Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT BAHASA

MELAYU DAN SEJARAH SPM

1.0 PENDAHULUAN
Sebagaimana yang telah diketahui, SMK Bandar Putra merupakan salah satu daripada
sekolah cemerlang penarafan KBAT yang telah menerima waran OS42000 berjumlah
RM1000.00 bagi melaksanakan pementoran kepada sekolah SMK Senai, SMK Bandar
Tenggara dan SMK Bandar Tenggara 2. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa KBAT
SMK Bandar Putra telah merancang satu program iaitu Bengkel Teknik Menjawab
Soalan KBAT bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang merupakan subjek
wajib lulus bagi peperiksaan SPM. Program ini memfokuskan kepada murid-murid di
Tingkatan 4 supaya mereka tahu, faham dan mahir mengenai teknik menjawab soalan
Bahasa Melayu dan Sejarah SPM mengikut format peperiksaan sebenar terutama sekali
kemahiran untuk menguasai soalan KBAT yang membolehkan mereka mendapat
keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM.
2.0 MATLAMAT
2.1 Membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad
ke-21 dalam kalangan murid dan guru di sekolah Mentor dan Mentee.
2.2 Memberi pendedahan awal kepada murid-murid tingkatan 4 tentang teknik menjawab
soalan KBAT Bahasa Melayu dan Sejarah.
2.3 Membantu guru-guru berkongsi pengalaman bagi menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan dengan cara ‘perkongsian pintar’ dengan
menerapkan elemen-elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk murid agar membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam situasi pembelajaran yang berteraskan peperiksaan.
3.2 Membantu murid-murid mengulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
secara bijak dan berkesan.
3.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan.
4.0 SASARAN

SEKOLAH BILANGAN MURID

SMK Bandar Putra 25


SMK Senai 25
SMK Bandar Tenggara 25
SMK Bandar Teggara 2 25
5.0 TARIKH, HARI DAN MASA
Tarikh : 23 November 2021
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi – 11 pagi

6.0 TEMPAT
Secara dalam talian di aplikasi Google Meet
7.0 TENTATIF

Masa Slot

7.30 Pendaftaran
8.00 Bengkel Teknik Menjawab Soalan KBAT Bahasa Melayu
9.00 Bengkel Teknik Menjawab Soalan KBAT Sejarah
10.00 Perkongsian Pintar dari Sekolah-Sekolah Penarafan KBAT Kulai
11.00 Penutup

8.0 PENGANJUR
Jawatankuasa KBAT SMK Bandar Putra

Pengerusi Tn. Hj. Anuar bin Jais


Timbalan Pengerusi Pn. Kamsiah binti Mohd Ali
Naib Pengerusi I En. Mohd Kamal bin Ali
Naib Pengerusi II En. Md Zaini bin Shaaban
Naib Pengerusi III Pn. Norrani binti Saadon
Setiausaha Cik Nur Illiyyina Binti Azaman
Penolong Setiausaha En. Mohd Anwar bin Alwi
Panitia Bahasa Melayu
Ahli Jawatan Kuasa
Panitia Sejarah

9.0 PENCERAMAH
Wakil daripada SISC+ PPD Kulai
10.0 SUMBER PERUNTUKAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER PERUNTUKAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Waran OS42000 : RM1000.00 Modul Sejarah dan Bahasa Melayu : RM 10 x 100


: RM1000.00

Jumlah : RM1000.00
11.0 PENUTUP
Diharapkan dengan menyertai program ini, dapat membantu murid-murid bersedia
untuk menjawab soalan KBAT Bahasa Melayu dan Sejarah dengan cemerlang semasa
peperiksaan SPM nanti. Murid juga diharap dapat mengulangkaji dengan lebih
berkesan dan fokus kepada konsep dan fakta-fakta penting. Guru-guru juga diharap
mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu dan dapat menerapkan elemen-elemen
KBAT dengan lebih berkesan dalam bilik darjah. Tidak lupa juga diucapkan ribuan
terima kasih kepada BahagianPembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) kerana menyalurkan peruntukan bagi menjayakan
program ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………………. ………………………………………….
(NUR ILLIYYINA BINTI AZAMAN) (TN. HAJI ANUAR BIN JAIS)
SETIAUSAHA JAWATANKUASA KBAT PENGETUA
SMK BANDAR PUTRA SMK BANDAR PUTRA

You might also like