lornah @ Celora bt Lasius
Pembantu Operasi Pejabat Pembantu Operasi Asrama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil. 2 / 2023/2024
Sekolah Kebangsaan Long Aton, Baram
1
23. En. Alistair Abban anak Cherry
Pembantu Operasi Asrama

TIDAK HADIR

TIADA

AGENDA MESYUARAT:

1. KATA ALU-ALUAN GURU BESAR


2. PEMBACAAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4. JAWATANKUASA INDUK HEM
5. APDM
6. SSDM
7. PROFESIONALISME DAN ETIKA
8. HAL-HAL LAIN

1.0 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR


1.1 Guru besar, En. Eddy Guyang mengalu-alukan kedatangan semua guru dan AKP dan
mengucapkan tahniah atas pelaksanaan mesyuarat HEM. Beliau turut menzahirkan rasa
bertuah mendapat penolong kanan HEM hakiki dari sekolah yang besar dengan pelbagai
pengalaman.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat HEM Bil. 1 / 2023/2024 bertarikh 3 April 2023 dicadang untuk disahkan oleh En. Muhd
Suffian bin Anuar dan disokong oleh En. Almon Bantin anak John.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Rumusan Maklumbalas Minit Mesyuarat HEM Bil. 1/ 2023/2024 dibentangkan oleh setiausaha HEM iaitu
Pn. Dadyana.

3.1 (5.2) En. Muhd Suffian memohon kepastian mengenai Kem Kepimpinan yang mana beliau
pernah cadangkan agar disekalikan dengan perkhemahan memandangkan perkhemahan
Unit Beruniform tidak dapat dilaksanakan. En. Romi menetapkan agar kem ini dikendalikan
oleh Guru Penyelaras Pengawas iaitu En. Mohd Ar Azhman dan jika keadaan mengizinkan
cadangan perkhemahan akan dilaksanakan.
Tindakan : Guru Penyelaras Pengawas
3.2 (6.1) En. Almon membangkit isu berkaitan status murid Tahun 5, Geffarin yang masih ada
dalam APDM. En. Romi memaklumkan akan berhubung dengan pihak yang berkaitan untuk

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil. 2 / 2023/2024
Sekolah Kebangsaan Long Aton, Baram
2
mendapat kepastian mengenai status murid berkenaan. Pn. Pauline memberi maklum balas
bahawa surat perpindahan murid berkenaan sudah dikeluarkan oleh pejabat.
Makluman

3.3 (6.5.2) En. Robert menjelaskan bahawa cek BAP Tahun 1 yang belum ditunaikan tersebut
ialah BAP Fasa 2. BAP Fasa 1 telah selesai dan memohon agar SU HEM untuk
memperbetulkan kenyataan tersebut.
Tindakan: SU HEM

3.4 (6.1.4) En. Romi mendapatkan maklum balas daripada Ketua Warden, En. Mervin mengenai
tarikh bagi program-program asrama. En. Mervin memaklumkan bahawa beliau sudah
menyenarai tarikh program tersebut.
Tindakan: Ketua Warden

3.5 (6.1.5) En. Romi mencadangkan agar warden asrama dapat merancang dan menjalankan
program-program asrama agar murid asrama yang tinggal di sulap dapat kembali tinggal di
asrama. Guru kelas dan PPM Asrama turut memainkan peranan untuk menarik minat murid
asrama untuk tinggal di asrama.
Makluman

3.6 (7.1) En. Romi menerangkan bahawa kemenjadian murid asrama menjadi peranan semua
guru dan AKP. Ini bermakna guru dan AKP yang tidak terlibat secara langsung di asrama
boleh membimbing murid di asrama khasnya dalam akademik.
Makluman
3.7 (7.3) En. Romi menerangkan isu kekurangan fasiliti di asrama seperti tilam tidak sepatutnya
dijadikan kekangan untuk murid tinggal di asrama. Murid digalakkan untuk membawa tilam
sendiri dari rumah. En. Romi meminta Pn. Diana untuk membuat kertas kerja untuk
mendapatkan tilam menggunakan BMA.
Tindakan: Penyelia Asrama

3.8 (7.8) En. Romi menjelaskan bahawa Buku Rekod Kesihatan murid akan diuruskan oleh pihak
kesihatan. Beliau turut bersetuju dengan kenyataan En. Robert mengenai makanan murid
asrama cuma boleh dicuba oleh warden asrama sebelum dimakan oleh murid.
Makluman

4.0 AGENDA MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Induk HEM

4.1.1 En. Romi menjelaskan bahawa tiada perubahan besar ke atas jawatankuasa
induk yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat HEM Bil. 1. Cuma perubahan yang
akan dilakukan ialah memasukkan nama En. Eddy selaku Guru Besar dan En.
Romi menggantikan PKHEM yang lepas. En. Romi turut menyentuh mengenai
Buku Pengurusan HEM yang mana dokumen tersebut boleh digunakan untuk
merujuk mengenai carta organisasi HEM yang lebih terperinci. Maklumat lanjut
mengenai pengurusan HEM boleh merujuk PKHEM.
Makluman

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil. 2 / 2023/2024
Sekolah Kebangsaan Long Aton, Baram
3
4.2 APDM

4.2.1 En. Romi memaklumkan bahawa Guru Data, En. Almon bertindak sebagai admin
APDM sekolah. En. Almon akan menyediakan ID dan password untuk semua peranan
dalam APDM.
Tindakan: Guru Data

4.2.2 APDM kelas merupakan peranan guru kelas sepenuhnya. Laporan kehadiran mesti
ditanda sebelum pukul 9 pagi kerana ada pemantau dari pihak JPNS dan PPD.
Laporan kehadiran offline hendaklah diserahkan kepada PKHEM setiap hari sama ada
ditulis atau dihantar melalui Telegram. Buku Kedatangan Murid (berwarna biru) tidak
perlu lagi digunakan. Rumusan kehadiran boleh dimuatturun dari APDM dan dicetak.
Tindakan: Guru Kelas

4.2.3 Guru kelas usahakan fail peribadi setiap murid dan disimpan semua maklumat atau
dokumen murid yang berkaitan.
Tindakan: Guru Kelas

4.2.4 Borang PB1 dan PB2 perlu diisi oleh ibu bapa atau penjaga. Borang PB2 digunakan
oleh ibu bapa atau penjaga yang tidak mempunyai slip gaji dan perlu mendapatkan
pengesahan oleh ketua kampung. Guru kelas berperanan untuk mengemaskini data
murid berdasarkan maklumat murid yang diberi dalam borang berkenaan. Bantuan
disalurkan kepada murid berdasarkan maklumat dari APDM. Kecuaian guru kelas
dalam mengemaskini maklumat murid yang layak mendapatkan bantuan boleh
mengakibatkan guru kelas diambil tindakan dengan memberi surat tunjuk sebab. Pn.
Dadyana bertanya mengenai kekerapan mengisi Borang PB1 dan PB2. En. Romi
memberi maklum balas bahawa borang tersebut perlu diisi pada awal tahun.
Tindakan: Guru Kelas

4.2.5 En. Almon memaklumkan enrolmen semasa dalam APDM ialah 92 orang (41 lelaki, 51
perempuan). Murid asrama yang didaftar ialah 87 orang. 5 orang murid pula ialah murid
harian. En. Romi meminta Pn. Diana untuk menyenaraikan nama murid-murid asrama
dengan kategori jantina dan bangsa/kaum.
Tindakan: Penyelia Asrama

4.2.6 En. Eddy mengingatkan agar memastikan data yang didaftar adalah sah betul kerana
ini boleh dipersoalkan oleh pegawai yang datang melawat. Penyelia Asrama dan PPM
diminta untuk mengenalpasti murid berstatus asrama tetapi tinggal di luar dan murid
berstatus asrama dan tinggal di asrama. En. Eddy menyasarkan murid asrama yang
tinggal di luar untuk kembali semula ke asrama. Guru data, guru kelas dan penyelia
asrama perlu memperincikan data murid berdasarkan jantina, kaum/bangsa dan
kampung.
Tindakan: Guru Data, Guru Kelas dan Penyelia Asrama
4.2.7 En. Robert memaklumkan bahawa kaum Penan dan Punan adalah 2 etnik yang
berbeza. Kaum Punan merupakan salah satu etnik Orang Ulu dan bukan salah satu
daripada etnik Penan.
Makluman
4.3 SSDM

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil. 2 / 2023/2024
Sekolah Kebangsaan Long Aton, Baram
4
4.3.1 En. Romi memaklumkan bahawa Pn. Rozy ialah Guru Penyelaras SSDM. Pn
Rozy
diminta untuk menyediakan ID dan password semua guru dan AKP dalam SSDM.
Semua staf berperanan untuk mengisi maklumat sahsiah murid dalam SSDM.
Tindakan: Guru Penyelaras SSDM

4.3.2 Jika ada sahsiah atau tingkahlaku murid yang baik, staf digalakkan untuk mengisi
dalam SSDM. Manakala jika ada salahlaku murid, perlulah dirujuk kepada Unit
Disiplin (Borang Salahlaku Murid) dan diselesaikan oleh Unit Disiplin. Pengisian
SSDM diselia oleh Pn Rozy.
Makluman

4.3.3
En. Romi akan memuat naik borang berkaitan salahlaku murid dan surat amaran
ketidakhadiran murid dalam Telegram untuk rujukan guru kelas. Tindakan disiplin
perlulah melalui SSDM.
Tindakan: Guru Kelas
4.4 PROFESIONALISME DAN ETIKA

4.4.1 En. Romi mengingatkan guru dan AKP mestilah mempunyai nilai profesionalisme
dan etika yang baik dalam menjalankan tugas. Selain itu, beliau turut
mengingatkan semua agar mempunyai kepantasan bertindak, emosi yang
matang, yakin dan kerja berpasukan.
Makluman

4.4.2 Warden asrama pula diingatkan agar mempunyai keupayaan membuat keputusan
yang tetap untuk melaksanakan peraturan. Keputusan yang dibuat hendaklah
berdasarkan arahan yang diperturunkan.
Tindakan: Warden Asrama

4.4.3 En. Romi menasihiti semua agar melaksanakan tugas-tugas dengan baik kerana
perlunya ada nilai kepatuhan arahan.
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 En. Lawrence memaklumkan bahawa design baju sukan staf akan sama dengan design baju
murid. Staf diminta untuk membayar harga baju kepada En. Lawrence.
Makluman

5.2 En. Robert menzahirkan rasa berterima kasih kepada En. Petrus yang telah menjalankan tugas
PKHEM secara dalaman dan mempengerusikan mesyuarat HEM Bilangan 1 selepas
perpindahan En. Michael.
Makluman

5.3 En. Robert memohon maaf atas kelewatan ke mesyuarat kerana berjumpa dengan kontraktor
projek koridor berbumbung. Projek tersebut merupakan projek untuk kampung tetapi turut
memberikan manfaat kepada sekolah memandangkan sekolah berada di tengah kampung.
Beliau turut memaklumkan bahawa projek dewan berbumbung masih tertangguh di bahagian
Land and Survey. Tiada keputusan muktamad setakat ini. En. Robert memohon kepada guru-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil. 2 / 2023/2024
Sekolah Kebangsaan Long Aton, Baram
5
guru kelas untuk membalut buku teks murid, membekalkan alat tulis murid dan sudut-sudut
dalam kelas dikemaskini.
Makluman
Tindakan: Guru Kelas

5.4 En. Eddy menerangkan amalan mesyuarat yang boleh dijadikan amalan semua. Setiap
mesyuarat mempunyai minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat. Keputusan mesyuarat perlu
dicatat dalam borang maklum balas mesyuarat dan maklum balas tersebut hendaklah
diserahkan kepada pencatat minit mesyuarat dalam tempoh 14 hari bekerja. Mesyuarat Staf
akan dilaksanakan selepas cuti Gawai.
Makluman

5.5 En. Romi mengucapkan terima kasih kepada En. Petrus kerana telah menjalankan tugas
PKHEM. En. Romi terpaksa lewat melaporkan diri kerana perlu membantu urusan di sekolah
lama. Sistem fail HEM akan diwujudkan oleh En. Romi.
Makluman

5.6 En. Romi turut menyampaikan maklumat yang baharu diterima mengenai Kelab Pencegahan
Jenayah. Beliau akan berbincang dengan En. Lawrence lebih lanjut mengenai aktiviti tersebut.
Makluman

6.0 PENUTUP:
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:30 petang yang dicadang oleh En. Petrus dan disokong
oleh En. Muhd Suffian.

KAWALAN DOKUMEN

Disediakan oleh:
………………………………
( DADYANA DOMINIC KAJAN )
Setiausaha Hal Ehwal Murid
SK Long Aton
Tarikh:

Disahkan oleh:

…………………………………
( ENCIK EDDY ANAK GUYANG )
Guru Besar
SK Long Aton
Tarikh:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil. 2 / 2023/2024
Sekolah Kebangsaan Long Aton, Baram
6

You might also like