Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2019
2020
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

KOD / KURSUS DEA 4232 POWER ELECTRONIC AND DEVICE

KOMPETENSI DEFINE AC TO DC CONVERTER (RECTIFIER)

1. Explain the operation of single-phase AC to DC converter.


KOMPETENSI UNIT
2. Explain the principle operation of three-phase AC to DC converter.
Upon completion of the course, students will be able to:
1. Discuss power electronic semiconductor device and symbol (C2,PLO1)
HASIL PEMBELAJARAN 2. Construct operation, principle of power electronic converter.
(P3,PLO2)
3. Explain waveform of the power electronics converters. (A3,PLO5)
PERATUS
PENTAKSIRAN NOTA KULIAH
KESELURUHAN
TARIKH MASA

DEA 4232/K02/ EDISI MARKAH MARKAH


NO KOD PERATUS DIPEROLEH
JUN/2019 PENUH DIPEROLEH
MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: KEPUTUSAN PENILAIAN

KOMPETEN

_____________________________ _____________________________
(MUHAMMAD KHAIROL NIZAM BIN) (NAZRUL AIMI BIN YUSOF) BELUM
AHMAD ZULPAKARI KOMPETEN
TARIKH: TARIKH: (SILA TANDAKAN √ PADA RUANGAN YANG
DISEDIAKAN)
2.0 PENGENALAN

Satu litar penukar AU-AT menukarkan arus-ulangalik (AU) kepada arus-


terus (AT) atau lebih dikenali sebagai penerusan. Voltan dan kuasa keluaran
daripada litar penerus boleh dikawal dengan cara mengawal pensuisan peranti-
peranti separuh-pengalir di dalam litar tersebut. Litar penerus boleh dibahagikan
kepada 3 jenis iaitu; Penerus Tak Terkawal, Penerus Separuh Terkawal dan
Penerus Terkawal.

Di dalam unit ini, kita akan membincangkan ketiga-tiga jenis litar penerus
tersebut di dalam konteks litar satu fasa dan tiga fasa. Litar Penerus Tak Terkawal
hanya menggunakan diod sahaja manakala Penerus Terkawal menggunakan
tiristor sahaja. Perbezaan fungsinya ialah diod mengkonduksikan arus apabila
dipincang depan manakala tiristor yang dipincang depan boleh dikawal
pengkonduksiannya melalui picuan pada pintu. Penerus tak terkawal akan
membekalkan keluaran yang tetap untuk suatu masukan arus-ulangalik. Penerus
Separuh Terkawal menggunakan kombinasi diod dan tiristor. Kedua-dua Penerus
Terkawal dan Separuh Terkawal membenarkan pelarasan voltan keluaran dengan
pengawalan sudut picuan di mana tiristor tersebut akan dihidupkan.

2.1 LITAR SATU FASA

Di dalam litar penerus satu-fasa, masukannya ialah bekalan AU satu-fasa.


Litar yang menggunakan diod membekalkan voltan keluaran AT yang tetap
manakala litar yang menggunakan peranti pensuisan terkawal seperti tiristor
membekalkan voltan keluaran yang berubah.

2.1.1 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang Dengan Beban


Rintangan Tulin

Satu litar penerus tak terkawal separuh gelombang dengan beban


rintangan tulin adalah ditunjukkan dalam rajah 2.1 di bawah.voltan
masukan ialah gelombang sinus seperti yang ditunjukkan dalam rajah
2.1(b). Semasa separuh kitar positif, iaitu 0< t<, diod mengkonduksi dan
berkelakuan seperti satu suis tertutup (dengan beranggapan diod adalah
unggul) menyambungkan bekalan kepada beban (i.e. vo = v). Arus beban
ialah io = vo/R, dan disebabkan R adalah tetap, maka io dan vo mempunyai
gelombang yang sama [rujuk rajah 2.1(b)]. Pada masa separuh kitar negatif,
diod berkelakuan seperti satu suis terbuka dan tidak mengkonduksikan
sebarang arus.
Katakan v = 2 Vp sin  t. Nilai purata voltan beban ialah
1 
Vo = 2 v d( t)
0 o

1 
= 2  2 Vp sin  t d( t)
0
2 Vp
=  Volt

Rajah 2.1 : Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang


dengan beban tulin (a) Litar. (b) Gelombang.

2.1.2 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang Dengan Beban


Berinduktif

Satu litar penerus tak terkawal separuh gelombang dengan beban


rintangan berinduktif adalah ditunjukkan dalam rajah 2.2(a) di bawah dan
gelombang yang berkenaan di tunjukkan dalan rajah 2.2(b). Boleh
diperhatikan bahawa arus beban bukan sahaja mengalir semasa separuh
kitar positif voltan masukan tetapi juga mengalir pada sebahagian daripada
separuh kitar negatif voltan masukan. Ini adalah kerana beban beraruhan
menyimpan tenaga dan mengekalkan arus beban seterusnya berusaha
untuk mengatasi bekalan negatif dan mengekalkan diod dalam keadaan
pincang depan. Maka nilai purata arus dan voltan keluaran diberi oleh

1 
Io = 2 i d( t)
0

2 Vp
= 2R ( 1 – cos  )

 2 Vp
Vo = IoR = ( 1 – cos  )
2



Rajah 2.2 : Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang
dengan beban berinduktif (a) Litar. (b) Gelombang.
2.1.3 Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang Dengan Beban
Berinduktif dan Diod Beroda Bebas

Litar di dalam rajah 2.2 yang mengandungi beban berinduktif


dikatakan tidak mempunyai arus yang berterusan dan mengandungi riak
yang tinggi. Arus beban yang berterusan boleh dicapai dengan
menambahkan satu diod melintangi beban seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 2.3(a). Diod ini menghalang penyongsangan voltan pada beban
semasa separuh kitar negatif bekalan masukan. Apabila diod D1 berhenti
berkendali pada sifar volt, diod Df membekalkan laluan alternatif seperti
yang ditunjukkan oleh gelombang pada rajah 2.3(b). Nilai voltan keluaran
adalah separuh kitar positif daripada voltan masukan sinus. Nilai voltan
purata diberikan oleh:

2 Vp
Vo = 



Rajah 2.3 : Litar Penerus Tak Terkawal Separuh Gelombang dengan beban
berinduktif dan diod beroda bebas. (a) Litar. (b) Gelombang.
2.1.4 Litar Penerus Tak Terkawal Gelombang Penuh

Satu litar penerus tak terkawal gelombang penuh adalah


ditunjukkan dalam rajah 2.4(a) dan 2.4(b) di bawah dan gelombang yang
berkenaan di tunjukkan dalan rajah 2.4(c). Kedua-dua litar juga dikenali
sebagai Litar Penerus Gelombang Penuh jenis Tetimbang. Akan tetapi boleh
dilihat bahawa penggunaan dua diod hanya dibenarkan sekiranya satu
pengubah sadap tengah digunakan. Untuk mendapatkan voltan keluaran
yang sama nilainya, setiap gegelung sekunder untuk pengubah sadap tengah
mesti memiliki kadaran voltan ppgd (voltan purata punca ganda dua) sama
seperti pada satu gegelung sekunder pada pengubah di dalam rajah 2.4(a).
Nilai voltan purata yang dihasilkan ialah:

22 Vp
Vo = 



Rajah 2.4 : Litar Penerus Tak Terkawal Gelombang Penuh (a)Litar dengan empat
diod penerus (b) Litar dengan dua diod penerus (c) Gelombang
2.1.5 Litar Penerus Separuh Terkawal Gelombang Penuh

Satu litar penerus separuh terkawal boleh digunakan untuk


mengawal kelajuan untuk satu motor AT mengandungi kombinasi diod dan
tiristor. Satu litar penerus yang mengandungi kombinasi dua tiristor dan
tiga diod ditunjukkan dalam rajah 2.5(a). Tiristor S1 dan S2 dipicu pada 
dan  + a, masing-masing, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.5(b).
Beban motor adalah disambungkan kepada bekalan masukan pada selang 
<  t <  menerusi S1 dan D2, dan voltan keluaran vo adalah sama dengan
bekalan masukan v. Selepas , vo berkecenderungan untuk menyongsang
disebabkan pertukaran polariti bekalan. Apabila vo berkecenderungan untuk
menyongsang, diod DFW (diod beroda bebas) menjadi pincang depan dan
mengkonduksi. Arus keluaran io, yang mengalir daripada bekalan menerusi
S1 dipindahkan kepada DFW. Terminal keluaran dilitar-pintaskan menerusi
diod beroda bebas pada selang  <  t < ( + ), menyebabkan vo = 0.

Pada  t =  + , S2 dipicu dan ia mengambil alih arus beban Io


daripada DFW. Arus beban sekarang mengalir menerusi S2 dan D1,
menyebabkan vo = - v. Pada  t = 2, DFW menjadi pincang depan semula
dan mengambil alih arus beban daripada S2. Proses tersebut berulang-
ulang. Gelombang untuk voltan dan arus keluaran juga ditunjukkan dalam
rajah 2.5(b).
Rajah 2.5 : Litar Penerus Separuh Terkawal Gelombang Penuh
dengan beban motor. (a) Litar. (b) Gelombang.
2.1.6 Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban
rintangan tulin

Satu litar penerus terkawal yang mengandungi hanya satu tiristor


dan satu beban rintangan tulin ditunjukkan dalam rajah 2.6(a). Tiristor
dipincang depan semasa selang 0 <  t < , 2 <  t < 3, dan seterusnya.
Satu denyut picuan dibekalkan pada sudut  seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 2.6(b). Sudut ini dikenali sebagai sudut picuan untuk tiristor.
Arus untuk tiristor menjadi sifar pada  t = , 3, dan seterusnya dan
tiristor mengkonduksi daripada  sehingga , 2+ sehingga 3, dan
seterusnya. Pada selang masa di mana tiristor mengkonduksi, voltan beban
adalah sama dengan voltan bekalan, vo = v. Nilai purata voltan beban ialah
1 
Vo = 2 2 Vp sin  t d( t)

Vp
= ( 1 + cos  )
2 


Rajah 2.6 : Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban
rintangan tulin (a) Litar. (b) Gelombang.
Sudut picuan  boleh diubah daripada sifar sehingga , yang mana
ia akan mengubah voltan keluaran. Perhatikan bahawa pada masa  = 0, Vo
= 2 Vp/, di mana ia adalah sama dengan voltan keluaran yang diperolehi
daripada litar penerus tak terkawal separuh gelombang yang menggunakan
satu diod sahaja. Ini bermakna sekiranya tiristor dipicu pada  = 0, maka
litar penerus ini berkelakuan seperti satu litar penerus yang menggunakan
diod sahaja. Maka ini menjadi satu rujukan kepada sudut picuan untuk
mendapatkan voltan keluaran yang paling tinggi.

2.1.7 Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban


berinduktif

Kebanyakan beban yang praktikal mempunyai rintangan (R) dan


aruhan (L). Sebagai contoh satu angker untuk beban motor AT mempunyai
rintangan dan aruhan. Manakala litar medan untuk satu motor AT
mempunyai aruhan yang tinggi. Satu litar penerus terkawal menggunakan
tiristor dengan beban berinduktif ditunjukkan dalam rajah 2.7(a). Tiristor
dipicu pada sudut , bermaksud ia mula berkendali pada t = . Aruhan
yang terdapat pada beban memaksa arus untuk mengekor voltan dan
menyebabkan arus berkurangan kepada sifar pada  t =  berbanding
dengan  t =  yang sepatutnya apabila beban adalah rintangan tulin.
Gelombang arus dan voltan keluaran ditunjukkan dalam rajah 2.7(b). Pada
selang masa pengkonduksian ( sehingga ), vo = v.
Rajah 2.7 : Litar Penerus Terkawal Separuh Gelombang dengan beban
berinduktif (a) Litar. (b) Gelombang.

2.1.8 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban rintangan


tulin

Gelombang untuk arus beban dan voltan beban di dalam litar


penerus terkawal yang menggunakan satu tiristor sahaja mengandungi riak
yang agak besar. Maka litar tersebut adalah tidak sesuai untuk tujuan
pengawalan kelajuan motor AT. Satu litar penerus terkawal gelombang
penuh seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.8(a), yang mengandungi
empat tiristor (S1 hingga S4) biasanya digunakan untuk tujuan pengawalan
kelajuan motor AT.

Tiristor S1 dan S2 dipincang depan pada separuh kitar positif voltan


masukan, dan tiristor S3 dan S4 dipincang depan pada separuh kitar negatif
voltan masukan. Katakan S1 dan S2 dipicu pada sudut . Pada
selang masa pengkonduksian S1 dan S2, voltan keluaran adalah sama
dengan voltan masukan, vo = v. Arus beban io = vo/R mempunyai
gelombang yang sama dengan voltan keluaran vo. Maka arus yang melalui
S1 dan S2 menjadi sifar pada  t = , dan ia dimatikan. Tiristor S3 dan S4
dipicu pada  + . Pada selang masa pengkonduksian, bekalan masukan
disambungkan kepada beban dan vo = -v. Arus yang melalui S3 dan S4
menjadi sifar pada  t = 2 dan ia dimatikan. Tiristor S1 dan S2 dipicu
lagi pada  t = 2 +  dan S3 serta S4 dipicu lagi pada  t = 3 + , dan
proses ini berulang-ulang. Gelombang voltan keluaran yang terhasil
ditunjukkan dalam rajah 2.8(b).

Rajah 2.8 : Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban


rintangan tulin. (a) Litar. (b) Gelombang.
2.1.9 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban berinduktif

Satu litar penerus terkawal gelombang penuh dengan beban motor


ditunjukkan dalam rajah 2.9(a). Arus motor io mengalir daripada bekalan
melalui S1 dan S2 untuk separuh kitar dan melalui S3 dan S4 pada separuh
kitar yang seterusnya.

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.9(b), tiristor S1 dan S2


mengalirkan arus pada selang masa  <  t < ( + ) dan
menyambungkan bekalan kepada motor (vo = v). Pada  + a, tiristor S3 dan
S4 dipicu. Voltan bekalan muncul segera pada tiristor S1 dan S2 sebagai
voltan pincang songsang dan mematikannya. Arus motor yangmengalir
melalui S1 dan S2 dipindahkan kepada S3 dan S4. Tiristor S3 dan S4
mengalirkan arus motor pada selang masa  +  <  t < 2 +  dan
menyambungkan motor kepada bekalan (vo = -v). Di dalam rajah 2.9(c),
gelombang voltan dan arus ditunjukkan pada  < 90. Daripada
gelombang voltan keluaran, boleh dikira nilai purata voltan ialah

1  + 
Vo =   vo d( t)

= 1  + 
2 Vp sin  t d( t)
  
22
Vp cos 
= 



Rajah 2.9 : Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh dengan beban
berinduktif. (a) Litar. (b) Gelombang.
2.2 LITAR TIGA FASA

Untuk aplikasi kuasa tinggi, beberapa kilawatt ke atas, adalah lebih sesuai
untuk menggunakan litar penerus tiga-fasa. Litar penerus tiga-fasa membekalkan
gelombang voltan keluaran yang lebih baik.

2.2.1 Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh Tiga-Fasa

Satu litar penerus terkawal gelombang penuh tiga-fasa


menggunakan enam tiristor, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.10(a).
Litar ini merupakan litar penerus terkawal yang paling biasa digunakan.

Tiristor S1, S3 dan S5 dipicu pada separuh kitar positif voltan fasa
bekalan di mana ia disambungkan, dan tiristor S2, S4 dan S6 pula dipicu
pada separuh kitar negatif voltan fasa bekalan. Rujukan untuk sudut picuan
ialah titik persilangan di antara voltan-voltan fasa. Ketika mana suatu
tiristor dipicu ditandakan di dalam rajah 5.10b untuk  = 30. Dengan
menggangap arus keluaran io adalah berterusan dan tidak mengandungi
riak seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.10(b). Pada  t = /6 + , S1
dihidupkan. Sebelum itu S6 telah dihidupkan. Maka pada selang masa (/6
+ ) <  t < (/6 +  + /3), tiristor S1 dan S6 mengkonduksikan arus
keluaran dan terminal motor disambungkan kepada fasa A dan fasa B,
menyebabkan voltan keluaran vo = vAB = vAN – vBN. Voltan keluaran vo,
ialah jarak diantara sampul voltan fasa vAN dan vBN, seperti yang
ditunjukkan oleh anak panah dalam rajah 2.10(b). Pada  t = /6 +  +
/3, tiristor S2 dipicu dan dengan segera voltan vCB muncul melintangi S6
menyebabkannya dipincang songsang dan dimatikan. Arus pada S6
dipindahkan kepada S2. Terminal motor disambungkan kepada fasa A
melalui S1 dan fasa C melalui S2 menjadikan vo = vAC. Proses ini berulang
setiap 60 di mana satu tiristor dipicu. Perhatikan bahawa tiristor
dinomborkan mengikut turutan di mana ia dipicu. Setiap tiristor akan
mengkonduksi untuk 120 dalam satu kitar. Nilai purata untuk voltan
keluaran ialah:

1 /6 +  + /3
Vo = /3 (vAN – vBN) d( t)
/6 + 
36
=  Vp cos 



Rajah 2.10 : Litar Penerus Terkawal Gelombang Penuh Tiga-fasa
dengan beban berinduktif. (a) Litar. (b) Gelombang.

You might also like